Hospital Sultan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Sultan Ismail
Kerajaan
Geografi
LokasiJohor Bahru, Johor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil704[1]
Pautan
Laman sesawangHospital Sultan Ismail.

Hospital Sultan Ismail merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hospital Sultan Ismail merupakan hospital pakar tertier yang dilengkapi dengan sistem THIS (Total Hospital Information System) iaitu sistem berkomputer sepenuhnya. Pembinaan hospital ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju melalui Wawasan 2020 dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi mencapai matlamat di atas, hospital ini direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih dan bertaraf dunia.

Hospital elektronik yang serba moden ini menyediakan 15 perkhidmatan Sekunder dan 2 perkhidmatan Tertier yang terpilih di samping perkhidmatan sokongan lain, dengan keutamaan kepada perkhidmatan day care kepada lebih dari 700,000 penduduk di 8 mukim di daerah Johor Bahru dan kawasan persekitarannya serta menjadi Pusat Rujukan Kebangsaan (National Referral Centre) kepada perkhidmatan tertiary care yang disediakan.

Hospital dengan keluasan 50 ekar ini mempunyai sebuah blok klinikal 6 tingkat serta sebuah blok wad 10 tingkat serta kuarters kediaman.

Hospital ini dilengkapi dengan 22 buah wad, 18 dewan bedah, termasuk 5 dewan bedah untuk perkhidmatan day care, 2 buah dewan bedah di Jabatan Kecemasan. Hospital ini dilengkapi dengan 704 buah katil. Terdapat 4 Wad Kelas Satu dan 18 Wad Kelas Dua dan Tiga. Di samping itu, sebanyak 88 buah katil telah diperuntukkan di Intensif Care Unit, Coronary Care Unit (CCU), Neonatal ICU (NICU), Burns Unit dan High Dependency Ward khusus untuk rawatan intensif.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Sultan Ismail
Jalan Persiaran Mutiara Emas Utama,
Taman Mount Austin,
81000 Johor Bharu
Johor Darul Takzim
Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. ^ "Latar belakang Hospital Sultan Ismail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]