Pergi ke kandungan

Drosera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Drosera
Drosera tokaiensis
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Drosera

Subgenus
Sinonim[1]
  • Adenopa Raf.
  • Dismophyla Raf.
  • Drossera Gled.
  • Esera Neck.
  • Filicirna Raf.
  • Freatulina Chrtek & Slavíková
  • Rorella Hill
  • Rossolis Adans.
  • Sondera Lehm.
Drosera leucoblasta

Drosera ialah genus tumbuhan karnivor menganggotai keluarga Droseraceae.[1] Spesies-spesies tumbuhan dalam genus ini mendapatkan sumber mineral dengan menangkap serangga yang mengerumuninya menggunakan kelenjar musilaj yang memenuhi permukaan daun-daunnya. Ia antara genus yang terbesar dengan sekurang-kurangnya 194 spesies.[2] Spesies-spesies ini datang dalam pelbagai rupa dan besar yang ditemukan di setiap benua kecuali Antartika.[3]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus tumbuhan ini dijejak daripada kata bahasa Yunani Purba δρόσος drosos "embun"[4] kerana titisan-titisan musilaj di hujung dedaunnya yang berkilau seperti embun pagi.[5]

Ciri botani

[sunting | sunting sumber]

Sistem-sistem akar banyak spesies genus ini kurang membangun atau hilang fungsi pusaka. Akar-akarnya nipis dengan rerambut yang panjang.[6]:129-130

Daun-daun setiap spesies dalam genus ini mempunyai kelenjar yang merembeskan bahan musilaj yang melekit dan manis lalu menarik perhatian serangga. Sebaik serangga ini tersentuh daun ini, kaki-kaki ia akan melekat pada musilaj ini sehingga ia terperangkap. Serangga ini kesudahannya mati kepenatan cuba membebaskan diri atau lemas kerana spirakel pernafasannya disumbat dalam masa 15 minit.[7] Semua spesies genus ini boleh bertindak balas selepas disentuh mangsa yang sekecil seekor agas.[7]

Sementara itu, tumbuhan yang telah memerangkap serangga ini merembeskan enzim-enzim esterase, peroksidase, fosfatase dan protease.[8]:41 Enzim-enzim ini melarutkan bangkai serangga mengeluarkan nutrien yang terkandung dalamnya, nutrien ini diserap melalui permukaan daun-daun tumbuhan dan disalurkan ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut.

  1. ^ a b "Drosera L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  2. ^ McPherson, S.R. (2010). Carnivorous Plants and their Habitats. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd. 2 jilid.
  3. ^ McPherson, S.R. (2008). Glistening Carnivores. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd.
  4. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "δρόσος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  5. ^ Darwin yang Tua, Robert Waring (1787). Principia Botanica; Or, A Concise and Easy Introduction to the Sexual Botany of Linnæus, Etc. [The Preface Signed: R. W. D., I.e. Robert W. Darwin, the Elder.]. Newark, New Jersey, Amerika Syarikat: Allin & Company. m/s. 68.
  6. ^ Adlassnig, Wolfram; Peroutka, Marianne; Lambers, Hans; Lichtscheidl, Irene K. (Julai 2005). "The Roots of Carnivorous Plants". Plant and Soil. 274 (1–2): 127–140. doi:10.1007/s11104-004-2754-2.
  7. ^ a b Darwin, Charles (1875). Insectivorous Plants. ISBN 978-1-4102-0174-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2005.
  8. ^ Barthlott, Wilhelm; Porembski, Stefan; Seine, Rüdiger; Theisen, Inge (2004). Karnivoren Biologie und Kultur fleischfressender Pflanzen. Stuttgart, Jerman: Verlag Eugen Ulmer. ISBN 9783800141449.