Venus (tumbuhan)
Venus | |
---|---|
![]() | |
Daun tumbuhan venus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Dionaea
|
Spesies: | D. muscipula
|
Nama binomial | |
Dionaea muscipula | |
![]() | |
Distribution | |
Sinonim[2] | |
|
Venus penangkap lalatt (juga dirujuk sebagai penangkap lalat Venus atau perangkap lalat Venus), Dionaea muscipula, ialah pokok insektivora asli tanah lembap subtropika di Pantai Timur Amerika Syarikat di Carolina Utara dan Carolina Selatan.[3] Ia menangkap mangsanya—terutamanya serangga dan araknid—dengan struktur perangkap yang dibentuk oleh bahagian hujung pada kedua-dua daun pokok ini dan dipicu oleh rerambut halus di permukaan dalam daun tersebut. Apabila seekor serangga atau labah-labah merangkak di atas daun pokok ini lalu tersentuh rerambut halusnya, perangkap akan tertutup sekiranya rerambut yang berlainan disentuh dalam masa dua puluh saat dari sentuhan yang pertama. Tujuan pemicu berganda dalam mekanisme ini ialah bagi mengelakkan tenaga dibazirkan dengan memerangkap objek yang tidak memiliki nilai zat makanan.
Dionaea adalah genus monotypic berkait rapat dengan pokok kincir air dan sundew, yang kesemuanya tergolong dalam keluarga Droseraceae.
Gambaran[sunting | sunting sumber]
Pokok Venus penangkap lalat adalah tumbuhan kecil dengan struktur boleh digambarkan sebagai roset empat hingga tujuh daun, yang timbul daripada batang pendek bawah tanah yang sebenarnya merupakan objek berbentuk seperti bebawang. Setiap batang mencapai saiz maksimum kira-kira 3-10 sentimeter, bergantung pada tempoh dalam tahun;[4] daun lebih panjang dengan perangkap yang lebih teguh biasanya terbentuk selepas berbunga.mPenangkap lalat yang memiliki lebih daripada tujuh daun merupakan koloni yang terbentuk oleh roset yang telah membahagi di bawah tanah.
Bilah daun dibahagikan kepada dua kawasan: Daun (Petiole) dengan permukaan rata, berbentuk hati berkeupayaan untuk fotosintesis, dan sepasang cuping hujung berengsel di pelepah, membentuk perangkap yang merupakan daun sebenar. Bahagian atas permukaan daun ini mengandungi pigmen Antosianin merah dan sisinya merembeskan lendir. Cuping ini mempamerkan pergerakan pantas tumbuhan, menyentap tutup apabila dirangsang oleh mangsa. Mekanisme memerangkap akan tercetus apabila mangsa menyentuh salah satu daripada tiga trichome seperti rerambut yang terdapat pada permukaan atas setiap lobus. Mekanisme perangkap begitu khusus sehinggakan ia boleh membezakan antara mangsa hidup dan perangsang bukan mangsa sebagai titisan hujan yang jatuh; [5] Dua bulu pencetus mesti disentuh dalam tempoh masa 20 saat antara satu sama lain atau salah satu rerambut disentuh dua kali berturut-turut dangan cepat, [5] di mana cuping perangkap akan tercetus tertutup dalam kira-kira satu per sepuluh saat. [6] Tepi cuping dikelilingi unjuran seperti rambut-kaku atau silia, membentuk jaringan berkait dan mencegah mangsa besar dari melarikan diri. (Unjuran ini, dan bulu pencetus, yang juga dikenali sebagai bulu sensitif, kemungkinannya homolog dengan belalai yang terdapat pada saudara tumbuhan ini, iaitu Sundew.) Para saintis telah membuat kesimpulan bahawa penangkap lalat Venus adalah berkait rapat dengan Drosera (Sundew), dan perangkap bingkas berkembang daripada perangkap yang sama dengan Drosera.[7]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Dionaea muscipula". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000. 2000. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Listed as Vulnerable (VU A1acd, B1+2c v2.3) - ^ Schlauer, J. (N.d.) Dionaea muscipula. Carnivorous Plant Database.
- ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families
- ^ "Venus flytraps". The Carnivorous Plant FAQ. Dicapai pada 2005-06-13.
- ^ a b Raven, Peter H.; Evert, Ray Franklin; Eichhorn, Susan E. (2005). Biology of Plants (ed. 7th). W.H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-1007-2.
- ^ Forterre, Yoël; Skotheim, Jan M.; Dumais, Jacques; Mahadevan, L. (27 January 2005). "How the Venus flytrap snaps" (PDF). Nature. 433 (7024): 421–425. doi:10.1038/nature03185. PMID 15674293. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-12-02. Dicapai pada 2015-11-15. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Cameron, Kenneth M.; Wurdack, Kenneth J.; Jobson, Richard W. (2002). "Molecular evidence for the common origin of snap-traps among carnivorous plants". American Journal of Botany. 89 (9): 1503–1509. doi:10.3732/ajb.89.9.1503. PMID 21665752.