Vanessa Atkinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vanessa Atkinson

Vanessa Atkinson (lahir 10 Mac 1976 di Newcastle, United Kingdom) ialah pemain skuasy profesional dari Belanda. Dia memenangi Terbuka Dunia pada tahun 2004 dan berjaya menjadi pemain No. 1 dunia pada bulan Disember 2005.

Dia telah berjaya memenangi kejohanan-kejohanan besar di Qatar, New York, Monte Carlo, Malaysia dan Ireland. Atkinson dilahirkan di England tetapi keluarganya berpindah ke Belanda sewaktu dia masih kecil. Dia mulai bermain skuasy di Dordrecht. Dia sekarang tinggal di The Hague.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]