Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib10/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

PERHATIAN!

Terdapat seorang pengguna yang sedang merosakkan rencana-rencana kita! Anda pasti telah lihat. Setiap kali saya ingin membatalkan suntingannya, browser saya mati. Halaman utama pun diserang. Penyelia, sila ambil perhatian. Terima kasih.

pmc 13:52, 1 Oktober 2007 (UTC)

Tolong buatkan templat

{{Turkishmusic}} untuk rencana Muzik Turki? Sumbangan dan bantuan anda amat dihargai. Terima kasih. --BukanTeamBiasa 07:16, 1 Oktober 2007 (UTC)

Juga {{South Asian cinema}}

Dokumen tentang sejarah pengasasan Wikipedia bahasa Melayu

Saya ternampak dokumen ini yang ditulis oleh Imran William Smith (rupa-rupanya penganjur Wikipedia bahasa Melayu) dalam talian. Entahkah dokumen ini patut disimpan dalam portal Wikipedia bahasa Melayu sebagai sebahagian sejarahnya kerana dokumen-dokumen dalam talian seringnya boleh hilang. — Syarikat Pemunggahan Rencana 10:20, 1 Oktober 2007 (UTC)

Mungkin boleh dikemas kini di Wikipedia:Sejarah Wikipedia Melayu. Yosri 10:28, 1 Oktober 2007 (UTC)
Lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:Yosri/Archive1 Yosri 10:30, 1 Oktober 2007 (UTC)
Sesiapa yang minat Imran William Smith boleh lihat:-
* http://www.willsmith.org/
* http://indopedia.org/User:Willsmith.html
*http://www.asia-oss.org/march2003/downloads/ImranWilliamSmith/Report/pdf/Asia%20OSS%20Symposium%20Phuket%20-%20Paper%20v5.pdf

Yosri 10:45, 1 Oktober 2007 (UTC)

Mungkin boleh diolah dan ditulis dalam Wikipedia. Dokumen-dokumen tersebut hanya boleh dijadikan rujukan, tidak boleh disimpan di sini kerana batasan hak cipta. Sekiranya ada yang hilang, gunakan Internet Archive. ~ Aviator 12:51, 2 Oktober 2007 (UTC)

Hi Aviator, apa yang anda katakan memang betul. Tetapi memang ada caranya. Saya dah membuat permohonan untuk menterjemahkan seluruh tapak web Rune's PC-Museum di Sweden dan mengambil semua gambarnya, dengan kebenaran telahpun saya terima. Selain itu, saya juga diberikan kebenaran untuk mengambil semua gambar di laman web iWeek2006 di Afrika Selatan. Apalaaa dengan cuma satu halaman. Sebenarnya, semua ini tak susah. Asalkan anda memberikan penghargaan, mereka biasanya tak kisah, kecuali ada konflik kepentingan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:43, 2 Oktober 2007 (UTC)

Entahlah. Saya pening juga tentang masalah hak cipta ni. Sesetengah orang kisah juga sebenarnya. ~ Aviator 20:53, 2 Oktober 2007 (UTC)

Untuk keselamatan, kebenaran bertulis patut diterima. Tetapi berdasarkan pengalaman saya setakat ini, orang Barat lebih ramah berbanding dengan orang Asia. Sebilangan permohonan ke Malaysia dan Singapura tidak diendahkan. Tetapi setakat ini, permohonan ke barat telah menerima sambutan yang amat mesra.

Saya menulis emel kepada Richard Skrenta yang dikatakan merupakan penulis virus komputer yang pertama untuk gambar potret supaya dapat dipaparkan dalam rencana Richard Skrenta di tapak web saya. Dia memberikan kebenaran bertulis dalam tempoh dua hari, walaupun banyak ahli keluarga saya menjangka bahawa permohonan itu akan ditolak.

Saya menulis kepada James Seng dari Singapura tentang sedikit maklumat untuk rencana James Seng tetapi tidak diendahkan. Gambarnya dalam rencana itu diberikan oleh Rodney Jones dari Afrika Selatan dengan begitu mesra, bukan oleh James.

Saya berasa lebih senang dapat sambutan daripada Bill Gates, berbanding dengan orang Timur... sedikit pencapaian dah berlagak, hehehe. Ini kelihatan sikap orang Timur... katak di bawah tempurung; bak pepatah Cina, belum nampak ular besar terberak, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:22, 3 Oktober 2007 (UTC)

Sebenarnya saya mengenali Imran W Smith ini sebelum saya memasuki Wiki ms ini, iaitu melalui search image google. Tetapi untuk pengetahuan anda semua, saya tidak langsung mengetahui dia mencadangkan wiki ms ini dibuka sehinggalah saya terbaca tentang Wikipedia:Sejarah Wikipedia Melayu. Apa yang saya tahu mengenainya sebelum saya ke sini ialah dia merupakan orang Inggeris yang sudah bekerja, masuk Islam dan berkahwin dengan isterinya Mayang. — Imran Al-Sahih 06:42, 3 Oktober 2007 (UTC)
Pada pendapat saya, walaupun kebanyakan orang barat lebih ramah dari Asia, tetapi ada setbacknya. Ketua tamadun barat, Amerika Syarikat, masih dalam tahap yang menyedihkan kepada dunia dari segi ekonomi, politik dan sosial. Jadi, saya berasa tanggapan anda betul, SPR. Orang barat bagaimanapun, masih layak dipanggil orang yang boleh menjadi lebih baik, serta, menguasai dunia dan lebih baik dari bangsa lain, terutamanya Asia. Tapi bukan masa sekarang kerana mereka sudah tak sebaik dahulu akibat dari serangan 11 September 2001 dan dasar serang ke atas Iraq oleh George W. Bush. — Imran Al-Sahih 06:42, 3 Oktober 2007 (UTC)

SEDIKIT PENGUBAHSUAIAN. Saya cuma cakap tentang orang biasa di tepi jalan, bukan orang politik, hehehe. Bagaimanapun, pandangan saya ini cuma merupakan suatu generalisasi, berdasarkan bantuan yang saya terima sejak memulakan tapak web saya. Jika anda melihat halaman Penghargaan di tapak web saya, boleh nampak nama orang Timur tak? Langsung takde kan? Banyaknya lagi sokongan remeh dari dunia barat yang tidak tertulis kerana terlalu banyak (dari forum-forum yang berkaitan).

Sememangnya ada juga orang Timur yang baik, cuma saya belum temu setakat ini. Apabila saya telah jumpa, saya akan beritahu kelak, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:31, 3 Oktober 2007 (UTC)

Saya pergi ke laman penghargaan anda dan mendapati anda betul, tiada orang Timur dalam laman anda. Saya cuma sekadar hanya memberikan pendapat sahaja. Sememangnya saya memang penyokong kuat orang Barat. Dan kalau nak tahu, matahari terbit ke arah timur, itulah yang manusia semua tahu kan? Tapi dalam hadis Islam, menurut tanda kiamat besar, matahari akan terbit ke arah barat. Jadi saya merasakan bahawa kebaikan akan berkembang di barat dan kejahatan akan berkembang di timur. Dan saya juga memang lebih sukakan barat dari timur dari segi adab dan perangai sejak dari dulu lagi, hehehe. :P — Imran Al-Sahih 07:39, 3 Oktober 2007 (UTC)
Kalau sudah minta kebenaran, tak mengapalah. Takut tak pasal-pasal kena cease and desist atau saman copyright infringement lepas ni. Tak seperti orang Timur, orang Barat bila nak saman orang, semua perkara dia boleh saman, tanpa rasa belas kasihan :). ~ Aviator 13:17, 3 Oktober 2007 (UTC)
* * * * *

Sememangnya ada kes-kes sebegitu, umpamanya kes McDonalds apabila kopi panas tertumpah. Tetapi bolehkah anda membekalkan beberapa kes copyright infringement yang melibatkan tapak-tapak web sumber terbuka atau bukan untung? Tahukah anda bagaimana pampasan copyright infringement dihitung? Mungkin anda hendak mengemukakannya di sini supaya semua pengguna akan dapat tahu. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:05, 3 Oktober 2007 (UTC)

Pernah dengar tentang en:AACS encryption key controversy? Digg (menggunakan lesen CC) mendapat C&D daripada AACS. Wikipedia pun rasanya pernah mendapat arahan C&D berikutan kejadian ini. Apapun, perkara ini tidak harus dipersoalkan kerana ia menjadi dasar utama Wikipedia yang hanya membenarkan kandungan GFDL-compatible. Pemilik hak cipta berhak memohon pemadaman mana-mana kandungan yang dimiliki olehnya. ~ Aviator 14:23, 3 Oktober 2007 (UTC)


Hi Aviator, adakah kes AACS itu berkenaan dengan pemecahan pangkalan data terlindung melalui pencerobohan dengan menggunakan kunci pengekodan yang terbongkar?

Jika ya, kes yang dikemukakan itu seolah-olah merupakan kes pecah rumah dan bukannya kes yang dimaksudkan di atas. Anda telah memberikan kes yang berketerlaluan dan tidak relevan. Bolehkah anda mengemukakan kes biasa seperti penggunaan bahan rencana yang dipaparkan di internet (bukan yang terlindung dalam pangkalan data), dengan kepentingan pemilik tidak terjejas dan penghargaan yang wajar diberikan, akan tetapi kebenaran tidak dipohon. Dan apakah hukuman yang akan dikenakan jika kebenaran untuk penggunaan tersebut kemudian ditolak? — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:41, 3 Oktober 2007 (UTC)

Syarikat Pemunggahan Rencana, kes itu sudah cukup sesuai untuk dijadikan contoh. AACS membuat tuntutan bahawa kod yang dibongkar itu adalah hak cipta, justeru tidak boleh disiarkan tanpa kebenaran mereka.
"Penyiaran karya yang tidak menjejaskan kepentingan pemilik" seperti yang anda katakan itu dikenali sebagai fair use dan dibolehkan walaupun tanpa kebenaran si pemilik. Walau bagaiamanapun, fair use adalah amat terhad. Maklumat lanjut boleh didapati di en:Wikipedia:Non-free_content. Saya bukanlah pakar undang-undang, tetapi saya bersuara berdasarkan pengetahuan yang saya ada. Semua orang pasti menentang kemasukan bahan-bahan hak cipta di sini. ~ Aviator 18:14, 3 Oktober 2007 (UTC)

Sebenarnya, perbincangan kita telah menyimpang. Saya sebenarnya menuju kepada kenyataan anda, iaitu:

Takut tak pasal-pasal kena cease and desist atau saman copyright infringement lepas ni. Tak seperti orang Timur, orang Barat bila nak saman orang, semua perkara dia boleh saman, tanpa rasa belas kasihan.

Walaupun kes AACS merupakan pembongkaran kod dan pencurian bahan dalam pangkalan data terkunci yang merupakan suatu jenayah komputer yang berat, tiada sebarang tindakan cease and desist atau saman copyright infringement diambil. Itulah yang hendak saya tarik perhatian anda.

Anda juga berkata:

"Penyiaran karya yang tidak menjejaskan kepentingan pemilik" seperti yang anda katakan itu dikenali sebagai fair use dan dibolehkan walaupun tanpa kebenaran si pemilik.

Maka kita kembali ke isu yang memulakan perbincangan ini, iaitu adakah penyalinan dokumen yang ditulis oleh Imran William Smith merupakan fair use, mengikut pendapat anda? Bagi saya, ia bukan, tetapi saya rasa William Smith tidak akan mengambil kisah atau mengambil tindakan cease and desist atau saman copyright infringement. — Syarikat Pemunggahan Rencana 20:20, 3 Oktober 2007 (UTC)

Sambungan

Sebenarnya, memang AACS mengambil tindakan cease and desist terhadap semua laman web yang menyiarkan kod tersebut.

Saya tak tahu bahawa mengambil dokumen tersebut dikenali sebagai fair use atau tidak. Setakat memasukkan pautan mungkin dikira sebagai fair use. Petikan pendek (quote) mungkin dikira sebagai fair use. Kita tidak seharusnya memikirkan bahawa sama ada Imran William Smith mahu menyaman kita atau tidak. Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GFDL.
OK, mungkin kes AACS ini terlalu kontroversi. Ambil kes lain pula: SCO menyaman Linux dan mendakwa bahawa kod sumbernya dicuri daripada mereka. Lihat en:SCO-Linux_controversies. Linux ialah sebuah sistem pengendalian bebas dan sumber terbuka yang hanya membenarkan kandungan GPL dalam kod sumbernya. ~ Aviator 11:34, 4 Oktober 2007 (UTC)

Ya, itu kesilapan saya. Tindakan AACS ialah tindakan cease and desist (saya salah anggap bahawa "cease and desist" ialah istilah yang digunakan hanya apabila ia diperintah oleh mahkamah). Tetapi apabila rencana-rencana yang terlibat dikeluarkan, tiada tindakan lain yang dikenakan. Itulah yang saya hendak menegaskan. Tapak web yang bersalah tidak ditutup, denda tidak perlu dibayar, para pengurus tidak payah masuk penjara.

Anda berkata: "Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GDFL." Benar cakap anda! Itulah sebabnya di halaman muat naik pintar, adanya banyak pilihan selain daripada GDFL, hehehe.

Kes SCO adalah mengenai kod sumber syarikat yang merupakan rahsia perdagangan (bukannya kod sumber terbuka). Oleh itu, kepentingan syarikat jelas terjejas. Entah mengapa anda suka memilih bahan-bahan yang rahsia atau terkunci, dan bukannya yang dipaparkan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:26, 4 Oktober 2007 (UTC)

Mungkin anda tidak meneliti betul-betul kes ini. Kod Unix SCO, walaupun bukan sumber terbuka, boleh dilihat melalui perjanjian yang dibuat bersama IBM. SCO menyaman Linux kerana menggunakan kod hak cipta yang disumbangkan oleh IBM, bukan kerana syarikatnya terjejas atau merosot. Apapun, tidak kira rahsia atau tidak, atau disaman atau tidak, karya hak cipta yang tidak GFDL-compatible masih tidak boleh dimasukkan di sini. Laman muat naik pintar pun tidak membenarkan imej atau media hak cipta kecuali fair use.
Syarikat Pemunggahan Rencana, e-mel daripada Imran Smith sudah mempunya tempatnya yang berhak di situ. Ia takkan pergi ke mana-mana. Biarlah Wikipedia sekadar merujuk kepadanya dengan menggunakan pautan dan tag <ref>. Wikipedia adalah ensiklopedia, bukan tempat menyimpan dokumen sejarah. Sila baca Wikipedia is not a mirror or a repository of links, images, or media files. ~ Aviator 15:12, 4 Oktober 2007 (UTC)

Jika saya tidak terbaca salah, perjanjian SCO dengan IBM tidak memberikan hak kepada IBM untuk mengedarkan kod itu kepada pihak lain. Sila fikir sebentar. Jika perjanjian SCO membenarkan perbuatan itu, tak kan ia akan mengambil tindakan mahkamah dan tak kan mahkamah akan mendengar kes itu. Sebelum kes diadakan di mana-mana mahkamah, suatu kes prima facie harus diasaskan lebih dahulu demi mengelakkan pembelanjaan masa dan wang negara yang sia-sia.

Anda berkata; Kita seharusnya mengikuti segala polisi Wikipedia dan memastikan bahawa semua kandungannya adalah GFDL. Tetapi kemudiannya, anda pula berkata: Laman muat naik pintar pun tidak membenarkan imej atau media hak cipta kecuali fair use.

Okaylaaa... semua kandungan adalah GFDL tetapi sekarang termasuk fair use. Bagaimana pula dengan:

  • Attribution Sharealike 2.5
  • Attribution 2.5
  • Karya agensi kerajaan Amerika Syarikat.

Mungkin anda kini hendak tambahkan lagi satu perkataan, iaitu "serasi" di hadapan perkataan GFDL, hehehe. Walau bagaimanapun, let's agree to disagree. Saya rasa perbincangan ini tidak akan ke mana-mana.

(P/S: Jika pada awal-awalnya, anda ceritakan tentang polisi Wikipedia, tidak perlulah kita memanjangkan perbincangan ini. Akan tetapi anda menuju kepada persoalan saman dan sebagainya. Itulah tumpuan perbincangan saya, bukannya polisi Wikipedia. Bagi saya, Jimmy Wales pernah mengatakan, Sudut pandangan berkecuali merupakan suatu prinsip yang mutlak yang tidak boleh dirundingkan, dan kemudiannya menyunting rencana biografi tentang dirinya dalam Wikipedia. Kan melimpah dengan ironi? (Tetapi memang betul beliau tidak mengatakan bahawa polisi itu tidak boleh dilanggar, cuma beliau menegaskan bahawa ia tak boleh dirundingkan, hehehe.) Mungkin polisi itu ibarat doktor keperibahasaan© yang berkata, "Do what I say, don't do what I do", hehehe) — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:05, 4 Oktober 2007 (UTC)

Kan saya ada juga sebut GFDL-compatible sebelum ini? Apa yang saya maksudkan dengan GFDL sahaja ialah kandungan itu sendiri mestilah GFDL, dan apa yang saya maksudkan dengan GFDL-compatible (serasi GFDL) ialah semua karya yang dibawa masuk tak semestinya GFDL, tetapi boleh jadi Creative Commons, domain awam, fair use atau sebagainya yang serasi dengan GFDL. But in the end it will all come down to GFDL.
"Jika perjanjian SCO membenarkan perbuatan itu, tak kan ia akan mengambil tindakan mahkamah dan tak kan mahkamah akan mendengar kes itu." Kalau macam itu, kenapa SCO tidak menyaman IBM sahaja? Kalau mereka membenarkan orang lain melihat kod sumbernya sekalipun (boleh lihat tak semestinya boleh salin), mereka tetap akan menyaman pihak Linux kerana memasukkan kod hak cipta.
Di manakah perbincangan kita, sebenarnya? Kalau kita bertelagah tentang adakah Imram Smith atau orang lain akan menyaman kita kerana perbuatan tersebut, saya kata "probably, though unlikely". Kalau kita bertelagah tentang haruskah kita memasukkan karya hak cipta orang lain ke dalam Wikipedia, saya kata "tidak boleh".
Sudahlah. Saya pun dah tak larat nak memanjangkan lagi perbincangan ini ;). Shall we stop now? memang ironi bertaburan di merata-rata, akan tetapi suntinglah Wikipedia berdasarkan pertimbangan, ya. ~ Aviator 22:01, 4 Oktober 2007 (UTC)

Portal:Singapura

Portal:Singapura - bolehkah anda memperbaikikan Portal Singapura? Terima kasih. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh BukanTeamBiasa

Untuk maklumat sahaja

Daripada halaman imej Wikpedia bahasa Inggeris. Penjelasan adalah jelas pada dirinya:

NotGFDL.jpg

Orang punya logo boleh pakai di bawah fair use.... tetapi sendiri punya, ahem..... — Syarikat Pemunggahan Rencana 22:33, 4 Oktober 2007 (UTC)

Tiada sebut tak boleh pakai di bawah kegunaan adil pun :) ...Aurora... 14:25, 5 Oktober 2007 (UTC)
Sesiapa saja tidak membenarkan logonya digunakan oleh orang lain. ~ Aviator 14:44, 5 Oktober 2007 (UTC)

Apakah maksudnya, "Use of the Wikimedia logo... requires permission"? Apakah kegunaan logo orang lain yang sah, selain daripada untuk menulis rencana tentang syarikat yang berkaitan? Tak kan ada orang yang hendak menggunakan logo itu sebagai logo sendiri. Jika ada pun, tak kan ada mana-mana pemilik logo di dunia ini yang akan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, peraturan itu tidak akan berjaya dikuatkuasakan kerana ia melanggar undang-undang hak cipta tentang kegunaan adil. Bagi saya, penetapan peraturan itu hanya berjaya membayangkan sikap yang tidak begitu adil, dengan bebolanya berat sebelah, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:52, 5 Oktober 2007 (UTC)

SPR, semua pemilik hak cipta (tak kira yang tidak berlesen atau yang berlesen seperti GNU GPL, GFDL, Creative Commons, MIT dan sebagainya) berhak menentukan batasan (restriction) terhadap penggunaan karya yang dihasilkan. Cuma batasan ini berbeza-beza. Karya hak cipta secara automatik akan tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang hak cipta negara asal. Dalam kes di atas, Wikimedia hanya melakukan perkara yang patut dilakukan oleh mana-mana yayasan atau syarikat: iaitu melarang penggunaan logonya tanpa kebenaran. Ini adalah untuk melindungi kepentingan Wikimedia. Berkenaan fair use, ia tidak perlu dinyatakan dalam gambar di atas, kerana ia sudah pun diperuntukkan sebagai pengecualian dalam undang-undang Amerika Syarikat (negara asal logo tersebut). Fair use tetap boleh digunakan sama ada si pemilik hak cipta membenarkannya atau tidak, kerana ia tidak berada di bawah kuasa pemilik hak cipta, tetapi kuasa legislatif Amerika Syarikat. Tiada yang berat sebelah dalam gambar di atas. ~ Aviator 23:09, 5 Oktober 2007 (UTC)

Hi Aviator, adakah itu tafsiran anda atau anda mendapat maklumat rujukan yang lebih lanjut daripada maklumat yang tercatat dalam teg itu? Sila baca dengan teliti. "Notwithstanding any other statements, this image has not been licensed under GDFL. Use of the Wikipedia logo... requires permission".... bukannya, "Use of the Wikipedia logo.. requires permission, except as permitted under relevant copyright laws."

Anda mungkin akan berkata, "Kan itu telah pasti?" Sebenarnya dalam kenyataan seumpama ini, ia tidak. Oleh itu, ia harus dinyatakan secara tersurat (bukannya tersirat) supaya tidak mengelabui sesiapa. Pernahkan anda melihat bagaimana para peguam mendraf ayat? Tiada sebarang yang ditinggalkan. Semua ditulis agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 23:57, 5 Oktober 2007 (UTC)

Tidak perlu diberitahu secara tersurat. Apabila Wikimedia memberitahu bahawa logo tersebut adalah copyright, maka secara automatik ia terletak di bawah United States copyright law, dan secara automatik fair use dibenarkan. Penetapan fair use adalah di luar bidang kuasa Wikimedia. Maka siapa-siapa yang menggunakan logo Wikimedia atas alasan fair use akan dibela menurut undang-undang Amerika Syarikat. ~ Aviator 01:10, 6 Oktober 2007 (UTC)

Hi Aviator, saya berasa perbincangan ini akan berpanjangan. Mari saya pindah ke halaman perbualan anda. — Syarikat Pemunggahan Rencana 01:31, 6 Oktober 2007 (UTC)


Saya telah memeriksa kenyataan Aviator dan mendapati bahawa logo Mediawiki boleh digunakan tanpa kebenaran atas kegunaan adil. Maklumat itu tersembunyi dalam halaman Commons:Reusing content outside Wikimedia di tapak web Wikimedia Commons:

Wikimedia Foundation Logos

The Wikimedia Foundation logo and logos for particular projects (such as Wikipedia and Commons) are trademarks of and copyrighted by the Wikimedia Foundation. They are not generally available for other uses, though reuse in press or media about Wikimedia projects is explicitly permitted. Local "fair use" or "fair dealing" laws (e.g. for academic or critical purposes) may also apply in your jurisdiction. For all other uses, please contact the Foundation.

Mengapa saya menggunakan perkataan "tersembunyi"? Carian daripada Google tidak mengembalikan sebarang hasil walaupun saya menulis Wikimedia logo fair use dan carian daripada tapak web Wikimedia Foundation, pautan yang diberikan dalam teg hak cipta, juga tidak berhasil. Walaupun saya menjumpainya, untuk menjumpainya semula, saya tadi menghabiskan banyak masa kerana lupa bookmark halaman itu. Maka hanya orang yang tahu akan hak mereka akan berani menggunakan logo ini manakala yang tidak pasti perlu memohon kebenaran, mengikut kenyataan tersurat dalam teg hak cipta di atas. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:31, 7 Oktober 2007 (UTC)

Templat:Infobox Aircraft

Sesiapa boleh bantu membina Templat:Infobox Aircraft . Yosri 10:08, 5 Oktober 2007 (UTC)

Kan dah disediakan boleh Pejuang bahasa? Saya tidak dapat mengesan sebarang masalah tentang templat itu. Jika ada, saya boleh membantu, iaitu jika taraf penguasaan teknik(al) saya mencukupi. — Syarikat Pemunggahan Rencana 20:09, 5 Oktober 2007 (UTC)


Pengautomatikan ucapan selamat datang kepada pengguna baru

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Nad, penasihat utama di MediaWiki Support Desk, semalam telah mencipta sebuah atur cara penggunaan untuk mengautomatikkan ucapan selamat datang kepada para pengguna baru. Sila rujuki halaman Extension:NewUserMessage. Atur cara ini boleh dipasang dengan mudah dan bukan sahaja akan menjimatkan banyak masa tetapi juga tepat pada masanya untuk Wikipedia bahasa Melayu yang mendapat banyak pendaftaran pengguna baru. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:45, 15 Oktober 2007 (UTC)

Tag Spoiler

Tag "Spoiler" seperti berikut


telah diubah beberapa kali. Apakah pendapat semua? Saya rasa lebih baik jika tulisannya ditonjolkan dengan lebih lagi.pmc 15:27, 16 Oktober 2007 (UTC)

Sebenarnya saya mengubah templat itu supaya sama dengan templat dalam wiki bahasa inggeris, (en:Template:Spoiler). Saya rasa tag ini sudah cukup menonjolkan, dan tidak perlu mengubah warna perkataan. -Yk Yk Yk 15:48, 16 Oktober 2007 (UTC)

Jika begitu, perlukah templat


diubah juga? Macam tidak kena saja - pmc 13:09, 22 Oktober 2007 (UTC)

Dah saya ubah suai. ...Aurora... 13:23, 22 Oktober 2007 (UTC)

Terima kasih, Aurora. - pmc 02:40, 23 Oktober 2007 (UTC)

Kotak Pengguna

Kotak Pengguna merupakan satu yang menarik, macam mana nak buat kotak pengguna. Selamat Raya... Maaf Zahir Batin... Kulim 08:06, 25 Oktober 2007 (UTC)

Checkuser

Nampaknya kita sudah perlukan checkuser. Ini membenarkan kita mengenal pasti pengguna yang tidak beradap untuk tindakan selanjutnya. Yosri 11:07, 26 Oktober 2007 (UTC)

Masalahnya, seseorg Pemeriksa (dah tukar Melayu ni!) perlukan banyak sokongan, dan mesti 18 thn ke atas, kerana tugas Pemeriksa melibatkan hal-ehwal undang-undang. Seseorg Pemeriksa mesti pergi ke pejabat Yayasan Wikimedia utk membuktikan bahawa sendiri cukup umur. Tengoklah, begitu menyusahkan. Jadi? Apa kata Yosri anda jadi Pemeriksa? Ada duit terbang ke Amerika Syarikat tak? Tau mcm mana pergi ke pejabat tu? --Edmund The King of The Woods! 11:10, 26 Oktober 2007 (UTC)

Kepada pengguna berdaftar yang layak (banyak suntingan > 6 month), sila memohon sebagai penyelia agar dapat menangani pesalah laku yang semakin meningkat. Yosri 13:46, 26 Oktober 2007 (UTC)

Saya sokong dengan cadangan anda, saudara Yosri. Memandangkan terlalu ramai spesis pelaku musnah/vandal di Wikipedia ini, seeloknya ditangani oleh pihak pemeriksa. Walau bagaimanapun, mungkin ada sesetengah pihak yang bertindak tegas untuk tidak menjadi penyelia kerana gentar akan cabaran2 terhadap pelaku vandal ini yang bakal dihadapi, namun pada hakikatnya mereka sebenarnya ingin menyumbang. Memang betul, syarat menjadi checkuser amatlah ketat sekali kerana perlu memegang amanah dan mempunyai hubungkait dengan privasi nombor ip pengguna. Tetapi, jika ada pengguna yang ingin membantu dan mempunyai sokongan ramai pengguna yang berpadu-padu. Mungkin tidak menjadi masalah. Dengan syarat, pengguna itu perlu dilantik sebagai penyelia terlebih dahulu. hehehe -— Didie 15:11, 26 Oktober 2007 (UTC)

Seorang kandidat checkuser perlu memiliki sokongan dari minimal 25 -30 pengguna lainnya sebelum ia bisa diangkat. Dan tampaknya tidak perlu menjadi penyelia dahulu. Lalu minimal harus dua orang yang diangkat menjadi checkuser. Seperti di Wikipedia Indonesia kurang lebih 1,5 tahun yg lalu. Saya, Hayabusa future dan borgx akhirnya diangkat sekaligus. Dan tentu tak perlu terbang ke Amerika Syarikat lah :-) Untuk membuktikan sudah cukup umur cukup kirimkan salinan kartu identiti. Hal ini juga sudah saya lakukan. Meursault2004 16:52, 26 Oktober 2007 (UTC)

Kena jadi penyelia dulu baru boleh jadi Pemeriksa. Kan Meta-Wiki ada kata perlu pergi ke pejabat utk membuktikan identiti sendiri? Kalau hanya perlu hantar salinan identiti, apa kalau seseorg kanak-kanak hantar identiti bapa sendiri? Kita masih belum tiba masa dptkan Pemeriksa lagi, komuniti kita terlalu kecil... --Edmund The King of The Woods! 10:21, 27 Oktober 2007 (UTC)

Siapa bilang harus pergi ke pejabat? Lalu ke pejabat mana? Kalau itu kartu milik bapak atau orang lain ya sudah risiko :-) Coba baca laman ini meta:CheckUser_policy. Kalau tidak mulailah sahaja. Nanti kita lihat apakah bisa mencapai jumlah 25 - 30 pengguna. Saya kira bisa. Lihat laman ini: http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm pada bagian 49 recently active wikipedians, excl. bots, ordered by number of contributions. Meursault2004 22:42, 27 Oktober 2007 (UTC)

Glosari

Saya mencadangkan supaya laman glosari diperbanyakkan. Tujuannya supaya pembaca boleh mengetahui istilah-istilah yang kabur serta terjemahannya, khususnya berkenaan dengan bidang-bidang sains. Saya sudah menulis glosari contoh: glosari pengaturcaraan.

Hehe, sebenarnya, saya mahu saudara Polar menulis glosari umum untuk Harry Potter, boleh kan? Seronok juga kalau dapat baca rencana mengenai Harry Potter dalam bahasa Melayu, malangnya saya terbiasa dalam bahasa Inggeris. —Aviator, 09:51, 27 Oktober 2007 (UTC)

Dengan izin Tuhan, saya akan melakukannya selepas pertengahan bulan November kerana kini masa saya yang balik sibuk setiap tahun. Biasalah, baru lepas raya, banyak kena kejar. Kalau anda mahu saya buat, harap bersabar ya. :) Polar 15:46, 27 Oktober 2007 (UTC)

Tolong mencegah vandalisme

Sekarang, Wikipedia mengalami vandalism dari spam dan bot. Saya nak tolong kamu mencegah laku musnah hari ini. Bryan See 12:50, 27 Oktober 2007 (UTC)

Inilah penyangaknya: Pengguna:Matilahmalingsiaa! Seorang pengguna berdaftar. Tolonglah ambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tak bertanggungjawab ini yang mungkin mensia-siakan usaha hasil titik peluh pengguna-pengguna lain yang berpemikiran waras!Fanatix 13:05, 27 Oktober 2007 (UTC)

Kami tak boleh buat apa-apa, cuma boleh sekat saja apabila dia merosakkan laman-laman. Kami hanya boleh minta di Meta-Wiki supaya mereka hantar seorg Pelayan utk memeriksa alamat IP. --Edmund The King of The Woods! 15:36, 27 Oktober 2007 (UTC)

Serangan ini dijangka akan berterusan buat beberapa bulan (mungkin lebih lama). Masalah penyeliaan ialah kebanyakan penyelia muncul dan hilang pada waktu yang sama menyukarkan penyeliaan terhadap vandalisme dilakukan. Perkara ini disebabkan penyelia kita berada di rantau waktu yang sama (iaitu waktu makan dan tidur tidak jauh beza yang menyebabkan wiki ini, betapa ramai sekali pun penyelia, kebanyakannya akan keluar pada waktu yang lebih kurang). Perkara ini menyukarkan cuma berharap setiap pengguna yang sayangkan Wikipedia Bahasa Melayu untuk sama-sama mempertahankan wiki ini dari sebarang anasir kerana setiap dari anda berkuasa untuk membatalkan suntingan vandalisme. Harap kerjasama dan keprihatinan anda dapat dihulurkan demi kepentingan bahasa kita yang tidak bersalah ini. Harap dapat membantu. :( Polar 15:43, 27 Oktober 2007 (UTC)

Tadi saya pergi ke Wikipedia Bahasa Indonesia utk berterima kasih kpd mereka yg menghulurkan bantuan dan mengambil berat terhadap kita dgn kasih sayang serumpun mereka. --Edmund The King of The Woods! 15:54, 27 Oktober 2007 (UTC)

Saya sedang menetap di Mesir, kalau anda mahukan rantau waktu yang berbeza :). Tapi tak tahulah kalau saya boleh jalankan tugas sepenuh masa. Bot antivandalisme saya pun tak pernah siap. —Aviator, 15:56, 27 Oktober 2007 (UTC)

Memang saya menanti-nantikan masa utk anda menjadi penyelia. Tapi saya rasa anda tak perlu kerja sini sepenuh masa, cuma anda dpt bertugas apabila kami tiada di sini, cukuplah! --Edmund The King of The Woods! 16:00, 27 Oktober 2007 (UTC)
Sebenarnya, tidak kisah tentang rantau masa pun. :) Yang penting, sekiranya kita nampak sebarang kerosakan, tak kira masa anda berada di sini, kita sama-sama membetulkannya. Amar ma'ruf wa nahi munkar... Kelihatan kebanyakan penyelia tak habis beraya atau ada yang terus menyepi... Hehehe. Tak mengapa. Penyelia hanya pada nama. Semua pengguna berhak menyelia dan membatalkan vandalisme. Saya sebagai wakil penyelia memberi kuasa kepada semua pengguna untuk bersama-sama membanteras vandalisme yang bertalu-talu ini. Semoga kita berjaya dan dilindungi-Nya. Polar 16:02, 27 Oktober 2007 (UTC)

Letih buat saya tadi... Polar letih tak? --Edmund The King of The Woods! 16:04, 27 Oktober 2007 (UTC)

Saya rasa rantau masa memang masalah, sebab kalau kita nampak vandalisme banyak-banyak, letih utk membaikinya... --Edmund The King of The Woods! 16:05, 27 Oktober 2007 (UTC)

Di sini saya ingin tunjuk sesuatu kpd anda semua, iaitu ini. Ehsan Mimihitam di Wikipedia Bahasa Indonesia. --Edmund The King of The Woods! 18:42, 27 Oktober 2007 (UTC)

Baru-baru ini saya menerima pesanan di Wikipedia Bahasa Indonesia tentang vandalisme di sini. Anda semua dialu-alukan utk membaca pesanan di sana. --Edmund The King of The Woods! 17:02, 28 Oktober 2007 (UTC)

Vandalisme adalah asam garam bagi wiki. Bersabarlah. Perbuatan tersebut membuktikan dia (si perosak) adalah pengecut.
Saya tak rasa yang vandalisme tersebut berasal dari bot. Membuat bot memerlukan sedikit kemahiran, dia tak akan bersusah payah belajar membuat bot semata-mata mahu melakukan vandalisme di sini. Kemusnahan bot lebih banyak, mungkin berpuluh-puluh rencana dalam satu minit, dan tidak akan berhenti sehinggalah disekat. —Aviator, 21:23, 28 Oktober 2007 (UTC)

Saya percaya ada org ingin cipta robot semata-mata utk melakukan vandalisme. Takkan anda tak tau tentang vandalbot? Saya tau Walter Humala di Wikipedia Bahasa Inggeris pernah disekat kekal kerana dia mengakui sendiri pencipta vandalbot. Dan saya tak setuju bahawa robot akan terus melakukan musnah sampai disekat. Kan ada robot yg meninggal? Seperti AntiVandalBot di Wikipedia Bahasa Inggeris. --Edmund The King of The Woods! 09:32, 29 Oktober 2007 (UTC)

Meninggal? Robot mana ada nyawa, hehe. Sebenarnya, "bot" hanyalah atur cara komputer, bukan berbentuk mekanikal atau bionik. Terdapat dua cara untuk menghentikannya: dari komputer yang menghoskan bot tersebut (atas budi bicara tuannya), atau dari tapak web yang diserang (tanggungjawab pentadbir/penyelia). AVB bukannya meninggal, cuma diberhentikan oleh tuannya atas sebab-sebab tertentu. Bot boleh melakukan kerjanya dari siang hingga malam secara tanpa henti dan pantas. Inilah ciri yang paling penting.
Sama juga seperti "virus komputer". Virus komputer sebenarnya bukanlah virus biologi yang menyebabkan AIDS dan sebagainya, ia hanyalah atur cara. Begitu juga dengan trojan, cecacing...you get the idea.—Aviator, 11:42, 29 Oktober 2007 (UTC)

Tentulah saya tau! Saya cuma tak suka perkataan "bot" dibawa masuk ke dlm Bahasa Melayu saja. --Edmund The King of The Woods! 13:19, 29 Oktober 2007 (UTC)

status dan cara untuk menggunakan tanah rezab kerajaan

Saya ingin mengajukan beberapa soalan 1. Bolehkah tanah rezab kerajaan digunakan untuk pertanian? 2.Sekiranya boleh digunakan bagaimana proses permohonan?

Boleh. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 85, Fasal 4:
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini, tanah di sesuatu Negeri yang dirizabkan bagi maksud persekutuan tidaklah terhenti daripada dirizabkan sedemikian, dan segala tanah yang dirizabkan sedemikian hendaklah dikawal dan diuruskan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Persekutuan boleh memberikan apa-apa hak menduduki, mengawal atau menguruskan, atau suatu penyewaan atau pajakan, keseluruhan atau mana-mana bahagian tanah itu, kepada mana-mana orang—
  • bagi orang itu menggunakan tanah itu untuk apa-apa jangka masa bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, atau bagi apa-apa maksud yang berdampingan atau bersampingan dengannya; atau
  • jika Kerajaan Persekutuan tidak dapat kerana apa-apa sebab menggunakan tanah buat sementara bagi maksud persekutuan yang baginya tanah itu dirizabkan, bagi orang itu menggunakan tanah itu bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan, untuk apa-apa jangka masa dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Aviator, 04:36, 31 Oktober 2007 (UTC)

Anda perlu berhubung dengan Pejabat Tanah Negeri berhampiran dan memohon TOL - Temporary Occupation Licence. Lihat:-

Yosri 05:02, 31 Oktober 2007 (UTC)

Memerlukan pertolongan

Teman-teman Wikipedia ms: yang budiman, kami memerlukan pertolongan anda untuk pilihan raya oversight di Wikipedia bahasa Indonesia. Jadi sesiapa yang memiliki akun di Wikipedia id: dan telah memiliki lebih dari 30 suntingan kami harapkan bantuannya. Sila memilih di halaman-halaman berikut: Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/Meursault2004 untuk oversight 31 Oktober 2007 dan Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/Hayabusa future untuk oversight 31 Oktober 2007. Terima kasih sebelumnya. Meursault2004 23:39, 31 Oktober 2007 (UTC)