Pergi ke kandungan

The Wall Street Journal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wall Street Journal)
The Wall Street Journal
JenisAkhbar harian
FormatTerbitan lebar sehelai
Diasaskan8 Julai 1889
BahasaInggeris
Ibu pejabatOne World Financial Center
New York, NY 10281
 Amerika Syarikat
Edaran2,069,463[1]
PemilikDow Jones & Company (milik News Corporation)
PenerbitLes Hinton
PengarangRobert Thomson
ISSN0099-9660
Laman sesawangWSJ.com

The Wall Street Journal (WSJ) ialah akhbar antarabangsa berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Dow Jones & Company (diambilalih oleh News Corporation) di bandar raya New York. Akhbar ini juga mempunyai edisi Asia dan Eropah. Saingan utama WSJ ialah Financial Times yang beribut pejabat di London.

Pada 2 Julai 2015, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).[2]

Pada 12 Februari 2016, editor kewangan WSJ , Ken Brown ketika ditemu bual oleh rangkaian televisyen ABC News Australia menafikan dakwaan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali bahawa RM2.6 bilion dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi.[3]

Pada 26 Jun 2018, sebuah laporan WSJ mendakwa Rosmah Mansor mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan yang dibuat oleh suaminya, Najib ketika beliau menjadi perdana menteri. Laporan itu memaparkannya sebagai "wanita pertama yang kuat" yang mana pendapatnya sering menguasai "Najib yang kurang tegas" dan mereka kekal sebagai "pasangan setia".[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saba, Jennifer (2008-04-28). "New FAS-FAX: Steep Decline at 'NYT' While 'WSJ' Gains". Editor & Publisher. Nielsen Business Media, Inc.
  2. ^ Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najib’s Accounts Amid 1MDB Probe
  3. ^ WSJ refutes AG's Saudi donation claim
  4. ^ WSJ gambarkan Rosmah kuasa sebenar di belakang Najib