Kontroversi Najib Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Najib Razak

Najib Razak ialah Perdana Menteri Malaysia ke-6. Beliau adalah seorang pemimpin politik yang kontroversi, terkenal dengan Skandal 1MDB,[1] yang membawa kepada kekalahan memalukan Barisan Nasionalnya dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[2] Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.[3]

Laporan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia juga menyenarai beliau sebagai Menteri Kewangan paling teruk di rantau Asia Pasifik.[4][5][6]

Skandal 1MDB[sunting | sunting sumber]

1Malaysia Development Berhad telah ditubuhkan pada 2009 oleh Najib. Pada tahun 2015, selepas hanya enam tahun operasi, 1MDB dilaporkan telah menanggung hutang sebanyak MYR 42 bilion (kira-kira USD 11.1 bilion), mendorong unjuran negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.[7] Pada 2 Julai 2015, The Wall Street Journal menjalankan satu pendedahan mendakwa bahawa MYR 2.672 bilion telah disalurkan dari 1MDB ke akaun bank peribadi Najib, mencetuskan panggilan meluas untuk meletak jawatannya.[8][9][10] Najib bertindak balas terhadap tuduhan rasuah dengan mendakwa bahawa RM 2.6 bilion adalah derma politik, dan menggantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, serta Menteri-Menteri lain yang kritis terhadap kepimpinannya. Najib menyatakan bahawa sebabnya adalah untuk mewujudkan lebih banyak "pasukan bersatu".[11]

Perhimpunan Bersih 2015, mereka menggesa peletakan jawatan Najib berikutan skandal 1MDB.

Polis Hong Kong telah memulakan siasatan berhubung deposit cawangan Credit Suisse bernilai AS$ 250 juta di Hong Kong yang dikaitkan dengan Najib dan 1MDB.[12][13] Polis Singapura membekukan dua akaun berkaitan 1MDB.[14]

Pada bulan Julai 2015, Kerajaan Malaysia mengadakan beberapa langkah kawalan seperti menyekat portal berita Sarawak Report dari terus boleh diakses di Malaysia. Sarawak Report sebelum ini telah melaporkan beberapa berita sensasi berkenaan dakwaan salah laku 1MDB dan kaitannya dengan Najib, sekali mencetuskan pelbagai reaksi dari para pengguna internet.[15] Malah dalam tempoh beberapa bulan yang lepas, Kerajaan malaysia turut menggantung lesen penerbitan akhbar kewangan dan berita The Edge, yang turut melaporkan tentang skandal 1MDB.[16]

Perkhidmatan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan. Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Pada 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya dari 1MDB.[17]

Pada 3 Oktober 2015, bekas Presiden MCA Ling Liong Sik menyambut Mahathir bin Mohamad supaya Najib meletakkan jawatan. Kata Ling itu, Najib harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.[18]

Pada 13 Oktober 2015, Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk menutup siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1MDB.[19]

Pada 26 Jan 2016, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali memegang carta aliran semasa sidang media, mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib berdasarkan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[20][21]

Amerika Presiden Donald Trump bertemu Najib. Seorang pegawai kanan AS mengakui bahawa ia adalah luar biasa untuk bertemu dengan Najib ketika 1MDB berada di bawah pengawasan pengawalseliaan.

Pada bulan September 2017, Amerika Presiden Donald Trump mengalu-alukan Najib ke Rumah Putih, dengan memuji keputusan Malaysia melabur di Amerika Syarikat tetapi mengelak menyentuh siasatan negara itu terhadap satu dakwaan skandal rasuah. Seorang pegawai kanan AS mengakui bahawa ia adalah luar biasa untuk bertemu dengan Najib ketika 1MDB berada di bawah pengawasan pengawalseliaan.[22]

Pada 30 Oktober 2017, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali pada 24 Oktober lalu, sekali lagi mengarahkan pihak polis supaya menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 1MDB.[23]

Pada bulan Mac 2018, skandal 1MDB dipaparkan dalam majalah hal ehwal semasa Indonesia, Tempo.[24]

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama. Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama. Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun berserta denda RM210 juta.

Secara keseluruhan, beliau berdepan 42 pertuduhan.[25]

Pengharaman melancong[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2018, Jabatan Imigresen Malaysia memberi pengesahan mereka menyenarai hitam nama Najib dan isterinya Rosmah Mansor. Dengan keputusan itu Najib terbabit serta isterinya tidak boleh meninggalkan negara ini untuk apa-apa urusan pun, termasuk bercuti.[26]

Buat laporan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2018, seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan Najib. Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM Abdul Razak Idris berkata laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1MDB.[27]

Memberi keterangan kepada SPRM[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mei 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur, bagi memberi notis memintanya hadir sebelum pukul 10 pagi 22 Mei ini untuk memberi keterangan bagi kes tersebut.

Pada 22 Mei 2018, Najib beredar dari Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 3.15 petang selepas lebih lima jam memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International. Najib ketika ditemui media di lobi bangunan berkenaan berkata, beliau akan hadir semula di Ibu Pejabat SPRM pada 24 Mei ini untuk sambung memberi keterangan kepada SPRM.[28]

Pada 24 Mei 2018, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes sama.[29] Najib ketika ditemui di lobi bangunan berkata, beliau sudah selesai sepenuhnya memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.[30]

Pada 5 Jun 2018, Isteri Najib, Rosmah Mansor beredar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM, kira-kira jam 3.45 petang tadi selepas lima jam memberi keterangan berhubung siasatan membabitkan SRC International.[31]

Pada 3 Julai 2018, anak tiri Najib, Riza Aziz tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung skandal 1MDB.[32]

Pada 4 Julai 2018, Riza Aziz memberi keterangan buat kali kedua selama enam jam kepada SPRM berhubung siasatan 1MDB.[33]

Pada 5 Julai 2018, Riza Aziz memberi keterangan buat kali ketiga kepada SPRM berhubung siasatan 1MDB.[34]

Pasukan Khas Siasatan 1MDB[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2018, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kerajaan mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1MDB.[35]

Bekas pegawai khas direman[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Jun 2018, bekas pegawai khas kepada Najib direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1MDB. Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.[36][37][38]

Carian kediaman[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Jun 2018, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh berkata jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan Najib ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Amar Singh berkata, sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis. Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.[39]

Pada 29 Jun 2018, keluarga Najib telah memulakan prosiding undang-undang bagi mendapatkan semula barangan yang dirampas. Ahli keluarga beliau mendakwa barangan yang dirampas kebanyakannya merupakan hadiah yang diterima dari keluarga ternama dari luar negara termasuk keluarga Diraja, untuk pelbagai acara.[40]

Penangkapan dan prosiding undang-undang[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2018, Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang.[41][42]

Pada 4 Julai 2018, Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.[43] Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 Ogos 2018, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.[44]

SRC International dibentuk pada Januari 2011 sebagai anak syarikat 1MDB, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Menurut Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, "SRC" bermakna "strategic resource company" dan tujuan yang dinyatakan untuk melabur dalam industri logam dan tenaga yang menjadi kepentingan negara.[45]

Pada 10 Ogos 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk melarang media dan orang ramai daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kes jenayahnya yang akan membuat inferens (kesimpulan) Najib bersalah sementara menunggu kesnya selesai.[46]

Pada 13 Ogos 2018, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.

Pada 20 Sept 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion. Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.[47]

Pada 18 Disember 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.[48]

Pada 17 Januari 2019, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup dalam surat bertarikh 17 Jan 2019 yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu "adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan".[49]

Pada 28 Januari 2019, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta. Najib mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.[50]

Pada 11 Februari 2019, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga rayuannya berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik sijil perpindahan tujuh pertuduhan terhadapnya, selesai.[51]

Pada 14 Februari 2019, Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Mac untuk mendengar empat rayuan Najib bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan interlokutori Najib mengenai tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC.[52]

Pada 28 Mac 2019, Mahkamah Tinggi menetapkan 3 April pada 2 petang bagi perbicaraan kes SRC Najib.[53]

Pada 1 April 2019, Najib memfailkan satu lagi rayuan (permohonan semakan) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya menangguhkan perbicaraan kesnya berkaitan SRC.

Pada 27 Ogos 2019, Pendakwaan menutup kesnya selepas 58 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 57 orang saksi.[54]

Pada 11 November 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur menggunakan kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram.[55]

Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pertama pembelaan bagi menjawab pertuduhan terhadapnya.[56]

Pada 11 Mac 2020, Selepas 19 saksi memberi keterangan sepanjang 33 hari, pembelaan menutup kesnya.[57]

Pada 5 Jun 2020, Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan.[58]

Disabitkan kesalahan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.[59][60]

  • Bagi satu kes salah guna kuasa, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
  • Bagi tiga kes pecah amanah, hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.
  • Bagi tiga kesalahan pengubahan wang haram pula, Najib dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan.[59][60]

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak, menjadikan tempoh hukuman penjara sebenar adalah 12 tahun.[59][60]

Sekiranya gagal membayar denda RM210 juta - yang merupakan lima kali ganjaran RM42 juta yang diterima oleh Najib - maka beliau akan dipenjara lima tahun lagi.[59][60]

Rayuan[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2020, Najib mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Beliau melalui peguamnya memfailkan notis rayuan berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.[61]

Pada 2 Disember 2020, Najib mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuan terhadap sabitan. Beliau berkata Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkhilaf dalam fakta dan undang-undang apabila mensabitkan serta menjatuhkan hukuman bagi kesemua tuduhan terhadapnya.[62]

Pada 5 Apr 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuannya terhadap sabitan bersalah dan hukuman dalam kes rasuah RM42 juta SRC International. Justeru Mahkamah Rayuan meneruskan pendengaran permohonan tersebut.[63]

Pada 18 Mei 2021, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya selepas selesai mendengar rayuan Najib, yang berlangsung selama 15 hari. Panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil menangguhkan keputusan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.[64]

Pada 23 November 2021, Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan itu. Najib memfailkan permohonan supaya ditangguhkan keputusan rayuannya kerana perlu menjalani kuantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Disember setelah kembali dari Singapura dan hanya boleh hadir di mahkamah atau perhimpunan awam mulai 13 Disember.[65]

Pada 24 November 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya.[66]

Pada 2 Disember 2021, Najib memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan supaya membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya termasuk daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.[67]

Pada 3 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu.[68]

Pada 7 Disember 2021, Mahkamah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding permohonannya dan keputusan rayuan yang ditetapkan pada 8 Disember berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual dengan individu yang disahkan positif COVID-19.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib.[69] Dalam penghakiman yang dibaca, panel hakim Mahkamah Rayuan menjelaskan yang Najib terlibat secara aktif dalam memastikan SRC International mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012. Mahkamah juga yakin Najib mempunyai kawalan penuh terhadap SRC International menerusi peranan perdana menteri sebagai penasihat emeritus terhadap syarikat itu, yang berperanan untuk membuat pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber negara. Sebaik SRC mendapat wang pinjaman itu, kata hakim, Najib menjadi “tidak ambil kisah” terhadap bagaimana ia digunakan dan mengarahkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk tidak “mengambil tahu (keep off)” terhadap syarikat itu.[70][71]

Perlakuan perayu ini hanya menunjukkan satu perkara, iaitu sebaik saja dana diberi kepada SRC, di mana perayu ada kawalan penuh, dia bebas untuk menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
Ini ditunjukkan menerusi aliran RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadinya. Ini bukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai dilakukan untuk kepentingan negara.
Tiada kepentingan negara di sini, hanya memalukan negara.[70][71]

Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan.[72]

Pada 16 Mac 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu.[73][74]

Pada 18 April 2022, Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.[75] Pada 25 April, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohanan beliau.[76]

Pada 25 April 2022, Najib mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya. Antara alasan dibangkitkan dalam petisyen itu ialah Mahkamah Rayuan tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) atas semua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.[77][78][79] Pada 9 Mei, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib.[80]

Enam pertuduhan pecah amanah[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Oktober 2018, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar bin Abdullah mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.[81]

Pada 14 Mei 2019, Mahkamah Tinggi menetapkan selama 52 hari bermula 6 Januari 2020 untuk perbicaraan kes Najib dan Mohd Irwan.[82]

Pada 3 Mac 2022, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan IPIC yang dihadapi mereka. Hakim Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut, mengambil kira faktor pihak pendakwaan telah bersedia dengan perbicaraan.[83]

Utusan desak Najib minta maaf[sunting | sunting sumber]

Pada 4 November 2018, Utusan Malaysia menuntut Najib memohon maaf kepada Umno kerana berbohong mengenai sumber berbilion ringgit yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib. Akhbar yang menyokong Najib sejak sekian lama itu mengubah pendirian selepas mendapati pembohongan Najib menyebabkan Umno kalah pilihan raya umum 9 Mei.[84]

Pinda laporan audit 1MDB[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2018, Najib serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Najib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mengarahkan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.[85] Hakim Azura Alwi membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jan 2019 untuk sebutan kes berkenaan.[86]

Pada 14 Mac 2019, Perbicaraan terhadap Najib dan Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu akan didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu daripada mahkamah sesyen.[87]

Pada 7 Mac 2022, perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke hujung bulan ini. Selepas prosiding kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Catherine Nicholas, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam berkata, ia berikutan peguam yang mewakili Najib itu masih berada di luar Negara.[88]

Pada 20 Mei 2022, Pendakwaan dalam kes pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB dihadapi Najib dan Arul Kanda memohon supaya Arul Kanda memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib. Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib menyifatkan permohonan pendakwaan bukan perkara biasa dan ia adalah kali pertama dalam sejarah moden negara.[89][90]

Saman terhadap Ambank dan Joanna Yu[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2019, Najib menyaman AmBank dan bekas pengurus hubungannya, Joanna Yu kerana menerima arahan daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low serta mendedahkan maklumat perbankan kepadanya. Menurut peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee, Joanna Yu mengambil arahan daripada Low dengan menghalang amaran 'red flags' terhadap akaunnya dikeluarkan dan menghalang ahli politik berkenaan daripada dimaklumkan mengenai perkara itu serta mengambil tindakan.[91]

Joanna Yu, adalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC yang dihadapi Najib melibatkan tujuh pertuduhan.

Pada 29 Januari 2020, Joanna Yu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib.[92]

Pada 28 September 2020, Joanna Yu berjaya dalam usahanya membatalkan saman berkaitan 1MDB terhadapnya oleh Najib. Semasa membacakan keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi Khadijah Idris berkata tindakan undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan.[93][94]

Setelah mempertimbangkan afidavit (antara bukti semasa prosiding), mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan plaintif (Najib) adalah bersifat melampau (scandalous), sembrono, menjengkelkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Tindakan (saman) ini oleh plaintif bukan untuk menuntut ganti rugi tetapi untuk tujuan jaminan bagi mendukung (pihak pembelaan) plaintif dalam kes SRC, dan dengan demikian merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.[93][94]

Pada 27 Januari 2022, Najib gagal dalam rayuannya agar samannya terhadap Ambank dan Joanna Yu kerana mendedahkan butiran maklumat akaunnya kepada individu yang tidak dibenarkan didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam bersama Hadhariah Syed Ismail dan Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan sebulat suara menolak rayuan Najib selepas mendapati rayuan tersebut tidak mempunyai sebarang merit dan tiada kekhilafasan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membolehkan keputusan sebelum ini dipinda.[95][96][97]

Tersenarai dalam pangkalan data pesalah rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Sept 2020, nama Najib tersenarai dalam data pesalah rasuah yang dikemas kini di laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Maklumat yang turut memaparkan nombor kad pengenalan serta perincian kes Najib itu menjadi paparan muka pertama bahagian statistik data pesalah rasuah yang turut menyenaraikan 632 lagi senarai pesalah rasuah lain.[98][99]

Kes saman AS1.18 bilion SRC[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2021, SRC International Sdn Bhd di bawah pengurusan barunya, memfailkan saman terhadap Najib serta bekas-bekas pengarah syarikat itu Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Ismee Ismail. Bagaimanapun, syarikat itu kemudian menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan. SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan. Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.[100]

Pada 22 Februari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Fairuz Zainol Abidin menolak permohonan Najib untuk menggantung prosiding kes saman itu selepas berpendapat Najib tidak akan diprejudis jika saman tersebut diteruskan ketika beliau menunggu rayuan kes jenayah membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Persekutuan.[101][102]

Pada 24 Februari 2022, kes telah ditetapkan untuk perbicaraan selama 16 hari bermula 13 Februari 2023.[103]

Pada 1 April 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman AS$1.18 bilion yang difailkan SRC terhadap bekas perdana menteri itu.[104]

Mendapatkan semula pasport antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Najib mengemukakan permohonan itu pada 15 Oktober 2021 bagi membolehkan dia ke Singapura untuk bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa yang akan bersalin di negara itu.[105] Pada 18 Oktober, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara.[106][107] Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme (C4) menuntut penjelasan mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan Najib untuk memperoleh semula pasportnya.[108] Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad berkata Najib menerima layanan luar biasa apabila boleh menerima penangguhan kes perbicaraan dengan memberi alasan tidak sihat tetapi boleh hadir ke tempat lain.[109]

Pada 22 Oktober 2021, Najib memohon kepada mahkamah untuk meminta tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober kepada 6 Disember ini.[110] Hakim Mohamed Zaini menetapkan 26 Okt untuk mendengar permohonan tersebut.[111] Pada 26 Oktober, tiga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasport.[112][113]

Saman terhadap Tommy Thomas[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2021, Najib memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta. Najib mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Tommy dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu. Beliau mendakwa, pada 2015, Tommy bertemu dengan Mahathir bin Mohamad untuk membincangkan kesalahan-kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1MDB dan turut menasihati Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap Najib berhubung penglibatannya dalam 1MDB.[114][115]

Pada 19 November 2021, Tommy Thomas dan kerajaan Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman Najib selepas mendakwa tindakan Najib menyaman mereka adalah suatu serangan sampingan bagi menghalang prosiding kes jenayah terhadapnya.[116]

"Tiada satu sen pun diguna bayar hutang 1MDB"[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac 2022, Najib berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB. Ini kerana, katanya pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.[117]

Jangan kita beri alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara, hakikatnya satu sen pun hutang prinsipal 1MDB tidak pernah dibayar pada 2018.
Pada 2018, hutang 1MDB adalah RM32 bilion, 2019, 2020, 2021 hutang (kekal) RM32 billion.
Adalah tidak betul untuk cadangkan bahawa rakyat perlu tanggung atau bayar hutang 1MDB.
Misalnya RM16 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs, bukan daripada wang rakyat, itu wang Goldman Sachs.
Kita juga menerima RM3 bilion daripada DOJ, RM2.83 bilion daripada Ambank, RM340 juta daripada KPMG dan RM324 juta daripada Deloitte.
Kesemuanya ini hampir RM23 billion, ini bukan wang rakyat. Sepatutnya wang ini boleh digunakan bayar hutang 1MDB.[117]

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion.[118]

Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi.
Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas.
RM32.3 bilion ini tarikh matang dia di antara 2022 hingga 2039. Jadi, belum lagilah dibayar, ini prinsipalnya, tapi kita sudah mula membayar faedahnya.[118]

Tengku Zafrul, berkata, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.[118]

Ahli parlimen pembangkang Tony Pua Kiam Wee (Pakatan Harapan-Damansara) juga mahu Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat semasa membahaskan titah diraja. Katanya, Najib sebenarnya melakukan kesalahan fakta dalam beberapa isu yang dibangkitkannya khususnya mengenai 1MDB, pengambilalihan loji pengeluar tenaga bebas (IPP) dan nilai aset Bandar Malaysia.[119]

Pada 7 Mac 2022, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata beliau telah menulis surat kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dan meminta Najib memberi kenyataan.[120]

Pada 15 Mac 2022, Najib sudah menghantar jawapan bertulis kepada Azhar Azizan Harun berhubung kenyataan beliau berkaitan 1MDB.[121]

Pada 21 Mac 2022, Azhar Azizan Harun akan memutuskan sama ada kenyataan Najib mengenai pembayaran balik 1MDB telah mengelirukan Parlimen selepas menerima maklum balas daripada Tony Pua Kiam Wee (Pakatan Harapan-Damansara).[122]

Pembunuhan Altantuya Shaariibuu[sunting | sunting sumber]

Pembunuhan Altantuya Shaariibuu ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Najib. Kes ini juga melibatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Kes berkenaan telah didengar di tiga mahkamah dan Mahkamah Persekutuan memuktamadkan keputusan mengembalikan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul pada 2015. Walau bagaimanapun, keputusan mahkamah tertinggi gagal memadamkan syak wasangka mendakwa berlaku plot untuk menutup kes bagi melindungi Najib.

Pada 16 Desember 2019, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.[123] Pada 17 Disember, J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah memberitahu pemberita bahawa mahkamah tertinggi itu telah menetapkan 20 April 2020 untuk mendengar kes itu.[124]

Pada 20 Disember 2019, Najib melafazkan Sumpah Mubahalah di Masjid Jamek Kampong Bharu bagi menafikan dakwaan beliau mengeluarkan arahan membunuh Altantuya Shaariibuu.[125]

'cash is king'[sunting | sunting sumber]

Istilah 'cash is king' yang secara literal bererti 'duit adalah raja', juga boleh membawa makna 'duit adalah segala-galanya'. Istilah itu sering diungkapkan bagi menggambarkan bahawa duit dapat membeli segala-galanya termasuk pengaruh dan kuasa. Istilah itu juga sering digunakan pemimpin PH ketika berkempen menentang pentadbiran BN di bawah Najib, yang kini berdepan dakwaan mahkamah berhubung penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan pecah amanah.

Pada 14 Sept 2017, Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir bin Mohamad berkata Najib menggunakan pendekatan ‘cash is king’ pada pertemuan di White House apabila mengumumkan pelaburan berbilion ringgit dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS). Mahathir menuduh Najib menggunakan pendekatan itu untuk meraih sokongan politik dan berkata ia sekali lagi digunakan pada pertemuan Najib dengan Presiden Donald Trump.[126]

Pada 7 Ogos 2019, Najib berkata istilah 'cash is king' yang dikaitkan dengannya disalah tafsir oleh Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad. Najib berkata Mahathir mungkin tidak faham atau sengaja mengelirukan istilah itu, yang menurut Najib maksud sebenar yang cuba disampaikan ialah rakyat adalah raja.[127]

Cash is king saya maksudkan bukan secara literal, maksud saya rakyat itu 'king' (raja). Sebab kita gunakan duit bantu rakyat.
Mungkin beliau (Mahathir) tak faham atau sengaja tak faham.[127]

2022[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2022, dalam program Debat Perdana Anwar-Najib, Najib mempertahankan pendekatan 'cash is king' yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah. Sambil merujuk 'king' itu adalah rakyat, Najib berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini, berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.[128]

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan seharusnya membebaskan rakyat daripada beban kemiskinan bukan hanya dengan memfokuskan pemberian bantuan tunai kepadanya. Katanya, masalah jangka panjang dihadapi rakyat tidak akan dapat diselesaikan jika kerajaan hanya mengambil dasar bantuan seumpama itu saja tanpa memikirkan soal mencipta peluang pekerjaan, menyelesai masalah pengangguran dan kemiskinan serta membasmi amalan rasuah dalam pentadbiran.[128] Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata penjelasan Najib berhubung ungkapan 'cash is king' sebagai tidak logik.[129]

“You help me, I help you”[sunting | sunting sumber]

Beberapa hari sebelum PRK Sibu pada 2010, Najib ketika berkempen di Rajang Park membuat ucapan yang mengundang perhatian iaitu, “You help me, I help you”. Najib berkata jika calon BN Sarawak Robert Lau Hui Yew menang, pentadbirannya akan memperuntukkan RM5 juta untuk projek tebatan banjir.[130]

Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya keci parlimen Sibu.[131]

Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM (Najib) akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan.[131]

Kenyataan mengenai kangkung[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2014, Najib berkata di Kemaman:

Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca...[132]

Kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet. Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.[132]

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)![132]

Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.[133]

Kenyataan mengenai perhimpunan 916[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Sept 2015, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.[134] Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina. Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

Pada 20 Sept 2015, pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Najib. Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' menghancurkan keharmonian kaum.[135]

Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan huungan).[135]

Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun. Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.[135]

Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik berkata beliau memahami perasaan Pemuda MCA Pasir Gudang yang telah memutuskan hubungan dengan Najib. Ling berkata jika beliau masih muda, beliau akan melakukan perkara yang sama. Beliau berkata Najib tidak memberikan penjelasan yang sesuai terhadap banyak isu, dan malah memuji perhimpunan baju merah pada 16 September, dengan mengisytiharkannya sebagai perhimpunan aman, dan ini telah membuat rakyat kecewa dengan PM.[136]

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2015, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 telah diluluskan di Parlimen selepas perdebatan selama enam jam maraton. Rang undang-undang itu memberikan Najib dengan kuasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, seperti keupayaan untuk menentukan apa yang menjadi isu keselamatan serta menganggap mana-mana bahagian Malaysia kawasan keselamatan.[137] Di dalam kawasan itu, pihak berkuasa boleh membuat tangkapan, menjalankan carian atau merampas harta tanpa waran. Rang undang-undang itu dikritik oleh kumpulan hak asalkan mengundang penyalahgunaan kerajaan.[138] Bar Malaysia memanggilnya sebagai "kejam ke arah kerajaan autoritarian".[139] Kerajaan mempertahankan rang undang-undang itu, dengan menteri kabinet Shahidan Kassim mengatakan undang-undang itu perlu untuk membolehkan penyelarasan yang lebih baik dan tindak balas yang seragam sekiranya negara menghadapi ancaman keselamatan, dan undang-undang itu tidak melanggar hak asasi manusia yang dijamin di bawah persekutuan perlembagaan.[140]

Kenyataan mengenai kuinoa[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Februari 2018, bercakap dalam sesi perkongsian Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Najib berkata beliau mengawal diet sebagai ganti senaman untuk kekal sihat.

(Saya) tidak (selalu senaman)... Saya suka makan. Masalah saya saya suka makanan, macam kebanyakan rakyat Malaysia.
Kita suka makanan. Saya terpaksa kawal. Sebagai contoh, saya tidak makan nasi, saya makan kuinoa. Anak saya yang perkenalkan saya dengan Kuinoa.

Peserta kemudian bertanya Najib apakah quinoa itu. Najib menjelaskan ia adalah makanan ruji masyarakat Inca, yang lebih sihat berbanding nasi.

Ia datang dari Peru, orang Inca telah tanamnya 3,000 tahun lalu. Ia berasaskan protien, kurang karbohidrat dan kurang gula.
Jadi ia lebih sihat berbanding nasi.

Najib menerima reaksi negatif selepas mendedahkan amalan pemakanan sihatnya yang menggantikan nasi dengan kuinoa, sejenis bijian dari Amerika Selatan yang mahal.[141][142]

Bekas perdana menteri Mahathir bin Mohamad hanya menulis sebaris ayat pendek di media sosial: "Saya makan Nasi beras tempatan sahaja." Sementara itu, Mahathir turut memuat naik poster memuatkan petikan kata Najib dengan perbandingan harga kuinoa dan beras biasa yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.[143]

Ahli Parlimen Gelang Patah DAP Lim Kit Siang mengakui beliau tidak pernah mendengar tentang kuinoa sehingga disebut oleh Najib.[144]

Saya tidak pernah dengar tentang kuinoa - sebenarnya, saya akui tidak tahu bahawa kuinoa wujud.
Saya terpaksa tanya sama ada ada sesiapa yang tahu apa-apa mengenai kuinoa.
Kuinoa yang Najib makan kira-kira 23 kali lebih mahal daripada beras, yang dimakan oleh 30 juta rakyat Malaysia.[144]

Pada 23 Februari 2018, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Najib tidak mengambil bijirin quinoa semata-mata sebagai hidangan hariannya. Memberikan kenyataan sebagai reaksi laporan media mengenai amalan pemakanan sihat itu PMO berkata Najib menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan.[145][146][147]

Dilabel 'pencuri'[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mac 2018, majalah mingguan Economist tampil dengan artikel bertajuk “Stop, thief! Malaysia's PM is about to steal an election” (Berhenti, pencuri! PM Malaysia akan curi pilihan raya).[148] Keesokannya, pengacara program berita MSNBC Amerika, Rachel Maddow pula menamakan Najib sebagai "pencuri" berhubung saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (DOJ) mengenai 1MDB.

Digantung gelaran Datuk Seri[sunting | sunting sumber]

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2018, Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan memutuskan pengurniaan darjah kepada Najib dan isteri Rosmah Mansor ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.[149][150]

Pendaftar Darjah, Razali Ab Malik dalam kenyataan berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

Katanya mesyuarat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah itu juga memutuskan untuk menarik balik Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) yang dikurniakan kepada Rosmah pada tahun 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 Nov 2006.

Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2019, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Najib dan Rosmah Mansor. Setiausaha kerajaan Selangor merangkap pendaftar darjah kebesaran Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah itu disemak semula setelah kes mereka dimuktamadkan di mahkamah.[151]

Najib telah dikurniakan keahlian darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.
Beliau telah didakwa di mahkamah di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS dan DPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah.

Mohd Amin juga mengumumkan baginda turut menggantung darjah kebesaran SPMS kelas pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada Rosmah yang dikurniakan pada tahun 2005.

Kenyataan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14[sunting | sunting sumber]

Pada 13 November 2018, Najib mendakwa kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 terjadi kerana partinya bersaing secara tidak adil dengan HARAPAN selain faktor penipuan, fitnah dan janji palsu yang ditabur.[152]

Kita kalah kerana penipuan, fitnah, dan janji palsu. Kalau even playing field (padang yang sama rata), saya percaya Umno boleh menang.[152]

Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memilih untuk berterus-terang kepada Najib. Beliau bercakap di Twitter:

Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.[153]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin mempersenda kenyataan Najib yang mengulas mengenai punca kekalahannya pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Kata Hanipa bagi orang yang memahami realiti politik di negara ini, semuanya akan kepenatan ketawa apabila melihat kenyataan dibuat Najib.[154]

Kenyataan mengenai 'tol percuma'[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2019, Najib yang berceramah di Kampung Sungai Lalang mengkritik cadangan kerajaan memperkenalkan kadar tol caj kesesakan. Antara cadangan baru ialah kadar tol percuma antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Dari 10 malam sampai 5 pagi, tidur tak tidur? Yang tak tidur siapa? Hantu tak tidur, lepas itu kaki botol tak tidur, kaki LGBT, yang cari pelanggan mungkin tak tidur, yang lain semua tidur, pukul 11 malam semua tidur.

Kenyataan Najib dikecam oleh beberapa pihak termasuk golongan pekerja syif malam yang berkata kenyataan Najib sebagai tidak menghormatinya.

Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata kenyataan berbentuk sindiran Najib boleh dianggap penghinaan kepada pihak tertentu. Menurut Hanipa Maidin kedudukan dan keistimewaan yang ada pada Najib mungkin menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak memahami apa yang dialami rakyat biasa. Katanya Najib bolehlah dianggap berasakan dirinya sangat suci sehingga tergamak menyindir dan mentertawakan orang lain yang mencari rezeki pada waktu malam hingga awal pagi.[155]

Pada 26 Februari 2019, Najib meminta maaf susulan kenyataan beliau bahawa hanya golongan LGBT dan kaki botol akan menikmati 'tol percuma' yang dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).[156]

Bukan niat saya untuk mempersendakan sebarang kumpulan masyarakat yang bekerja pada waktu malam atau yang menggunakan lebuhraya tol selepas jam 11 malam.
Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung.[156]

Tunggakan cukai[sunting | sunting sumber]

Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16. -Kerajaan melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi pada 4 Februari 2021 terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin selaku penghutang.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 22 Julai 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.[157]

Najib kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan. Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Pada 6 April 2021, LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion.[158]

Pada 14 Jun 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN.[159]

Pada 9 September 2021, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.[160]

Pada 21 Oktober 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib dan anaknya, Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing yang berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.[161]

Pada 10 Mei 2022, Najib dan Mohd Nazifuddin berjaya memperoleh kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung tunggakan cukai berjumlah lebih RM1.7 bilion Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).[162]

Pada 19 Mei 2022, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib dan Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka. Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili mereka ketika dihubungi pemberita berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.[163]

Sikap rasis[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 2019, dalam ucapan ceramahnya, Najib cuba menimbulkan kebencian terhadap kaum Cina dengan mempersoalkan identiti bangsa Menteri Kewangan tersebut. Berdasarkan kepada klip video yang memaparkan ucapan itu, Najib berkata:

Di mana letaknya maruah Melayu kalau Menteri Kewangannya DAP (Lim Guan Eng). Boleh dia jaga maruah Melayu atau tidak? Agenda Melayu dia tak tahu apa.[164]

Najib telah memperlihatkan sikap rasisnya apabila mempertikaikan status Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan hanya kerana beliau berketurunan Cina.[164]

Dijatuhi hukuman penjara[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya memerintahkan Najib dipenjarakan 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.[165]

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah Najib dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).[166]

Tak pakai topi keledar[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2020, bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook berkata beliau mempunyai gambar pemimpin Umno termasuk Najib menunggang motosikal tanpa topi keledar. Katanya, Najib memakai songkok bukannya topi keledar ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.[167]

Perlanggaran dan ketidakpatuhan SOP[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mac 2021, Harian Metro melaporkan satu video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat masuk ke restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar MySejahtera tular di media sosial.[168] Pada 6 May, Najib dikompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[169]

Pada 18 November 2021, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membangkitkan rakaman sebuah video yang tular memaparkan Najib menurunkan tandatangan di sebuah motosikal semasa berkempen malah meminta Najib dikenakan kompaun maksima sebanyak RM 50.000 kerana didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa memerhatikan kempen Najib.[170][171]

Pada 11 Januari 2022, polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis Parti Makkal Sakti yang dihadiri Najib.[172]

Pada 27 Februari 2022, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan meneliti rakaman video yang dikatakan menunjukkan Najib melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 semasa berkempen di Perling, Johor.[173]

Pada 10 Mac 2022, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan Najib telah didenda lima kali kerana melanggar SOP semasa tempoh kempen pilihan raya Johor.[174] Walaupun telah dikenakan lima denda kerana melanggar SOP, Najib sekali lagi muncul di acara yang penuh sesak.[175]

Hubungan dengan Nazri Razak[sunting | sunting sumber]

Pada November 2021, bekas pengerusi kumpulan CIMB, Nazir Razak meluahkan rasa kesal kerana membantu abangnya, Najib, menunaikan cek untuk pilihan raya umum ke-13 yang kemudiannya dikaitkan dengan dana 1MDB.

Memperincikan insiden itu dalam memoirnya "What's in a name', Nazir berkata menjelang pilihan raya umum pada 2013, Najib mendekatinya untuk membantu menunaikan empat keping cek berjumlah RM25.7 juta untuk digunakan bagi berkempen. Nazir berkata, dia hanya membantu abangnya itu dan tiada sebab untuk mengesyaki wang itu datang daripada sumber penipuan di luar sumbangan kempen yang sah.

Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk memikirkan yang dana itu mungkin dipersoalkan asal usulnya.
Sudah tentu dengan mengimbas semula (perkara ini) saya kesal kerana bersetuju untuk terlibat sama sekali.

Pada 2016, Wall Street Journal mendedahkan bahawa cek itu datang daripada akaun Najib di mana wang 1MDB yang diseleweng telah disalurkan. Nazir berkata, pendedahan itu mengecewakannya dan mendorongnya mengambil cuti sebagai pengerusi CIMB bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. CIMB kemudian mendapati bahawa Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya dalam mengeluarkan cek berkenaan.

Nazir, yang lantang bersuara mengenai 1MDB, berkata dalam memoirnya bahawa dia memberi amaran kepada Najib beberapa kali antara 2009 dan 2013 mengenai dana kekayaan negara itu, dan menyatakan kebimbangan bahawa dana itu sedang diselewengkan. Dia berkata isu 1MDB menjadi detik menyakitkan dan merenggangkan hubungannya dengan abangnya itu.

Selepas beberapa ketika 1MDB hampir menjadi subjek tabu bagi kami.
Saya tidak dapat menghubunginya, dan beberapa kali dia juga menyindir bahawa saya cemburu atau hanya tidak suka Jho Low secara Peribadi.

Nazir memperincikan dalam memoirnya bahawa kegelisahannya dalam isu 1MDB menyebabkan dia bekerjasama dengan pihak lain seperti bos The Edge Tong Kooi Ong untuk menyiasat dana itu, malah menghubungi bekas perdana menteri Mahathir bin Mohamad untuk mendapatkan bantuan pada 2015.[176]

Hadiah rumah RM100 juta[sunting | sunting sumber]

Pada 18 November 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kabinet menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara. Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan. Tengku Zafrul menjawab soalan yang dikemukakan Mahathir bin Mohamad yang meminta dia menjelaskan mengapa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 tidak menyentuh mengenai hartanah berkenaan.[177]

Bagaimanapun jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen pembangkang. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antaranya mahu bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan semula Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), susulan tindakan kerajaan itu.[178][179] Mahathir bin Mohamad juga membantah keras keputusan itu. Dia berhujah Najib tidak layak mendapatkan pemberian itu kerana disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pada 19 November 2021, Najib menarik balik permohonannya untuk mendapatkan hartanah didakwa bernilai RM100 juta yang layak dipohon oleh bekas-bekas perdana menteri. Katanya, beliau membuat keputusan itu dengan mengambil kira keadaan rakyat yang berdepan saat sukar.[180]

Pada 7 Mac 2022, Mahathir mendakwa Najib menulis surat kepada kerajaan supaya diberikan sebidang tanah bagi menghargai jasanya sebagai bekas pemimpin nombor satu negara. Jelas Mahathir, Najib menulis surat tersebut selepas mengenal pasti sebidang tanah yang diingininya itu.[181]

Kes fitnah Dzulkefly Ahmad[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Disember 2021, bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Najib susulan tuduhannya berkenaan nepotisme dan kronisme. Dzulkefly memfailkan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dilampirkan bersama satu hantaran di Facebook dimuat naik oleh Najib pada 24 Ogos, 2020 bersama artikel Sinar Harian bertarikh 28 Januari, 2019 sebagai bukti.[182]

Pada 3 Februari 2022, Najib diarahkan menfailkan pembelaannya pada 17 Feb, berikutan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Dzulkefly Ahmad, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[183] Menurut laporan The Edge Market, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi mengarahkan peguam Dzulkelfy daripada Tetuan Farida & Company untuk memfailkan hujahan balas terhadap penyataan pembelaan Najib pada 3 Mac, ketika mengumumkan pengurusan kes berkenaan.[184]

Pada 29 Mac 2022, Najib memfailkan pernyataan pembelaan di mahkamah bahawa hantaran di Facebooknya mengenai isu kronisme tidak merujuk kepada Dzulkefly Ahmad.[185]

Berkunjung ke Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 2022, Najib berkunjung ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis rasmi. Ia mendorong sekumpulan anggota DAP mengadakan protes terhadap Najib di Bukit Mertajam. Mereka diketuai ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Bukit Mertajam, Lim Zheng Han, yang turut membawa sepanduk bertulis "Bossku kemaluan negara". Namun protes itu hanya berlangsung selama 20 minit sebelum Najib tiba di Medan Selera Insa Dunia di situ apabila protes berkenaan dihentikan oleh penyokong Najib. Berdasarkan video yang dirakam oleh Pemuda DAP, lapan anggota parti yang menyertai protes itu dihalang tiga lelaki yang memakai baju "Bossku". Difahamkan Lim sudah membuat laporan kepada polis berhubung insiden tersebut dengan mendakwa mereka dikasari, manakala barangan mereka dirampas serta dirosakkan.[186]

Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu-alukan lawatan Najib ke Pulau Pinang. Hong berkata PCCC tidak mungkin menjemput atau mengalu-alukan Najib - yang telah disabitkan kesalahan rasuah - ke Pulau Pinang. Ini kerana katanya, ahli-ahli perniagaan mengutamakan integriti melebihi segalanya.[187] Ketua Wanita BN Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim meluahkan rasa kesal terhadap sikap negatif yang didakwanya ditunjukkan oleh individu tertentu berhubung lawatan Najib ke negeri itu.[188]

Pengarah Komunikasi PKR Pulau Pinang Amir Ghazali mendakwa Najib cuba mendapatkan simpati orang awam ketika berkunjung ke negeri itu, memandangkan dia mungkin berdepan hukuman penjara dalam kes rasuah SRC International. Amir menyifatkan Najib sebagai "drama king desperado" yang membuat "pementasan drama" menyasarkan masyarakat Cina.[189]

Isteri kedua[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2022, satu foto yang melibatkan Najib menjadi perhatian netizen di Twitter. Foto itu memperlihatkan Najib sedang bergambar dengan sebuah keluarga, di sebelah beliau dilihat seorang wanita dengan memegang erat lengannya.[190] Menurut perkongsian daripada netizen yang dikenali sebagai Salim Iskandar, wanita ini dikenali sebagai Shimah, dia merupakan bekas isteri kepada komposer terkenal dengan lagu Kekasih Awal & Akhir, Fauzi Marzuki. Menurutnya lagi, lagi 4 individu bersebelahan mereka itu adakah anak-anak Shimah dan menantu lelaki.[191]

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.[192]

Pada 20 Mei 2022, Najib enggan mengulas mengenai sekeping gambar yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.[193]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysian taskforce investigates allegations $700m paid to PM Najib
  2. ^ Mahathir Wins in Historic Malaysia Power Shift
  3. ^ Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta
  4. ^ Najib Razak: Asia's worst finance minister 2016
  5. ^ Malaysian PM Najib Razak named Asia Pacific's worst finance minister
  6. ^ Malaysia's Prime Minister Najib Razak named Asia's worst finance minister 2016
  7. ^ Malaysian leader faces risk of criminal charges over fund
  8. ^ Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najib’s Accounts Amid 1MDB Probe
  9. ^ Zaid: Najib's finest hour when he steps down
  10. ^ Najib must resign if he can't dispute claims in WSJ, Sarawak Report, Guan Eng tells reporters
  11. ^ 1MDB scandal: Malaysia PM Najib Razak sacks deputy, attorney-general as corruption allegations mount
  12. ^ Hong Kong police launch probe into US$250 million linked to Najib
  13. ^ The growing 1MDB scandal has now spread to Hong Kong
  14. ^ Polis Singapura bekukan dua akaun berkaitan 1MDB
  15. ^ Sarawak Report whistleblowing website blocked by Malaysia after PM allegations
  16. ^ [1]
  17. ^ SPRM: RM2.6 bilion duit penderma, bukan 1MDB
  18. ^ Dr Ling juga mahu Najib undur
  19. ^ Tiada bukti baru, siasatan BNM ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara
  20. ^ AG: No charges against PM, SRC and RM2.6b cases closed
  21. ^ Malaysian PM cleared of wrongdoing in $700 million scandal
  22. ^ 'Luar biasa bagi Najib jumpa Trump ketika siasatan 1MDB'
  23. ^ AG sekali lagi arah polis siasat lanjut kes 1MDB
  24. ^ Tempo: Siasatan 1MDB lancar di luar, 'mandek' di dalam
  25. ^ A long list of charges against Najib as 1MDB trial kicks off on Tuesday
  26. ^ Najib, Rosmah dilarang ke luar negara
  27. ^ Bekas pegawai tinggi SPRM buat laporan terhadap Najib
  28. ^ Najib beri keterangan lebih 5 jam
  29. ^ Najib selesai beri keterangan kali kedua
  30. ^ Saya sudah jawab semua soalan - Najib
  31. ^ Rosmah beri keterangan selama lima jam
  32. ^ 1MDB: Riza Aziz beri keterangan
  33. ^ Riza beri keterangan enam jam
  34. ^ Riza Aziz beri keterangan kali ketiga
  35. ^ Kerajaan tubuh Pasukan Khas Siasatan 1MDB
  36. ^ Kes 1MDB: Bekas pegawai khas Najib direman
  37. ^ 1MDB: Bekas pegawai khas PM direman tujuh hari
  38. ^ Kes 1MDB: Bekas pegawai khas Najib direman
  39. ^ Najib raids: $273m of goods seized from former Malaysian PM’s properties
  40. ^ Keluarga Najib mulakan proses undang-undang tuntut barangan dirampas
  41. ^ Najib ditahan SPRM
  42. ^ Malaysia’s Ex-Leader, Najib Razak, Is Charged in Corruption Inquiry
  43. ^ Malaysia's ex-PM Najib charged with corruption over 1MDB
  44. ^ Malaysia’s Ex-Leader Najib Razak Is Charged With Money Laundering
  45. ^ Sorotan 1: Kes SRC Najib setakat ini
  46. ^ Mahkamah tolak permohonan larang media ulas kes Najib
  47. ^ Najib mengaku tidak bersalah 25 tuduhan
  48. ^ Mahkamah putuskan tidak perlu kemuka surat pelantikan
  49. ^ Kes Najib: Pasukan pendakwaan bantah permohonan tangguh perbicaraan
  50. ^ Najib didakwa 3 lagi tuduhan pengubahan wang haram
  51. ^ Perbicaraan Najib ditangguhkan
  52. ^ Mahkamah Rayuan dengar 4 rayuan Najib pada 11,12 Mac ini
  53. ^ Bicara kes SRC Najib bermula 3 April ini
  54. ^ Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
  55. ^ Kes SRC: Mahkamah perintah Najib bela diri
  56. ^ Najib mula beri keterangan membela diri
  57. ^ Kes SRC Najib: Pembelaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 12 Mei
  58. ^ SRC: Keputusan kes Najib 28 Julai ini
  59. ^ a b c d Najib Razak: Malaysian ex-PM gets 12-year jail term in 1MDB corruption trial
  60. ^ a b c d Najib Razak, Malaysia’s Former Prime Minister, Found Guilty in Graft Trial
  61. ^ Najib kemuka rayuan terhadap sabitan, hukuman
  62. ^ Najib kemuka 307 alasan rayuan sabitan, hukuman kes SRC
  63. ^ Najib gagal tangguh prosiding rayuan kes SRC International
  64. ^ Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan Najib
  65. ^ Najib mohon tangguh keputusan rayuan kes SRC
  66. ^ Permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC ditolak
  67. ^ Najib mohon Mahkamah Rayuan benar kemuka bukti baharu
  68. ^ Rayuan sabitan kes SRC: Permohonan Najib kemuka bukti baharu didengar 7 Dis
  69. ^ Najib gagal ketepi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
  70. ^ a b 'Memalukan negara' - Hakim tolak penjelasan Najib untuk 'kepentingan negara'
  71. ^ a b [VIDEO Tindakan Najib memalukan negara, kata Hakim]
  72. ^ Pasukan pembelaan Najib sudah fail 6 notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan
  73. ^ Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib kemuka bukti baru kes SRC
  74. ^ SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak
  75. ^ Kes SRC: Najib mohon lebih masa untuk fail petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan
  76. ^ Mahkamah benar lanjutan masa untuk Najib fail petisyen rayuan
  77. ^ Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen mohon dibebaskan
  78. ^ Kes SRC: Petisyen rayuan penuh 94 alasan Najib
  79. ^ Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
  80. ^ Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
  81. ^ Najib, Irwan charged with CBT over RM6.6b funds, bail RM1m each
  82. ^ Bicara kes Najib, Irwan berlangsung 52 hari bermula 6 Januari tahun hadapan
  83. ^ Mahkamah tolak permohonan Najib, Irwan supaya dilepaskan
  84. ^ Akhbar Umno: Najib bohong, perlu mohon maaf pada ahli
  85. ^ Najib, Arul Kanda hadapi pertuduhan di mahkamah
  86. ^ Mahkamah tolak permintaan Najib bayar jaminan RM500,000 secara ansuran
  87. ^ Kes pindaan laporan 1MDB dipindah ke Mahkamah Tinggi
  88. ^ Peguam di luar negara, bicara kes pinda Laporan Audit 1MDB ditangguh
  89. ^ Pendakwaan mahu Arul Kanda beri keterangan terhadap Najib
  90. ^ Kes pinda Laporan Audit 1MDB: Pendakwaan mahu Arul Kanda jadi saksi
  91. ^ Najib saman Ambank, Joanna Yu kerana terima arahan Jho Low
  92. ^ Ex-banker Joanna Yu seeks to strike out Najib’s suit
  93. ^ a b Mahkamah batal saman Najib terhadap bekas pegawai Ambank
  94. ^ a b Court strikes out Najib’s lawsuit against Ambank, ex-banker Joanna Yu over negligence, breach of duty in SRC case
  95. ^ Najib gagal rayu teruskan saman AmBank Islamic
  96. ^ Najib gagal dalam rayuan saman Ambank, bekas pegawai
  97. ^ Najib fails to restore suit against Ambank and his personal banker
  98. ^ Najib tersenarai dalam pangkalan data pesalah rasuah di laman SPRM
  99. ^ Najib makes MACC’s online list of corruption offenders after SRC conviction
  100. ^ SRC files suit against Najib, six others for alleged breach of trust over RM4b KWAP loan
  101. ^ Permohonan Najib gantung prosiding saman sivil SRC ditolak
  102. ^ Mahkamah tolak permohonan Najib gantung prosiding saman SRC International
  103. ^ Bicara kes saman AS1.18 bilion SRC terhadap Najib bermula 13 Feb 2023
  104. ^ Saman AS$1.18 bilion SRC: Mahkamah arah Najib fail pernyataan pembelaan
  105. ^ Selepas Rosmah, Najib pula mohon pasport sementara ke Singapura
  106. ^ Najib dibenar ke Singapura lawat anak bersalin
  107. ^ Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura
  108. ^ C4: Kenapa AGC tak bantah permohonan Najib dapatkan pasport?
  109. ^ “Mengapa Najib Dapat Pasport?” Soal Dr Mahathir
  110. ^ Najib mohon pulangkan passport lewat sedikit
  111. ^ PRN Melaka: Najib mohon pinda tarikh pelepasan pasport
  112. ^ High Court allows Najib to change passport release dates for Melaka polls
  113. ^ Court grants Najib’s application to amend dates of temporary release of passport
  114. ^ Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas 'pendakwaan salah'
  115. ^ Najib saman Tommy Thomas, tuntut lebih RM1.9 juta
  116. ^ 1MDB: Tommy Thomas, kerajaan mohon batal saman Najib
  117. ^ a b Najib: Satu sen pun duit rakyat tidak diguna bayar hutang 1MDB
  118. ^ a b c Zafrul: Najib silap, duit rakyat diguna bayar faedah pinjaman 1MDB
  119. ^ Pua mohon rujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
  120. ^ Kenyataan kelirukan Dewan Rakyat, speaker minta Najib beri penjelasan
  121. ^ Hutang 1MDB: Najib sudah hantar jawapan bertulis kepada Speaker - Sumber
  122. ^ Speaker akan putuskan dakwaan Najib kelirukan dewan lepas respons Pua
  123. ^ Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'
  124. ^ Permohonan semakan Azilah didengar 20 April 2020
  125. ^ Kes Altantuya: Najib lafaz Sumpah Mubahalah nafi dakwaan Azilah
  126. ^ Najib guna 'cash is king' ketika di White House, kata Dr Mahathir
  127. ^ a b Najib: Maksud sebenar 'cash is king' ialah rakyat itu 'king'
  128. ^ a b 'Cash is king', 'king' itu rakyat - Najib
  129. ^ ‘Cash is king’: Logik Najib tak logik - DAP
  130. ^ Najib tells Sibu: You help me, I help you
  131. ^ a b Karpal: Najib cabul undang-undang pilihan raya
  132. ^ a b c Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka
  133. ^ BBC petik sensasi 'kangkung' Najib
  134. ^ Himpunan Rakyat Bersatu manifestasi kebangkitan orang Melayu - Najib
  135. ^ a b c Pemuda MCA bahagian putus hubungan dengan PM
  136. ^ Liong Sik pertahan pendirian Pemuda MCA Pasir Gudang
  137. ^ Two alarm bells for Malaysians
  138. ^ Malaysian Security Law Invites Government Abuses, Rights Groups Say
  139. ^ The National Security Council Bill 2015 is a Lurch Towards an Authoritarian Government
  140. ^ Malaysia defends passing of controversial security bill
  141. ^ Malaysian PM Najib sparks storm of criticism over comment on quinoa
  142. ^ Malaysia’s Prime Minister sparks outrage saying quinoa is better than rice
  143. ^ 'Dia makan quinoa, saya nasi beras tempatan saja'
  144. ^ a b Kit Siang: PRU14 mengenai quinoa lawan beras
  145. ^ Najib bukan makan quinoa semata-mata
  146. ^ Bijirin quinoa sebahagian rejim diet sihat Najib - PMO
  147. ^ PMO: Najib makan nasi, quinoa diet sihat (VIDEO)
  148. ^ The Economist beri amaran Najib akan 'curi' PRU14
  149. ^ Negri Sembilan palace strips Najib, Rosmah of Datuk Seri titles
  150. ^ Negeri Sembilan palace revokes Datuk Seri titles of Najib and Rosmah
  151. ^ Selangor titles of Najib and Rosmah suspended
  152. ^ a b Najib: Benam dalam air 10 kali pun saya tetap BN
  153. ^ KJ ingatkan Najib: BN kalah sebab 1MDB, tamat
  154. ^ Hanipa: Penat kami gelak dengar cakap Najib
  155. ^ Hanipa: Najib 'bertuah' dapat ketawakan orang kerja malam
  156. ^ a b Najib minta maaf pada pekerja syif malam
  157. ^ Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN
  158. ^ LHDN fail notis kebankrapan terhadap Najib
  159. ^ Najib gagal gantung perintah bayar cukai LHDN RM1.69 bilion
  160. ^ Najib, anak gagal ketepi keputusan bayaran cukai RM1.69 bilion, RM37.6 juta
  161. ^ Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
  162. ^ Cukai LHDN: Najib, anak dibenar merayu di Mahkamah Persekutuan
  163. ^ [2]
  164. ^ a b PH bidas Najib: Tun Razak pun lantik Tun Tan Siew Sin Menteri Kewangan
  165. ^ Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta [METROTV]
  166. ^ Sabitan Najib kes SRC kekal
  167. ^ Pemimpin Umno tak pakai topi keledar, kata bekas menteri pengangkutan
  168. ^ Langgar SOP, polis akan panggil Najib
  169. ^ Najib dikompaun RM3,000
  170. ^ Langgar SOP Covid-19: Pekan dalam perhatian saya, kata KJ
  171. ^ Langgar SOP: YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya - Khairy
  172. ^ Polis siasat kes langgar SOP majlis Makkal Sakti dihadiri Najib
  173. ^ Khairy teliti video lawatan Najib jika langgar SOP
  174. ^ PRN Johor: KKM keluar 42 kompaun termasuk 5 kepada Najib
  175. ^ Tak serik lepas 5 kali didenda, Najib tampil lagi di acara sesak
  176. ^ Nazir kesal bantu Najib tunai cek RM25.7 juta dikaitkan 1MDB untuk PRU13
  177. ^ Zafrul sahkan Najib mohon tanah, rumah bernilai RM100 juta
  178. ^ Hadiah hartanah RM100 juta kepada Najib: Anwar terkejut, paksa PH kaji semula persefahaman
  179. ^ Hadiahkan Najib hartanah RM100 juta, pembangkang kaji semula kerjasama
  180. ^ Najib tak mahu lagi rumah RM100 juta dari kerajaan
  181. ^ 'Najib tulis surat minta tanah nilainya amat tinggi' - Tun M
  182. ^ Dzulkefly saman Najib isu tuduhan nepotisme, kronisme
  183. ^ Najib diarah fail pembelaan terhadap saman fitnah dikemuka Dzulkefly
  184. ^ Najib told to file defence in libel suit brought on by former health minister
  185. ^ Najib: Hantaran FB isu kronisme bukan pasal Dzulkefly
  186. ^ Kecoh lepas ahli DAP sambut Najib guna sepanduk 'kemaluan negara'
  187. ^ Dewan Perniagaan Cina P Pinang nafi kaum Cina alu-alukan Najib
  188. ^ 'Meluat tengok sikap negatif pada Najib' - Ketua Wanita BN P Pinang
  189. ^ 'Najib raja drama terdesak, cuba raih simpati sebelum ke penjara'
  190. ^ Netizen Spekulasi Foto Najib Razak Bersama Isteri Kedua?
  191. ^ LELAKI INI ‘PECAH RAHSIA’ BERITAHU WANITA YANG PELUK TANGAN NAJIB RAZAK ADALAH ISTERI KEDUA DIA. SIAPA SEBENAR WANITA ITU DIDEDAHKAN
  192. ^ Wan Fayhsal ucap selamat ‘pengantin baru’ pada Najib
  193. ^ Najib enggan ulas dakwaan gambar ‘keluarga baru’

Pautan luar[sunting | sunting sumber]