Wikipedia:Calon rencana pilihan/Julai 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Sultan Ismail

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (gambar). Gelombang keracunan air kedua berkuat kuasa pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: