1Malaysia Development Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan 1Malaysia.
“1MDB" dilencongkan di sini. Jangan dikelirukan dengan IMDB.
1Malaysia Development Berhad
Jenis Syarikat Berhad
Industri Pelaburan strategik
Ditubuhkan 2008
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Najib Razak (Pengerusi)
Arul Kanda Kandasamy (Presiden & CEO)
Hasil Tidak-termasuk
Pemilik Kementerian Kewangan Malaysia
Slogan Sea the future
Laman sesawang http://www.1mdb.com.my/

1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia.[1]

Menurut Kerajan Malaysia, 1MDB telah ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI).[2]

Antara projek mega berprofil tinggi 1MDB yang pada masa kini dilaksanakan adalah kawasan pembangunan Tun Razak Exchange, Tun Razak Exchange merupakan projek Bandar Malaysia dan pemilikan terhadap projek Janaan Kuasa Bebas (IPP). Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri nya, Datuk Seri Najib Razak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1MDB bermula sebagai Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) yang bertujuan untuk memberi pembangunan ekonomi kepada negeri Terengganu untuk jangka masa panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat Terengganu secara amnya.[3]

TIA telah ditubuhkan pada 2008, dan kemudianya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.[4] Dalam pemberitahuannya pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkata keputusan untuk membesarkan peranan TIA kepada entiti persekutuan dibuat untuk menambah baik nilai keberhasilan jika dibandingkan dengan faedah dalam sesebuah negeri sahaja.[5]

Fokus[sunting | sunting sumber]

1MDB memberi fokus kepada projek pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.

Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai US$2.5 billion, dengan mengfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia.[6]

Berikutan itu, pada 11 January 2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Boleh Ubah Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE.[7]

Pada 18 January 18 2010, 1MDB telah menandatangi perjanjian usahasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company (dikenali juga sebagai Masdar) bagi menerokai projek pelaburan dan teknologi bersih termasuk membina bandar bebas karbon pertama di Malaysia.[8][9]

Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi. Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membinan Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi.[10] Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia. [11] Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur US$5bil.[12]

Pada 21 Mei 2010, telah dilaporkan 1MDB akan turut serta dalam pembangunan kawasan Tun Razak Exchange, iaitu sekeping tanah berkeluasan 34.4 hektar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama dengan Mubadala Development Company.[13] Walaubagaimanapun, majlis perasmian pecah tanah yang dicadangkan diadakan pada 29 Mei 2010 telah dibatalkan dan ditunda pada akhir akhir waktu.[14] Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10), Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan projek KLIFD dan Bandar Malaysia adalah dua projek utama usahasama awam-swasta yang akan memacu agenda transformasi negara.

Kawalan korporat[sunting | sunting sumber]

1MDB diuruskan secara profesional dan sistematik berdasarkan sistem uji dan imbang yang meliputi barisan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan senior. Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[15]

Pada awal Mac 2015, berikutan desakan kuat oleh orang awam dan barisan parti pembangkang di Malaysia, terdapat beberapa isu melibatkan ketelusan pengurusan kewangan syarikat yang dilihat goyah oleh masyarakat terhadap 1MDB. PM Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB telah mengarahkan Akauntan Negara untuk mengaudit status kedudukan kewangan 1MDB.[16]


Pinjaman 1MDB[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan rekod semasa, berikut adalah pinjaman yang dibuat oleh 1MDB  bagi melancarkan beberapa projek besar yang melibatkan pembangunan hartanah komersial dan Janaan Kuasa Bebas (IPP). Berdasarkan harga semasa hartanah dan projek, jumlah keseluruhan pinjaman yang sepatutnya berada dalam tanggungan 1MDB adalah kira-kira RM 42 bilion[17][18]:

  • Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan. Jumlah pinjaman RM8.5 bilion.[19]
  • Pembelian Genting Sanyen Power Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Kuasa). Jumlah pinjaman RM2.3 bilion.[20]
  • Pembelian Jimah Energy dengan jumlah pinjaman RM1.2 bilion.[21]
  • Pembelian 70 ekar tanah TRX di Jalan Tun Razak berjumlah RM320 juta, kira-kira RM64.00 setiap kaki persegi.[22]
  • Pembelian 495 ekar tanah di bekas Lapangan Terbang Sungai Besi TUDM (kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM363.5 juta iaitu RM 91.00 setiap kaki persegi.[23]
  • Pembelian 234 ekar tanah di Air Itam di Pulau Pinang berjumlah RM1.38 bilion, kira-kira RM135.00 setiap kaki persegi.[24]

Walaubagaimanapun, tanah TRX terletak berhampiran dengan sebidang tanah yang baru dijual pada harga RM7,000.00 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran adalah RM3,000.00 setiap kaki persegi nilai sebenar tanah ini adalah RM 6 bilion. Oleh itu, Kerajaan Malaysia didakwa telah kehilangan lebih RM 5 bilion kerana 1MDB dibayar hanya RM320 juta.[25]

Berhubung dengan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB dibayar RM 363.5 juta untuk 495 ekar – iaitu pada RM91 setiap kaki persegi. Dengan andaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM1,000 setiap kaki persegi. Kerajaan kehilangan kira-kira RM 20 bilion.[26]

Tanah di Pulau Pinang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih daripada 1,000 setinggan. Namun, 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu pada RM135 kaki persegi.[27]

Jika dinilai semula semua aset 1MDB sedia ada, ia boleh disifatkan berjumlah RM 52 bilion sekiranya dicairkan. Namun persoalan pangkal, bagaimana 1MDB dapat membeli tanah TRX dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi pada kadar harga yang terlalu jauh lebih rendah daripada kadar harga pasaran sebenar?. 1MDB hanya boleh menggunakan wang cairan aset untuk membayar balik pinjaman sekiranya ia berjaya menjualnya sebagai tanah atau selepas pembangunan. Setakat bulan April 2015, kemajuan TRX adalah sangat perlahan dan tidak ada kerja dilakukan di atas tanah Sungai Besi. Secara logik, tiada sebarang janaan wang akan berlaku ketika proses pembinaan dan pembangunan, hanya kadar aliran wang keluar dijangka terus melambung dan mungkin merancakkan jumlah hutang 1MDB.[28]

Pada 23 April 2015, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad menyuarakan kritikannya kepada cara pentadbiran Dato Seri Najib Razak dan Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia melabur RM1 juta di dalam syarikat 1MDB dan berdasarkan rekod, 1MDB kemudian meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 bilion.[29]

“Syarikat dengan modal RM1 juta ringgit tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali ganda melebihi modal tanpa cagaran. Tetapi, 1MDB boleh melakukannya kerana mendapat jaminan kerajaan. Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang itu. Jika 1MDB kehilangan wang, kerajaan akan menanggung kerugian. Namun, operasi 1MDB tidak diselia oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana kerajaan.”[30]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kemasukan aktif 1MDB dalam projek mega multi bilion ringgit seperti di Tun Razak Exchange, walaupun 1MDB dilihat masih mentah atau baru dalam ertikata penubuhannya telah mendapat kritikan hebat dari Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang Malaysia yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, secara terbuka telah menyoal kewibawaan dan nilai tauliah yang dimiliki oleh syarikat. Beliau memberitahu Parlimen bahawa rekod syarikat 1MDB "tidak memiliki alamat syarikat dan tidak mengambil sebarang auditor kewangan." Beliau juga bertanyakan bagaimana Perdana Menteri boleh memberi kebenaran pada syarikat untuk menjalankan projek mega seperti ini.[31]

Janaan perolehan RM 425 juta ringgit antara tanggal 25 September 2009 dan 31 Mac 2010 telah meningkatkan kritikan pedas dan kontroversi tentang tahap ketelusan akaun kewangan 1MDB. Ahli Parlimen Petaling Jaya DAP, Tony Pua menanyakan soalan samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ada memberi suntikan aset kepada 1MDB dari wang kerajaan yang disalurkan dalam bentuk hak milik tanah kepada syarikat.[32][33]

Pada sesi parlimen Oktober 2010, 1MDB memberi penjelasan bahawa akaun syarikat telah di audit penuh dan dimeterai tandatangan oleh KPMG, dan ditutup pada 31 Mac 2010. Deloitte pula telah menilai dan menganalisis kertas kerja, dan Ernst & Young menyediakan saranan percukaian kepada 1MDB.

1MDB telah meminta 6 bulan tambahan dalam laporan tahunan bermaksud untuk difailkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 September 2013. Dalam pada itu, pertukaran 3 auditor akaun sejak tahun 2009 telah menimbulkan keraguan munasabah.[34][35]

Walaubagaimanapun 1MDB kemudiannya telah memberikan maklumat penuh berkenaan informasi asas syarkat termasuk alamat berdaftar kepada SSM seperti yang diwajibkan dalam undang-undang Malaysia. Syarikat juga mempunyai laman sesawangnya tersendiri iaitu www.1mdb.com.my.

Pemindahan hak milik Lapangan Terbang Sungai Besi telah berlangsung pada Jun 2011 dimana Bandar Malaysia akan dibina disitu, suatu kawasan pembangunan integrasi antara komersial, penempatan, dan persekitaran hijau berteknologi tinggi.[36]

Telah dilaporkan 1MDB mempunyai hutang purata berjumlah RM42 bilion, menyebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh pengeluar akan diturun taraf sebagai "status leceh" menurut penarafan agensi seperti Standard and Poor's dan Fitch Ratings.[37][38][39] Ia juga telah dilaporkan bahawa kabinet Malaysia menolak suntikan tunai RM3 bilion untuk menyempitkan pilihan bayaran semula hutang 1MDB tepat pada masa.[40][41][42]

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan telah menyuntik dana sebanyak RM950 juta kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai kredit tersedia. Beliau menyifatkan, dana berkenaan adalah bagi membantu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB secara sementara sebelum syarikat itu membuat tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka pada September 2015.[43]

Pada 23 April 2013, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan maklumat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Pulau Cayman, United Kingdom. Rafizi merujuk maklumat yang terkandung dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoal kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.[44]

Walaubagaimanapun, menerusi wawancara soal jawab bersama TV3 pada 9 April 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menyatakan wang 1MDB tidak disimpan di Pulau Cayman sebaliknya berada diluar negara bagi menjana nilai pertukaran wang asing. Najib menambah wang itu akan dibawa balik ke Malaysia apabila tiba waktu yang sesuai.[45]

Telah dilaporkan oleh portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times menerusi email yang merujuk ahli kewangan Pulau Pinang Jho Low, yang mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz telah berjaya menyedut wang US$700 juta dari ikatan usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.[46][47][48] Email tersebut juga telah memaklumkan bahawa Jho Low telah memiliki pinjaman yang disahkan oleh Perdana Menteri bernilai US$1 bilion tanpa mendapatkan kebenaran dari Bank Negara terlebih dahulu.[49][50]

Isu pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2015, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang pada masa kini merupakan milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman. Pembelian tanah itu melibatakan saiz kira-kira 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji dari 1MDB.[51]

Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, beliau menyifatkan usaha pembelian ini sebagai suatu bentuk usaha menyelamatkan (bail-out) 1MDB. Menurut beliau, tanah itu dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu kira-kira pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi kepada Tabung Haji. Rafizi menambah, nilai jualan RM 188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Beliau menambah, mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta).[52]

Dalam pada itu, Datuk Johan turut menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.[53]

Dalam perkembangan lain, terdapat 3 orang yang berpengaruh dalam pentadbiran Lembaga Tabung Haji yang mempunyai kaitan dengan syarikat 1MDB mereka ialah: Ismee Ismail, Datuk Johan Abdullah dan Abdul Samad Alias.

  • Ismee Ismail ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Ahli Lembaga 1MDB.[54]
  • Datuk Johan Abdullah ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, beliau juga ialah Pengerusi sebuah anak syarikat 1MDB iaitu Edra Global Energy Sdn Bhd. Edra memperoleh aset janaan tenaga dari Powertek (dulu dikenali sebagai Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.[55]
  • Abdul Samad Alias ialah panel pelaburan Tabung Haji, beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak.[56]

Pada 8 Mei 2015, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir bin Mohamad sekali lagi menemplak aktiviti pembelian tersebut dan beliau mahukan rancangan pembelian itu dibatalakn serta merta. Beliau berkata "wang Tabung Haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. Kini Tabung Haji membeli 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar".[57]

Namun pada 9 Mei 2015, berikutan cemuhan dan persoalan yang terlalu banyak ditimbulkan oleh rakyat Malaysia, Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata penjualan tanah itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak. Azeez berkata sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu kedepan.[58]

Namun begitu sehingga 30 Julai 2015, Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu dari dari 9 Mei 2015. Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian jual beli ketika ini.[59]

Isu pelaburan KWSP dalam 1MDB[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Jun 2015, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah memberitahu Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam syarikat pelaburan strategik, 1MDB adalah sebanyak RM200 juta. Beliau menambah pendedahan isu KWSP terhadap Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah RM25.29 bilion itu berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Persekutuan.

“Pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank.” katanya.[60]

Isu bilion ringgit dalam akaun Najib[sunting | sunting sumber]

portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times telah menggunakan email bocor yang mengaitkan hartawan Pulau Pinang Jho Low, mempunyai ikatan rapat dengan anak tiri Najib, menerusi Jho Low telah berjaya menyedut US$700 juta hasil; dari permuafakatan niaga antara 1MDB dan syarikat eksplorasi minyak terkemuka dunia PetroSaudi.[61][62][63] Sebuah email mendedahkan Jho Low mendapat pinjaman mudah dari Perdana Menteri najib Razak bernilai US$1 billion tanpa mendapat kebenaran dari Bank Negara.[64][65]

Terdapat juga dakwaan keras dari Wall Street Journal yang mengatakan 1MDB sengaja meninggikan nilai belian aset tenaga di Malaysia menerusi penglibatannya dalam Kumpulan Genting pada tahun 2012. Genting kemudian didakwa memberi sumbangan kewangan ini kepada suatu yayasan yang dilindungi dibawah Perdana Menteri Najib Razak, beliau mempergunakan wang tersebut untuk tujuan kempen Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum Malaysia 2013.[66][67][68]

Menerusi dakwaan keras Wall Street Journal, jumlah wang yang tersangat besar berjumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) telah dimasukkan kedalam suatu akaun simpanan di AmBank dan Affin Bank, yang mana kedua-kedua akaun tersebut penamanya adalah Dato Seri Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.[69][70]

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh SPRM untuk meneliti tentang kes pendepositan wang ke akaun peribadi Najib, hasilnya 6 akaun simpanan dari kedua-dua bank telah dibekukan. Tetapi tidak menyatakan akaun milik siapa dibekukan.[71][72] Menurut sumber tertinggi, tiga daripada enam akaun yang dibekukan adalah milik Najib Razak.[73][74] The Wall Street Journal mendedahkan dengan terperinci butiran pemilikan akaun, transaksi secara online untuk menepis cemuhan dari Najib Razak dan penyokongnya.[75][76][77]

Urus niaga terbesar yang melibatkan pendepositan wang ke akaun Najib telah berlaku dalam dua masa iaitu sebanyak AS$620 juta dan satu lagi AS$61 juta pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013 diadakan. Bagaimanapun, Putrajaya menafikan laporan itu, mengatakan Najib tidak pernah menggunakan sebarang dana awam.

"Perdana Menteri tidak pernah mengambil apa-apa dana untuk kegunaan peribadi," kata seorang jurucakap Putrajaya.

Sementara itu, jurucakap 1MDB berkata, merujuk pemindahan ke akaun Najib: "1MDB tidak menyedari transaksi berkenaan atau melihat dokumen yang berkaitan." Jurucakap itu memberi amaran yang dokumen yang diubahsuai pernah digunakan sebelum ini untuk memburukkan 1MDB dan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Sarawak Report melaporkan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib dari SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.

"Wang yang diambil dari SRC International merupakan pendedahan yang mengejutkan kerana wang ini diberi pinjam oleh KWAP dan tidak pernah direkodkan," menurut laporan itu. Kementerian Kewangan berkata sebelum ini, SRC melaburkan dana itu dalam Gobi Coal & Energy Ltd, syarikat berpangkalan di Mongolia, namun butiran lanjut tidak didedahkan. Seorang pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, dakwa laporan itu, dikatakan mempunyai kuasa guaman ke atas akaun Najib, menurut dokumen yang diperoleh dari siasatan itu. Transaksi terbaru, menurut laporan itu adalah pada Februari tahun ini. Dokumen menunjukkan SRC International memindahkan RM10 juta ke sebuah akaun milik “Dato' Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak” di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.[78]

Wang RM 2.6 bilion adalah sumbangan derma[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2015, dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).[79][80][81]

SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International. Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

Sebelum itu pada 30 Julai 2015, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan Datuk Seri Najib memindahkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan menegaskan perkara tersebut sudah dijelaskan perdana menteri dan beliau juga menafikan menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[82]

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya Presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya Ahmad.

Terdapat sebuah video pendek berdurasi 53 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu. Dalam perbualan mereka itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat wang RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.[83]

Isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kaitannya dengan 1MDB[sunting | sunting sumber]

Menurut suatu laporan tanggal 21 Mei 2015, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui mahu Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat susulan beban hutang yang wujud dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kenyataannya itu merupakan pandangan peribadi beliau yang disuarakan pada pertemuan tertutup antara pemimpin dan ahli UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. “Itu pandangan saya yang dibuat pada kursus politik anjuran Biro Latihan, bagi saya itu pandangan saya dengan rakan-rakan pimpinan politik supaya mereka lebih faham". Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO, kenyataannya berhubung 1MDB bukan sesuatu yang baharu kerana beliau sebelum ini pernah menggesa supaya kerajaan tidak melakukan ‘bailout’ terhadap syarikat itu.[84]

Pada 28 Julai 2015, melalui suatu pemberitahuan khas Perdana Menteri oleh Najib Razak sendiri, beliau telah menamakan barisan Kabinet Malaysia 2015 baharu. Menerusi pengumuman khas itu, secara rasminya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari barisan Jemaah Menteri dan jawatan beliau itu digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan relevan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia bahawa disebabkan kelantangan beliau menegur Perdana Menteri dalam isu-isu dana 1MDB yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai bentuk logika persoalan. [85]

Tambahan dari itu, terdapat perkembagan pelik hanya dalam tempoh kurang 48 jam dari tanggal 28 Julai 2015. Ini kerana pengumuman rombakan Kabinet berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.[86]

Empat berita lain yang diumumkan serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

  1. 1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia;
  2. 2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin;
  3. 3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
  4. 4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "About Us What we do". http://1mdb.com.my.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  2. "Building a brighter Malaysia". http://www.graduan.com.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  3. "1Malaysia Development Berhad". http://www.swfinstitute.org.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  4. "Company Overview of 1Malaysia Development Berhad". http://investing.businessweek.com.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  5. "Terengganu Investment Authority to be federal body". http://www.thestar.com.my. 22 July 2009.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  6. "PetroSaudi, 1Malaysia Devt in US$2.5b JV". http://archive.is/lAthB. 30 September 2009.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  7. "1Malaysia, China giant to pump billions into Sarawak Corridor". http://www.ytlcommunity.com. 12 January 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  8. "Masdar, 1MDB to explore clean tech projects". http://www.thestar.com.my. 19 January 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  9. "Malaysia's 1MDB to Explore Development Potential of Carbon Neutral City with Masdar". http://www.businesswire.com. 18 January 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  10. "1MDB, Malton to redevelop RMAF base". http://www.theedgeproperty.com. 13 May 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  11. "Chronology:1Malaysia Development Berhad". http://malaysiafactbook.com.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  12. "Qatar Investment Authority to invest US$5bil in Malaysia". http://www.thestar.com.my. 14 May 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  13. "1MDB ties up with Abu Dhabi". http://www.highbeam.com. 21 May 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  14. "KLIFD groundbreaking ceremony postponed". http://archive.is. 28 May 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  15. "We will forge strategic global partnership to spur FDI". http://1mdb.com.my. 14 December 2009.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  16. "Malaysian Leader Orders Auditor to Verify 1MDB Accounts". www.wsj.com. Wall Street Journal. 4 March 2015. Dicapai pada 5 March 2015. 
  17. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  18. Malaysia's 1MDB faces fresh debt payment test, Reuters.com.
  19. UPDATE 1-Malaysia state firm acquires Tanjong Energy for $2.8 bln, Reuters.com
  20. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  21. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  22. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  23. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  24. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  25. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  26. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  27. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  28. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  29. M fires more salvo at Najib, questions 1MDB finances, Astro Awani.com
  30. 1MDB: Kerajaan pinjam RM42 bilion, kata Tun M, Portal Islam dan Melayu
  31. "Gov't 'gambling' on untested 1MDB". http://www.malaysiakini.com. 18 October 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  32. "Pua says 1MDB profits suspect". http://www.themalaysianinsider.com. 9 October 2010.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  33. "1Malaysia Development Berhad Malaysia Factbook". http://malaysiafactbook.com.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  34. "Has 1MDB filed its accounts?". http://www.theedgemalaysia.com. 1 April 2014.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  35. "Auditors highlight several critical areas in 1MDB's books". http://www.thestar.com.my. 22 April 2014.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  36. "Agreements inked to develop Sungai Besi airport land into Bandar Malaysia". http://www.thestar.com.my. 15 June 2011.  Pautan luar dalam |journal= (bantuan)
  37. http://www.themalaysianinsider.com/business/article/ringgit-under-pressure-over-1mdb-debt
  38. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/27/1mdb-faces-fresh-debt-payment-test/
  39. http://www.themalaymailonline.com/money/article/1mdb-bonds-drop-to-junk-status-as-investors-consider-wind-down
  40. http://www.theedgemarkets.com/my/article/cabinet-rejects-rm3-billion-1mdb-debt-repayment-options-narrow
  41. http://www.reuters.com/article/2015/02/27/malaysia-press-1mdb-idUSL4N0W116S20150227
  42. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/27/cabinet-rejects-rm3-billion-aid-for-1mdb/
  43. http://www.bharian.com.my/node/40386 Kerajaan suntik dana RM950 kepada 1MDB, Berita Harian Online.
  44. http://www.keadilandaily.com/1mdb-pindah-rm7-bilion-wang-rakyat-ke-pulau-cayman/ 1MDB pindah RM7 Bilion wang rakyat ke Pulau Cayman, Keadilan Daily.
  45. (Inggeris)http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-money-not-kept-in-cayman-islands-says-najib 1MDB money not kept in Cayman Island, says Najib, The Malaysian Insider.
  46. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/01/revealed-jho-lows-hand-in-1mdb-petrosaudi-deal/
  47. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jho-low-allegedly-siphoned-off-us700-million-from-1mdb-says-website
  48. http://www.theedgemarkets.com/my/article/jho-low-accused-siphoning-us700m-1mdb
  49. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/08/jho-low-email-said-najib-approved-us1bn-loan/
  50. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jho-low-claims-najib-okayed-1mdbs-us500-million-loan-to-petrosaudi-says-sar
  51. Betulkah TH beli untuk bayar faedah pinjaman 1MDB?, SinarHarian Online
  52. Betulkah TH beli untuk bayar faedah pinjaman 1MDB?, SinarHarian Online
  53. Betulkah TH beli untuk bayar faedah pinjaman 1MDB?, SinarHarian Online
  54. The Tabung Haji Trio with 1MDB links, MalaysiaKini
  55. The Tabung Haji Trio with 1MDB links, MalaysiaKini
  56. The Tabung Haji Trio with 1MDB links, MalaysiaKini
  57. Tun M: Batal segera pembelian tanah 1MDB, SinarHarian Online
  58. BH Online,. (2015). Tabung Haji jual semula tanah dibeli daripada 1MDB di TRX. Retrieved 30 July 2015, from http://www.bharian.com.my/node/53847
  59. Themalaysianinsider.com,. (2015). Tabung Haji masih belum jual tanah TRX 1MDB, kata Azeez - The Malaysian Insider. Retrieved 30 July 2015, from http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-masih-belum-jual-tanah-trx-1mdb-kata-azeez
  60. The Rakyat Post BM Version,. (2015). Pelaburan KWSP dalam 1MDB hanya RM200 juta - Najib - The Rakyat Post BM Version. Retrieved 30 July 2015, from http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/11/pelaburan-kwsp-dalam-1mdb-hanya-rm200-juta-najib/
  61. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/01/revealed-jho-lows-hand-in-1mdb-petrosaudi-deal/
  62. "Jho Low allegedly siphoned off US$700 million from 1MDB, says website". Dicapai pada 7 July 2015. 
  63. "Jho Low accused of siphoning US$700m from 1MDB". Dicapai pada 7 July 2015. 
  64. "'Jho Low email said Najib approved US$1bn loan'". Free Malaysia Today. Dicapai pada 7 July 2015. 
  65. "Jho Low claims Najib okayed 1MDB's US$500 million loan to PetroSaudi, says Sarawak Report". Dicapai pada 7 July 2015. 
  66. "WSJ: Najib used 1MDB's funds for GE13". Dicapai pada 8 July 2015. 
  67. "Bersih 2.0 says GE13 rigged, shocked over links to 1MDB". Dicapai pada 8 July 2015. 
  68. "Roadshow unnecessary, just come clean on 1MDB's objectives, Kit Siang tells BN". Dicapai pada 8 July 2015. 
  69. Tom Wright and Simon Clark (2 July 2015). "Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najib's Accounts Amid 1MDB Probe". WSJ. Dicapai pada 8 July 2015. 
  70. "Special team to probe graft allegations against Malaysia PM Najib Razak". The Economic Times. Dicapai pada 8 July 2015. 
  71. "Task force freezes bank accounts as pressure mounts on PM Najib". Channel NewsAsia. Dicapai pada 8 July 2015. 
  72. Niluksi Koswanage (7 July 2015). "Malaysia Task Force to Freeze Accounts in Najib Money Probe". Bloomberg.com. Dicapai pada 8 July 2015. 
  73. "3 frozen accounts belong to Najib, sources say". Dicapai pada 8 July 2015. 
  74. "Three frozen accounts belong to PM, says source". Dicapai pada 8 July 2015. 
  75. Sarawak Report. "SENSATIONAL FINDINGS! - Prime Minister Najib Razak's Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail MALAYSIA EXCLUSIVE!". Sarawak Report. Dicapai pada 8 July 2015. 
  76. "DocumentCloud Document Viewer". Dicapai pada 8 July 2015. 
  77. "Take legal action against WSJ, PM urged - Nation - The Star Online". Dicapai pada 8 July 2015. 
  78. Themalaysianinsider.com,. (2015). Siasatan 1MDB dedahkan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Najib - The Malaysian Insider. Retrieved 30 July 2015, from http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berbilion-ringgit-dimasukkan-ke-akaun-najib-hasil-siasatan-ke-atas-1mdb
  79. Sprm.gov.my,. (2015). Portal Rasmi :: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dicapai pada 3 August 2015, from http://www.sprm.gov.my/hasil-siasatan-dana.html
  80. Astroawani.com,. (2015). RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan 1MDB - SPRM. Retrieved 3 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm2-6-bilion-didakwa-dalam-akaun-najib-dari-dana-penderma-bukan-1mdb-sprm-68292
  81. Malaysiakini.com,. (2015). MACC: RM2.6b a donation, not 1MDB funds. Retrieved 3 August 2015, from http://www.malaysiakini.com/news/307196
  82. Yutim, H. (2015). Dakwaan Tan Sri Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul - Ahmad Maslan. Astroawani.com. Dicapai pada 3 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-muhyiddin-wang-1mdb-masuk-ke-akaun-najib-tidak-betul-ahmad-maslan-67688
  83. Malaysiakini.com,. (2015). Mukhriz tahu siapa rakam video Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dicapai pada 3 August 2015, from http://www.malaysiakini.com/news/306764
  84. Retrieved 30 July 2015, from http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/21/tpm-akui-beritahu-pm-pecat-ahli-lembaga-1mdb/
  85. Harian, W. (2015). Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinarharian.com.my. Retrieved 30 July 2015, from http://www.sinarharian.com.my/nasional/muhyiddin-digugurkan-dari-kabinet-najib-1.413765
  86. Portal Islam dan Melayu,. (2015). Cerita pelik lima pengumuman serentak hari ini…. Retrieved 30 July 2015, from http://www.ismaweb.net/2015/07/cerita-pelik-lima-pengumuman-serentak-hari-ini/

Pautan[sunting | sunting sumber]