Proton Arena
Proton Arena | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Juga dikenali | Proton Jumbuck |
Pengeluaran | 2002–2009[1] |
Pemasangan | Malaysia: Shah Alam, Selangor |
Kelas | Ute |
Gaya badan | Coupé utility 2-pintu |
Reka letak | FF |
Enjin | 4G15 1.5 liter l4 |
Penghantaran | Manual |
Jarak roda | 2,600 mm (102.4 in) |
Panjang | 4,455 mm (175.4 in) |
Lebar | 1,690 mm (66.5 in) |
Tinggi | 1,420 mm (55.9 in) |
Berat Kerb | 1,045 kg (2,304 lb) |
Berkait | Proton Wira |
Proton Arena (juga dikenali sebagai Proton Jumbuck di United Kingdom, Taiwan dan Australia) merupakan sebuah coupe utiliti kecil yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton.
Diperkenalkan pada tahun 2002, ia merupakan model pikap tunggal yang pernah dihasilkan oleh Proton dan satu-satunya merupakan model Proton yang mempunyai lebih populariti di pasaran eksport berbanding pasaran domestik. Konfigurasi suspensi Arena merangkumi topang MacPherson daripada sebuah saloon di hadapan dan torsion beam, leaf sprung di bahagian belakang.[2] Modifikasi lain termasuk gandar belakang keras, bar stabiliser dinaik taraf, brek cakera 14", brek gelendong 9" dengan load sensing proportioning valves (LSPV) dan penggunaan tayar yang diperkuatkan. Lotus Engineering menyediakan beberapa penambahbaikkan.[2]
Arena dikuasakan oleh sebuah enjin Mitsubishi 4G15 1.5 liter, 12 injap injeksi minyak elektrik (EFI) yang dipasang dengan sistem ECU Proton EMS 400.[2] Kecekapan bahan apinya rendah untuk sebuah pikap (5.8 liter per 100 km di lebuhraya and 8.5 liter per 100 km di bandar), tujuannya bukan untuk kerja berat dan mengisi segmen pasaran di bawah yang utiliti yang lebih besar.
Reka bentuk badan
[sunting | sunting sumber]Sebahagian besar Arena adalah berasaskan saloon Proton Wira, dengan muka hadapan dan mekanikal yang sama dengan Wira, namun kapasiti tempa duduknya dikurangkan kepada sebuah kabin berasaskan Wira dua tempat duduk dan mempunyai ruangan cargo berukuran 1,636 mm (64.4 in) x 1,349 mm (53.1 in) x 415 mm (16.3 in) dengan berat muatan maksimum sebanyak 570 kg (1,257 lb) dan ruang muatan maksimum 1.64 m (65 in) x 1.18 m (46 in).[2]
Di Malaysia, Arena ditawarkan dengan tiga varian, yang mempamerkan aksesori ruangan kargo dan trim yang berbeza daripada pasaran eksport namun mekanikalnya tetap sama.[2]
- Trim "Freestyle", Arena model asas dengan ruang kargo terbuka, bar logam yang terdedah dan rim keluli bersama penutup tayar (hubcap)
- Trim "Sportback", ruang kargo terpuka serupa seperti Freestyle tetapi bar logamnya tertutup, mempunyai trim badan dan rim aloi.
- Trim "Fastback", ruang kargo tertutup bersama sebuah camper shell, mempunyai trim badan dan rim aloi.
Di Australia, Jumbuck ditawarkan dalam varian GLi dan GLSi.[3]
- GLSi - Model barisan teratas menampilkan aksen emas di sekitar bahagian bawah di badan kenderaan, serta bampar beraksen emas di hadapan dan bumperet di belakang. Model ini juga mempunyai "semua pilihan elektrik" seperti Power Mirrors (cermin sisi elektrik) dan Power Windows (tingkap elektrik). Bahagian dalam adalah tempat duduk kain.
- GLi - tiada pilihan elektrik dan badan mempunyai satu warna sahaja
Keselamatan
[sunting | sunting sumber]Tiada ujian keselamatan ketat yang dilakukan ke atas model ini di Malaysia.
Pada September 2009, model Jumbuck telah menjalani sebuah ujian kemalangan telah dijalankan oleh Australasian New Car Assesment Program (ANCAP). Jumbuck hanya mendapat satu daripada lima bintang.[4][5][6][7][8]
Jumbuck kekurangan ciri-ciri keselamatan moden seperti beg udara dan ABS. Ketiadaan ciri-ciri tersebut untuk mengurangkan harga jualan disyaki menjadi punca bagi markah ujian yang rendah.[8]
Proton Cars Australia mengkritik pilihan Jumbuck untuk ujian tersebut, mengatakan kenderaan tersebut merupakan kenderaan terakhir yang menggunakan sebuah platfrom yang lama dan memerlukan penggantian menjelang tahun 2010. Namun, jualan Jumbuck telah pun berakhir pada tahun 2009.[8]
Proton Jumbuck dipasang dengan tayar 175/70R14 (88R) atau 185/60R15 (88S), dan rim 5.5Jx14 ET40 or 6Jx15 ET40 rim.[9]
Rim ini dikongsi bersama Wira dan kereta kecil lain speri Mitsubishi Lancer, tidak direka untuk penggunaan berat dengan berat maksimum sebanyak 560kg per tayar dengan jisim kasar kenderaan sebanyak 1500 kg, kereta tersebut hampir dengan had kumpulan axelnya, lebih-lebih lagi apabila daya memusing dan daya guling dikenakan.
Pemasaran
[sunting | sunting sumber]Di Malaysia, Arena sering dipasarkan untuk kegunaan komersil dan rekreasi.[2] Varian Freestyle disasarkan secara eksklusif untuk pelbagai kepentingan komersial, manakala varian Sportdeck ditawarkan untuk kedua-dua pemilik persendirian dan perniagaan. Varian Fastback, disasarkan kepada pemilik persendirian. Walaupun tiga varian Arena diiklankan sebagai model untuk tugas khusus, ketiga-tiga model boleh digunakan dalam apa jua cara.
Walaupun Arena ditawarkan di Malaysia, Arena tidak popular di pasaran tempatan dan kebanyakannya merupakan model eksport (terutamanya ke United Kingdom, Australia dan Afrika Selatan, di mana coupe utiliti lebih senang dipasarkan).
Jumbuck kekal sebagai model yang relevan lebih sedekad selepas pelancarannya di British. Daripada anggaran 1,800 unit yang didaftarkan antara 2003 dan 2006 di Great Britain dan Ireland Utara, lebih 1,300 unit kekal dilesenkan pada S3 2015, dengan 153 unit lagi pada SORN.[10] Lebih 80% daripada semua Proton Jumbucks yang dijual di UK masih di jalan raya.[10]
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Monthly Production by Maker/Brand in Malaysia, 2009-2015". marklines.com. 21 May 2015. Dicapai pada 21 May 2015.
- ^ a b c d e f "Models > Arena". proton2020.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-02-14. Dicapai pada 2008-08-04.
- ^ "Jumbuck | Proton Cars Australia". Proton.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-18. Dicapai pada 2011-02-06.
- ^ "Proton Jumbuck (2003 – 2010) Crash Test Results | ANCAP".
- ^ "Images & Videos | ANCAP".
- ^ "Proton Jumbuck, Great Wall Utes Perform Poorly in ANCAP Crash Safety Tests". drive.com.au (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2009.
- ^ "How safe is the 2010 Proton Jumbuck?". howsafeisyourcar.com.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-17.
- ^ a b c Park, Barry (2008-09-29). "Proton, GWM utes fare poorly in NCAP crash tests". The Age (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2008-09-30.
- ^ "Proton Jumbuck 2010 - Wheel & Tire Sizes, PCD, Offset and Rims specs".
- ^ a b "Proton Jumbuck (model family) - How Many Left?". howmanyleft.co.uk. 25 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2016. Dicapai pada 25 February 2016.