Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/3 Februari
3 Februari: Setsubun di Jepun
- 1488 – Penjelajah Portugis Bartolomeu Dias mendarat di Teluk Mossel setelah berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika.
- 1517 – Kaherah ditawan oleh Empayar Uthmaniyyah, menandakan kejatuhan Kesultanan Mamluk.
- 1867 – Putera mahkota Mutsuhito menggantikan ayahandanya Kōmei sebagai Maharaja Jepun, dan mengambil gelaran Meiji.
- 1930 – Parti Komunis Vietnam diasaskan semasa "Persidangan Penyatuan" yang diadakan di Kowloon, Hong Kong British.
- 2009 – Iran berjaya melancarkan Omid (gambar), satelit buatan sendirinya yang pertama.
Hari-hari sebelum: 2 Februari – 1 Februari – 31 Januari