Vanessa Nakate
Vanessa Nakate | |
---|---|
Kelahiran | Uganda | 15 November 1996
Pendidikan | Sekolah Perniagaan Universiti Makerere |
Tahun aktif | 2018–kini |
Terkenal kerana | Aktivisme iklim |
Vanessa Nakate (lahir 15 November 1996) merupakan seorang aktivis keadilan iklim Uganda.[1] Beliau dibesarkan di Kampala dan mula terlibat dalam aktivisme iklim pada Disember 2018 selepas berasa khuatir tentang suhu tinggi yang luar biasa di negaranya.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Nakate dibesarkan di ibu negara Uganda, Kampala.[3] Beliau mendapat pendidikan tingginya di Sekolah Perniagaan Universiti Makerere dan mendapat ijazah bidang pentadbiran perniagaan dalam pemasaran.[4]
Aktivisme iklim
[sunting | sunting sumber]Diilhamkan oleh Greta Thunberg, beliau mula mogok bersendirian terhadap ketidakgiatan orang ramai terhadap krisis iklim pada Januari 2019.[5] Pada mulanya, beliau merupakan satu-satunya pemprotes di luar Parlimen Uganda.[4] Namun, semakin ramai belia yang menyertai pergerakannya untuk menarik perhatian orang ramai terhadap nasib hutan hujan Congo.[6] Nakate telah mengasaskan Belia untuk Masa Depan Afrika dan juga Gerakan Bangkit yang berpangkalan di Afrika.[7]
Pada Disember 2019, Nakate merupakan salah seorang aktivis belia yang berucap pada persidangan COP25 di Sepanyol.[8]
Pada awal Januari 2020, beliau bersama 20 orang aktivis iklim belia yang lain mengeluarkan sebuah surat kepada peserta di Forum Ekonomi Dunia yang diadakan di Davos agar semua syarikat, bank dan kerajaan berhenti memberikan subsidi kepada industri bahan api fosil dengan segera.[9] Beliau merupakan salah seorang daripada lima delegasi antarabangsa yang dijemput oleh Arctic Basecamp untuk berkhemah bersama mereka di Davos semasa Forum Ekonomi Dunia diadakan; mereka kemudiannya menyertai perarakan iklim yang diadakan pada hari terakhir Forum tersebut.[10]
Pada Oktober 2020, Nakate memberi ucapan di Kuliah Keamanan Antarabangsa Desmond Tutu dan menggesa para pemimpin dunia untuk menyedari dan mengakui perubahan iklim sebagai sebuah krisis yang akan menyebabkan kemiskinan, kelaparan, penyakit, konflik dan keganasan terhadap wanita. "Perubahan iklim ialah mimpi ngeri yang menjejaskan setiap sektor kehidupan kita," kata beliau. “Bagaimanakah kita boleh membasmi kemiskinan tanpa memberikan perhatian kepada krisis ini? Bagaimanakah kita boleh menamatkan kelaparan jika perubahan iklim sedang menyebabkan berjuta-juta orang di dunia ini kebuluran? Kita akan melihat bencana demi bencana, cabaran demi cabaran, penderitaan demi penderitaan (...) sekiranya tiada tindakan yang diambil." Beliau juga menyeru para pemimpin untuk "meninggalkan zon selesa mereka dan sedar akan keadaan bahaya yang kita berada sekarang serta bertindak. Ini soal hidup dan mati.”[11]
Nakate memulakan Projek Sekolah Hijau, sebuah inisiatif tenaga boleh diperbaharui yang bertujuan untuk memasang panel solar dan dapur mesra alam di sekolah-sekolah Uganda.[12] Setakat ini, projek itu telah dijalankan di enam buah sekolah.[13]
Pada 9 Julai 2020 Vanessa Nakate telah ditemu bual oleh Angelina Jolie dan mereka berbincang tentang kuasa dan kepentingan suara orang Afrika dalam gerakan keadilan iklim.[14] Pada bulan Ogos, majalah Jeune Afrique menamakan beliau antara 100 tokoh Afrika yang paling berpengaruh.[15]
Pada bulan September, Vanessa berucap di sebuah panel bertajuk "Mencetuskan Era Kepimpinan Iklim Transformasi" yang dianjurkan oleh Institut Sumber Dunia. Beliau turut menyampaikan pandangannya di "Perbualan dengan Pengubah Iklim" anjuran Oxfam.[16] Vanessa Nakate diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pemimpin muda SDG 13 pada tahun 2020.[17][18] Nakate disenarai antara anak muda Afrika yang paling berpengaruh pada tahun 2020 oleh YouthLead. [19] Nakate ialah penceramah utama di Dialog Peralihan Tenaga Berlin 2021 pada 16 Mac 2021 bersama pemimpin dunia terkenal yang lain.[20][21]
Dalam rencananya yang diterbitkan di The Guardian pada bulan Oktober 2021, Nakate berhujah bahawa negara dan syarikat yang menyebabkan perubahan iklim harus memberi pampasan kepada negara dan komuniti Afrika yang mengalami kerugian dan kerosakan yang timbul daripada perubahan iklim.[22]
Dalam sebuah temu bual dengan Amy Goodman dalamDemocracy Now! pada 2009, Nakate berkata, "Negara saya dan kebanyakan rakyaknya sangat bergantung kepada pertanian. Jadi, sekiranya ladang kita dimusnahkan oleh banjir, kemarau atau hasil tanaman berkurang, itu bermakna harga makanan akan melambung. Oleh itu, hanya golongan yang paling kaya yang dapat membeli makanan. Merekalah yang mengeluarkan majoriti gas rumah hijau di negara kita, merekalah yang dapat bertahan semasa berlakunya krisis makanan, sedangkan kebanyakan orang yang tinggal di kampung dan luar bandar menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan kerana harganya yang tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kebuluran dan kematian. Secara harfiah, kekurangan hujan bermakna kelaparan dan kematian di negara saya bagi golongan yang kurang bernasib baik".[23]
Pada Mac 2022, aktivis alam sekitar Uganda menyerang projek minyak mega TotalEnergies di Afrika Timur. Perhimpunan Kebangsaan Perancis menerima empat aktivis belia terkemuka untuk melobi kerajaan supaya mengambil pendirian mengenai projek itu. Vanessa Nakate adalah salah seorang daripada mereka.[24]
Ideologi politik
[sunting | sunting sumber]Nakate menganggotai majlis Progressive International, sebuah organisasi antarabangsa yang mempromosikan politik sayap kiri yang progresif.[25] Beliau telah mengkritik kapitalisme dan mengaitkannya dengan kemerosotan alam sekitar.[26]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Januari 2020, Associated Press agensi berita (AP) mengecualikan Nakate daripada gambar mereka yang menampilkan Greta Thunberg dan aktivis Luisa Neubauer, Isabelle Axelsson, dan Loukina Tille selepas mereka semua menghadiri Forum Ekonomi Dunia.[27][28] Nakate menuduh syarikat akhbar tersebut bersikap perkauman.[28] The Associated Press kemudiannya menukar foto itu dan menunjukkan tiada niat jahat tanpa memohon maaf kepada Nakate. [29] Pada 27 Januari 2020, editor eksekutif AP Sally Buzbee mewakili AP memohon maaf di Twitter dengan menggunakan akaun peribadinya. [30] Nakate menjawab bahawa beliau tidak mempercayai kenyataan AP atau permohonan maaf mereka, seterusnya berkata: "Walaupun insiden ini telah menyakiti saya secara peribadi, saya gembira kerana ia telah membawa lebih perhatian kepada aktivis di Afrika. ... Mungkin media akan mula memberi perhatian kepada kita bukan hanya apabila kita menjadi mangsa tragedi iklim."[31]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Nakate menerima Anugerah Alam Sekitar Haub Law 2021.[32][33]
Nakate juga disenaraikan dalam 100 Wanita BBC yang diumumkan pada 23 November 2020.[34]
Beliau turut berada dalam senarai Time100 Next yang diterbitkan oleh majalah TIME pada 17 Februari 2021,[35] dan dipaparkan pada muka depan TIME keluaran 8 November/15 November 2021.[36]
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Nakate, Vanessa (28 Oktober 2021). A bigger picture: my fight to bring a new African voice to the climate crisis. United Kingdom: Pan Macmillan. ISBN 978-035865450-6.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Urra, Susana; Kitson, Melissa (6 Disember 2019). "'Greta Thunberg in Madrid: "I hope world leaders grasp the urgency of the climate crisis"". El País. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2019. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Hanson, James (28 Oktober 2019). "3 young black climate activists in Africa trying to save the world". Greenpeace UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Dahir, Abdi Latif (2021-05-07). "Erased From a Davos Photo, a Ugandan Climate Activist Is Back in the Picture". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2021. Dicapai pada 7 Mei 2021.
- ^ a b Kisakye, Frank (30 Mei 2019). "22-year-old Nakate takes on lone climate fight". The Observer. Uganda. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2019. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Feder, J. Lester; Hirji, Zahra; Müller, Pascale (7 Februari 2019). "A Huge Climate Change Movement Led By Teenage Girls Is Sweeping Europe. And It's Coming To The US Next". BuzzFeed News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Jenkins, Carla (25 November 2019). "Glasgow student follows Greta Thunberg with 30 day climate crisis strike". Glasgow Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Bort, Ryan (23 Januari 2020). "A Rolling Stone Roundtable With the Youth Climate Activists Fighting for Change in Davos". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ "Climate change: What's Greta been saying at the COP25 conference in Madrid?". BBC. 7 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Thunberg, Greta (10 Januari 2020). "At Davos we will tell world leaders to abandon the fossil fuel economy". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Sengupta, Somini (24 Januari 2020). "Greta Thunberg Joins Climate March on Her Last Day in Davos". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ "'Wake up': Climate activist Nakate challenges world leaders". The Independent. 7 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "The Green Schools Project: Vanessa Nakate is on a mission to power schools in Uganda with solar energy". CleanTech News. 12 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Vanessa Nakate [@vanessa_vash] (14 Oktober 2020). "I wanted to drive a transition to renewable energy and provide energy saving cooking stoves for schools in the rural communities. As of now, we have carried out installations in six schools and we look forward to carrying out two more installations" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "A Conversation with Angelina Jolie and Ugandan Climate Activist Vanessa Nakate On the Urgency of Elevating African Voices in Climate Discussions". Time.com. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "[Classement] Les 100 Africains les plus influents en 2020 – Jeune Afrique". JeuneAfrique.com. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "Climate Action 2.0: Sparking an Era of Transformational Climate Leadership". Wri.org. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "Meet the 2020 Class of Young Leaders for the SDGs – Office of the Secretary-General's Envoy on Youth". Un.org. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "Vanessa Nakate – Office of the Secretary-General's Envoy on Youth". Un.org. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "100 Most Influential Young Africans for 2020". Youthlead.org. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "Berlin Energy Transition Dialogue 2021 — Speakers". Berlin Energy Transition Dialogue 2021. Berlin, Germany: Germany Federal Foreign Office. 16 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2021. Dicapai pada 2021-03-16.
- ^ Nakate, Vanessa (16 Mac 2021). Keynote presentation at Berlin Energy Transition Dialogue 2021. Berlin, Germany: German Federal Foreign Office. Peritiwa berlaku pada 1:26:25. Dicapai pada 2021-03-17. Circa 4 minutes long.
- ^ Nakate, Vanessa (29 Oktober 2021). "We know who caused the climate crisis — but they don't want to pay for it". The Guardian. London, United Kingdom. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2021-10-29.
- ^ Nakate, Vanessa (12 Disember 2019). "Uganda's First Fridays for Future Climate Striker, Vanessa Nakate, Joins COP25 Protests in Madrid". Democracy Now! (Temu ramah). Ditemuramah oleh Amy Goodman. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2019. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ "Africa African youth activists in French National Assembly over Total's oil pipeline in East Africa". RFI. Dicapai pada 17 Mac 2022.
- ^ "Council". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2020. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ @vanessanakate1 (15 Oktober 2020). "Environmental degradation is a direct consequence of capitalism". Dicapai pada 17 Oktober 2020 – melalui Instagram.
- ^ Evelyn, Kenya (25 Januari 2020). "Outrage at whites-only image as Uganda climate activist cropped from photo". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ a b "Vanessa Nakate: Climate activist hits out at 'racist' photo crop". BBC News. 24 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ Easton, Lauren (24 Januari 2020). "AP statement on cropped photo". AP Definitive Source. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
- ^ @SallyBuzbee (27 Januari 2020). "Vanessa, on behalf of the AP, I want to say how sorry I am that we cropped that photo and removed you from it. It was a mistake that we realize silenced your voice, and we apologize. We will all work hard to learn from this. @vanessa_vash" (Twit). Dicapai pada 10 Februari 2020 – melalui Twitter.
- ^ Evelyn, Kenya (29 Januari 2020). "'Like I wasn't there': climate activist Vanessa Nakate on being erased from a movement". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2021. Dicapai pada 26 Januari 2021.
- ^ "Haub Law Announces two recipients of the 2021 Elisabeth Haub Award for Environmental Law and Diplomacy | Pace Law School". Law.pace.edu. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "Elisabeth Haub Award for Environmental Law and Diplomacy | Pace Law School". Law.pace.edu. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
- ^ "BBC 100 Women 2020: Who is on the list this year?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 2020-11-23.
- ^ "2021 TIME100 Next: Vanessa Nakate". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2021. Dicapai pada 2021-02-17.
- ^ "Vanessa Nakate Wants Climate Justice for Africa". Time. 8 November 2021. Dicapai pada 2021-11-01.