Upin & Ipin: The Helping Heroes
Upin & Ipin: The Helping Heroes adalah animasi Les Copaque Production yang menampilkan Upin & Ipin menjadi pahlawan pembantu, juga terdapat watak DaDuDiDo di dalam animasi.
Watak[sunting | sunting sumber]
- Upin dan Ipin
- Kid
- Robot Kid
- Puiyo
- Dr Boom (Penjahat)
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Apa yang lebih menarik, Les' Copaque Production kali ini menggunakan bahasa Inggeris asas sebagai bahasa siri untuk membantu pembelajaran penonton mengenainya, kerana kebanyakan penonton adalah kanak-kanak kecil.
Les' Copaque Production juga telah mengungkapkan sebuah treler, yang menampilkan Upin dan Ipin mengenakan kostum adiwira yang canggih, yang dalam warna kegemaran mereka iaitu kuning dan biru.[1][2]
Tayangan perdana[sunting | sunting sumber]
"Upin & Ipin: The Helping Heroes" ditayangkan perdana secara eksklusif di YouTube Les' Copaque Production pada 22 Mei 2021 jam 5 petang.
Dalam berita yang berkaitan, Les' Copaque Production baru-baru ini mencapai 10 juta pelanggan di YouTube, menjadikannya saluran YouTube pertama di Malaysia yang mencapai kejayaan tersebut.