Bengkulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Provinsi di Indonesia. Untuk bandar, sila lihat Bengkulu (kota).
Bengkulu
Negeri Bengkulu
Negeri
Pemerintah Provinsi Bengkulu
Bengkulu (province) banner.JPG
Bengkulu Traditional Dance.png
Rafflesia arnoldi - panoramio.jpgSoekarno's residence in Bengkulu.jpg
Danau Dusun Besar, Cagar Alam yang harus dijaga.. - panoramio.jpgThomas Parr Monument, Bengkulu, 2015-04-19 01.jpg
Dari atas, kiri ke kanan : Tasik Dendam Tak Sudah, Tarian Tradisi Bengkulu, Masjid Raya Curup, Rafflesia arnoldi, Rumah Soekarno semasa dibuang negeri ke Bengkulu, Tasik Dusun Besar, Monumen Thomas Parr
Seal of Bengkulu
Mohor
Nama panggilan: Bumi Rafflesia
(bahasa Inggeris: Land of Rafflesia)
Moto: Sekundang setungguan seio sekato
(bahasa Malay: seberat apapun pekerjaan jikalau dikerjakan bersama-sama akan terasa ringan jua[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa secara jelas menyebut Bahasa Melayu)
Lokasi Bengkulu di Indonesia
Lokasi Bengkulu di Indonesia
Lokasi bagi Bengkulu
Negara  Indonesia
Ditubuhkan 12 Oktober 1945, sebagai Karesidenan
Ditubuhkan 12 September 1950, sebagai bahagian wilayah provinsi Sumatera Selatan
Dinaiktaraf sebagai negeri 18 November 1968
Dinamakan kerana Empang Ka Hulu [1]
Ibu Negeri Kota Bengkulu.png Bengkulu
Pentadbiran
 • Jenis Kerajaan Negeri
 • Gabenor Dr. H. Ridwan Mukti, M.H
 • Timbalan Gabenor Dr. H. Rohidin Mersyah, M.M
Keluasan
 • Jumlah 19,919.33 km2 (7,690.90 batu persegi)
Kedudukan kawasan 24th
Penduduk (Anggaran 2014)
 • Jumlah 1,828,291
 • Kedudukan ke-26
 • Kepadatan 92/km2 (240/batu persegi)
Demonim Warga Bengkulu (id)
Demografi
 • Kumpulan etnik Rejang (60,4%), Javanese (22,3%), Serawai (17,9%), Lembak (4,9%), Pasemah (4,4%), Minangkabau (4,3%), Malay (3,6%), Sundanese (3%), Batak (2%)[2]
 • Agama Islam 95,27%, Kristian 3,59%, Hindu 0,73%, Buddhisme 0,41%
 • Bahasa Bahasa Indonesia (bahasa rasmi), Bahasa Rejang, Bahasa Jawa, Bahasa Serawai, Bahasa Lembak , dll.
Zon waktu Indonesia Western Time (UTC+7)
Poskod 38113-39374
Kod Kawasan 0732 (Kepahiang, Curup or Rejang Lebong), 0736 (Bengkulu, Central Bengkulu, Seluma), 0737 (Muko-Muko, North Bengkulu), 0738 (Lebong), 0739 (Kaur, South Bengkulu)
Pendaftaran kenderaan BD
Laman web Laman web rasmi

Bengkulu ialah sebuah provinsi Indonesia yang terletak di pantai barat daya Pulau Sumatera. Ia menyempadani Sumatera Barat di utara, Jambi dan Sumatera Selatan di timur, serta Lampung di selatan. Bengkulu pada suatu ketika merupakan tapak garison British yang dikenali sebagai Bencoolen. Provinsi ini yang merangkumi Pulau Enggano mempunyai 1,405,060 penduduk (banci 2000). Ibu kota dan bandar raya terbesar di provinsi ini ialah bandar raya Bengkulu.

Bengkulu terletak di Sesar Sunda yang cenderung mengalami gempa bumi dan tsunami. Pada bulan Jun 2000, sebuah gempa bumi mengakibatkan kerosakan serta kematian sekurang-kurangnya 100 orang. Pada bulan September 2007 pula, satu siri gempa bumi melanda Bengkulu dan membunuh 13 orang. [2] Suatu laporan yang terkini meramalkan bahawa Bengkulu akan mengalami "risiko pembanjiran pada beberapa dekad yang akan datang, akibat gempa bumi bawah laut yang diramalkan di sepanjang pantai Sumatera" [3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat Hindia Timur Inggeris mengasaskan sebuah pusat perdagangan lada hitam dan garison yang dapat bertahan lama di Bengkulu (Bencoolen) pada tahun 1685. Pada tahun 1714, mereka membina "Kubu Marlborough" di kota itu, dengan kubu itu kini masih wujud. Bagaimanapun, pusat perdagangan tersebut tidak pernah mendatangkan sebarang untung kepada pihak British, dengan kawasan itu didapati tidak selesa kepada orang Eropah. Lebih penting lagi, mereka tidak berupaya mendapat lada hitam yang mencukupi untuk membeli.

Walaupun kesukaran tersebut, pihak British masih gigih berusaha dan mengekalkan kehadiran di sana selama 150 tahun sebelum menyerahkannya kepada Belanda sebagai sebahagian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 untuk menumpukan perhatian kepada Melaka.[4] Seperti dengan bahagian-bahagian Indonesia yang lain, Bengkulu merupakan sebuah tanah jajahan Belanda sehingga selepas Perang Dunia II.

Semasa pemenjaraan Sukarno oleh pihak Belanda pada awal dekad 1930-an, bakal presiden Indonesia yang pertama itu tinggal di Bengkulu buat tempoh yang singkat. Di sini, beliau bertemu dengan bakal isterinya, Fatmawati, dengan pasangan itu dikurniakan banyak cahaya mata. Yang termasyhur antara anak-anak mereka ialah Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia wanita yang pertama.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pelombongan batu arang merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Bengkulu. Tiga buah syarikat pelombongan batu arang bersama-sama menghasilkan antara 200,000 hingga 400,000 tan batu arang setiap tahun untuk dieksport ke Malaysia, Singapura, Asia Selatan, dan Asia Timur.

Perikanan, khususnya ikan tuna dan makerel, merupakan kegiatan yang penting. Keluaran pertanian utama yang dieksport oleh provinsi ini termasuk halia, rebung, dan getah.

Daerah Tingkat II[sunting | sunting sumber]

  1. Kepahiang
  2. Muko-muko
  3. Bengkulu Utara
  4. Rejang Lebong
  5. Bengkulu kota, kotamadya
  6. Seluma
  7. Bengkulu Selatan
  8. Kaur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Asal nama Bengkulu
  2. ^ Bengkulu Lumbung Nasionalis yang Cair. http://epaper.kompas.com. February 11, 2009.  pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  3. ^ Andrew C. Revkin (5 Disember 2006). "Indonesian Cities Lie in Shadow Of Cyclical Tsunami". New York Times (Late Edition (East Coast)) p. A.5. 
  4. ^ Roberts, Edmund (1837). Embassy to the Eastern Courts of Cochin-China, Siam, and Muscat. New York: Harper & Brothers. m/s. 34. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]