Les' Copaque Production

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Les' Copaque Production Sdn Bhd
Jenis Sendirian berhad
Industri Hiburan, media
Genre Animasi
Ditubuhkan Disember 2005; 11 tahun yang lalu (2005-12)
Pengasas Haji Burhanuddin Mohd Radzi
Hajah Ainon Ariff
Ibu pejabat No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Perancang utama
  • Haji Burhanuddin Mohd Radzi (Pengarah Urusan)
  • Hajah Ainon Ariff (Ketua Pengarah Isi Kandungan)
  • Nur Naquyah Burhanuddin (Pengarah Isi Kandungan)
  • Adam Amiruddin (Pengarah Kreatif)
  • Razuri Ajmain (Pengarah Kreatif)
  • Syed Nurfaiz Khalid bin Syed Ibrahim (Pengarah Kreatif)
  • Tang Ying Sowk (Pengarah Produksi)
  • Nik Ahmad Rasyidi bin Nik Othman (Pengarah Animasi)
  • Salsabila bt Sheikh Khalid (Pengarah Animasi)
  • Mohd Haris bin Amran (Pengarah Seni)
  • Mohamad Zaki Ishak (Pengarah Audio dan Muzik)
  • Tan Shiek Wei (Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan)
  • Akmal Hisyam (Pengarah Teknikal)
  • Syed Nurfaiz Khalid bin Syed Ibrahim
    (Pengarah Teknikal)
  • Hazimin Hamdan (Pengarah Projek Upin & Ipin)
  • Mohd Zarin Bin Abdul Karim (Ketua Media dan Permainan Video)
Anak syarikat
  • Les' Copaque Game Development
  • Les' Copaque Merchandising
  • Avenue Cafe
Laman sesawang http://www.lescopaque.com

Les' Copaque Production Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada Disember 2005 merupakan pelopor kepada industri animasi 3D di Malaysia. Syarikat berstatus MSC ini menjadikan penciptaan IP atau Hak Cipta sebagai keistimewaan mereka . Kini IP mereka seperti Upin & Ipin telah mampu bersaing dengan karakter animasi luar negara seperti Doraemon malahan telah berjaya merangkul pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Berasal daripada perkataan “Last kopek” yang diubah ke bentuk perkataan Perancis untuk menambahkan lagi keunikkannya. Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bercita-cita untuk menjadi platform yang mengangkat bakat tempatan dalam bidang animasi supaya mampu bersaing di tahap global.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sasaran utama Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ketika awal penubuhannya pada 2006 adalah untuk menghasilkan sebuah cerita ringkas yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang. OIeh demikian, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Haji Burhanuddin dan isterinya Hajah Ainon bersama-sama bahagian animasi memerah keringat untuk menjayakan cita-cita tersebut. Setelah berbulan perbincangan dijalankan, pada tanggal 11 September 2007, projek pertama mereka iaitu sebuah filem animasi 3D, “Geng: Pengembaraan Bermula” telah dilancarkan.

Sehubungan dengan itu juga, sebuah inisiatif untuk menghasilkan animasi pendek telah ditulis dan diselia sendiri oleh Haji Burhanuddin dan isterinya Hajah Ainon. Ini bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan penonton di Malaysia terhadap animasi 3D disamping menguji daya saing animasi tempatan dipasaran antarabangsa. Ketika inilah watak ikonik negara iaitu Upin & Ipin dijadikan watak utama. Bermula sebagai watak pembantu di dalam “Geng: Pengembaraan Bermula”, mereka telah dipilih menjadi watak utama memandangkan mereka mudah dimodel dan dianimasikan kerana rupa bentuk mereka yang sama dan tiada rambut.

Usaha penghasilan animasi pendek tersebut mendatangkan hasil apabila ia mendapat sambutan hangat oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bermula dengan 6 episod berkaitan puasa dan raya, kini animasi kesayangan ramai Upin & Ipin telah masuk musim ke 11 penyiarannya dengan jutaan peminat seluruh dunia. Seiring animasi Upin & Ipin yang mendapat sambutan luar biasa. Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. telah melahirkan beberapa lagi IP iaitu Puteri, Pada Zaman Dahulu dan DaDuDiDo.

Harta Intelektual (IP)[sunting | sunting sumber]

Upin & Ipin (2007 - kini)[sunting | sunting sumber]

“Betul, betul, betul!” Ayat yang pastinya bermain di mulut orang ramai apabila menyebut mengenai watak Upin & Ipin. Sebagai watak utama di dalam animasi “Upin & Ipin dan Kawan-kawan”, telatah si kembar berusia 5 tahun yang lincah dan nakal sepastinya mencuit hati penonton. Animasi ini telah direka berlatar belakangkan kehidupan di perkampungan tradisional Malaysia. Animasi “Upin & Ipin dan kawan-kawan” memfokuskan kepada kehidupan pasangan kembar tersebut ditemani oleh akak mereka yang garang iaitu Ros dan nenek mereka yang mesra dengan panggilan Opah. Serta mewarnai hari-hari mereka ialah gelagat kawan-kawan mereka yang berbilang bangsa dengan pelbagai personaliti.

Animasi Upin & Ipin merupakan IP Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. yang paling berjaya. Karakter Upin & Ipin tidak asing lagi bagi masyarakat di serantau nusantara. Bermula pada tahun 2007 sebagai kayu ukur penerimaan masyarakat kepada animasi 3D dan hanyalah watak sampingan di dalam filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula”. Kini setelah 11 musim bersiaran, Watak Upin & Ipin dianggap sebagai ikon negara apabila watak tersebut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record sebagai “Animasi paling berjaya di Malaysia”. Watak Upin & Ipin juga muncul sebagai watak animasi pertama diangkat menjadi Duta Perlancongan Negara. Ini membuktikan karakter Upin & Ipin mampu berdiri setaraf dengan artis terkemuka tanah air seperti Yuna dan Chef Ismail.[1]

Penerimaan terhadap animasi Upin & Ipin tidak terhad kepada masyarakat tempatan sahaja. Malahan, watak Upin & Ipin menjadi sambutan hangat di peringkat global. Menerima anugerah Kartun Kesayangan MNCTV di Mom and Kids Award Indonesia tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2014 sehingga 2016, membuktikan bahawa mereka telah berjaya memenangi hati peminat di peringkat antarabangsa. Selain itu, animasi Upin & Ipin telah melakar sebuah lagi sejarah apabila muncul sebagai animasi tempatan pertama yang menembusi pasaran China melalui laman web perkongsian video China, Youku.[2]

Geng: Pengembaraan Bermula (2009)[sunting | sunting sumber]

Mencatatkan kutipan tertinggi pada tahun 2009. “Geng: Pengembaraan Bermula” merupakan projek pertama Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.. Berkisah mengenai Badrol dan Lim yang pulang ke kampung Badrol untuk menikmati suasana ketenangan kampung. Namun mereka mendapati diri mereka telah terlibat dengan sebuah misteri yang telah melanda kampung tersebut. Bermula daripada usaha mereka menghantar Opet yang merupakan seekor binatang mistik pulang ke tempat asalnya. Mereka menghadapi pelbagai cabaran apabila perjalanan mereka terhalang oleh seekor raksasa misteri berwajah tengkorak. Badrol dan Lim bersama-sama dengan Upin, Ipin, Rajoo dan Ros membongkar misteri kampung tersebut.

Ditayangkan pada 12 Febuari 2012, ia berjaya mengutip sebanyak RM 6.2 juta dalam tempoh 7 minggu tayangannya di pawagam Malaysa.[3] Kutipan tersebut membuatkan “Geng: Pengembaraan Bermula” sebagai filem animasi tempatan pertama berjaya membuat kutipan tertinggi di dalam sejarah Perfileman Malaysia. Ia sekaligus menewaskan kutipan animasi keluaran Disney iaitu “Up” sepanjang tayangannya di Malaysia pada tahun yang sama. Sehingga tahun 2017, “Geng: Pengembaraan Bermula” masih tersenarai di senarai filem paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia iaitu di tangga ke-21 menewaskan Cicakman dan KL Gangster 2.[4]

Pada tahun 2010, “Geng: Pengembaraan Bermula” telah dialih bahasa kepada bahasa Hindu dan disiarkan secara meluas di 600 pawagam di India. Inisiatif ini memakan belanja US$1.1 juta(RM3.5 juta). Kerjasama Les’Copaque Production Sdn. Bhd. dengan India Tales dan Ken Films adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi produk tempatan di peringkat antarabangsa. Melalui kerjasama tersebut, “Geng: Pengembaraan Bermula” menjadi filem keluaran Malaysia pertama yang telah berjaya memasuki pasaran India.[5]

Pada Zaman Dahulu (2011 - kini)[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Dahulu merupakan IP Les’ Copaque Production Sdn. Bhd yang memberi nafas baru kepada Cerita sang Kancil dan pelbagai kisah rakyat yang lain. Kisah bermula dengan menunjukkan Aris dan Ara yang dihantar ke kampung untuk tinggal bersama atuk dan nenek mereka iaitu Aki dan Wan. Aki mula bercerita untuk menghiburkan Aris dan Ara supaya berasa selesa di kampung. Penceritaan Aki menjadikan Sang Kancil sebagai watak utama yang menyelesaikan masalah penghuni rimba.

Siri Pada Zaman Dahulu telah berjaya memukau penonton dengan jalan cerita yang diketengahkan. Mula bersiaran pada tahun 2011, ia telah berjaya menerima 1 juta like di Facebook pada tahun 2015. Pada tahun 2016 pula, Komisi Penyiaran Indonesia yang merupakan badan kawalan isi kandungan di Indonesia menganugerahkan animasi Pada Zaman Dahulu sebagai pemenang bagi kategori Program Animasi Asing di Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia 2016.

Puteri (2014)[sunting | sunting sumber]

Manis, Kasturi, Purut, Bali dan Nipis. Watak yang tidak asing lagi bagi peminat siri animasi Puteri. Mengisahkan tentang lima orang puteri kerajaan Limau. Mereka dinamakan sempena limau yang dimakan oleh bonda mereka ketika mengandungkan mereka. Setiap Puteri mempunyai karakter mereka yang tersendiri. Manis bersuara lunak, Kasturi berjiwa pahlawan, Purut yang bersopan santun dan pemalu, Bali yang periang dan Nipis yang lincah. Setiap puteri ini juga dianugerahkan peralatan ajaib mereka sendiri.

Walaupun baru bersiaran selama satu musim, watak animasi Puteri telah pun berjaya memenangi hadiah utama Anugerah Karakter ASEAN yang dianjurkan oleh ASEAN-Japan Centre pada tahun 2015. Anugerah yang diadakah bertujuan untuk mempamerkan kemampuan produksi ASEAN untuk mencipta isi kandungan kreatif. Animasi Puteri berjaya menewaskan 58 penyertaan lain. Kemenangan Les’Copaque Production melalui watak Puteri menunjukkan penghasilan animasi tempatan telah pun setaraf dengan penghasilan animasi di luar negara.

DaDuDiDo (2014 - kini)[sunting | sunting sumber]

Les’ Copaque Production mencipta kelainan melalui penciptaan 4 karakter yang comel iaitu percikan api bernama Da, tiupan bayu bernama Du, Di si titisan air dan segumpal tanah bernama Do. Uniknya karakter ini adalah mereka tidak mengunakan bahasa normal tetapi mempunyai bahasa sendiri dalam berkomunikasi.

DaDuDiDo adalah animasi khas yang dicipta oleh Les’ Copaque Production untuk ditayangkan di saluran Youtube. Perbezaan karakter dan personaliti setiap watak adalah kunci utama yang menjadikan animasi DaDuDiDo sebuah animasi yang lucu dan mencuit hati. Secara purata, setiap episod DaDuDiDo yang berada di saluran Les’Copaque Production Youtube Channel telah menerima 100,000 tontonan per episod.

Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016)[sunting | sunting sumber]

Menyebut namanya pasti ternyanyi lagu tema filem tersebut iaitu Jeng Jeng Jeng nyanyian Yubi Band. Mengutip kutipan sebanyak RM4.8 juta dan tersenarai sebagai 10 filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2016, “Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!” merupakan filem kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.. Berkisahkan mengenai peminat tegar Upin & Ipin iaitu Balqis yang merupakan seorang anak yatim. Kemunculan Zaman yang ingin mengambil kembali tanah tempat rumah anak yatim tempat Balqis tinggal telah mencetuskan konflik. Oleh demikian, Balqis berusaha menyelamatkan rumah anak yatim yang didiaminya dengan bantuan Upin & Ipin dan juga Awie, seorang penyanyi Rock yang semakin merundum.

Merupakan kerjasama julung kali di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studio. Filem “Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!” ini telah mendapat sentuhan sutradara terkenal Erma Fatima dan Ketua Pengarah Isi Kandungan Les’ Copaque Production sendiri iaitu Puan Hajah Ainon. Filem ini juga bakal ditayangkan di China dan telah pun mendapat tempahan daripada negara-negara di Asia Barat.

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Memetik kata-kata Haji Burhanuddin di dalam sebuah wawancara, beliau menyebut bahawa untuk sesebuah produk itu berjaya, mereka tidak boleh mengharap kepada penjualan kepada stesen television sahaja. Tetapi sesebuah syarikat mestilah mampu mewujudkan pelbagai produk melalui IP yang dicipta. Sehubungan dengan itu, Les’ Copaque Production telah mengembangkan sayapnya melalui penubuhan beberapa anak syarikat bagi meluaskan lagi empayar Les’ Copaque Production Sdn. Bhd..[6]

Les’ Copaque Game Development Incorporated (LCGDI)[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 2010 khusus untuk kepada pembuatan permainan video bagi peranti mudah alih. LCGDI telah pun merangkul anugerah melalui produk yang mereka hasilkan dengan kerjasama syarikat luar iaitu Agate Studio. Aplikasi mudah alih tersebut iaitu ‘Upin & Ipin Demi Metromillenium’ telah merangkul Anugerah Liga Digital Indonesia 2016 yang dianugerahkan oleh Teknopreneur di “Mobile Developers Gathering 2016” yang berlangsung di Indonesia. Selain itu juga, LCGDI juga telah menghasilkan sebuah aplikasi khas dengan kerjasama Apple untuk peranti jenama Apple iaitu ‘Pocket Ipin’. Di dalam ‘Pocket Ipin’, pengguna boleh berinteraksi dengan Ipin seperti mengeletek dan memberi Ipin makanan kegemarannya iaitu ayam goreng. Dia antara produk lain keluaran LCGDI ialah “Upin & Ipin Spotter”, “Storybook Upin & Ipin”, “Upin & Ipin Demi Metromillenium”, “Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng”, “Kamera Upin” dan terbaru “DaDuDiDo Sports”. “DaDuDiDo Sports” yang baru dikeluarkan pada Jun 2017 telah pun mencecah 100,000 muat turun.

Les’ Copaque Animation Academy (LCAA)[sunting | sunting sumber]

Kerana percaya industri animasi di Malaysia mampu digilap dan berdaya saing di tahap antarabangsa. Les’ Copaque Production melalui Les' Copaque Animation Academy (LCAA) berusaha memantapkan lagi industri animasi di Malaysia melalui bidang pendidikan. Ditubuhkan pada Febuari 2008, LCAA membawa perbezaan apabila mendedahkan pelajarnya kepada 100% latihan berdasarkan industri sebenar. Penubuhan LCAA ini adalah seiring dengan misi dan visi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. untuk memperkasakan lagi industri animasi di Malaysia terutamanya dalam bidang animasi 3D. LCAA juga merupakan akademi pertama yang menawarkan khusus Diploma Animedia 3D di Malaysia dan telah pun mendapat pengiktirafan MQA.

Les’ Copaque Merchandising (LCM)[sunting | sunting sumber]

Les’ Copaque Merchandising (LCM) merupakan anak syarikat yang fokus kepada menyelia penghasilan dan perlesenan produk-produk berdasarkan IP Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.. Les’ Copaque Merchandising bertangungjawab untuk mengawal pengeluaran produk, penghasilan dan pengedaran sesuatu produk yang menggunakan IP Les’ Copaque Production. Pada tahun 2014, LCM telah disenaraikan di dalam E50 oleh SME Corp. Malaysia. Penyenaraian ini menunjukkan pertumbuhan LCM yang baik dan mampan menjadi tauladan kepada syarikat kecil dan sedehana yang lain.

Avenue Cafe[sunting | sunting sumber]

Merupakan sebuah inisiatif Les’Copaque Production Sdn. Bhd. untuk mengembangkan sayapnya di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman, maka Avenue Cafe ditubuhkan. Bertujuan untuk menyelia perniagaan restoran yang dijalankan, Avenue Cafe merupakan pakar dalam menyediakan restoran bertema bagi memenuhi citarasa semua lapisan umur. Terdapat tiga restoran di bawah seliaan mereka iaitu Geng’s Corner, Kedai Makan Upin & Ipin dan Lepak @ Les’ Copaque.

Media sosial[sunting | sunting sumber]

Facebook & Instagram[sunting | sunting sumber]

Penyertaan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. ke dalam sosial media merupakan sebuah langkah besar di dalam menarik lebih ramai peminat secara global. Melalui profile rasmi Facebook Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. iaitu “Upin & Ipin”, LCP berjaya mengumpulkan peminat seramai 12 juta orang. Jumlah ini sekaligus meletakkan laman tersebut di tempat ke 5 di dalam “Senarai 10 teratas bagi karakter fiksyen yang paling disukai ramai”. Laman tersebut telah menewaskan karakter-karakter terkenal seperti Mario dan Doraemon.

Selain laman Facebook, Les’ Copaque Production telah mewujudkan sebuah akaun Instagram rasmi Upin & Ipin. Sehingga kini, Akaun Instagram Upin & Ipin telah mendapat lebih daripada 200,000 pengikut.

YouTube[sunting | sunting sumber]

Les’ Copaque Production’s Youtube channel” telah dicipta pada tahun 2009 bertujuan untuk berkongsi dengan peminat perkembangan semasa syarikat. Namun kerana sambutan yang di luar dugaan, saluran tersebut kini berada di tempat pertama sebagai Saluran Youtube yang paling dilanggani di Malaysia. Dengan menjadi rakan kongsi Youtube pada tahun 2012, Les’ Copaque Production menjadi semakin aktif dengan mengeluarkan pelbagai produksi baru khusus untuk ditayangkan di Youtube. Di sini mencetus kepada lahirnya animasi pendek “DaDuDiDo” yang hanya disiarkan di laman “Les’ Copaque Production’s Youtube channel” sahaja. Sehinggalah, Saluran Youtube rasmi Les’ Copaque Sdn. Bhd. telah berjaya merangkul anugerah “Gold Play Button” daripada Youtube kerana mencapai 1 juta langganan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

2017
  • Outstanding Malaysian Creative Content Award, MCBC Business Excellence awards
  • Power Brand Award 2017, Asia Entrepreneurs Summit
  • YouTube Gold Play Button (1,000,000 Subscribers), Google
  • YouTube Silver Play Button (100,000 Subscribers), Google

2016

  • MNCTV Anugerah Kartun Kesayangan, Mom and Kids Award Indonesia
  • The Most Popular Video, Web TV Asia Awards
  • Best Company to work For In ASIA, HR Awards
  • Best Division StartUp game (Upin Ipin Demi Metromillenium), Liga Digital Indonesia Award
  • Company of the Year (Les’ Copaque Production), CSR Malaysia Awards
  • Pemenang Kategori Program Animasi Asing (Pada Zaman Dahulu), Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia

2015

  • Best Performance Game (Upin Ipin Demi Metromillenium), Liga Digital Indoneisa Award
  • MNCTV Anugerah Tokoh Kartun Kesayangan, Mom and Kids Award Indonesia
  • MNCTV Anugerah Kartun Kesayangan, Mom and Kids Award Indonesia
  • Grand Prize (Puteri), ASEAN Character Award
  • MYDigital Inspiration YouTube (Les’ Copaqe Channel), MDeC-WebTVAsia MyDigital Inspiration Awards BACA World 2015

2014

  • Best Quality Leadership Award, Brand Quality Leadership Award, Las Vegas
  • 50 Enterprise LC Merchandising, SME Corp

2013

  • Gold Award (Les’ Copaque Production), International Quality ERA Award, Geneva

2012

  • SMI Innovation Excellence Award 2012, SMI Malaysia
  • Outstanding Achievement Category in Entertainment, Malaysia Achievement Awards
  • Watak Animasi Tempatan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  • Anugerah Usahawan Harapan Perdasama, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia
  • The Most Musical Performances in a Month (Upin & Ipin the Musical), Malaysia Book of Records

2011

  • Intellectual Property Award, MyIPO
  • Cutest Characters, TV3 My Kids Awards
  • Awesome TV Show, TV3 My Kids Awards
  • Anugerah Khas Tun Mahathir, NEF-Awani
  • Most Successful Animation, Malaysia Book of Records

2010

  • Brand Leadership Award, World Brand Congress, India
  • Best Brands in Animation (Upin & Ipin), The BrandLaureate
  • Best Training Provider for 2009, MSC Malaysia Job Camp
  • Anugerah Kalung Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
  • Lolipop Award Animasi Favorit (Upin & Ipin), XY Kids Magazine Indonesia

2009

  • Viewer’s Choice Award, Kids Film Festival
  • NextGen Contentpreneur Award, Astro
  • Best Editor Animation/VFX Category, MSC Malaysia Kre8tif
  • Global Emerging Innovative Entrepreneur Award, JT Frank
  • Best Training Provider (Most Engaged) MSC Malaysia Job Camp, MDeC
  • Anugerah Khas Filem Box Office, Festival Filem Malaysia ke-22
  • Anugerah Khas Juri, Festival Filem Malaysia ke-22
  • First 3D Animated Feature Film, Malaysia book of Records
  • Best On Screen Chemistry Award, Shout! Award

2008

  • International Achievement Appreciation Award, FINAS
  • Best of Media Entertainment, APICTA
  • President’s Award Business Excellent Award, Malaysia Canada Business Council

2007

  • Best in Media & Entertainment, APICTA
  • Best Animation Award, Kuala Lumpur International Film Festival (KLIFF)
  • Best Start-Up Company, APICTA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]