Universitas Negeri Yogyakarta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Universitas Negeri Yogyakarta
Lambang UNY

Diasaskan 21 Mei 1964
Jenis Universiti awam
Rektor Prof. Dr. Rochmat Wahab, M.Pd., M.A.
Lokasi Caturtunggal, Depok, Sleman, D.I. Yogyakarta, Indonesia
Laman web rasmi www.uny.ac.id

Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) ialah salah satu universiti awam yang diasaskan di Yogyakarta oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia. Ia diasaskan melalui suata penukaran status Institut Perguruan dan Pendidikan Yogyakarta (IKIP), sebuah kolej awam yang diasaskan pada 21 Mei 1964.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

IKIP Yogyakarta ialah sebuah gabungan antara dua buah institusi pendidikan tinggi, iaitu Fakulti Pendidkan Universitas Gadjah Mada dan Institut Perguruan. Penggabungan tersebut dikawal oleh Dekri Presiden Republik Indonesia, Nombor I/1963. Sebagai pelaksanaan dekri tersebut, Dekri Menteri Pendidikan Tinggi dan Sains No. 55/1963 dikeluarkan pada 22 Mei 1963 yang mengawal pengasasan IKIP Jakarta, IKIP Bandung, IKIP Yogyakarta, dan IKIP Malang.

Permintaan bahawa IKIP Yogyakarta ditukarkan menjadi sebuah universiti berdasarkan beberapa alasan, antaranya struktur organisasi IKIP yang terlalu terhad untuk mencapai sebarang perkembangan saintifik. Selain itu, bilangan siswazah IKIP Yogyakarta yang menyertai sektor bukan pendidikan semakin meningkat serta keperluan untuk sumber manusia yang mahir memberikan dorongan untuk menukarkan IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti.

Peringkat pertama penukaran IKIP Yogyakarta menjadi sebuah universiti bermula apabila Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan (kini Kementerian Pendidikan Nasional) mengeluarkan dekri No. 1449/DT/1996 yang bertarikh 20 Jun 1996. Ia mengesahkah IKIP Yogyakarta, bersama-sama tiga buah institusi yang lain, iaitu IKIP Medan, IKIP Padang, and IKIP Malang, supaya mendapat mandat yang lebih luas untuk mengendalikan perubahan-perubahan organisasi universiti.

Pencapaian mandat berhasil dengan Dekri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi No. 240/DIKTI/Kep/1997 yang bertarikh 15 Ogos 1997. Ia mengawal pembukaan 12 buah program bukan perguruan pada peringkat-peringkat S-1 dan D-III dalam Fakulti Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan, Fakulti Pendidikan Matematik dan Sains Semula Jadi, serta Fakulti Pendidikan Kejuruteraan dan Vokasional IKIP Yogyakarta.

Rancangan penukaran IKIP Yogyakarta menjadi Universiti Negeri Yogyakarta dilaksanakan melalui dua peringkat:

  • Peringkat pertama yang memperluas mandat telah dimulakan sejak tahun akademik 1997/1998 dengan pendaftaran masuk pelajar-pelajar baru untuk program-program pengajian bukan perguruan bagi beberapa fakulti yang berpotensi untuk mengendalikan dan mengembangkannya.
  • Peringkat kedua ialah pelaksanaan penukaran IKIP Yogyakarta menjadi Universiti Negeri Yogyakarta yang bermula pada tahun akademik 1999/2000 dengan kebergantungan kepada program-program bukan perguruan yang telah dimulakan serta penyesuaian kemudahan-kemudahan perguruan menjadi fakulti-fakulti untuk kedua-dua pengajian perguruan serta bukan perguruan.

Kemudian pada 4 Ogos 1999, Baharuddin Jusuf Habibie selaku Presiden Republik Indonesia, melalui Dekri Presiden No. 93/1999, mengisytiharkan pengasasan Universiti Negeri Yogyakarta sebagai suatu penukaran daripada IKIP Yogyakarta. Meskipun UNY diasaskan secara rasmi pada 4 Ogos 1999, hari ulang tahun IKIP Yogyakarta pada 21 Mei 1964 masih dikekalkan sebagai hari ulang tahun UNY.

Untuk mengukuhkan pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran UNY, Menteri Kebudayaan dan Pendidikan, melalui Dekri No. 274/0/1999 yang bertarikh 1 Oktober 1999, menentukan Penyusunan dan Sistem Kerja UNY dengan menyatakan bahawa UNY mempunyai enam buah fakulti seperti yang berikut:

  1. Fakulti Matematik dan Sains Semula Jadi, suatu penukaran daripada Fakulti Pendidikan Matematik dan Sains Semula Jadi
  2. Fakulti Kejuruteraan, suatu penukaran daripada Fakulti Pendidikan Kejuruteraan dan Vokasional
  3. Fakulti Sains Pendidikan
  4. Fakulti Bahasa dan Seni
  5. Fakulti Sains Sosial, suatu penukaran daripada Fakulti Pendidikan Sains Sosial. Sejak dari tahun 2006, fakulti ini telah menjadi Fakulti Sains Sosial dan Ekonomi
  6. Fakulti Sains Sukan, suatu penukaran daripada Fakulti Pendidikan Sains Sukan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


 
Institut Pendidikan Tinggi Awam di Indonesia

Universiti / Universitas: AirlanggaAndalasBengkuluBrawijayaCendrawasihDiponegoroGadjah MadaHaluoleoHasanuddinIndonesiaJambiJemberJenderal SoedirmanKhairunLambung MangkuratLampungMalikussalehMataramMulawarmanNegeri GorontaloNegeri JakartaNegeri MakassarNegeri MalangNegeri ManadoNegeri MedanNegeri PadangNegeri PapuaNegeri SemarangNegeri SurabayaNegeri YogyakartaNusa CendanaPadjadjaranPalangka RayaPattimuraPendidikan GaneshaPendidikan IndonesiaRiauSam RatulangiSebelas MaretSriwijayaSultan Ageng TirtayasaSumatera UtaraSyiah KualaTadulakoTanjungpuraTerbukaTrunojoyoUdayana
Politeknik: Elektronik SurabayaPerkilangan Bandung (POLMAN)AmbonBaliBandungBanjarmasinJakartaJemberKupangLampungLhokseumaweMakassarMalangManadoMedanPadangPontianakSamarindaSemarangSriwijayaPerikanan TualPerkapalan SurabayaPertanian KupangPertanian Pangkajene KepulauanPertanian PayakumbuhPertanian Samarinda
Sekolah Tinggi: STSI BandungSTSI Padangpanjang
Institut: IPB BogorISI YogyakartaISI DenpasarISI SurakartaITB BandungITS Surabaya

Lihat juga: Institut Pendidikan Tinggi Islam NegeriInstitut Pendidikan Tinggi SwastaInstitut Pendidikan Tinggi Islam SwastaInstitut Pendidikan Tinggi Perkhidmatan