Wayang bangsawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bangsawan merujuk kepada satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang digayakan dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme.

Teater ini adalah pertunjukan stambul atau komedi yang menggabungkan musik, drama dan tarian serta mengangkat kisah-kisah yang berlatarkan lingkungan istana.[1] Cerita-cerita yang sering diangkat adalah kisah tentang Hang Tuah Lima Bersaudara, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Laksamana Bintan.

Menurut sejarah, teater ini dikembangkan oleh masyarakat Parsi yang berhijrah ke India kerana pertentangan ideologi di tanah air mereka. Teater ini lalu berkembang di Pulau Pinang dan tersebar pula melalui Selat Melaka ke pulau-pulau di bahagian selatannya seperti Riau, Bengkulu, Sumatera Selatan, dan Kalimantan Selatan, tetapi teater ini lebih lekat dengan kebudayaan Kepulauan Riau.

Kemasyhuran seni pementasan ini memuncak antara abad-abad ke-19 dan 20 sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Rombongan atau trup bangsawan yang menjelajah ke kampung-kampung dan bandar-bandar menjadi bentuk hiburan yang utama dan paling ditunggu dalam kalangan masyarakat Melayu setempat. Di Lingga, Riau pula, pertunjukan bangsawan begitu diminati sehingga sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an.[2] Hanya beberapa trup sahaja yang masih wujud di Indonesia, manakala kelompok yang sama sukar dicari di Malaysia.Templat:CN Terdapat juga sebuah rombongan bangsawan yang masih beroperasi di Singapura.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • ^ "Teater Melayu " Bangsawan"". Perpustakaan Digital Budaya Indonesia. 9 September 2014. Dicapai 24 Oktober 2014. 
  • ^ Jaya Kusuma AS (19 September 2013). "Khazanah Melayu: Tonil, Sandiwara, Bangsawan, Drama, Teater..." Lingga Pos. Dicapai 24 Oktober 2014. 
  • ^ "A Bangsawan revival by the river". The Long Winding Road. 26 April 2012.