George W. Bush

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
George Walker Bush
George-W-Bush.jpeg

Tempoh jawatan
20 Januari 2001 – 20 Januari 2009
Naib Presiden Dick Cheney
Didahului oleh Bill Clinton
Diganti oleh Barack Obama

Gabenor Texas ke-46
Tempoh jawatan
January 17 1995 – December 21 2000
Leftenan Bob Bullock (1995–1999)
Rick Perry (1999–2000)
Didahului oleh Ann Richards
Diganti oleh Rick Perry

Lahir (1946-07-06) 6 Julai 1946 (umur 70)
New Haven, Connecticut
Parti politik Parti Republikan
Pasangan Laura Bush
Kediaman Crawford, Texas
Alma mater Yale University
Harvard Business School
Pekerjaan Peniaga
Agama Gereja Methodist Bersatu [1][2]
Tandatangan

George Walker Bush (lahir 6 Julai 1946) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-43 dari tahun 2001 sehingga tamat pada 20 Januari 2009.

Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida terkini, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).

Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat yang lebih muda dari Massachusetts.

Selepas meninggalkan pejabat Presiden, Bush kembali ke Texas. Beliau kini seorang pemotong rumput.

Kepimpinan selaku presiden[sunting | sunting sumber]

Dasar ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sewaktu menghadapi tentangan dari Kongres, Bush mengadakan mesyuarat awam begayakan dewan perbandaran di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2001 untuk menggalakkan sokongan orang awam kepada rancangan beliau untuk rancangan potongan cukai berjumlah $1.35 trilion—salah satu potongan cukai terbesar dalam sejarah A.S. Bush dan penasihat-penasihat ekonomi beliau mengemukakan alasan bahawa dana kerajaan yang belum dibelanja wajar dikembalikan kepada pembayar cukai. Apabila timbulnya laporan mengenai ancaman kemelesetan dari Pengerusi Rizab Persekutuan Alan Greenspan, Bush menjelaskan bahawa potongan cukai sedemikian bakal merangsang ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.[3] Pihak-pihak lain termasuk Setiausaha Perbendaharaan pada masa itu Paul O'Neill, juga membangkang sesetengah potongan cukai atas alasan bahawa ini akan menyumbang kepada kurangan belanjawan dan melemahkan Keselamatan Sosial.[4]

Di bawah pentadbiran Bush, KDNK sebenar telah meningkat pada kadar tahunan purara sebanyak 2.5%.[5] The Dow Jones Industrial Average has grown by about 30% since January 2001.[6] Unemployment rose from 4.2% in January 2001 to 6.3% in June 2003, dropping to its current rate of 4.5%.[7] Kurangan dalam belanjawan tahun 2006 ialah $434 bilion, berbanding lebihan $86 bilion pada tahun 2000.[8] Pendapatan rumahtangga median selepas pelarasan inflasi agak lembap manakala kadar kemiskinan negara makin meningkat.[9] Menjelang 23 Ogos 2007, hutang negara secara rasminya naik ke $8.98 trilion; iaitu naik $3.25 trilion sejak Bush menjadi Presiden.[10]

Sesetengah pihak berpendapat bahawa ekonomi hanya memberi faedah kepada golongan kaya, dan bukan majoriti warga yang berpendapatan sederhana atau rendah,[11][12][13] manakala ada yang lain menafikannya sama sekali.[14][15] Lebih-lebih lagi, ada yang lain yang menyatakan bahawa taraf hidup telah meningkat dalam semua peringkat lapisan sosio-ekonomi dengan kebanyakan pertambahan pendapatan mencapai 1% yang teratas,[16] yang penerimaan pendapatannya naik mendadak.[17]

Pendidikan dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Akta Tiada Anak Yang Ketinggalan (No Child Left Behind Act) yangbertujuan mengukur dan menutup jurang antara prestasi pelajar kaya dan miskin, menawarkan pilihan kepada ibu bapa kepada pelajar di sekolah berprestasi rendah, dan menyasarkan lebih pembiayaan persekutuan kepada sekolah berpendapatan rendah. Pembangkang berpendapat bahawa Bush tidak cukup membiayai rancangan sendiri beliau, dan Senator Parti Demokratik Ted Kennedy mendakwa: "Apa yang tragisnya ialah bahawa pembaharuan yang agak lewat ini sudah pun siap diatur, tetapi bukan pembiayaannya."[18] Ramai pakar pendidikan turut meragui pembaharuan ini, atas sebab bahawa tumpuan Akta ini kepada "ujian taruhan tinggi" dan keputusan kuantitatif akan memburukkan keadaan.[19][20] Bush menambah pembiayaan untuk Yayasan Sains Negara (National Science Foundation) dan Institut-institut Kesihatan Negara (National Institutes of Health) pada tahun-tahun terawal beliau selaku Presiden, serta melancarkan rancangan pendidikan untuk mengukuhkan asas sains dan matematik untuk pelajar sekolah tinggi A.S. Bagaimanapun, pembiayaan untuk NIH gagal mengejar inflasi pada tahun 2004 dan 2005, dan akhirnya dipotong pada tahun 2006, iaitu julung kali potongan sedemikian berlaku setelah 36 tahun.[21]

Khidmat sosial dan Keselamatan Sosial[sunting | sunting sumber]

Bush menggalakkan peningkatan dalam pembatalan kawal selia dan opsyen pelaburan dalam khidmat sosial, menerajui usaha Parti Republican untuk meluluskan Akta Medicare 2003 yang menambah liputan ubat preskripsi pada Medicare dan mewujudkan Akaun Simpanan Kesihatan yang membolehkan orang ramai untuk memperuntukkan sebahagian cukai Medicare mereka untuk membentuk satu "telur sarang". Kumpulan pelobi pesara AARP dan memberi dukungan dan bekerjasama dengan pentadbiran Bush bagi rancangan ini. Bush menyatakan bahawa undang-undang yang dianggarkan menelan belanja $400 bilion selama 10 tahun pertama ini akan memberikan kepada para warga tua "pilihan yang lebih baik dan lebih kawalan terhadap penjagaan kesihatan mereka".[22] Bush memulakan penggal kedua beliau dengan menggariskan satu inisiatif penting untuk memperbaharui Keselamatan Sosial yang menghadapi unjuran defisit terbesar sejak tahun 2005. Bush menjadikannya pusat agenda beliau meskipun kefahaman bertentangan dalam media dan dalam Kongres yang mendapati rancangan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh disentuh, kerana orang awam A.S. menjadi sangsi akan apa-apa cubaan untuk mengubahnya. Program ini juga dipercayai ramai sebagai di bawah bidang kuasa Parti Demokratik, yang mana pihak Republican dahulunya pernah didakwa cuba membubarkan atau menswastakannya. dalam ucapan Negeri Kesatuan 2005 beliau, Bush membincangkan dakwaan bahawa rancangan itu bakal muflis dan mengutuk kemalasan politik terhadap pembaharuan. Beliau mencadangkan pilihan-pilihan untuk membenarkan rakyat A.S. untuk memindahkan sebahagian cukai Keselamatan Sosial (FICA) mereka ke dalam pelaburan yang terjamin, lalu mewujudkan satu "telur sarang" yang dikatakan beliau akan menikmati peningkatan yang stabil. Meskipun pelindung ditekan dan ruang kepada rancangan lain masih terbuka, cadangan Bush dikritik kerana kosnya yang tinggi, dan pihak Demokrat mengutuknya sebagai satu usaha untuk menswastakan sistem berkenaan secara separa, serta masih mendedahkan rakyat A.S. kepada kerenah pasaran. Bush memulakan lawatan seluruh negara selama 60 hari bagi berkempen kuat-kuat untuk inisiatif beliau dalam acara media ("Conversation on Social Security") dalam satu cubaan meraih sokongan daripada orang ramai yang agak kurang berjaya.[23] Meskipun Bush mengadakan kempen bertenga untuk melariskan rancangan pembaharuan Keselamatan Sosial, menjelang Mei 2005 sokongan orang ramai terhadap cadangan Bush jatuh mendadak [24] dan kepimpinan Parti Republican di Kongres memutuskan untuk tidak meletakkan pembaharuan Keselamatan Sosial dalam senarai keutamaan bagi saki-baki agenda perundangan mereka pada tahun 2005.[25] Prospek perundangan cadangan itu dikurangkan lagi oleh kesan sampingan politik susulan Taufan Katrina pada musim luruh tahun 2005.[26] Menjelang pilihanraya Kongres 2006, kepimpinan Republican di Congress mengetepikan isu pembaharuan Keselamatan Sosial yang dihangatkan emosi. tiada tindakan perundangan yang penting telah diambil terhadap isu ini pada tahun 2006. Setelah parti Demokrat mengamil alih kuasa kedua-dua Dewan Kongres sebagai keputusan pilihanraya pertengahan penggal 2006, kemungkinan tindakan Kongres selanjutnya terhadap cadangan Bush itu kelihatan sudah pudar sepenuhnya untuk saki-baki penggal beliau selaku Presiden.

Dasar alam sekitar dan pemanasan global[sunting | sunting sumber]

Sewaktu menduduki jawatan Presiden pada tahun 2001, Bush menarik balik sokongan Amerika Syarikat kepada Protokol Kyoto, iaitu satu pindaan kepada Konvensyen PBB terhadap Perubahan Iklim yang bertujuan mengenakan sasaran wajib untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Beliau melakukan demikian selepas Senat telah mengundi 95–0 pada satu resolusi yang mengumumkan rasa tidak setuju pada tahun 1997. Bush menegaskan bahawa beliau tidak akan mendukungnya kerana perjanjian itu mengecualikan 80% daripada populasi dunia,[27] mungkin merugikan ekonomi sebanyak berpuluh bilions dolar setahun,[28] serta ketidaktentuan mengenai sains perubahan iklim.[29] Pendirian pentadbiran Bush mengenai pemanasan global masih diselubungi kontroversi dalam komuniti sains dan alam sekitar ketika Bush memegang jawatan Presiden. Pada tahun 2004, Pengarah Institut Goddard NASA, James Hansen, secara umum dan kerasnya mendakwa pentadbiran Bush memberikan maklumat yang salah kepada orang awam dengan menyekat bukti saintifik mengenai bahaya gas-gas rumah hijau, dengan menyatakan bahawa pentadbiran Bush hendak mendengar hanya hasil kajian saintifik yang “sesuai dengan pendirian yang ditentukan terlebih dahulu dan tidak fleksibel” serta menyunting laporan untuk menampakkan bahaya-bahaya itu sebagai kurang mengancam melalui apa yang ditegaskannya sebagai "penentangan secara langsung kepada ajaran-ajaran paling utama dalam sains."[30][31] Bush pernah berkata bahawa beliau sedar dengan tekalnya bahawa pemanasan global ialah satu masalah yang serius, tetapi menegaskan bahawa terdapat satu "perdebatan mengenai sama ada pemanasan global itu buatan manusia atau kejadian semulajadi".[32] Dalam ucapan Negeri Kesatuan beliau pada tahun 2007, Bush mengulangi janji beliau untuk berusaha menuju pengurangan pergantungan kepada galian minyak asing dengan mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan peningkatan penghasilan bahan api alternatif.[33]



Taufan Katrina[sunting | sunting sumber]

Salah satu bencana terburuk paling dahsyat dalam sejarah A.S., Taufan Katrina, terjadi pada awal penggal kedua Bush. Katrina terbentuk pada akhir bulan Ogos ketika musim hurikan Atlantik 2005 dan membinasakan kebanyakan bahagian utara tengah Pantai Teluk Amerika Syarikat, terutamanya bandaraya New Orleans.[34]

Bush berjabat tangan dengan Datuk Bandar New Orleans Ray Nagin pada 2 September 2005 setelah memantau kemusnahan akibat Taufan Katrina

Bush mengisytiharkan darurat di negeri Louisiana pada 27 Ogos,[35] dan di negeri Mississippi dan Alabama pada 28 Ogos;[36][37] beliau membenarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negara (DHS) dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk mengurus bencana itu, tetapi pengumuman beliau gagal menggalakkan agensi-agensi berkenaan untuk bertindak.[38] Mata taufan bertemu daratan pada 29 Ogos, dan New Orleans mula dikelami banjir akibat rekahan tetambak; kemudian pada hari itu, Bush mengisytiharkan bahawa satu bencana besar sedang berlaku di Louisiana,[39] lalu secara rasminya membenarkan FEMA untuk mula menggunakan dana persekutuan untuk membantu usaha pemulihan. Pada 30 Ogos, setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negara Michael Chertoff mengisytiharkannya "satu insiden yang penting kepada negara,"[40] lalu mencetuskan penggunaan pertama National Response Plan yang baru diwujudkan. Bagaimanapun, Bush tidak kembali ke ibu negara, sebaliknya masih mengerjakan cuti bekerja beliau di ladang ternak beliau di Texas.[41] Pada 2 September, anggota Pengawal Kebangsaan mula memasuki bandaraya New Orleans.[42] Pada hari yang sama, Bush melawat bahagian-bahagian Louisiana, Mississippi dan Alabama lalu menrgaskan bahawa kejayaan usaha pemulihan sehingga tahap itu "tidak mencukupi."[43]

Oleh sebab bertambahnya kutukan semasa bencana di New Orleans makin hebat, Bush mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan bagi pihak kerajaan persekutuan mengenai tindak balasnya kepada bencana.[42] Kritikan terhadap Bush bertumpu kepada tiga isu utama. Pertama sekali, para pemimpin kedua-dua parti utama mengutuk presiden kerana melantik pemimpin yang tidak berkebolehan untuk menduduki jawatan terpenting FEMA, terutamanya Michael D. Brown[44] yang bekerja untuk Arabian Horse Association sebelum menguasai FEMA. Bush memuji kerja Brown semasa kelemahan dalam tindak balas FEMA makin menonjol kepada orang awam. Kedua, ramai yang berpendapat bahawa kekurangan tindak balas persekutuan merupakan kesan Perang Iraq dan kehendaknya untuk angkatan bersenjata dan bajet persekutuan.[45] Ketiga, pada hari-hari sejurus selepas bencana, Bush menafikan beliau pernah menerima amaran kemungkinan air bah merekah tetambak yang melindungi kota New Orleans.[46] Bagaimanapun, taklimat sidang video presiden pada 28 Ogos menunjukkan Max Mayfield memberi amaran kepada presiden bahawa pelimpahan melalui tetambak merupakan satu "perkara yang jelasnya amat, amat membimbangkan."[47] Para pengkritik mengaku bahawa presiden sedang menyalahgambarkan peranan pentadbiran beliau dalam apa yang dilihat mereka sebagai satu tindak balas yang cacat.

Dasar luar negeri[sunting | sunting sumber]

Bush bertemu dengan Presiden Panama Martin Torrijos.

Pentadbiran Bush menarik balik sokongan A.S. untuk beberpa persetujuan antarabangsa, termasuk Perjanjian Misil Anti-Balistik (ABM) dengan Rusia. Pentadbiran Bush mengejar satu pertahanan misil negara yang dahulunya diharamkan oleh perjanjian ABM dan tidak pernah diratifikasi oleh Kongres.[48] Bush juga meluahkan sokongan A.S. untuk pertahanan Taiwan berikutan penyenangan diri pada April 2001 dengan Republik Rakyat China mengenai insiden Pulau Hainan, apabila sebuah pesawat perisik EP-3E melanggar sebuah pesawat tentera udara China yang membawa kepada penahanan anggota A.S. Pada tahun 2003–2004, Bush membenarkan campur tangan tentera A.S. di Haiti dan Liberia untuk melindungi kepentingan A.S.

Bush, Mahmoud Abbas, dan Ariel Sharon bertemu di Sidang Kemuncak Laut Merah di Aqaba, Jordan pada 4 Jun 2003.

Bush menekankan pendekatan yang berwaspadaa terhadap persengketaan antara Israel dan orang Palestin. Bush mengecam ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat yang didakwa mendukung keganasan. Namun, beliau menaja dialog antara perdana menteri kedua-dua pihak, Ariel Sharon dan Mahmoud Abbas. Bush menyokong pelan pengunduran berat sebelah Sharon, dan menyambut pilihanraya demokratik yang diadakan di Palestin berikutan kematian Arafat.

Dalam Ucapan Negeri Kesatuan beliau pada Januari 2003, Bush menggariskan strategi lima tahun untuk bantuan AIDS kecemasan global, iaitu President's Emergency Plan For AIDS Relief. Bush mengumumkan perbelanjaan sebanyak $15 bilion untuk usaha ini—$3 bilion setahun selama lima tahun—tetapi meminta wang yang kurang daripada itu dalam bajet tahunan.[49]

Bush mengecam serangan dan pembunuhan oleh angkatan tentera awam terhadap warga Darfur di Sudan sebagai satu genosid.[50] Bush berkata bahawa kehadiran pengawal keamanan antarabangsa amat diperlukan di Darfur, tetapi tidak setuju jika situasi ini dikemukakan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bush telah menyuarakan sokongan padu kepada kemerdekaan Kosovo. Pada 10 Jun 2007, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Albania Sali Berisha dan menjadi Presiden A.S. pertama untuk melawat Albania.

11 September 2001[sunting | sunting sumber]

Bush berucap kepada anggota penyelamat di tapak Pusat Dagangan Dunia di New York, 14 September 2001.

Serangan pengganas 11 September merupakan saat-sat genting bagi kepimpinan Bush. Pada waktu petang hari itu, beliau berucap kepada seluruh negara dari Pejabat Bujur, menjanjikan satu tindak balas yang kuat kepada serangan itu tetapi pada masa yang sama menekankan perlunya bangsa bersatu untuk menyenangkan hati saudara mara mangsa. Pada 14 September, beliau melawat tapak Pusat Dagangan Dunia, bertemu Datuk Bandar Rudy Giuliani dan para ahli bomba, anggota polis dan sukarelawa. Bush mengucap kepada perhimpunan melalui pembesar suara sambil berdiri di atas longgokan runtuhan:

I can hear you. The rest of the world hears you. And the people who knocked these buildings down will hear all of us soon.
(Aku dapat dengar engkau. Seluruh dunia dapat dengar engkau. Maka sesiapa yang menjatuhkan bangunan ini akan dengar dari kita tak lama lagi.)

Dalam ucapan beliau pada 20 September 2001, Bush mengecam Osama bin Laden dan al Qaeda, serta mengutuskan sekata dua kepada rejim Taliban di Afghanistan, di mana Osama bermarkas, untuk "menyerahkan para pengganas, atau … berkongsi nasib mereka."[51] Bush mengumumkan Perang Anti-Keganasan sedunia, dan setelah rejim Taliban tidak bersedia mengenai Osama bin Laden, beliau mengarahkan pencerobohan Afghanistan untuk menggulingkan rejim Taliban.[52]

Perang Anti-Keganasan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perang Anti-Keganasan

Setelah serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat yang dituduh dilancar pertubuhan al Qaeda pimpinan Osama bin Laden dan serangan balas terhadap Afghanistan, Bush mengamalkan Perang Anti-Keganasan global dalam ucapan Negeri Kesatuan beliau pada 29 Januari 2002 dan menegaskan bahawa satu "paksi kejahatan" yang terdiri daripada Korea Utara, Iran dan Iraq sedang "melengkapkan diri dengan senjata untuk mengancam keamanan dunia" dan "menimbulkan bahaya yang serius dan grave makin menjadi-jadi".[53] Pentadbiran Bush terus menegaskan hak dan niatnya untuk melibatkan diri dalam serangan terlebih dahulu, juga dikenali sebagai perang pencegahan, sebagai balasan kepada ancaman yang dikesan.[54] Ini kemudiannya membentuk dasar kepada konsep yang dikenali sebagai Doktrin Bush. "Perang Anti-Keganasan" yang lebih luas, dakwaan "paksi kejahatan", dan, secara terperincinya, doktrin perang pencegahan, mula melemahkan sokongan yang tidak pernah sebesar ini dari dalam dan luar negara kepada tindakan Bush dan Amerika Syarikat terhadap al Qaeda berikutan serangan 11 September.[55]

Sesetengah pemimpin negara mendakwa penyelewengan oleh tentera A.S. dan menuntut agar negara menutup pusat penahanan di Teluk Guantanamo dan tempat-tempat lain. Penentangan dan kritikan terhadap kepimpinan Bush dalam Perang Anti-Keganasan makin menjadi-jadi semasa perang di Iraq makin berleluasa.[56][57][58] Pada tahun 2006, satu Anggaran Perisikan Negara meluahkan gabungan pendapat agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat sendiri, lalu merumuskan bahawa Perang Iraq telah menjadi "cause célèbre untuk para mujahideen" dan gerakan jihad makin bertumbuh.[59][60]

Afghanistan[sunting | sunting sumber]

Bush and Presiden Afghanistan Hamid Karzai di sidang berita di Kabul pada tahun 2006.

Pada 7 Oktober 2001, tentera A.S. dan British memulakan kempen pengeboman yang memberi laluan kepada ketibaan Perikatan Utara pada 13 November di Kabul. Tujuan utama perang ini adalah untuk menumpaskan Taliban, mengusir al Qaeda keluar dari Afghanistan, dan menawan ketua-ketua al Qaeda terpenting. Pada bulan Disember 2001, PBB melantik sebuah Kerajaan Sementara Afghanistan yang diketuai Hamid Karzai.[61][62] Namun begitu, cubaan membunuh atau menawan ketua al Qaeda Osama bin Laden gagal kerana Osama melarikan diri daripada pertempuran pada Disember 2001 di kawasan pergunungan Tora Bora, yang kemudian diakui pentadbiran Bush sebagai kesan kegagalan menghantar lebih banyak tentera darat A.S.[63] Osama dan timbalannya, Ayman al-Zawahiri, serta juga ketua Taliban, Mohammed Omar, masih belum ditangkap seperti pada bulan Julai 2007.

Meskipun mula-mula berjaya menggulingkan Taliban dari tampuk pemerintahan di Kabul, peperangan masih berterusan kerana pada awal tahun 2003 pihak Taliban berkumpul semula, mencari dana dan anggota baru.[64] Pada tahun 2006 pemberontakan Taliban kelihatan kian besar, ganas, dan terurus di luar jangkaan, dengan serangan besar-besaran dibantu sekutu seperti Operation Mountain Thrust yang mencapai kejayaan kecil.[65][66][67]

Iraq[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perang Iraq

Bermula dengan ucapan Negeri Kesatuan beliau pada 29 Januari 2002, Presiden Bush mula mengumumkan perhatian beliau kepada Iraq yang dilabelkannya sebagai sebahagian "paksi kejahatan" yang bersekutu dengan pengganas dan menimbulkan "bahaya yang serius dan menjadi-jadi" kepada kepentingan A.S. melalui pemilikan "senjata pemusnahan meluas".[68] Pada separuh kedua tahun 2002, laporan Agensi Perisikan Pusat yang dipesan pihak pentadbiran mengandungi kenyataan bertentangan mengenai sama ada Saddam Hussein berniat menyusun semula program senjata nuklear, tidak betul-betul menjelaskan senjata biologi dan kimia Iraq, dan bahawa sebilangan misil Iraq boleh mencapai jarak yang melebihi had yang ditetapkan PBB.[69][70] Persoalan mengenai sama ada pentadbiran Bush memanipulasi atau menokok tambah ancaman dan bukti kebolehan senjata pemusnahan meluas Iraq atau cuba menghubung kait Saddam dan serangan al Qaeda kemudiannya menjadi titik pusat kritikan dan kontroversi untuk Bush.[71] Pada akhir tahun 2002 dan awal tahun 2003, Bush menuntut agar PBB menguatkuasakan mandat pelucutan senjata di Iraq, lalu mempercepatkan satu krisis diplomatik. Pada bulan November 2002, Hans Blix dan Mohamed ElBaradei mengetuai pemeriksa-pemeriksa senjata PBB di Iraq, tetapi dipaksa meninggalkan Iraq empat hari sebelum serangan A.S. walaupun sudah meminta lebih masa untuk menyiapkan tugas mereka.[72] Pihak A.S. mula-mulanya mengehendaki satu resolusi Majlis Keselamatan PBB yang membenarkan penggunaan kuasa ketenteraan namun kemudiannya melupakan hasrat untuk persetujuan PBB kerana dibantah keras beberapa negara.[73]

Usaha perang ini disertai lebih 20 buah negara lain (terutamanya United Kingdom), dalam apa yang digelar "campuran pihak yang sanggup".[74] Serangan Iraq bermula pada 20 Mac 2003 dan tentera Iraq begitu cepat ditewaskan. Kofi Annan, Boutros Boutros-Ghali, serta juga pemimpin beberapa negara membuat kenyataan yang membayangkan bahawa serangan itu merupakan satu jenayah perang.[75] The capital, Baghdad, fell on April 9, 2003. Pada 1 Mei 2003, Presiden Bush mengisytiharkan tamatnya operasi pertempuran besar di Iraq. Kejayaan awal operasi A.S. telah menaikkan populariti Presiden Bush, tetapi tentera A.S. dan sekutunya menghadapi pemberontakan kumpulan-kumpulan sektarian yang menjadi-jadi. Oleh sebab keadaan bertambah teruk, ucapan "Misi Dicapai" Bush pada 1 Mei 2003 dikritik sebagai terlalu awal.[76] Pentadbiran Bush juga dikritik dalam bulan-bulan berikutnya berikutan laporan Kumpulan Pemantauan Iraq yang tidak dapat menjumpai bilangan senjata banyak yang dipercayai dimiliki rejim Iraq. Pada 14 Disember 2005, Bush mengaku bahawa "Adalah benar bahawa kebanyakan hasil perisikan rupanya tidak tepat."[77] Bush nevertheless continued to assert the war had been worthwhile and confirmed he would have made the same decision if he had known more.

Bush berjabat tangan dengan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki.

Pilihanraya Iraq dan satu pungutan suara untuk meluluskan sebuah perlembagaan bau diadakan pada bulan Januari dan Disember 2005. Namun begitu, dari tahun 2004 hingga 2007, however, situasi di Iraq makin buruk, dan beberapa pemerhati berpendapat bahawa negara itu terlibat dalam satu perang saudara berskala penuh.[78] Dasar-dasar Bush mengenai perang di Iraq makin banyak menghadapai kritikan, termasuk tuntutan dalam A.S. untuk menyediakan jadual masa untuk mengundurkan tentera dari Iraq. Pada tahun 2006 satu Anggaran Perisikan Negara menyatakan bahawa perang Iraq telah meningkatkan radikalisme Islam dan memburukkan ancaman keganasan.[79] Laporan tahun 2006 mengenai Kumpulan Kajian Iraq dwipartisan yang diketuai James Baker, merumuskan bahawa situasi di Iraq "serius dan semakin teruk". Sungguhpun Bush mengakui adanya kesilapan strategi mengenai kestabilan Iraq, beliau mempertahankan pendirian beliau untuk tidak mengubah keseluruhan strategi di Iraq.[80][81] Pada 10 Januari 2007 Bush berucap kepada negara mengenai situasi Iraq. Dalam ucapan beliau, beliau mengumumkan pertambahan 21,500 orang askar untuk Iraq, serta program pekerjaan untuk warga Iraq, lebih cadangan pembinaan semula, dan $1.2 bilion untuk program-program ini.[82] Pada 1 Mei 2007, Bush menggunakan veto beliau untuk kali yang kedua selaku Presiden, untuk menolak rang undang-undang kongres yang menentukan tarikh akhir untuk pengunduran tentera A.S. dari Iraq.[83]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Jesus Factor". WGBH. PBS. Dicapai pada 2004-05-06. 
  2. ^ Cooperman, Alan, Openly Religious, to a Point, diarkibkan daripada original pada 2012-05-24, dicapai pada 2007-09-22 
  3. ^ Wallace, Kelly (2001-06-07). "$1.35 trillion tax cut becomes law". CNN InsidePolitics archives. Dicapai pada 2006-06-30. 
  4. ^ "CBS Interviews Former Treasury Secretary Paul O'Neill ]". Dicapai pada 2007-07-25. 
  5. ^ "Gross Domestic Product". Bureau of Economic Analysis. Dicapai pada 2007-07-25. 
  6. ^ "Historical Prices for Dow Jones Industrial Average". 
  7. ^ "Labor Force Statistics from the Current Population Survey". U.S. Department of Labor. Dicapai pada 2007-07-25. 
  8. ^ "Revenues, Outlays, Surpluses, Deficits, and Debt Held by the Public, 1962 to 2006" (PDF). Congressional Budget Office. Dicapai pada 2007-07-25. 
  9. ^ "Income, Poverty and Health Insurance Coverage in the United States: 2005" (PDF). U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2007-07-25. 
  10. ^ "Spending and the national debt". The Washington Times. 2007-09-02. Dicapai pada 2007-09-02. 
  11. ^ Fighting back in the war on the middle class
  12. ^ Bush's Economy 'Doing Remarkably Well' oleh Molly Ivins, AlterNet. 24 Oktober 2006.
  13. ^ "Tax Cuts Offer Most for Very Rich, Study Says". The New York Times. 2007-01-08. Dicapai pada 2007-01-14. 
  14. ^ "Tax cuts and the rich". The Washington Times. 2007-01-14. Dicapai pada 2007-01-14. 
  15. ^ http://www.creators.com/opinion/alan-reynolds/tax-cuts-and-the-rich.html
  16. ^ "Yellen, J. L. (6 November, 2006). Speech to the Center for the Study of Democracy at the University of California, Irvine. Federal Reserve Bank of San Francisco.". Dicapai pada 2007-06-20. 
  17. ^ "Johnston, D. (29 March, 2007). Income Gap Is Widening, Data Shows. The New York Times". Dicapai pada 2007-06-20. 
  18. ^ W. James Antle III (2005-08-01). "Leaving No Child Left Behind". The American Conservative. Dicapai pada 2006-10-11. 
  19. ^ Harvard Graduate School of Education (2002-06-01). "No Child Left Behind?". HGSE News. Dicapai pada 2006-10-11. 
  20. ^ Raising Standards or Raising Barriers? Disunting oleh Gary Orfield dan Mindy L. Kornhaber. The Century Foundation Press. 1 Mei 2001
  21. ^ Committee on Appropriations—Democratic Staff (2006-09-12). "President Bush and House Republicans Undermine Life Saving Health Research" (PDF). U.S. House of Representatives. Dicapai pada 2006-10-11. 
  22. ^ "President Signs Medicare Legislation". The White House. 2003-12-08. Dicapai pada 2006-06-30. 
  23. ^ Jim VandeHei and Peter Baker (2005-02-12). "Social Security: On With the Show". The Washington Post. Dicapai pada 2006-09-09. 
  24. ^ "Bush shifts approach on Social Security reform". Financial Times. Dicapai pada 2007-09-09.  Teks " date 2005-04-28 " diabaikan (bantuan)
  25. ^ "Social Security in Limbo", The Hill, 1 Jun 2005 di www.truthout.org
  26. ^ "FT.com / In depth / Hurricane impact — Hurricane dims Bush's hopes on Social Security". Dicapai pada September 9.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  27. ^ Text of a Letter from the President to Senators Hagel, Helms, Craig, and Roberts, Office of the Press Secretary, 13 Mac 2001
  28. ^ Summary of the Kyoto Report—Assessment of Economic Impacts, Energy Information Administration, kali terakhir diubah 16 Julai 2002.
  29. ^ "George W. Bush: The Un-science Guy". AlterNet. 2001-06-19. Dicapai pada 2006-11-05.  |first1= kehilangan |last1= dalam Authors list (bantuan)
  30. ^ "NASA Scientist Rips Bush on Global Warming". MSNBC. 2004-10-27. Dicapai pada 2007-01-22. 
  31. ^ "60 Minutes: Rewriting the Science". CBS News. 2006-03-19. Dicapai pada 2007-01-22. 
  32. ^ "Press Conference". White House. 2006-06-26. Dicapai pada 2007-01-22. 
  33. ^ Full text (and video) of 2007 State of the Union address
  34. ^ Knabb, Richard D; Rhome, Jamie R.; Brown, Daniel P (December 20 2005). Tropical Cyclone Report: Hurricane Katrina: 23–30 Ogos 2005 (PDF). National Hurricane Center. Diterima pada 2006-05-30.
  35. ^ Statement on Federal Emergency Assistance for Louisiana, Rumah Putih, 27 Ogos 2005.
  36. ^ Statement on Federal Emergency Assistance for Mississippi, Rumah Putih, 28 Ogos 2005
  37. ^ Statement on Federal Emergency Assistance for Alabama, Rumah Putih, 28 Ogos, 2005
  38. ^ Dyson, Michael Eric (2006). Come Hell or High Water: Hurricane Katrina and the Color of Disaster. Basic Civitas. p. p.57. ISBN 978-0-465-01761-4. 
  39. ^ Statement on Federal Disaster Assistance for Louisiana
  40. ^ Press Gaggle with Scott McClellan
  41. ^ Richard Wolffe and Holly Bailey (Sept 2, 2005). "Hurricane Politics". Newsweek. 
  42. ^ a b Hurricane Katrina Timeline
  43. ^ Associated Press (3 September 2005). "National Guard descends on New Orleans, giving evacuees hope". USA Today. Dicapai pada 2007-01-09. 
  44. ^ FEMA director Brown singled out by critics of federal response, Washington Post, 6 September 2005
  45. ^ Pete Yost, AP (2005-08-30). "Overseas deployments hinder Guard hurricane presence". ArmyTimes.com. Dicapai pada 2005-09-29. 
  46. ^ "I don't think anybody anticipated the breach of the levees." George W. Bush to Diane Sawyer, Good Morning America, 1 September 2005.
  47. ^ Page 6, Transcript. Presidential Videoconference Briefing, 28 Ogos 2005.
  48. ^ "President Bush Speech on Missile Defense". Federation of American Scientists. 2001-05-01. Dicapai pada 2006-06-30. 
  49. ^ Associated Press (2006-01-29). "Quarter Of Bush's $15 Billion For AIDS Going To Christian Groups". The Huffington Post. Dicapai pada 2006-06-30. 
  50. ^ Jim VandeHei (2005-06-02). "In Break With U.N., Bush Calls Sudan Killings Genocide". The Washington Post. Dicapai pada 2006-07-25. 
  51. ^ Address to a Joint Session of Congress and the American People
  52. ^ "President Bush's address to joint session of Congress". 20 September 2001. 
  53. ^ Presidential State of the Union Address January 29 2002
  54. ^ National Security Strategy of the United States, Part V September 2002
  55. ^ President Bush: Job Ratings Polling Report.com
  56. ^ Cumings, Bruce; Ervand Abrahamian, Moshe Ma'oz (2006). Inventing the Axis of Evil: The Truth About North Korea, Iran, and Syria. New Press. ISBN 978-1-59558-038-2.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  57. ^ Lopez, George, "Perils of Bush's Pre-emptive War Doctrine", Indianapolis Star, 3 Oktober 2003
  58. ^ Prevent Our Enemies from Threatening Us, Our Allies, and Our Friends with Weapons of Mass Destruction
  59. ^ NIE: Al Qaeda 'Damaged' Becoming More Scattered CNN, September 26 2006
  60. ^ Spy Agencies Say Iraq War Hurting U.S. Terror Fight Washington Post, 24 September 2006
  61. ^ "Fact Sheet: International Security Assistance Force (ISAF) in Afghanistan". Center for Defense Information. 2002-02-14. Diarkibkan daripada original pada 2002-06-12. Dicapai pada 2007-01-13. 
  62. ^ "More Dutch troops for Afghanistan". BBC News. 2006-02-03. Dicapai pada 2007-01-13. 
  63. ^ "U.S. Concludes bin Laden Escaped at Tora Bora Fight". Washington Post. 2002-04-17. Dicapai pada 2007-01-11. 
  64. ^ "Taliban Appears To Be Regrouped and Well-Funded". Christian Science Monitor. 2003-05-08. Dicapai pada 2006-10-23. 
  65. ^ "World Cannot Give Up on Afghanistan, Coalition Officials Say". U.S. Dept. of Defense. 2006-06-28. Dicapai pada 2006-10-23. 
  66. ^ "Frustrated Karzai toughens stance". BBC News. 2006-07-22. Dicapai pada 2006-10-23. 
  67. ^ "Revived Taliban waging 'full-blown insurgency'". USA Today. 2006-07-22. Dicapai pada 2006-06-19. 
  68. ^ "Presidential State of the Union Address". 2002-01-02. Dicapai pada 2007-06-08. 
  69. ^ "Iraq's Weapons of Mass Destruction Programs". CIA. 2002.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  70. ^ The National Security Archive at George Washington University
  71. ^ Judis, John B. and Ackerman, Spencer, “The Selling of the Iraq War”, The New Republic, June 2003; Hersh, Seymour M., "The Stovepipe", The New Yorker, October 27 2003
  72. ^ Associated Press (2003-03-17). "U.S. advises weapons inspectors to leave Iraq". USA Today. Dicapai pada 2006-06-30. 
  73. ^ United Nations (2003-02-13). "Enforcement Measures under Chapter VII of the United Nations Charter". United Nations Charter. United Nations. Dicapai pada 2006-06-30. 
  74. ^ Schifferes, Steve (2003-03-18). "US names 'coalition of the willing'". BBC. Dicapai pada 2006-06-30. 
  75. ^ "Iraq war illegal, says Annan". BBC. 2004-09-16. Dicapai pada 2006-07-11. 
  76. ^ Mission Not Accomplished Time Magazine
  77. ^ Times Online; agencies (2005-12-14). "Bush: we went to war on faulty intelligence". Times Online. Dicapai pada 2006-06-30.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  78. ^ "Colin Powell says Iraq in a 'civil war'". CNN. 2006-11-29. Dicapai pada 2007-02-17. 
  79. ^ "Report Stirs Debate on Terror Fight". New York Times. 2006-09-24. Dicapai pada 2006-09-25. 
  80. ^ "President George W. Bush speaks during a video teleconference with Vice President Dick Cheney, on screen, and military commanders.". 2006-10-21. Dicapai pada 2006-10-22. 
  81. ^ "Bush Reviews Iraq War Strategy as Violence Mounts (Update1)". 2006-10-21. Dicapai pada 2006-10-22. 
  82. ^ "Admitting strategy error, Bush adds Iraq troops". MSNBC. 11 Januari 2007. 
  83. ^ Stolberg, Sheryl Gay and Jeff Zeleny, Bush Vetoes Bill Tying Iraq Funds to Exit, The New York Times, 1 Mei 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Ann Richards
Gabenor Negeri Texas
17 Januari 1995 – 21 Disember 2000
Diikuti oleh:
Rick Perry
Didahului oleh
Bill Clinton
Presiden Amerika Syarikat
20 Januari 2001 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Jacques Chirac
Perancis
Pengerusi G8
2004
Diikuti oleh:
Tony Blair
United Kingdom
Didahului oleh
Bob Dole
Calon presiden Parti Republik
2000, 2004
Terkini
Gelaran Baru Susunan keutamaan Amerika Syarikat
Presiden Amerika Syarikat
Diikuti oleh:
Dick Cheney
Naib Presiden Amerika Syarikat
Didahului oleh
Jeffrey P. Bezos
Time's Person of the Year
2000
Diikuti oleh:
Rudolph Giuliani
Didahului oleh
The Askar Amerika Syarikat
Time's Person of the Year
2004
Diikuti oleh:
Yang Baik Hati:
Bono, Bill Gates dan Melinda Gates