Universiti Melbourne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Universiti Melbourne (Inggeris: University of Melbourne), yang terletak di Melbourne, Victoria, Australia, adalah universiti yang tertua di wilayah Victoria, dan kedua tertua di Australia. Kampus utamanya terletak di Parkville, iaitu utara bandar raya Melbourne.

Universiti Melbourne menduduki tempat yang atas di dalam jadual kedudukan universiti di Australia dan dunia. Di dalam bidang sosial, kesenian dan biomedik, universiti ini memiliki kedudukan yang tinggi [1][2].

Universiti ini memiliki hampir 40 000 pelajar, dan didukung oleh hampir 6 000 kakitangan. Pada 15 November 2005, Naib Cansellor Glyn Davis mengumumkan sebuah program baru yang dinamakan Growing Esteem. Di dalam program ini, Universiti Melbourne akan cuba untuk menyatukan ketiga aktiviti utamanya: Penyelidikan, Pembelajaran, dan Pemindahan pengetahuan - untuk menjadi salah satu institusi terbaik di dunia. Struktur ijazah di universiti ini akan diubah ke dalam Melbourne Model, yang merupakan gabungan dari kaedah universiti yang dipraktikkan di Amerika dan Eropah. Menurut para pendukungnya, hal ini sesuai dengan Perjanjian Bologna yang akan memastikan program sarjana muda supaya masih relevan di dalam dunia globalisasi ini.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Universiti Melbourne mempunyai sebelas fakulti:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Melbourne Uni ranks in top 20", The Age, 28 Oktober 2005
  2. THES World University Rankings, The Times Higher Education Supplement World University Rankings 2005; dicapai 2 Ogos 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]