Ute (kenderaan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah ute ( /juːt/ YOOT ), pada asalnya merupakan sebuah singkatan untuk "utiliti" atau " coupé utility ", adalah sebuah istilah yang digunakan di Australia dan New Zealand bagi menggambarkan kenderaan dengan tonneau di belakang bahagian penumpang.

Kebiasannya, istilah ini merujuk kepada kenderaan yang menggunakan casis kereta penumpang namun mempunyai sebuah ruang kargo yang bersepadu dengan bahagian badan penumpang (kenderaan coupé utiliti ). Kini, kenderaan yang mempunyai sebuah ruangan kargo terbuka di bahagian belakang dipanggil "ute" di Australia dan New Zealand,[1][2][3][4][5] walaupun dipanggil trak pikap di negara lain.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dari segi sejarah, istilah "ute" (singkatan daripada ' kenderaan utiliti ') telah digunakan bagi menggambarkan kenderaan 2 pintu berasaskan casis kereta penumpang, seperti Holden Commodore, Ford Falcon Australia, Chevrolet El Camino dan Subaru BRAT . Kebiasannya, Ute keluaran Australia merupakan pacuan roda belakang dan mempunyai ruang kargo yang bersepadu dengan badan penumpang (berbanding dengan trak pikap, di mana ruang kargo berasingan daripada badan penumpang).

Pada abad ke-21, istilah ini mula digunakan dengan lebih meluas yang merangkumi mana-mana kenderaan yang mempunyai ruangan kargo di belakang (yang dipanggil trak pikap di negara lain).[6][7][8][9][10][11]

Ute Australi pertama: Ford Australia Utiliti Coupe 1934
Roadster Utiliti: sebuah Chevrolet National 1927

Konsep kenderaan dua pintu berdasarkan casis kereta penumpang dengan dulang di belakang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an dengan model utiliti roadster.[12] Kenderaan ini adalah boleh tukar atas lembut, berbanding dengan bumbung keluli tetap yang digunakan oleh kebanyakan kereta.

Ford Australia merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan sebuah ute Australia Coupe, yang dikeluarkan pada tahun 1934.[13] Hali ini demikian kerana sebuah surat bertarikh 1932 daripada isteri seorang petani di Australia yang meminta "sebuah kenderaan untuk pergi ke gereja pada hari Ahad dan juga boleh membawa khinzir kita ke pasar pada hari Isnin".[13] Oleh itu, pereka bentuk Ford Lew Bandt mereka bentuk sebuah badan dua pintu dengan dulang di bahagian belakang untuk casis Ford Model A Amerika, dan model itu dinamakan "utiliti coupe".[13] Apabila versi Australia dipaparkan di AS, Henry Ford menamakannya sebagai "Kangaroo Chaser". Versi convertible yang dikenali sebagai utiliti roadster telah dihasilkan dalam jumlah terhad oleh Ford pada tahun 1930-an.[14][15]

Pada tahun 1951, Holden mengeluarkan sebuah model "utiliti", yang berasaskan sedan 48–215 mereka. Disebabkan Ford dan Holden kini mengeluarkan ute, bermulalah tradisi kenderaan 2 pintu rekaan Australia dengan dulang di belakang, berasaskan casis kereta sedan.[16]

Kesan budaya[sunting | sunting sumber]

2010 HSV Maloo R8

Australia telah membangunkan budaya di sekitar utes, terutamanya di kawasan luar bandar dengan acara yang dikenali sebagai "ute musters".

Ute berprestasi tinggi turut dijual di Australia, termasuk FPV F6 dan HSV Maloo.[17] HSV GTSR Maloo 2017 dikuasakan oleh 6.2 L (378 cu in) enjin V8 pengecas super menghasilkan 435 kW (583 hp) .[18][19]

Model Australia[sunting | sunting sumber]

Ford[sunting | sunting sumber]

Ford Model 38 1936
Ford Ranger 2016

Utes yang dihasilkan oleh Ford di Australia:

  • 1941–1949 1941 Ford
  • 1949–1951 1949 Ford
  • 1946–1953 Ford Anglia Coupe Utility
  • 1956–1962 Ford Consul Mk.II
  • 1961–2016 Ford Falcon Ute [20]
  • 1952–1959 Ford Mainline Utility
  • 1953–1955 Ford Popular 103E
  • 1946–1953 Ford Prefect
  • 1956–1962 Ford Zephyr Mark II Coupe Utility

Tambahan pula, Ford Ranger (T6) direka oleh Ford Australia, tetapi dibina di tempat lain. Ia merupakan kereta baharu kedua terlaris di Australia pada tahun 2019[21] dan tahun 2020.[22]

Holden[sunting | sunting sumber]

Ute yang dihasilkan oleh Holden atau syarikat induknya General Motors di Australia:

  • Chevrolet Stylemaster 1946-1948
  • Vauxhall Velox 1951-1957
  • Holden Utility 1951-1958
  • Vauxhall Wyvern 1952-1954
  • Holden Kingswood 1968-1984
  • Holden Utility (VG) 1990-1991
  • Holden Ute / Holden Commodore Ute (VP to VF) 1991-2017

Holden juga menjual ute dilencana semula yang dihasilkan di tempat lain. Mereka termasuk:

  • Holden Rodeo 1980-2000, Isuzu Faster dan Isuzu D-Max yang dilencana semula
  • Holden Colorado 2008-2020, Chevrolet Colorado yang dilencana semula yang dibina di Thailand.

Chrysler[sunting | sunting sumber]

Chrysler Valiant VG Ute 1970-1971

Model:

  • 1953-1957 Plymouth Belvedere
  • 1956–1957 Plymouth Cranbrook
  • 1956-1958 Plymouth Savoy
  • 1956–1957 Dodge Kingsway
  • 1956–1957 Diplomat DeSoto
  • 1958–1961 Chrysler Wayfarer
  • 1965–1979 Chrysler Valiant Utility dan Dodge Utility[23]

Leyland British[sunting | sunting sumber]

Model:

  • 1954–1974 Austin Cambridge Coupe Utility
  • 1968–1971 Austin 1800 Utility

Hillman[sunting | sunting sumber]

Moodel:

  • 1950-1958 Commer Light Pick-up, berdasarkan Hillman Minx
  • 1956 Hillman de luxe Utiliti [24]

Model Asia[sunting | sunting sumber]

Isuzu[sunting | sunting sumber]

Casis crew cab Isuzu D-Max 2013

Isuzu menjual Isuzu D-Max di Australia. Sebelum ini, pikap ini dijual Holden Rodeo.

Mazda[sunting | sunting sumber]

Mazda BT-50 2015

Mazda telah menjual Mazda BT-50 di Australia sejak 2006.

Mitsubishi[sunting | sunting sumber]

Mitsubishi Triton 2017

Mitsubishi telah menjual Mitsubishi Triton di Australia sejak 1978. Pada 2019, ia merupakan kereta baharu terlaris kelima di Australia.[21]

Nissan[sunting | sunting sumber]

Antara 1971-2008 Nissan menjual Nissan Sunny Truck sebagai ute di Australia. Sejak 1985, Nissan telah menjual ute gaya pikap Nissan Navara di Australia.

Proton[sunting | sunting sumber]

Antara 2002-2010, Proton Jumbuck telah dijual di Australia sebagai ute.

Subaru[sunting | sunting sumber]

1989 Subaru Brumby

Subaru menghasilkan Subaru Brumby, model AWD kecil yang diperoleh daripada Leone generasi kedua . Ia dijual antara 1978–1993 dan dikenali sebagai BRAT, Shifter, MV dan Targa di negara selain Australia. Model yang agak terkenal kerana hayat pengeluarannya yang panjang dan impaknya dalam budaya popular. Walaupun dibina di Jepun, ia tidak pernah dijual di sana.

Suzuki[sunting | sunting sumber]

Dari 1983 hingga 1988, Suzuki membina versi ute kereta kei Alto yang dipanggil Mighty Boy. Ia dijual di Jepun, Australia dan Cyprus .

Toyota Crown utility 1962-1967
Toyota Corona pickup 1962
Toyota Hilux 1996

Pada tahun 2011, Toyota Hilux meupakan ute terlaris di Australia.[25]

Model Eropah[sunting | sunting sumber]

Mercedes X-Class
Volkswagen Amarok 2011

Mercedes-Benz[sunting | sunting sumber]

Antara 2017 dan 2020, Mercedes-Benz X-Class telah dijual di Australia. Ia menggunakan casis Nissan Navara.

Volkswagen[sunting | sunting sumber]

Volkswagen telah menjual Volkswagen Amarok sejak 2010.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Governments Should Purchase 4-Star Utes". Australian Automobile Association (dalam bahasa Inggeris). 2008-03-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-10. Dicapai pada 2019-02-28.
  2. ^ "Ute buyers guide". New Zealand Automobile Association (dalam bahasa Inggeris). 2016-05-30. Dicapai pada 2019-02-28.
  3. ^ "Why does ISIS have so many Toyota Hilux utes?". 1 News (dalam bahasa Inggeris). 2015-10-07. Dicapai pada 2019-02-28.
  4. ^ Woods, Emily (2017-05-12). "Bumbling thieves smash brick wall, steal safe". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-28.
  5. ^ Hendery, Simon (2017-03-31). "Stolen WorkSafe ute causes mayhem across Hastings as it flees police". Stuff.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-28.
  6. ^ "Utes and SUV's Australia's most popular cars". Network Ten (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-10. Dicapai pada 2019-02-28.
  7. ^ O'Carroll, Damien (2015-12-22). "Driven ranks the utes available in New Zealand". Driven NZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-02-28.
  8. ^ Stanford, James (2012-07-10). "Dodge Ram: big US ute set for Australia". CarAdvice. Dicapai pada 2019-02-28.
  9. ^ "Used Subaru Brumby review: 1984-1994". CarsGuide. 2009-01-29. Dicapai pada 2019-02-28.
  10. ^ Lewis, Ryan (2017-10-04). "Top 5 best-selling utes of September 2017". WhichCar. Dicapai pada 2019-02-28.
  11. ^ "Top 5 Utes 4wd". CarAdvice. Dicapai pada 2019-02-28.
  12. ^ "Automotive History – The Aussie Ute". Curbside Classic. 2016-07-31. Dicapai pada 2018-11-05.
  13. ^ a b c Warner, Gary (1999-08-08). "Who built the first utility – where – when..." Fastlane.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-12. Dicapai pada 2010-04-01.
  14. ^ "History of the Roadster Ute". Roadster Ute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-09. Dicapai pada 2012-10-20.
  15. ^ "A History of the American Pickup Truck". PickupTruck.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20.
  16. ^ Short, Mark (2007-08-22). "History of the Holden ute". Drive.com.au. Dicapai pada 2019-02-28.
  17. ^ "Holden HSV Maloo R8 is World Fastest Ute". Worldcarfans. 2007-07-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14. Dicapai pada 2009-04-25.
  18. ^ "2017 HSV GTSR MALOO (base) Pricing and Specs". Carsguide.com.au. Dicapai pada 2018-11-06.
  19. ^ "HSV GTSR Maloo (2017)". Netcarshow.com. Dicapai pada 2018-11-06.
  20. ^ Traugott, Jay (2012-05-12). "Unique of the Week: 1974 Ford Falcon XB Ute". CarBuzz. Dicapai pada 2019-02-28.
  21. ^ a b "Top 100 new cars sold in Australia in 2019". Carsguide. Dicapai pada 5 September 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "2019 Top Cars" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  22. ^ "VFACTS: Australia's new vehicle sales at their lowest since 2003". CarExpert. 2021-01-06. Dicapai pada 2021-01-18.
  23. ^ "Valiant VG Technical Specifications". Uniquecarsandparts.com.au. Dicapai pada 2018-11-08.
  24. ^ "The new Hillman de luxe Utility". Power Farming in Australia and New Zealand: 100. August 1956.
  25. ^ Colquhoun, Steve (2011-10-14). "Best Ute". Drive.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-23.