Wapiti Manchuria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mantchurian Elk
Status pemuliharaan
Data Deficient
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Artiodactyla
Suborder: Ruminantia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Cervinae
Genus: Cervus
Spesies: C. canadensis
Subspesies: C. c. xanthopygus
Nama binomial
Cervus canadensis
(Erxleben, 1777)[1]
Nama trinomial
Cervus canadensis xanthopygus

Wapiti Manchuria (Cervus canadensis xanthopygus) ialah satu subspesies rusa elk yang berasal dari Asia Timur.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Wapiti ini berwarna perang kemerahan pada musim panas, dan kelabu keperangan pada musim sejuk, di samping berbulu hitam pada bahagian leher dan bawah, dan tompok pinggulnya yang keputihan. Wapiti Manchuria lebih kecil berbanding elk Amerika Utara (Cervus canadensis canadensis) kerana tanduknya yang lebih pendek dan gempal.

Wapiti Manchuria jantan bersurai di keliling leher, di samping tanduk yang agak pendek seperti yang disebut tadi, manakala yang betina pula lebih seiras rusa tanpa surai leher. Subspesies inilah yang paling seakan-akan rusa merah di kalangan wapiti, sesuai hidup dalam persekitaran hutan berdaun luruh di Manchuria, Yakutia, China Utara, dan Korea Utara. Seperti kebanyakan rusa merah, wapiti ini juga memperlihatkan tompok-tompok pada bulu musim panasnya.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Rusa ini dijumpai di kawasan tenggara Siberia (di timur Tasik Baikal), bahagian timur laut Mongolia, Manchuria, bahagian utara Semenanjung Korea, dan timur laut China. Wapiti yang serupa di Alxa, Gansu, Shanxi dan Mongolia selatan pernah ditakrifkan sebagai subspesies berlainan, iaitu Alashan-Wapiti (Cervus candiensis alashanicus), sehingga kajian genetik membuktikan bahawa rusa ini tergolong dalam subspesies Manchuria.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Erxleben, J.C.P. (1777) Anfangsgründe der Naturlehre and Systema regni animalis.
  2. ^ Mitochondrial DNA phylogeography of red deer (Cervus elaphus), by Christian J. Ludt. In Molecular Phylogenetics and Evolution 31 (2004), p. 1064–1083. Online copy