Universiti Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Hong Kong
香港大學
MotoSapientia et Virtus (Latin)
明德格物 (Cina)
Moto dalam bahasa Inggeris
Virtue and Wisdom
JenisAwam
Ditubuhkan pada30 Mac 1911 (1911-03-30)
PengarahArthur Li
CanselorCarrie Lam
PresidenXiang Zhang
Timbalan presidenRichard Wong Yue Chim
Terry Kit-fong Au
Ian Holliday
Norman C Tien
Alfonso Ngan Hing Wan
Staf akademik
1,795[1]
Staf pentadbiran
3,454[1]
Pelajar29,099[2]
Siswazah17,007 (58.45%)[2]
Ijazah/Sarjana12,092 (41.55%)[2]
LokasiPok Fu Lam, Hong Kong
22°17′03″N 114°08′16″E / 22.28417°N 114.13778°E / 22.28417; 114.13778Koordinat: 22°17′03″N 114°08′16″E / 22.28417°N 114.13778°E / 22.28417; 114.13778
KampusUrban
53.5 hektar (0.535 km2)[3]
NewspaperUndergrad HKUSU (Cina)
Warna     Hijau gelap[4]
MaskotSinga
PenggabunganASAIHL, Universitas 21, ACU, JUPAS, AACSB, EQUIS, APRU, UGC, Heads of Universities Committee, Joint Quality Review Committee, McDonnell International Scholars Academy[5]
Laman webhku.hk


Universiti Hong Kong
Cina Tradisional: 香港大學
Cina Ringkas: 香港大学

Universiti Hong Kong (HKU) ialah sebuah universiti penyelidikan awam di Hong Kong. Universiti ini secara rasminya ditubuhkan pada 1911, tetapi sejarahnya boleh dilihat dari tahun 1887, ketika tertubuhnya Kolej Perubatan Cina Hong Kong (Hong Kong College of Medicine for Chinese). Universiti ini ialah universiti pertama di Asia Timur yang ditubuhkan oleh Empayar British serta institut pengajian tinggi tertua di Hong Kong.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1887, Kolej Perubatan Cina Hong Kong ditubuhkan oleh Ho Kai (kini Sir Kai Ho Kai). Institut ini dinamakan semula sebagai Kolej Perubatan Hong Kong pada 1907,[6] dan dijadikan sebagai sekolah perubatan HKU pada 1911.

Universiti Hong Kong dicadangkan oleh Gabenor Hong Kong, Sir Frederick Lugard untuk bersaing dengan universiti-universiti China yang baru dibuka oleh kuasa-kuasa besar dunia. HKU ditubuhkan sebagai sebuah badan para cendekiawan telah ditubuhkan pada Mac 1911 dan HKU dibuka secara rasmi pada 11 Mac 1912. HKU pada asalnya dibuka kepada lelaki sahaja, dan kemasukan dibuka kepada pelajar perempuan 10 tahun kemudian.[7] Universiti ini dibuka dengan tiga fakulti, iaitu fakulti seni, kejuruteraan dan perubatan.[7][8] Pada 1920-an, HKU mula menawarkan kursus berkaitan bahasa Cina.[9]

Bangunan universiti mengalami kerosakan akibat serangan Jepun di Hong Kong pada 1941 lalu ditutup hingga 1945.

Zaman Hong Kong China[sunting | sunting sumber]

Pada 2010 hingga 2012, HKU menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan universiti dan kampus Centennial dibuka di Pok Lu Fam.[10]

Pada 2015, HKU mengalami kontroversi apabila memilih pronaib canselor kerana dikatakan terpengaruh dengan campur tangan politik.[11]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Kemasukan ke HKU memiliki persaingan yang ketara. Pada 2016, universiti ini menerima kira-kira 40 ribu permohonan bagi program prasiswazah, dengan 16,000 daripada mereka bukan daripada sistem pendidikan Hong Kong.[12] Bagi pelajar dari tanah besar China, kadar kemasukan ialah 1 daripada 21 permohonan.[12][13]

Kedudukan senarai[sunting | sunting sumber]

Daripada segi pengantarabangsaan, HKU diletakkan di kedudukan teratas dalam kalangan universiti seluruh dunia oleh Times Higher Education pada 2019.[14]

Fakulti pergigian HKU berada pada kedudukan teratas dunia (QS, 2016),[15] manakala fakulti pendidikan pula berada pada kedudukan keempat dunia (Times, 2018).[16]

Kampus[sunting | sunting sumber]

Kampus utama universiti berkeluasan kira-kira 160 ribu meter persegi dan terletak di Lung Fu Shan. Sesetengah bangunan adalah bangunan tinggalan reka bentuk kolonial Inggeris yang masih wujud di Hong Kong.

Bangunan utama universiti dibina pada 1910 hingga 1912 yang ditaja pembinaannya oleh Sir Hormusjee Naorojee Mody dan direka bentuk oleh Leigh & Orange.[17] Bangunan ini diisytiharkan sebagai sebuah monumen rasmi Hong Kong pada 1984.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "QuickStats - Staff Profiles". University of Hong Kong. Dicapai pada 2019-02-01.
  2. ^ a b c "QuickStats - Student Profiles 2017 / 2018 (In Headcounts)". University of Hong Kong. Dicapai pada 2019-01-25.
  3. ^ "HKU Quick Stats – Space".
  4. ^ "HKU Centenary Signature" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 22 April 2016. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  5. ^ "McDonnell International Scholars Academy" (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Mellor, Bernard (1980). The University of Hong Kong, An informal History. Hong Kong University Press. ISBN 9789622090231. Dicapai pada 5 Mac 2019.
  7. ^ a b "About HKU – History". The University of Hong Kong. Dicapai pada 16 July 2013.
  8. ^ "About HKU Faculty of Arts".
  9. ^ University of Hong Kong Certificate Examination, 1935 Diarkibkan 11 Mac 2016 di Wayback Machine
  10. ^ "Forward to the second century". The University of Hong Kong. Dicapai pada 13 Ogos 2013.
  11. ^ Cheng, Kris (30 September 2015). "Explainer: The HKU Council pro-vice-chancellor debacle". Hong Kong Free Press.
  12. ^ a b "Global Admission Profile 2016-2017" (PDF). The University of Hong Kong. Dicapai pada 7 Mar 2019.
  13. ^ "HKU - The Review 2015" (PDF). The University of Hong Kong. Dicapai pada 12 Januari 2016.
  14. ^ "Times Higher Education Most International Universities in the world 2019". Times Higher Education. Dicapai pada 27 April 2019.
  15. ^ "QS World University Rankings by Subject 2016".
  16. ^ "TIMES World University Rankings 2018 by subject: education".
  17. ^ "From British Colonization to Japanese Invasion" (PDF). HKIA Journal (45: 50 years of Hong Kong Institute of Architects): 47. 30 Mei 2006.
  18. ^ University of Hong Kong: Visit HKU Heritage Buildings: The Main Building

Pautan luar[sunting | sunting sumber]