Universiti Fudan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Fudan
复旦大学
Nama lama
Fudan Public School (1905)
Fudan College
Private Fudan University (1917–1941)
National Fudan University (1941–1949)
Moto博学而笃志,切问而近思[1] Scientia et studium, quaestīo et cogitation (Latin)
Moto dalam Bahasa Melayu
Rich in knowledge and tenacious of purposes, inquiring with earnestness and reflecting with self-practice[2]
JenisAwam
Ditubuhkan pada1905
PengasasFr. Ma Xiangbo, S.J.
PresidenXu Ningsheng
Setiausaha PartiJiao Yang [zh]
Staf akademik
2,700
Staf pentadbiran
5,800
Pelajar31,900
Siswazah14,100
Ijazah/Sarjana14,800 (termasuk pelajar doktorat)
Lokasi
220 Jalan Handan, Daerah Yangpu
,
Shanghai
,
China
Kampus604 ekar
Urban:
Handan
Fenglin
Jiangwan
Suburban:
Zhangjiang
PenggabunganC9, Universitas 21, AEARU, APRU, Liga Universiti BRICS, Council on Business & Society, McDonnell International Scholars Academy (Universiti Washington di St. Louis[3]
Laman sesawangwww.fudan.edu.cn

Universiti Fudan (Cina Ringkas: 复旦大学; Cina Tradisional: 復旦大學; pinyin: Fùdàn Dàxué) ialah sebuah universiti awam penyelidikan di Shanghai, China. Universiti ini ialah salah satu daripada universiti-universiti dalam Liga C9 dan disifatkan sebagai salah satu universiti yang paling berprestij di negara.[4] Universiti ini ditubuhkan pada 1905, ketika akhir zaman Dinasti Qing. Universiti ini ialah universiti pertama yang ditubuhkan secara sepenuhnya oleh rakyat China.[5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Unversiti Fudan ditubuhkan pada 1905 sebagai Sekolah Awam Fudan oleh Ma Xiangbo yang bersara dari Universiti Aurora. Perkataan Fudan bermaksud "cahaya kayangan yang bersinar setiap hari," dan dipilih berdasarkan cadangan oleh Yu Youren daripada karya klasik Confucius, Shangshu Dazhuan. Moto universiti ini pula diambil sebagai petikan daripada kitab utama Confucius, Lúnyǔ, dan diiktiraf pada 1915.

Pada 1917, sekolah ini dinaik taraf menjadi Universiti Swasta Fudan, dan memiliki sekolah menengah dan sekolah persediaan. Li Denghui menjadi presiden pertama universiti.

Ketika Gerakan 4 Mei pada 1919, para pelajar universiti ini menjadi salah satu perintis Gerakan Pelajar Shanghai.[7] Li Denghui memberi ruang kepada para pelajar yang menyertai kegiatan politik pada masa itu untuk memasuki universitinya.[8]:91 Gerakan ini juga diselia dan diberi perhatian oleh Sun Yat-sen.

Pada 1937, ketika serangan Jepun di China, Universiti Fudan terpaksa dipindahkan ke Jiangxi. Setelah pihak tentera Jepun tiba di Jiangxi, universiti ini dipindahkan sekali lagi ke Chongqing. Pada 1941, universiti ini dijadikan sebagai universiti awam dan dinamakan sebagai Universiti Kebangsaan Fudan. Universiti ini dipindahkan semula ke Shanghai selepas Perang Dunia Kedua.

Selepas penubuhan Republik Rakyat China pada 1949, universiti ini hilang status "kebangsaan" dan menjadi Universiti Fudan, seiring dengan keputusan kerajaan pusat untuk menjadikan semua universiti di China sebagai universiti awam.

Akademik[sunting | sunting sumber]

Presiden terkini universiti ini ialah Xu Ningsheng manakala Setiausaha Parti universiti ialah Jiao Yang. Universiti Fudan memiliki lebih daripada 45,000 orang pelajar, serta kira-kira 3,000 orang pelajar asing. Universiti ini ialah sebahagian daripada Universitas 21, sebuah kumpulan universiti penyelidikan antarabangsa.

Universiti Fudan ialah salah satu universiti terawal China yang mengambil pelajar asing, yakni sejak 1950-an. Program pelajar antarabangsa terdiri daripada program ijazah dan bukan ijazah.[9]

Universiti Fudan mempunyai hubungan terus dengan enam buah hospital seperti Hospital Zhongshan dan Huashan, serta hubungan tidak terus dengan beberapa lagi buah hospital.[5]

Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Program prasiswazah Universiti Fudan disidatkan sebagai amat selektif. Para calon peperiksaan awam China, Gaokao hanya memiliki peluang 0.2% untuk memasuki universiti ini.[10] Universiti Fudan, bersama Universiti Tsinghua dan Peking, secara lazim ialah tiga universiti yang paling sukar untuk dimasuki di China.[11]

Kedudukan senarai[sunting | sunting sumber]

Pada carta senarai universiti QS terkini pada 2020, Universiti Fudan mendapat tempat ketiga di China dan tempat ke-40 di dunia.[12] Pihak ARWU pada 2016 meletakkan Universiti Fudan di tempat ke-101–150 di peringkat antarabangsa.[13]

Kampus[sunting | sunting sumber]

Universiti Fudan memiliki empat buah kampus, yakni kampus Handan, Fenglin, Jiangwan dan Zhangjiang. Kesemua kampus terletak di bandar Shanghai.

Kampus Handan ialah kampus utama universiti dan terletak di daerah Yangpu, Shanghai. Kampus Handan sudah wujud sejak awal abad ke-20. Kampus Zhangjiang, kampus terbaharu universiti terletak hampir dengan kampus Handan. Kampus Fenglin terletak di daerah Xuhui dan merupakan kampus perubatan Universiti Fudan, dan pada asalnya ialah Universiti Perubatan Shanghai. Kampus Jiangwan pula terletak di Zhangjiang Hi-Tech Park, daerah Pudong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 复旦标志. Fudan University. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
  2. ^ "University Name, Motto and Logo". Fudan University. Dicapai pada 25 Jun 2014.
  3. ^ "McDonnell International Scholars Academy".
  4. ^ "Best universities in China 2018". Times Higher Education. 6 September 2017.
  5. ^ a b "复旦大学" (dalam bahasa Cina). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2019.
  6. ^ "胡锦涛致复旦大学建校100周年的贺信". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-04. Dicapai pada 2020-02-04.
  7. ^ 苏继红, 邓书杰 李 梅 吴晓莉 (2013-12-18). 风暴来临(1920-1929)(中国历史大事详解) (dalam bahasa Cina). 青苹果数据中心.
  8. ^ 钱益民 (2005). 李登辉传 (dalam bahasa Cina). 复旦大学出版社. ISBN 9787309044973.
  9. ^ "Fudan – International students office". Dicapai pada 11 Julai 2018.
  10. ^ Writers, Staff (13 August 2012). "15 Facts About China's Grueling College Entrance Exam -". Dicapai pada 16 January 2017.
  11. ^ "2019年复旦生源质量全国前三".
  12. ^ "QS World University Rankings 2018". 1 Februari 2017. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  13. ^ "ARWU World University Rankings 2016 | Academic Ranking of World Universities 2016 | Top 500 universities | Shanghai Ranking – 2016". www.shanghairanking.com. Dicapai pada 16 January 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]