Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib6/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Rencana sejarah Nusantara

Saya mempunyai soalan mengenai definisi Nusantara yang digunakan dalam artikel ini. Sila ke halaman perbualannya untuk perbincangan lanjut. Pejuang bahasa 05:02, 2 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya cadangkan sedikit perubahan pada templat ini. Saya rasa bukan semua rencana yg perlu diterjemahkan mestilah dalam Bahasa Inggeris. Apa kata kalau rencana itu asalnya Bahasa Cina? Jadi sesiapa yg mahir dlm kod perlu membuat perubahan supaya nama rencana asal yg ditunjukkan bukannya selalu "en:<nama>". Perubahan ini mestilah menyebabkan kita perlu menambah kod bahasa, supaya nama rencana itu hanyalah "en:<nama>", "zh:<nama>", "de:<nama>", ... dan bukannya "en:zh:<nama>"... --Edmundkh 10:23, 4 Jun 2007 (UTC)[balas]


Dah! Penggunaannya adalah seperti yang berikut:

  • Untuk bahasa Inggeris: {{terjemah}}
  • Untuk bahasa lain: {{terjemah|zh|XXXX}}
{{terjemah|zh|xxx}}

Supaya tidak mencucuk mata, sila letak templat ini di bawah rencana sebelum "Kategori". — Banduan: 60.51.115.12 23:33, 4 Jun 2007 (UTC)[balas]

sejarah Sabah dan Sulu

Ketika melayari internet, saya terjumpa satu laman web yang cukup menarik iaitu: Royal Sulu. Menurut laman web ini, mereka membuat tuntutan bahawa mereka adalah Sultan Sabah. Walaupun kerajaan Sabah sehingga ke hari masih lagi membayar pajak kepada Sulu, apa bisa mereka membuat tuntutan ini? Pejuang bahasa 20:50, 4 Jun 2007 (UTC)[balas]


Jangan percaya segala yang ditulis dalam internet. Saya pun boleh tulis saya raja Sabah juga kerana Sabah kini tak ada raja. Kalau tak percaya, nanti saya tulis dalam Geocities, hehehe.


Satu kenyataan menarik yang diambil daripada laman web berkenaan:

Malaysia derives US$100 billion GDP per year in Sabah, therefore, the Sultan of Sulu and Sultan 
of Sabah should receive at least 10% to 12% (US$10 billion to US$12 billion) as rent per 
annum so that such amount can be used for economic developments of Sulu, Basilan, 
Tawi Tawi, Palawan and Zamboanga.

Sumber: http://www.royalsulu.com/history.htm

Jika KDNK Sabah sahaja sudah US$100 bilion, maka Malaysia sekarang dalam kelompok negara maju. — Master2841 09:49, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]

Malaysia memang diikutkan, sudah pun mencapai taraf negara maju tetapi bekas PM kita masih belum berpuas hati dalam beberapa aspek dan menetapkan pencapaian tertentu untuk Malaysia capai agar Malaysia menjadi lebih mantap ketika bergelar "negara maju". Disebabkan itulah wujudnya "Wawasan 2020", suatu pencapaian, hala tuju Malaysia untuk memperoleh gelaran negara maju (walaupun Malaysia sudah berada di barisan hadapan dalam banyak aspek). Polar 09:56, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]
Saya kurang setuju dengan kenyataan Polar. Bagi saya ramai lagi rakyat Malaysia yang masih ketinggalan dalam kemajuan Malaysia. Tahun lepas saya ke Felda di Pahang, saya lihat keadaan penduduk di sana jauh kebelakang dengan keadaan penduduk-penduduk negara maju. Walaupun keperluan asas itu ada tapi irigasinya tidak sempurna. Pengetahuan umum dalam sains dan teknologi terhad. Malahan, kesedaran sivik di bandar-bandar utama di Malaysia masih belum memuaskan. Sistem perbandaran juga masih lagi ketinggalan dan tidak teratur. KDNK per kapita masih lagi rendah berbanding negara-negara maju lain. Pejuang bahasa 15:42, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]
Sebab itu bekas PM menggariskan 9 cabaran utama dalam teks ucapannya ketika pelancaran dasar "Wawasan 2020" pada 1991 yang menunjukkan kelemahan dan halangan yang masih menebal di negara Malaysia walaupun hingga kini. Tak perlu hanya melihat di Pahang, banyak lagi penempatan di Selangor walaupun negeri tersebut sudah mencapai status "Negeri Maju". Jangan dilupa, salah satu baris ucapan bekas PM ialah, setiap negara maju ada kelemahannya (tidak kira dari segi kadar jenayah, dsb.) dan kelemahan itu sama ada kita lihat atau tidak, bergantung juga. Apapun, tidak guna bertekak lagi. Jika saya silap, maafkan jua. Semoga niat wawasan 2020 untuk melihat generasi ini generasi terakhir tinggal di negara 'membangun' tercapai jua. :) Polar 19:14, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]

Maju tak maju adalah relatif. Jika kita anggap kita dah maju, maka kita dah maju. Sememangnya kita dah jauh lebih maju, berbanding dengan 50 tahun dahulu. Tetapi jika kita anggap kita masih belum maju dan jauh ketinggalan, maka kita akan gigih berusaha. — Pesanan dari penjara

Nama buruk

Pemberitahuan: Pengguna di bawah ini disyaki merupakan pengguna sockpuppet. Permohonan telah dihantar di meta bagi memeriksa sama ada mereka ini datang daripada alamat Ip yang sama. Jika benar, kemungkinan besar steward akan menyekat alamat Ip mereka. Akaun-akaun yang dimaksudkan ialah:

Master2841 08:44, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya nak tanya anda semua penyelia, haruskah anda begitu kecil hati untuk perkara ni sampai nak laporkan kpd Meta-Wiki!? Biarkanlah saja, sekatkan dah cukup, usah nak buat laporan pula! Lagipun, saya suka, dan menikmati, membaca nama-nama buruk ni di Log Sekatan, agak kelakarlah... --Edmundkh 17:27, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Jika disekat, alamat Ip yang mereka gunakan untuk membuat rencana ini hanya akan disekat selama 24 jam sahaja, walaupun nama-nama buruk ini disekat secara infinite. Tujuan dilaporkan di meta adalah untuk memastikan sama ada pengguna-pengguna ini dibuat oleh orang yang sama. Jadi jika steward di sana memeriksa jika ia dibuat oleh orang yang sama maka alamat Ip berkenaan akan disekat secara infinite. Ia bukanlah laporan tetapi sekadar untuk meminta bantuan daripada steward kerana di sini tidak ada checkuser. — Master2841 17:31, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kenapa pula nak buat checkuser pula? Lagipun, saya nampak Drini yg sebagai steward Meta tu bukannya sekat IP selama-lamanya, tapi hanya berapa minggu atau berapa bulan! --Edmundkh 17:37, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kenapa nak buat checkuser? Bukankah saya sudah terangkan ia adalah untuk memeriksa sama ada pengguna-pengguna ini dibuat oleh orang yang sama. Kenapa tak disekat selama-lamanya? Kerana dalam permintaan Yosri di meta, beliau hanya meminta supaya disekat sahaja. Yosri tak suruh steward di sana untuk sekat secara infinite. Mudah sahaja bukankah begitu. — Master2841 17:44, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya tak rasa begitu penting nak periksa sama ada itu sockpuppet. Itulah hanya nama-nama yg dilarang, bukannya vandalisme terhadap apa-apa halaman... --Edmundkh 04:52, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]
Nama buruk dilarang kerana ia akan menjadikan mengganggu pengguna lain, dan menyebabkan mereka menjauhi laman ini kerana penggunaan nama sedemikian. Yosri 06:24, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]
Tapi saya rasa kalau memang ada org yg nak menjauhi hanya kerana nama-nama yg buruk tu, pun sikit-sikit aje. Sebenarnya mereka boleh mengelakkan daripada membaca log sekatan tu! Oh ya, kenapa anda penyelia larang "Yahudi" atau "Yaahoodee"? Itu hanyalah nama suatu bangsa! --Edmundkh 10:56, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Cuba anda bayangkan jika seorang pengguna berbangsa Yahudi datang untuk membuat suntingan dan lihat ada pengguna dengan nama Yahudi, tidakkah mereka akan berasa marah? — Master2841 17:48, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Pautan ke portal di muka hadapan

Saya ingin mencadangkan agar diletakkan pautan ke portal di Laman Utama seperti wikipedia Bahasa Inggeris. Ini kerana tanpa pautan portal di Laman Utama, pengguna wikipedia tidak tahu adanya portal. Saya sendiri baru semalam dapat tahu wikipedia Bahasa Melayu sudah ada portal. Sekian, terima kasih. Pejuang bahasa 23:59, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kedua, dimana ya Portal Direktori Bahasa Melayu? Dan dimana buletin Portal masyarakat? Saya rasa saya harus umumkan pembuatan portal baru. Terima kasih. Pejuang bahasa 00:20, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Pejuang bahasa, kamu harus memisahkan "dimana" menjadi "di mana", hehehe.


Daftar portal di Wikipedia Melayu. Yosri 00:57, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]
Sekali sekala bacalah Wikipedia:Pengumuman. ...Aurora... 14:53, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]
Dah ditambah. ...Aurora... 14:27, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak kerana sokongan anda semua untuk saya jadi penyelia

Terima kasih banyak-banyak atas pengguna dan penyelia yang menyokong saya menjadi penyelia. Saya amat berbesar hati dan terhutang budi atas sokongan anda semua. — Aeon 10:55, 6 Jun 2007 (UTC)[balas]

Imej-imej grafik

Walaupun topik ini pernah dibincangkan dahulu, saya rasa terpanggil untuk membukanya semula. Gambar-gambar yang agak grafik perlulah dikeluarkan daripada rencana-rencana seperti kulup, seks oral dan bermacam-macam lagi. Saya ingin cadangkan supaya Wikipedia Bahasa Melayu mengharamkan gambar-gambar yang berstatus 18sx ini. — Master2841 16:36, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya bantah! Cubalah berfikiran terbuka sikit, come on! Kan laman-laman tu ada templat cakap mempunyai gambar-gambar yg 18SX!? Amaran tu dah cukup. Lagipun, saya pun rasa mesti ada gambar baru boleh menunjukkan keadaan dgn jelas. Tengoklah kenapa ada banyak gambar macam tu di Wikipedia Bahasa Inggeris! Ada amaran gambar mencolok mata dah cukup tu, tuan! --Edmundkh 17:24, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan Edmunkh. Gambar-gambar yang digunakan untuk tujuan akademik dan pengajian ilmiah patut disimpan. Tetapi saya tidak setuju dengan gambar-gambar di seks oral. Imejnya terlalu erotik. Malahan, di wikipedia Bahasa Inggeris, tidak ada imejnya yang seerotik itu. Harusnya. imej-imej erotik dipadamkan dari wikipedia. Pejuang bahasa 18:52, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya, tidak adanya yang betul atau yang salah tentang persoalan ini. Dengan kata yang lain, kedua-dua pendirian ini adalah betul, dan kedua-duanya adalah salah. Umpamanya, menurut pola ejaan bahasa Melayu, clinic harus dieja sebagai "kelinik", tetapi ini kini dikira salah dan harus dieja sebagai "klinik". Jika "klinik" ialah pola ejaan yang betul, maka "class" harus dieja sebagai "klas" tetapi ini juga dikira salah dan harus dieja sebagai "kelas" pula.

Walaupun topik ini pernah dibincangkan dahulu, suatu penyelesaian yang muktamad masih belum dicapai dan oleh itu, ianya tertimbul semula. (Penggunaan "ia" di sini adalah salah, tetapi "ianya" dalam konteks ini adalah betul kerana two wrongs make one right, hehehe).

Untuk memberikan penyelesaian yang muktamad supaya dapat mengelakkannya tertimbul semula, suatu pengundian harus diadakan dan keputusannya ditetapkan sebagai rasmi-ly betul. Ini bukannya persoalan logik, tetapi persoalan perasaan dan oleh itu, pengundian merupakan alat yang paling best untuk menyelesaikan masalah ini. — Banduan: 60.51.118.237 23:01, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kalau tak silap saya, perbincangan dulu membenarkan lakaran, tetapi tidak gambar. Tapi tak ingat di mana. ...Aurora... 14:27, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Walaupun saya bersependapat dengan Edmundkh, saya juga menyedari bahawa pendirian ini memang agak berkontroversi. Sungguhpun begitu, saya juga mendapati bahawa sesetengah gambar yang telah dipaparkan adalah lebih sesuai untuk laman web Bomis yang dikendalikan oleh Bapak Wikipedia, dan tidak begitu sesuai untuk rencana ilmiah.

Menurut Nixon files pada Oktober 2006, persoalan ini memang pernah ditimbulkan, akan tetapi keputusan muktamad tidak tercapai. Mungkin Aurora terkeliru dengan perdebatan yang sama di Wikipedia bahasa Indonesia kerana pada 18 Oktober 2006, beliau berkata: "Wiki-id juga sedang membincangkan perkara ini di Warung Kopi mereka. ...Aurora."

Nixon files Wikipedia bahasa Melayu langsung tidak menyentuh sebarang hal tentang lakaran. Sebaliknya, terdapat 6 pandangan plus satu lagi yang air liur lebih daripada teh tarik:

  1. Setuju Yosri: Penapisan hanya akan dilakukan pada gambar yang terlalu grafik
  2. Setuju Che Det: Gambar terhad kepada unit tertentu dan tidak berlebih-lebihan
  3. Setuju Coljames: Amaran dipaparkan
  1. Tidak setuju Aurora: Gambar tak payah diletak
  2. Tidak setuju Didie: Gambar tidak digalakkan
  3. Tidak setuju Master2841: Letakkan pautan sebagai ganti untuk gambar, misalnya Butuh gambar
  1. Berkecuali Jay: Saya betul2 ketawa.. saya tak pernah tahu kita ada rencana-rencana macam ni. Sebagai orang dewasa dan seorang yang berfikiran terbuka, saya rasa kita patut ada rencana2 sedemikian dan juga gambar-gambar (tak ada gambar, macam mana nak explain). Saya memilih berkecuali sebab saya setuju ada gambar tetapi saya rasa gambar2 kita tu terlalu mengghairahkan. Jadi pilihan saya ialah, letak gambar tetapi jangan terlalu "erotic". Tanya diri kita sendiri.. kalau kita sendiri terasa "erhmm erkhmm" bila tengok, that means gambar tu keterlaluan. Pada pendapat saya, gambar2 dalam "kulup" dan "oral sex" patut ditukarkan dengan gambar yang bercorak "sketch" - lukisan tangan yang kurang jelas tetapi cukup untuk menerangkan maksudnya. - Jay 19:25, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Permohonan 3 lagi projek Wikimedia dalam B. Melayu

Saya ingin mencadangkan memohon dua projek wikimedia dalam ms. Iaitu, wikiquote, wikisource dan wikispecies bagi meluaskan lagi projek wikimedia kita yang sudahpun wujud, iaitu Wiktionary dan wikibooks. Ini dimohon supaya lebih mesra pengguna berbahasa Melayu dan lebih memudahkan kita mencari info dalam ketiga-tiga wikimedia tanpa kerumitan. Ada sesiapa ada pendapat atau bantahan? — Aeon 08:33, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya sekiranya anda berminat sila menyumbang kepada Wiktionary bahasa Melayu. Yang ini pun saya lihat terbarai, susah hendak menyokong projek lain. Buat malu sahaja nanti. Yosri 10:20, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]
Permohonan itu pernah saya lakukan tetapi tidak mendapat sokongan terutama dari kalangan sebahagian penyelia sendiri. :( Polar 10:28, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Wikibooks pun saya lihat macam dah tak bernyawa, hanya Aurora yang rajin mengemas kini laman di Wikibooks. — Master2841 10:32, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Ya, Wikibooks entah siapa penyelia pula, halaman-halaman penting di Wikibooks dan Wiktionary macam tak terurus aje... --Edmundkh 10:54, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]
Wiktionary baru ada 200 lema, Wikibooks pula 6 buku. Kembangkan itu dahulu. jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. ...Aurora... 14:27, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]
Saya ada buat artikel untuk Wikisource EN dan juga pernah mencadangkan agar Wikisource MS didaftarkan. Tetapi pada masa itu, pendaftaran untuk bahasa baru telah ditutup. Kalau tak salah saya, Master2841 pun tahu mengenai itu. Walau bagaimanapun setelah admin Wikisource EN dengan admin Wikipedia EN (yang juga ahli tetap "Project Opera EN") berselisih faham, saya padam balik semua yang saya tulis di situ dan pindahkan semula ke Wiki EN. Banyak sangat "red tape" diaorang! - Jay 15:32, 8 Jun 2007 (UTC)[balas]

Wikispecies perlukan pakar biologi untuk buat, Wikisource pula perlu orang yg rajin kutip sastera, manakala Wikiquote pula... erm... macam mana ya? Anyway, saya rasa setakat ini amat SUUUUSSSSAAAAHHHH untuk dptkan org nak buat ketiga-tiga wiki tu... Mujurlah Aeon tak anjurkan Wikiversity, itu lagi teruk, hehe... perlu lecturer pula... --Edmund The King of The Woods! 11:16, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]

Persaraan saya dari wiki ms ini nanti

Hai semua, saya akan mengumumkan bahawa saya akan meletakkan jawatan saya sebagai penyelia wiki ms pada 2008 atau 2009. Ini kerana saya hendak menyambung pelajaran saya di universiti di Brunei. Juga kerana saya sudah mengambil cuti yang agak lama. Jangan sedih, pengganti saya iaitu Edmundkh akan menjadi penyelia berjasa sini, dan juga penyelia yang akan saya namakan untuk menggantikan saya juga ialah Hafrul, walaupun saya ada sedikit masalah dengan dia, dia juga bakal menjadi penyelia unggul selepas saya, jika dia mahu, InsyaAllah dia akan jadi penyelia. Saya juga hendak mengambil masa lapang dengan pergi ke luar negara, hehe, semasa saya mempunyai cuti pendek yang diberi dari universiti saya semasa saya belajar di universiti saya bagi menghirup kehidupan lebih segar! Sebenar saya cuma hanya melihat wiki ms maju, dan sebenarnya juga saya tidak juga begitu tertarik untuk menyumbang secara besar di sini, tetapi disebabkan wiki ini masih tak perfect. Saya buatkan juga. Janji ada kemajuan di sini! — Aeon 09:26, 10 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya amat terharu Abang Aeon! Tapi saya rasa anda tak perlu nak letak jawatan, sekiranya anda ada sikit masa untuk datang sini. Anda tak payah guna kuasa admin tiap-tiap hari, selagi anda dapat terlepas daripada melanggar peraturan "6 bulan tak guna kuasa penyelia". Saya rasa beberapa bulan ini saya mungkin akan sibuk sikit, jadi saya berharap akan ada banyak lagi orang mari menolong menyempurnakan Wikipedia Bahasa Melayu ini. --Edmund The King of The Woods! 10:03, 10 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kepada penulis yang membuat rencana terjemahan tetapi meninggalkan 80% bahasa ASING

Saya takkan sebut nama atau paparkan nama-nama rencana2 tersebut, tetapi kita pernah bincangkan perkara ini dahulu. Kalau nak buat terjemahan, silalah buat betul2, jangan lah copy/paste semua dan lepas tu terjemahkan 20% sahaja dan dibiarkan berhari-hari atau berminggu-minggu atau bertahun-tahun. Kalau tak nak terjemahkan, jangan buat! Sila publish mana yang anda terjemahkan sahaja, yang selebihnya, sila HIDE atau SOROK atau simpan dalam komputer anda. Apa guna berjuta rencana kalau 80% isi kandungannya dalam bahasa Inggeris? Saya tak nak senaraikan nama rencana-rencana tersebut di sini sebab saya tak nak ada yang kecil hati, tetapi kalau nak buat, buatlah betul-betul. Kalau tak nak buat, jangan buat langsung! Walaupun penulisan bahasa melayu saya kurang baik, tetapi saya tetap akan menghabiskan terjemahan yang saya buat. Saya tak faham kenapa ada orang yang suka buat kerja separuh jalan. Apa yang nak dibanggakan sekiranya anda ada banyak senarai yang bertulis B dalam seksyen “sumbangan saya” (menunjukkan anda ni kononnya menjadi penulis utama rencana-rencana tersebut) tetapi kalau isi kandungannnya berbahasa asing? Kalau tujuan sesetengah orang di sini hanya untuk mengejar jumlah rencana yang ditulis tanpa mengira kualiti, lebih baik tak payah tulis. Walaupun saya sibuk dengan rencana-rencana yang saya tulis, tetapi jangan ada yang kecil hati kalau saya akan PADAM bahagian bahasa asing yang 80% ~ 90% dalam rencana-rencana tersebut. Saya harap, sesiapa yang berbuat “demikian”, silalah maklum. Saya minta maaf kalau terkasar bahasa tetapi tolonglah buat betul-betul. Saya tak tahu kenapa saya rasa marah tetapi bagi saya kalau hanya segelintir sahaja yang mementingkan kerja yang baik tetapi ramai yang buat cincai, kita takkan kemana lah!! Rencana-rencana yang saya maksudkan adalah rencana-rencana baru, bukan lama! Dan penulis tersebut buat sikit dan kemudian tinggalkan begitu sahaja berserta tag mengatakan “rencana ini perlu diterjemahkan”. Lepas tu penulis tersebut buat lagi rencana baru dan tinggalkan separuh jalan seperti sebelumnya dan terus dengan lain-lain rencana yang dibiarkan sebegitu juga. Itu yang buat saya marah. - Jay 10:53, 12 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya tau anda pasti sedang mengatakan saya. Bukannya saya tak mau terjemahkan, tapi upaya saya amat terhad! Kemahiran saya membuat terjemahan amat terhad, lagipun saya masih bersekolah, jadi tak banyak masa nak buat demikian. Anda semua harus menumpukan lebih perhatian pada rencana-rencana yg lebih penting! Anda boleh merujuk kpd laman utama, memeriksa ulangtahun pada hari itu, dan mula mengimpot atau menulis rencana yg tiada. Pd 2 minggu yg lalu, semasa hari cuti sekolah, saya dpt memilih rencana yg penting utk import.
Kita harus cuba mendapatkan lebih lebih banyak orang untuk menyunting. Anda semua boleh tengok bahawa rencana-rencana yg dari Wikipedia Bahasa Inggeris tu panjang-panjang belaka! Kita harus bekerjasama utk menyelesaikan masalah ni, "Bersatu pada bertambah mutu!" --Edmund The King of The Woods! 10:36, 14 Jun 2007 (UTC)[balas]

Jika pepatah melayu berkata, siapa yang memakan cili, dia yang terasa pedasnya tetapi sebenarnya masih banyak lagi pengguna (selain Edmundkh) yang melakukan hal demikian. Saya pernah menyekat pengguna-pengguna yang melakukan perkara yang sama iaitu tidak menghabiskan terjemahan. Oh ya, mengapa tugas kita di sini untuk menterjemah, bukan menyunting dengan pengetahuan yang kita ada? Ya, kita masih belum cukup ilmu... Kerana pakar-pakar ilmuwan Melayu kebanyakannya menyumbangkan ilmu mereka dalam bahasa Inggeris, bukan Melayu. Lagipun, untuk mendapatkan ramai orang untuk menyunting tidak semudah mendapatkan orang untuk bekerja kerana suntingan di sini adalah suntingan sukarela, percuma dan memerlukan minat yang ikhlas. Jadi, amat sukar sama sekali untuk melaksanakan banyak perkara.
Tambahan lagi, MEMANG RENCANA WIKIPEDIA INGGERIS SANGAT PANJANG tetapi ada anda tengok berapa banyak stub yang mereka simpan sehingga boleh dibahagikan kepada banyak kategori. Lagipun, mereka mempunyai 4 juta pengguna berdaftar dan wikipedia sana mampu berkembang pesat walaupun mereka mampu mengarang sendiri tanpa mengimport dari sebarang wiki. Sumbangan mereka adalah meluas dari pelusuk dunia tetapi Wikipedia Melayu memerlukan mereka yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu untuk menyunting. Walaupun begitu, masih ramai yang mempunyai kesalahan tatabahasa dan penyalahgunaan kosa kata. Ada dipertimbangkan yang itu?
Wikipedia Melayu bermula 2 tahun selepas Inggeris dan ketika Inggeris masih pesat membangunkan rencananya, tahun-tahun pertama Wikipedia Melayu amatlah kosong dan geraknya amat perlahan sehingga Yosri (antara pengguna awal) membuat templat ayat dan menampalkannya di kebanyakan rencana yang membuatkan, jika anda lihat sendiri, ayat tersebut masih belum diubah. Kelemahan lagi dalam Wikipedia Melayu ialah kebanyakan pengguna berdaftar kita menyumbang tidak sampai 10 suntingan dan tidak dilupakan juga mereka yang mendaftar 5-6 kali menggunakan nama berlainan tetapi tidak digunakan. Wikipedia mempunyai ramai pengguna hantu. Mengharapkan yang aktif, berapa ramai? Selepas itu, semua yang aktif dijadikan penyelia. Sehingga satu tahap, mereka tidak mampu aktif, dilucutkan jawatan. Dan kebanyakan yang telah dilucutkan jawatan tidak muncul lagi hingga kini. Saya tak mahu bertanya mengapa ini terjadi.
Lihat berapa banyak rencana yang tidak diterjemah, bercampur aduk atau rencana rojak dan rencana yang mengandungi ayat yang langsung tidak difahami (walaupun dalam bahasa Melayu) di Wiki kita? Mengapa harus ditambah beban dan "kerosakan" itu lagi? Kita menyediakan maklumat untuk kegunaan ramai, bukan menyediakan kerja untuk dikerjakan ramai. Kita hanya membuka peluang untuk mereka menambah maklumat jika mereka ada, bukan memaksa sesiapapun untuk menterjemah mahupun memanjangkan rencana yang kita buat. Lebih dikatakan, kita memulakan, hendaklah tanggungjawab kita menghabiskan. Jika tidak mampu, tinggalkan yang terbaik untuk tatapan umum, bukan dengan campuran bahasa yang tidak dikehendaki di sini.
Sudah 2 tahun saya berkecimpung, bergiat aktif dalam suntingan di Wikipedia dan kini saya faham mengapa ada pengguna aktif yang dahulu sanggup menarik diri dari membuat kerja begini. Boleh dikatakan, saya mungkin turut mengalaminya cuma apabila difikirkan perlukah saya mengikut langkah mereka meninggalkan wiki ini adalah satu perkara yang tidak wajar kerana Wiki ini masih "sakit" dan "berparut". Rawatlah ia dan janganlah ditambah kesakitannya. Kelak, kita semua yang merasa. Punah cita-cita dan impian kita. Jangan disamakan serindit, merpati dan helang. Yang penting, kita jadilah yang terbaik. Polar 15:23, 14 Jun 2007 (UTC)[balas]

Edmund, kalau awak faham apa yang saya tulis, awak takkan cakap begitu. Saya cakap

KALAU TAK ADA MASA MENTERJEMAHKAN, JANGAN TINGGALKAN “YANG BELUM TERJEMAH” DI SITU. LETAKKAN APA YANG AWAK SUDAH TERJEMAH SAHAJA.

Awak kata “SAYA MASIH BERSEKOLAH”, tetapi apa bezanya dengan kami yang sudah bekerja? Awak kata "keupayaan awak terhad", jadi bagaimana anda nak menyunting kerja pengguna lain (salah satu tugas penyelia)? Awak fikir kerja penyelia hanya untuk ban IP orang saja ke?

Adakah awak rasa dengan memohon sebagai penyelia boleh “menyelesaikan” masalah sekolah awak? Awak sendiri katakan awak tak ada masa untuk membuat rencana, tetapi ada masa nak menyunting kerja orang lain? Ironic isn’t it?

Saya bekerja keras untuk MEMBIRUkan rencana-rencana pilihan saya. Kalau saya ikut cara Edmund yang “menarik tu”, dah lama semua rencana-rencana opera jadi BIRU. Senang aje, copy semua!! Kan dah biru?

Edmund, saya cadang awak berhenti buat rencana-rencana baru dan perbaiki rencana-rencana yang anda telah tinggalkan separuh jalan. Sekiranya seorang penyelia buat macam ni, bayangkan apa para pengguna boleh buat.. kita akan cakap “Alaaa penyelia buat rencana cincai macam tu, so kita pun boleh lah!” Itu yang saya maksudkan sebagai TELADAN. Macam ketam nak mengajar anak berjalan betul. - Jay 15:35, 14 Jun 2007 (UTC)[balas]


Sama juga seperti saya, Edmundkh. Jika anda rasa tugas saya sebagai penyelia kelihatan mudah, cuba LIHAT perubahan terkini. Banyak benda yang saya RISAUKAN, misalnya pengguna tak berdaftar saya selalu SEKAT kerana merosakkan rencana, membuat rencana vandalisme, membuat kategori vandalisme. Itulah yang saya amat RISAU dan yang saya STRESKAN. Itulah faktor mengapa saya sibuk kerana dengan PERKARA sedemikian ini. Anda sebagai pengguna biasa sepatutnya bekerja KERAS seperti untuk buat suatu rencana baru yang panjang dan kemudian TERJEMAHKANNYA habis2 semasa saya bertugas sebagai penyelia, jadi, sila lihat rencana saya iaitu Masa. Oleh sebab itulah yang saya lakukan sebelum saya jadi penyelia. Jadi kenalah rajin bantu majukan WIKI MS ini walaupun anda bersekolah. Tuhan AMAT adil, dia berikan masa 24 jam kepada semua manusia untuk mereka lakukan apa-apa aktiviti sekalipun. INGAT saudara Endmundkh anda ada begitu banyak masa untuk melakukan apa jua yang anda mahu. Sekolah ke tak sekolah, anda boleh bahagikan masa di WIKI MS SEKURANG-KURANGNYA 1 jam pun cukup. Lepas tu anda nak belajar ke, main ke, keluar ngan kawan pun buatlah. — Aeon 16:04, 14 Jun 2007 (UTC)[balas]


Edmund, Nampaknya setelah saya padam bahasa Inggeris dalam rencana-rencana yang anda buat, anda meletakkan balik bahasa-bahasa Ingeris di situ. Sekira anda ingin menterjemahkan, saya tak kisah. Tetapi adakah anda bercadang untuk menterjemahkan atau hanya untuk menyakitkan hati semua orang? Saya tunggu dan lihat, harap-harap awak terjemahkan apa yang awak copy/paste semula itu. Harap-harap, ianya tak lebih dari seminggu. - Jay 12:59, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]

Dulu pernah berlaku perkara ini, ada yang disembunyikan, ada yang dihilangkan ada yang dihapuskan terus mengikut budi bicara penyelia. ...Aurora... 13:14, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]
Jika tindakan itu berterusan, tindakan sekatan boleh diambil. Jangan risau. - Polar 02:33, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]
Nampaknya Edmundkh semakin melampau, dia guriskan komen saya pada laman pengundiannya dan saya sudah kembalikan suntingannya. Saya harap tiada sekatan yang akan dikenakan terhadap dia. Diharapkan agar penyelia lain mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Terima kasih. — Aeon 03:24, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]
Saya ingin membuat usulan untuk pengundian Edmund sebagai penyelia diBATALKAN. Bayangkan apa yang dia boleh buat sebaik sahaja dia jadi penyelia. Mungkin pada masa tu, dia akan ban saya apabila saya menegur dia atau memadam apa yang dia tulis. Setengah terjemahan beliau agak kurang baik dan saya sendiri tidak faham, bagaimana dia nak menyunting (tugas penyelia) kerja orang lain? Tambahan pula, adakah seorang yang membuat amalan copy/paste bahasa Inggeris ke dalam hampir semua rencana -rencana boleh diterima untuk bertanding sebagai penyelia? Bagi saya, kita perlu ada guideline untuk menjadi seorang penyelia. Saya memohon para penyelia melihat perkara ini dengan serius. Saya tak fikir beliau bersungguh-sungguh untuk jadi penyelia untuk membantu Wiki MS, dia hanya nak jadi penyelia untuk nama dan kuasa. Beliau bukan sahaja terlalu muda dan mentah (kurang matang) malah penguasaan bahasa melayu beliau juga kurang baik. Ini bukan satu calon penyelia yang baik sama sekali- Jay 03:34, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Maafkan saya kepada semua yang sudah tidak puas hati dengan saya.
Kepada Jay: Saya letak balik Bahasa Inggeris dalam bentuk tersembunyi adalah untuk meminta orang lain menterjemahkannya, BUKANNYA MENYAKITKAN HATI ANDA SEMUA, saya sumpah. Selain itu, kenapa anda fikir saya akan larang (ban) anda? Apakah buktinya? Lagipun, saya pun faham bahawa anda berhak untuk membuat apa-apa, tapi saya hanya rasa tindakan anda tidak wajar. Saya berharap anda bukan di sini untuk cuba singkirkan saya daripada Wikipedia Bahasa Melayu. Saya di sini untuk cuba mengimport apa yang penting saja supaya boleh dijadikan bahan bacaan dlm Bahasa Melayu. Anda perlu buktikan bahawa saya memang orang sebegitu yang bertindak melulu selepas ditegur.
Kepada Aeon: Maafkan saya kerana mengguriskan komen anda. Ketika itu saya guriskan kerana komen itu adalah suara anda untuk menyokong saya ketika menulis. Selepas itu anda telah berubah fikiran pula. Jadi saya rasa komen itu tak perlu lagi, kerana dah bertentangan dengan fikiran anda semasa. Mula-mulanya saya juga fikir sama ada nak tarik balik ucapan saya di laman perbualan anda. Memandangkan anda telah memberi amaran kepada saya tentang peristiwa di laman pengundian, saya membuat keputusan untuk biarkan saja ucapan terima kasih saya di perbualan anda.
Sekali lagi saya meminta maaf kepada semua... --Edmund The King of The Woods! 08:22, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Jangan asyik mengata-katakan saya saja. Saya nampak ada satu rencana yg dibawa daripada Wikipedia Bahasa Inggeris, oleh seorang penyelia yang saya tidak ingin nyatakan, mengandungi terlampau banyak Bahasa Inggeris. Rencana itu merupakan salah satu yang dipadam banyak oleh Jay.--Edmund The King of The Woods! 08:39, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]


Edmundkh, Beginilah, saya minta maaf di atas apa yang saya cakap, sebagai manusia, kita semua ada buat kesilapan termasuk saya, anda dan orang lain. Saya dah teruskan “hidup” saya di sini (melupakan kes anda) dengan meneruskan penulisan artikel-artikel seperti biasa (dalam wiki EN dan juga wiki MS) kerana tujuan saya di sini adalah semata-mata untuk menulis bagi memajukan kedua-dua Wiki yang saya sertai, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Saya volunteer. Saya tidak mahu awak berkecil hati dan meninggalkan Wiki. Semenjak dari muda lagi (saya ni dah 37 tahun), apabila saya dicabar atau ditegur, saya akan membaiki diri saya.

Terus-terang saya katakan, Wiki MS banyak membantu saya memperbaiki penulisan dalam bahasa Malaysia. Dahulu, saya cuma menulis dalam Wiki EN dan selepas itu saya mula terjemahkan apa yang saya tulis dari EN kepada MS (sehingga hari ini). Sesetengah artikel yang saya terjemahkan adalah penulisan saya sendiri di Wiki EN. Mula-mula, saya pun nak ketawa dengan apa yang saya terjemahkan sebab bunyi terjemahan yang saya buat cukuplah kelakar (orang putih kata “silly”) sedangkan saya orang melayu yang makan tempoyak, petai dan segala jenis ulam-ulam.

Jadi saya rasa, anda juga boleh belajar di sini. Buat perlahan-lahan, terjemahkan perenggan demi perenggan. Dari masa ke semasa, semak balik. Sehingga kini, saya masih menyemak kerja-kerja awal saya sebab banyak yang saya sedar bunyinya salah , walaupun dahulu bagi saya itu adalah betul. Sehingga hari ini, saya masih ada buat kesilapan bahasa, nahu dsb, harap-harap satu masa nanti, saya akan menjadi penulis yang lebih baik.

Saya yakin, pada pada suatu masa nanti, apabila anda sudah bersedia, anda akan sedar sendiri. Dan pada masa itu, saya akan menyokong anda sebagai penyelia. Niat saya menegur anda bukan sebab saya benci atau dengki, tetapi niat saya ikhlas. Mungkin cara saya silap, oleh itu saya minta maaf.

Awak masih muda, dan saya faham sebagai seorang remaja, awak marah bila kami tegur.. saya pun pernah muda juga. Saya amat berharap agar anda secara perlahan-lahan, menghabiskan terjemahan dalam rencana-rencana anda. Kalau tak faham, kita ada ramai abang-abang dan kakak-kakak untuk membimbing anda. Ok? Saya harap anda tak kemana, teruskanlah menulis di sini. Saya tak dapat membantu sebab saya masih ada lebih dari seratus rencana-rencana yang perlu diterjemahkan di Wiki MS dan juga terlalu banyak artikel stub dalam Wiki EN (Opera related).

Mata saya sakit tengok pautan merah dalam rencana-rencana pilihan saya di sini mahupun di EN. Sesetengah daripada rencana di Wiki MS, saya hanya menulis 50% dari rencana asal sebab kalau saya habiskan sepanjang-panjangnya, saya tak boleh buat yang lain. Tetapi, saya takkan tinggalkan bahagian bahasa Inggeris di situ, saya terjemahkan yang penting dahulu dan simpan selebihnya yang berbahasa Inggeris dalam komputer saya – untuk dibuat kelak. - Jay 12:24, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]


Haha Abang Jay, sebenarnya saya tidak berapa marah, kerana anda semua juga untuk kebaikan Wikipedia Bahasa Melayu, saya faham. Bukan semua remaja atau kanak-kanak adalah kecil hati seperti anda bayangkan, hehe... Kita sering diajar untuk "menerima teguran atau kutukan orang lain", kan? Kita semua sering bersalah. Rasanya agama Islam anda juga seperti agama Kristian saya, "semua orang tidak sempurna". Kita juga berdosa kadang kala. Tetapi berdasarkan kemarahan atau ketidakpuashati anda semua, saya seolah-olahnya rasa anda semua dah salah faham terhadap saya. Saya menerima bahawa saya memang bersalah utk potong komen Aeon di laman pengundian saya.

Saya takkan tinggalkan tempat ini. Saya mau terus menyumbang di sini kerana menampak potensi utk Wikipedia Bahasa Melayu ini berkembang, tapi kekurangan rencana yg penting. Saya harap kita akan terus berganding bahu menjadikan Wikipedia BM ni lagi besar. Salam. --Edmund The King of The Woods! 08:43, 17 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kategori kelahiran atau bangsa/keturunan

Sejak kebelakangan seorang pengguna (Pengguna:Kulim) melabelkan sesetengah penyanyi seperti:-

kategory:Russia Amerika
kategory:Itali Amerika
Kategori:Jerman Switzerland

Adakah pengguna ini ada melihat sijil kelahiran mak bapak penyanyi-penyanyi tersebut? Saya menulis mengenai penyanyi Switzerland, Urs Bühler yang pergi belajar muzik di Jerman. Tiba-tiba sahaja, pengguna tersebut melabelkan Urs Bühler sebagai “Jerman Switzerland”. Saya terpaksa "undo" kan. Semalam, beliau meletakkan penyanyi wanita soprano Catherine Malfitano sebagai Russia-Amerika dan Itali-Amerika. Apa bukti nya? Begitu juga David Miller, beliau dikategorikan sebagai Inggeris-Amerika. Saya terpaksa "undo"kan semua itu. Saya berharap, kita tak payahlah mengkategorikan sampai ke tahap itu terutamanya jika kita tak tahu. Jangan ikut “nama” untuk membuat andaian keturunan orang. Macam saya, JAY adalah nama dalam IC saya, so.. saya ini Malaysia-Amerika ke? Setahu saya.. tak pulak! Saya makan tempoyak tau! - Jay 05:09, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]

Setuju. ...Aurora... 13:14, 15 Jun 2007 (UTC)[balas]
Betulke dia tak tahu apa-apa, tiba-tiba buat kategori.... aduiiiiMalekhanif 17:46, 24 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kerosakan komputer saya

Minta perhatian, saya tak mungkin dapat menyumbang di wiki ms ini kerana komputer saya di rumah sudah rosak, tak boleh start. Tak mengapa, saya akan kembali secepat yang mungkin. Kalaupun saya sudah tidak aktif, saya boleh jadi penyelia semula, adakah benar? Saya akan tinggalkan wiki ms ini buat masa lama. Maaf banyak2lah ye... — Aeon 03:30, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Keadaan yang tidak patut berulang

Kebelakangan ini, Aeonimitz menimbulkan beberapa kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku sekali lagi dalam sejarah Wikipedia ini. Ini bukanlah tuduhan melulu tetapi hanyalah nasihat yang diajukan agar sebarang kesilapan tidak berulang setiap musim.

Keberadaan Aenimitz sangat mengimbas kembali peristiwa Emrrans dahulu kerana terdapat kesilapan yang sama telah dilakukan. Saya tidak kira anda adalah orang yang sama atau dua orang yang sangat berbeza, itu bukan masalah saya, tetapi hendaklah saya harap sesiapa juga faham akan situasi di Wikipedia ini.

  1. Saya harap tiada sesiapapun yang harus memandang remeh jawatan penyelia seperti konsep pakai buang kerana perlantikan anda bukan seperti memberi kertas kosong. Ia memerlukan sokongan ramai dan pengesahan pihak tertentu untuk memakbulkan niat anda yang ikhlas ingin membantu itu. Terus terang saya katakan, satu semester di universiti tidak memakan masa enam bulan dan manan penyelia masih boleh menggunakan mana-mana sela yang boleh untuk jalankan juga tugas untuk menyelia kerana bukan anda seorang yang sibuk. Janganlah hanya selepas beberapa minggu mengubah pelbagai interface dan menyekat beberapa pengguna, anda melepaskan tanggungjawab anda itu. Walaupun ini adalah dalam talian, tanggungjawab adalah suatu yang perlu diamalkan dalam mana-mana aspek.
  2. Janganlah menyekat pengguna aktif lain dengan terlalu sikit kesilapannya kepada anda dan saya tahu anda memang berasa "terancam" walaupun dengan perkataan kecil. Anda harus tahu, bukan anda seorang yang memerhati pengguna lain, ramai lagi penyelia. Keterancaman anda tidak bermakna dia harus disingkirkan dari menyunting kerana anda kelihatan pernah menyekat pengguna yang aktif. Sumbangan mereka di sini adalah untuk Wikipedia dan untuk masyarakat Melayu dan bukan untk anda seorang. Anda mungkin masih perlu berbincang dengan penyelia lain (dan juga pengguna lain yang aktif) di sini sama ada perlu atau tidak penyekatan itu dilangsungkan sama seperti yang pernah berlaku ketika penyekatan pengguna Kojek, Fantastic4boy, dll. untuk memastikan sama ada hal tersebut relevan dan serius atau sekadar hal remeh temeh.
  3. Jangan timbulkan sensitiviti agama dengan mana-mana pengguna. Mungkin anda tahu ataupun tidak, tahun lepas, 2006, pengguna Emrrans telah menyerang pengguna PM Poon menggunakan sensitiviti agama yang sepatutnya tidak harus berlaku. Terus terang saya katakan, hal serangan agama tidak harus diungkit walau betapa marahnya anda kepada pengguna lain yang berlainan agama.

Kita menyunting di sini hendaklah bekerjasama dan jangan sentiasa bertelagah terutama antara pengguna yang aktif dan penyelia juga. Ini akan membantutkan usaha kita dalam menaikkan nama Wiki ini. Saya harap sesiapa pun dapat faham dan janganlah diulang lagi perkara yang remeh-temeh yang tidak harus berlaku.

Kepada Aeon, saya harap, anda banyakkanlah berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan. Saya takkan menjamin yang anda akan mendapat balik jawatan penyelia setelah anda meletakkan jawatan tersebut sama seperti Emrrans. Apapun, marilah kita belajar dari sejarah kesilapan agar jangan diulangi kesilapan yang sama. Salam buat semua. :) Polar 14:22, 17 Jun 2007 (UTC)[balas]


Kepada Aeonimitz, silalah bersikap matang. Master2841 17:49, 17 Jun 2007 (UTC)[balas]

Agama memang isu yang sensitif. Tetapi kita harus menerima kepelbagaian agama. Buatlah rencana di atas tajuk yang berbeza. Contohnya Jesus dari Perspektif Islam. Malekhanif 17:52, 24 Jun 2007 (UTC)[balas]

Helooo... Ada orang tak?

Eh, kenapa sini sunyi sepi aje? --Edmund The King of The Woods! 08:43, 19 Jun 2007 (UTC)[balas]


Terjemah... terjemah... terjemah... Yosri 09:05, 19 Jun 2007 (UTC)[balas]

Amboi sibuknya anda semua ni... Maafkan saya kalau saya yang memang menyusahkan anda semua... --Edmund The King of The Woods! 10:33, 19 Jun 2007 (UTC)[balas]

Ucapan saya selepas Kekalahan saya

Yang Berusaha dan Berhormat para penyelia, dan rakan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini saya ingin memberi ucapan saya selepas kegagalan saya untuk menjadi penyelia.

Saya ada sedikit terkejut apabila saya mendapati bahawa permohonan saya diluluskan untuk menjalankan pengundian. Kerana saya mendapati bahawa menurut amalan biasa, seseorang pengguna yang ingin memohon perlu berdaftar selama 3 bulan dan telah membuat 100 suntingan. Namun ketika saya memohon, saya hanya berdaftar kira-kira 2 bulan setengah. Mungkin saya dikecualikan kerana saya telah membuat suntingan 600 lebih ketika itu.

Di sini saya ingin berterima kasih kepada 3 orang yang menyokong saya itu: User:Pejuang bahasa, User:Syarikat Pemunggahan Rencana, serta User:Senyuman. Saya amat terharu untuk mendapat sokongan mereka. Keadaan saya lebih baik daripada User:Lokey3310. Akhirnya dia tidak dapat apa-apa sokongan!

Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pengundi yang membantah serta yang berkecuali. Mereka telah banyak mengajar saya: User:Master2841, User:Che090572, User:Aeonimitz, User:Whjayg, User:Didie, dan User:Hafrul. Mereka telah memberi pandangan mereka dengan sebaik-baiknya. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu saya tak sampai peringkat itu, ataupun sumbangan saya tak cukup.

Namun yang menyedihkan ialah, saya telah bergelut dengan saudara Aeon pula. Saya amat menyesal untuk mengguriskan komennya yang menyokong saya ketika dia menulis. Ini memang menyinggung perasaannya. Yang menarik ialah, kehidupannya sebagai penyelia adalah dalam lingkungan tarikh pengundian saya. Dia menjadi penyelia selepas pengundian saya bermula, dan dia meletakkan jawatan sebelum pengundian saya tamat. Semasa dia menyokong saya, dia berharap dapat bekerjasama dengan saya, dan memandang tinggi terhadap saya untuk menjadi penggantinya. Biarpun saya menang kali ini, saya tetap tidak berpeluang untuk bekerjasama dengannya. Amat menyedihkan. Rasanya kini dia memang hendak bersara daripada kehidupan Wikipedia.

Kalau Aeon tidak matang, maka Abang Jay pula yang matang. Saya juga pernah bertengkar dengannya di sini, namun kini sudah aman damai. Saya juga sedar akan tujuannya untuk memadam kandungan Bahasa Inggeris yang terlampau banyak. Seperti yang saya beritahu dia, bagus juga dia berbuat demikian, kerana orang lain boleh meletakkan maklumat yang terbaru.

Yang menghampakan ialah, orang-orang besar seperti User:Yosri, User:Aurora, User:Polar, dan sebagainya, tidak datang mengundi. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan.

Walaupun saya tidak dapat menjadi penyelia setakat ini, saya tidak berputus asa! Saya akan terus menyumbang di sini, dan cuba memohon untuk menjadi penyelia lagi! Saya sentiasa di sini, berganding bahu dengan anda semua.

Apabila masanya sudah tiba, saya akan membuat permohonan lagi untuk menjadi penyelia, dan berharap agar orang-orang yang penting seperti yang disebutkan di atas akan datang mengundi. Dan untuk Aeonimitz pula, saya berharap dia betul-betul insaf terhadap kesalahannya, dan kami akan mengalu-alukannya jika dia hendak pulang.

Saya berharap Wikipedia Bahasa Melayu ini akan terus berkembang, lebih baik jika mencecah 100000+ buah rencana. Dan saya berharap agar ini akan menjadi suatu punca maklumat yang penting di Malaysia, Brunei, dan Singapura, terutamanya masyarakat Melayu. Walaupun saya bukan Orang Melayu, namun saya ingin menolong para Orang Melayu dengan menyumbang di sini.

Sekian, terima kasih!

--Edmund The King of The Woods! 10:31, 19 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya juga berharap Aeon akan terus memberi sumbangan. Begitu juga dengan Edmund. Kerja sukarela seperti ini tidak semudah dijangka.Malekhanif 17:58, 24 Jun 2007 (UTC)[balas]

Wikimedia Election Notice

If you are able, please translate this notice to as many possible languages and post it anywhere applicable.

The Wikimedia Election Committee is accepting candidates for the 2007 Wikimedia Foundation Board of Trustees election. Please see [1] for more information.

There is still time for a new candidate to be considered for election, and you may now endorse the candidate of your choice (up to 3 candidates) on the endorsements page, [2]. Please read the instructions carefully prior to endorsing. If you can translate the instructions, please do.

If you have any questions, please contact any member of the election committee, who are listed here [3].

Posted on behalf of the Election Committee,
Philippe

Bantuan penulisan zaman-zaman bersejarah

Pada pendapat saya, zaman-zaman di bawah amat penting untuk sejarah. Saya dah buatkan bahagian muzik untuk zaman-zaman tersebut tetapi saya tak dapat nak buat bahagian tu. Jadi kalau ada sesiapa yang bermurah hati..

  1. Zaman Pertengahan - Medieval or Middle Ages
  2. Zaman Pembaharuan - Renaissance - Ini dah ada orang buat tapi separuh jalan saja
  3. Era Barok - Baroque
  4. Era Romantisisme - Romanticism

Terima kasih - Jay 10:31, 21 Jun 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih kepada Polar, Yosri and Aurora di atas kerjasama untuk rencana Zaman Pembaharuan. :) - Jay 02:43, 22 Jun 2007 (UTC)[balas]

* Saya cadangkan ... guna www.citcat.com untuk bantuan terjemahan. Tapi masih perlu banyak suntingan. Malekhanif 18:01, 24 Jun 2007 (UTC)[balas]
Selepas membaca cadangan anda, saya terus mencuba. Tapi tak lama, lepas tu, saya terus berhenti mengguna laman itu. Ianya lebih melambatkan kerja terjemahan sebab saya keliru dengan kesilapan perkataan dan ayat tonggang terbalik yang memberi erti berbeza dan salah. Saya terpaksa membezakan terjemahan laman itu dengan ayat bahasa Inggeris satu persatu sebab takut memberi erti yang salah, lepas tu kena betulkan bahasa dsb. Masa yang saya lungkan di situ sahaja cukup panjang berbanding dengan membuat terjemahan sendiri. Kepada sesiapa yang menggunakan laman itu, anda mesti baca betul-betul sebab kalau tidak, erti terjemahan anda akan salah walaupun penggunaan bahasa melayu adalah betul. - Jay 14:53, 25 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya bongkarkan siapa sebenarnya saya

Secara terus terang saya berasa...... amat...... amat bersalah, saya minta maaf kerana bertengkar dengan hafrul dengan edmundkh. Anda memang betul Hafrul..... mengikut pengesanan alamat IP saya yang dibuat oleh anda.... ia dari Malaysia... dan memang sebenarnya saya bukan aeonimitz dan bukan berasal dari brunei..... sebenarnya saya memang Emrrans dan saya pula memang mempunyai niat tersembunyi. Sebenarnya saya menjadi sockpuppet kerana ingin membantu wikipedia melayu tetapi disebabkan akaun sebenar saya semasa penyeliaan saya iaitu Emrrans tercalar akibat penyalahgunaan kuasa oleh saya sendiri dan kerana saya ingin menjadi seperti somebody rather than nobody disebabkan kesilapan saya sebagai penyelia semasa saya dalam akaun pengguna Emrrans, dan juga saya tak ingat password akaun lama pengguna saya, itulah faktor-faktornya. Saya memamg pentingkan diri sendiri. Saya minta maaf banyak-banyak atas kejadian ini. Dan anda juga betul edmundkh..... saya kurang matang dalam mengendalikan kuasa saya. Dan sekali lagi saya minta maaf banyak-banyak. Dan ini memang suntingan saya yang terakhir.... bukan semasa pesanan saya dimana saya lucutkan jawatan saya kerana tekanan dosa tipuan yang dirasai oleh saya sendiri..... demi Allah..... saya benar-benar jujur..... ini memang suntingan terakhir saya. Saya mengesyorkan agar mana-mana penyelia di sini menyekat akaun pengguna saya iaitu Aeonimitz di wiki ms ini serta memberitahu penyelia di wiki en juga bagi menghalang saya dari terus melakukan kesalahan besar di kedua-dua wiki ini. Ini merupakan pilihan di tangan penyelia lain samada mahu buat sekatan ini mahupun tidak. Sekian saja dari saya yang benar Emrrans, dan bukan Aeonimitz dari brunei. Sekian Wassalam. — Aeonimitz (sebenarnya Emrrans) 07:00, 23 Jun 2007 (UTC)[balas]


Saya rasa tidak perlu menyekat anda. Anda masih boleh memberikan sumbangan dengan akaun 'sockpuppet' anda itu (walaupun dahulu anda memang anti sockpuppet) daripada anda mencipta banyak lagi akaun lain... Polar 07:17, 23 Jun 2007 (UTC)[balas]
Hehe Abang Aeon, sebenarnya bukan saya yg katakan anda tak matang. Itulah apa yg Master2841 cakap. Tapi tak apa, apa yg telah berlalu biarkanlah saja berlalu. Tak perlu berkira apa yg menyedihkan lagi. Kontroversi yg telah anda timbulkan dah jadi sejarah, maka menanamkannya ke dlm kubur sejarah. Kalau anda memang insaf, biarpun anda pulang dgn "User:Emrrans" ataupun "User:Aeonimitz", saya tetap mengalu-alukan kepulangan anda, sebab orang di sini memang tak cukup. Walau bagaimanapun, saya merindui anda. Segala sumbangan anda tetap kami hargai buat selama-lamanya... --Edmund The King of The Woods! 09:58, 23 Jun 2007 (UTC)[balas]
"bukan sekadar luahan yer.."..sebenarnya saya pun tak pasti siapa yang menyatakan hal anda "bukan dari Brunei"...yang pasti nya dengan jelas di ruangan suntingan peribadi anda (Aeon) telah melakukan kesilapan paling ketara..secara fizikal dan psikologi boleh kelihatan..
  1. alamat IP siapa 60.49.124.105? diruangan suntingan untuk MINAT anda? sejurus alamat IP ini keluar..kemudian anda login pada nama AEON...yang menyunting perkara yang sama..juga alamat IP bebas ini menyunting tarikh lahir untuk AEON...adalah mustahil individu di Wikipedia ingin menyunting ruangan orang lain..ini boleh melanggar etika Wiki..
  2. anda menyata dan mengaku anda dari Brunei secara terang-terangan...tapi tidak ada satu langsung artikel atau rencana anda mengenai Brunei..adalah mustahil individu yang lahir disesuatu tempat..tidak menulis rencana mengenainya..walaupun satu...kerana Wiki Melayu..masih boleh dikatakan dara dalam rencana-rencana..dan boleh dikatakan anda memperdayakannya sebaik mungkin..
apa pun saya ucapakan tahniah..anda berjaya memperdayakan orang yang melantik anda dengan 100% undian..dan tahniah juga untuk semangat anda dalam membantu wiki Melayu yang harus dipuji.dan sikap keji anda dalam mengkucar-kacirkan keadaan orang lain yang harus dibuang...teruskan lah bersama wiki Melayu..tiada bahasa yang dapat membezakan sesuatu bangsa kalau bukan bahasa..adat boleh hilang didunia dengan pemikiran..tidak harus meminta untuk menghadang anda dari membantu wiki Melayu..anda yang harus berfikir..adakah ini untuk diri anda atau untuk berkongsi bersama..salam!! Luv n' Peace Hafrul 'A MODERATE NEGATIVITY CAN LEAD TO SECURITY..A GOOD INTENTION CAN BE MISLEAD

Aeonimitz telah disekat. Master2841 17:26, 25 Jun 2007 (UTC)[balas]

HELLO!!!!

HELLO!!!! Mana pergi anda semua ni!!?? Kenapa baru-baru ni sunyi sepi aje, macam tak ada orang aje!? Lagipun anda semua ni tak aktif baru-baru ni!! --Edmund The King of The Woods! 17:25, 24 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya tak tahu kenapa saya rasa amat lega setelah menghabiskan rencana Kastrato. Mungkin sebab saya rasa bertuah tidak dilahirkan di Itali pada tahun-tahun sekitar 1700. Kalaulah saya lahir pada zaman tu, mungkin saya pun dikembirikan, sebab saya suka menyanyi opera. Isy.. ngerinya. Kejam sungguh mak bapak mereka! - Jay 14:44, 25 Jun 2007 (UTC)[balas]

Itulah, bahayanya Opera. Lagipun asik meneran suara, mereka tidak ada masaalah buasir ke? Yosri 00:37, 26 Jun 2007 (UTC)[balas]

Hehehehe.. sebenarnya nyanyian opera tidak pernah memerlukan penyanyi "meneran", oleh itu isu seperti sakit perut atau buasir tidak pernah wujud. Jikalau anda terdengar ini dari rakan-rakan, itu mungkin kerana mereka mencuba tapi tak tahu teknik yang betul atau mereka cuma buat andaian tanpa mengetahui cerita sebenar. Teknik nyanyian opera terletak kepada cara pernafasan yang betul dan keseimbangan suara dada; suara yang keluar bukan ditekan dari perut tetapi berdasarkan tekanan di dada + pergerakan mulut/pipi. Itu juga bergantung kepada lingkungan suara mereka. Sekiranya seorang yang bernada rendah seperti penyanyi bes cuba menyanyikan peranan tenor (mustahil), memanglah bunyinya kedengaran buruk seperti meneran sebab bes takkan boleh mencapai pic tenor. Begitu juga jika seorang lelaki yang tidak tahu membuat falseto yang betul, kita akan dengar dia menyanyi macam suara bapuk.
Bukan senang untuk menjadi penyanyi opera. Kebanyakan penyanyi yang gagal “cemerlang” dalam opera, biasanya lari ke arena pop atau pop opera. Kalau awak baca artikel sesetengah penyanyi pop, ada di antara mereka yang belajar nyanyian opera ataupun menyanyi lagu biasa menggunakan suara macam suara opera. Tetapi kerana mereka tidak dapat memegang peranan utama ataupun sedar yang mereka tidak sebagus mana, pilihan ke-2 mereka ialah… popular muzik ataupun dikenali sebagai pop. - Jay 01:48, 26 Jun 2007 (UTC)[balas]

Hal yang perlu secara jujur saya kena terangkan

Hai Assalamualaikum, apa khabar semua. Saya harap semua orang di sini ok. Secara jujur, tulah saya kata suntingan saya dah berakhir dan sebenarnya saya amat merindui Wiki ms. Harap maklum, sila sekatkan juga Pengguna:Lokey3310 kerana ini juga sebenarnya saya. Terus terang saya katakan saya rasa amat kesal kerana kesilapan dan dosa saya. Saya juga datang di sini sekali lagi hanya untuk buat kawan, e-mel saya ialah emrrans@hotmail.com saya harap mana-mana dari anda ambil e-mel saya ini, Insyaallah. Dan sebenarnya Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana sebenarnya Pengguna:PM Poon kerana secara jujur saya tahu gaya dia membuat perbualan seperti seakan PM Poon sendiri, diharapkan agar salah satu dari anda sekalian bercakap dengan Pengguna:PM Poon kalau kemungkinan besar dia PM Poon, dan katakan dengan lembut dan beritahu dia siapa sebenarnya dia dan cakap kat dia, dia harus bercakap secara jujur, kalau ya, penyelia di sini kena mengenakan sekatan kerana dia harus mematuhi peraturan Wikipedia, dan tanya kepadanya saya minta maaf atas perkara siapa sebenarnya Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana dan kalau boleh sarankan dia gunakan akaun penggunanya yang lama. Dan secara jujur, saya sebenarnya suka budaya Yahudi dan malah di rumah saya menyanyi lagu dalam bahasa ibrani (hebrew language) dan mempunyai akaun saya dalam Wiki (Ibrani) hebrew iaitu dengan nama sama iaitu Emrrans. Tapi saya sekarang cuba sedaya upaya untuk benci orang Yahudi tapi dengan cara yang sepatutnya. Juga secara jujur saya katakan, kata orang Melayu tak suka Yahudi tetapi semasa saya pergi ikea berbulan lalu ada sebilangan orang melayu yang beragama memakai penutup kepala yang menyerupai penutup kepala Yahudi, 100% benar, bukan cerita rekaan, saya minta maaf untuk mengatakan bahawa orang Melayu jahil dan bodoh, jadi saya nasihatkan kita orang Melayu perlu ubah sikap ini, dan juga mengapa dalam buku muzik yang saya lihat semasa di Carrefour, saya terjumpa nama Matisyahu, nama ini bermaksud pemberian dari Tuhan, dipemerolehan dari Matthew, Yahu bermaksud short-form dari Yahweh yang bermaksud Tuhan, dan mengapa kita selalu suka filem Hollywood, Hollywood sebenarnya dimiliki oleh Yahudi dan kalau nak tahu muka David Copperfield merupakan muka Yahudi, ini kerana berbeza dengan muka eropah dengan semitik seperti arab dan yahudi, rambut mereka hitam, muka mereka tajam bagi lelaki, muka lembut bagi wanita, bibir atas nipis, bibir bawah tebal, dan bulu kening mereka lebat, dan bermata besar dan paling umum saya katakan mereka rupa seperti arab, jadi kebanyakan negara orang Eropah dari seperti Greece bermuka seperti arab tetapi bukan pada kebanyakan orang seperti Denmark kebanyakan negara Eropah bermuka arab tetapi ada juga yang tidak, berbeza dengan orang bermuka arab dengan orang bermuka Eropah, rupa kedua-dua mereka ini seakan sama tetapi orang muka semitik lebih cantik. Jadi caucasian merupakan istilah untuk orang bermuka caucasian dan istilah semitik merupakan istilah orang bermuka seperti caucasian tetapi lebih cantik. Ini contoh tapi benar kalau saya tak cakap mesti anda semua di sini tak tahu, memang benar, ini 100% benar dan saya harap anda sekalian tidak marah, ini hanyalah peringatan. Dan in fact, memang patut orang melayu mempunyai sikap benci kerana orang yahudi merupakan orang paling jahat dan dilaknat seperti yang termaktub dalam Al-Quran, asalkan mereka tidak berbahaya, beragama Islam atau zaman sekarang berYahudi Israel dan Zionis. Terus terang saya katakan saya suka semua bangsa kerana mereka mempunyai ciri-ciri hebat yang baik dalam diri mereka sendiri, termasuk Yahudi, saya tak kata saya benci Yahudi tetapi apa yang saya kena benci terhadap orang Yahudi ialah Yahudi Israel dan Zionis dan saya sarankan agar anda semua baik dengan semua orang, termasuk Yahudi sendiri, anda perlu tahu Nabi Muhammad S.A.W berbaik dengan semua orang termasuk Yahudi walaupun orang Yahudi pada zaman Rasulullah mereka amat benci Yahudi semasa Rasulullah di Madinah, dan walaupun mereka dilaknat oleh Allah, ciri hebat mereka ialah mereka teramat pandai, dan merupakan salah satu dari bangsa terpandai di dunia. In fact, mereka ini datang dengan berbagai rupa, seperti rupa caucasian, oriental (seperti cina), dan rupa Afrika, saya harap anda faham. Dan jangan ingat mereka tidak tahu orang melayu benci Yahudi, sebenarnya mereka tahu. Dan walaupun orang Yahudi Israel tak dibenarkan memasuki Malaysia. Mereka boleh datang ke sini dengan berbagai warganegara lain seperti Amerika Syarikat, Mexico dll. Saya cakap banyak kan? Dan MasyaAllah mengapa saya begitu sehinggakan kepandaian orang Yahudi pun kalah, jadi mungkin saya rasa sebenarnya secara jujur saya ada darah Yahudi kerana setahu saya keturunan saya dari Pulau Pinang dan menurut apa yang saya baca mengenai Yahudi Malaysia di wiki ini, ada perkuburan Yahudi, kalau nak tahu lebih lanjut, sila baca rencana ini, dan jadi jangan benci saya kerana saya berdarah Yahudi kerana saya juga manusia seperti anda semua, dan walaupun Yahudi merupakan bangsa yang dilaknat oleh Allah, mereka juga boleh bertaubat dan secara jujur sebenarnya juga saya banyak tipu diri sendiri, saya minta maaf banyak banyak atas kesalahan saya. Jadi jika anda sekalian mempunyai apa-apa masalah, anda boleh contact e-mel saya atau balaskan pesanan di kedai kopi atau pada alamat IP saya. Saya sebenarnya hendak masuk dengan akaun pengguna lama saya iaitu Pengguna:Emrrans tetapi saya tak ingat kata laluan (password) saya jadi terpaksalah gunakan akaun lain yang saya ada dan juga pada pesanan yang sedang saya tulis ini secara tak berdaftar sekarang ini. Jadi saya minta maaf kepada semua pengguna yang berada di sini atas kesalahan dan dosa saya, termasuk Sheikh Yosri. Jadi itu sahaja yang saya nak katakan goodbye. Semoga semua pengguna di wiki ms ini menjadi lebih bersikap baik, InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 14:41, 27 Jun 2007 (UTC)[balas]

Syarikat Pemunggahan Rencana (SPR) tak pernah menyembunyikan maklumat yang dia adalah sebenarnya PM Poon. Malah SPR tidak pernah menggunakan akaunnya untuk menyelewengkan kuasa. Jadi saya tidak nampak akan perlunya menyekat SPR. Jangan cuba meletakkan kesalahan di bahu orang lain. Pengguna akaun sockpuppet adalah dibenarkan walaupun tidak digalakkan kecuali dalam beberapa kes. Saya cadangkan anda baca Wikipedia:Sockpuppet di Wikipedia en. Master2841 16:53, 27 Jun 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih atas sokongan Master2841

Di sini, saya ingin berkata bahawa saya sangat terharu kerana pesanan Master2841 di atas. Sebenarnya, saya tidak tahu tentang apa itu sockpuppet (walaupun perkataan itu sering diutarakan di Wikipedia bahasa Inggeris; saya salah menganggapnya sebagai bot, hehehe) serta bahawa amalan menukarkan nama id tidak digalakkan. Kalau saya tahu, saya akan terus menyumbang sebagai pengguna tanpa nama.

Di sini, saya ingin mengemukakan tentang mengapa saya menukarkan nama id saya. Semasa saya menyumbangkan rencana di sini sebagai PM Poon, saya sering berasa bahawa saya tidak tergolong dalam komuniti ini kerana tidak dapat memiliki rasa kekitaan. Saya mengesyaki bahawa ini mungkin diakibatkan oleh sifat saya yang suka berdebat serta suka memainkan peranan devil's advocate, tetapi saya tidak dapat memastikan kebenaran itu. Selain itu, saya juga berasa seolah-olah pengguna kelas kedua, seperti dengan rakyat berketurunan Cina di negara Malaysia. Jerami yang mematahkan bahagian belakang unta (The Straw that Broke the Camel's Back, hehehe) ialah pergaduhan dengan Alistair. Sejak dari masa itu, saya memutuskan tidak akan lagi menggunakan nama id PM Poon, kecuali untuk muat naik gambar kerana tidak dapat berbuat demikian tanpa nama id.

Sebenarnya, saya berasa bahawa tuduhan Alistair langsung tidak kena. Sememangnya, saya mengaku bahawa saya masih mementingkan diri kerana usaha saya untuk mengurangkan kecenderungan itu masih tidak cukup berjaya. (Piawai yang saya maksudkan ialah sebahagian kecil daripada peringkat Mahatma Gandhi dan Ibu Teresa, bukannya 10 kali Ling Loin Sick atau Semi Value, ooophs, salah ejaan pulak, hehehe.) Akan tetapi kalau seorang yang mengaku diri sebagai mementingkan diri dapat menghabiskan sehingga 15 jam setiap hari untuk mengembangkan portal bahasa Melayu ini, kan orang yang mendesak bahawa dia tidak mementingkan diri harus menghabiskan lebih banyak masa? Sememang juga, saya telah pun bersara atas alasan kesihatan dan mempunyai banyak masa, tetapi saya juga boleh memilih untuk tidak menyumbang, seperti baru-baru ini yang langsung tak saya sumbangkan sebarang rencana. Sungguhpun demikian, hati saya masih di sini walaupun saya tidak menyumbang dan saya sentiasa masuk untuk membaca halaman Kedai Kopi.

Di sini, saya juga mengakui bahawa Adnan adalah saya. Saya mencipta nama itu untuk menguji adakah portal ini anti-orang Cina. Nama id itu dipergunakan terutamanya untuk mengisi rencana-rencana tarikh di sini. Sambutan, atau langsung tiada sambutan terhadap "pengguna" itu, menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa portal ini bukannya anti-orang Cina. Selain itu, sambutan terhadap Ychmatematik oleh pengguna lain juga amat menggalakkan, khususnya respons semasa dia tidak lagi aktif. Oleh itu, saya berasa bahawa sikap saya yang suka memainkan peranan devil's advocate adalah punca masalah saya, hehehe.

Nama Syarikat Pemunggahan Rencana dicipta selepas perdebatan yang begitu hebat tentang penggunaan bahasa Indonesia dalam portal ini. Bagi saya, tidak ada masalah, tetapi saya terlupa mengatakan bahawa jangan pindahkan rencana Wikipedia bahasa Indonesia secara bulat-bulat ke sini kerana tidak bermakna. Asalkan mereka menulis rencana bahasa Indonesia yang asal di sini, saya masih berasa ini patut diterima kerana mengikut Teks Bahasa Melayu STPM yang diterbitkan oleh Fajar Bakti, bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga Indonesia Pusat.

Sebenarnya, saya bertujuan Syarikat Pemunggahan Rencana untuk membuktikan bahawa terjemahan daripada bahasa Indonesia adalah lebih cepat, berbanding dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Jika saya dapat membuktikan sedemikian, maka kita boleh menunggang kuda Wikipedia bahasa Indonesia yang berpotensi mempunyai 9 kali lebih banyak pengguna, berbanding dengan Wikipedia bahasa Melayu.

Saya kini tidak ada masa lagi untuk menyumbangkan rencana di portal ini kerana saya telah membeli 4 tapak web sendiri, dengan 3 untuk bahasa Inggeris dan satu lagi untuk bahasa Melayu. Tapak web bahasa Inggeris bertujuan untuk mendapatkan sedikit wang saku, tetapi oleh sebab saya masih ketagih kepada bahasa Melayu yang begitu menarik sifatnya, saya terpaksa menguntukkan satu tapak web untuknya walaupun saya tahu bahawa tapak web itu akan mengalami kerugian dari segi kewangan. Laman web dalam bahasa Melayu hanya akan mengkhususkan bidang pengkomputeran yang menghadapi kekurangan rencana yang begitu ketara walaupun dunia ini telah mengalami pertumbuhan teknologi maklumat yang begitu pesat. Oleh itu, saya masih akan menyumbangkan rencana bukan pengkomputeran dalam Wikipedia bahasa Melayu pada masa kelak apabila keempat-empat portal saya itu dapat merangkak dengan lancar. Portal saya itu masih dalam pembentukan dan dijadualkan untuk penerbitan pada satu atau dua bulan kemudian. Kini saya hanya mempunyai lebih kurang 150 buah rencana pengkomputeran. Selain itu, saya juga akan menguji semua idea saya yang telah ditolak oleh Wikipedia bahasa Melayu, termasuk penggunaan bahasa Indonesia serta penyekatan pengguna tidak berdaftar.

Atas alasan keadilan, saya meminta bahawa nama id PM Poon, Adnan, dan Augustine (hehehe) disekat. Yang lain daripada IP saya bukannya saya tetapi anak-anak serta anak-anak saudara saya yang saya galakkan menyumbang di portal ini. Malangnya, minat mereka langsung tidak ada, walaupun saya menggalakkan (iaitu memaksakan, hehehe), mengajar dan membantu mengedit untuk mereka selepas mereka menulis.

Saya suka akan nama id SPR kerana sumbangan saya setakat ini adalah penterjemahan (pemunggahanan) rencana dan bukannya rencana asli. Oleh itu, saya harap bahawa nama id ini dikekalkan untuk kegunaan kemudian. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:53, 27 Jun 2007 (UTC)[balas]


  • Sebenarnya Portal ini adalah laman kerjasama. Mungkin kurang sambutan sedikit, tetapi ini adalah kerana faktor masa yang terhad di kalangan kita kerana kerja dan belajar, (masa yang terluang digunakan bagi menterjemah rencana dan pentakbiran lain.) Bagi diri saya sendiri, saya meminta maaf sekiranya ada yang merasa kurang diberikan perhatian. Kini saya lihat banyak penyumbang baru mulai aktif, yang mana ini merupakan satu perkembangan yang baik.
  • Mengenai sock puppet, "A rose by any name is still a rose.". Selagi sock puppet tidak melakukan salah laku, saya rasa tiada masaalah. Malah sebarang sumbangan positif melalui sebarang sock puppet adalah dialu-alukan. Jadi saya rasa tidak perlu menyekat kecuali sekiranya berlaku salah laku.
  • Saya biasanya cuba mengelak terlalu membabitkan diri dalam pentakbiran Wikipedia bukan kerana benci, tetapi agar membuka peluang kepada pengguna lain mengembangkan kemahiran pentakbiran mereka. Yosri 00:42, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Apakah tujuan anda menyertai WIKIPEDIA MS

Apahal cerita Yahudi, anti-Cina ni semua keluar ni? Terus-terang saya katakan, setelah membaca “cerita-cerita menarik” sejak kebelakangan ini, saya jadi tak pasti apa tujuan sesetengah orang di sini. Adakah anda di sini untuk menyumbang penulisan atau nak bertukar-tukar ID (menyamar) atau nak jadi penyelia atau apa? Boleh tak kita semua tutup cerita “confession banyak ID” dan gunakan masa yang anda gunakan untuk menulis panjang lebar di atas tu untuk membuat rencana. Saya bukan nak main abang-adik di sini, tetapi pada pendapat saya, sesetangah dari anda amatlah childish, nak marah saya, suka hatilah! Saya tak ada masa nak bertekak tetapi saya rasa penggunaan “Kedai kopi” ini dah melencong dari kegunaan yang sepatutnya. Kalau saya bandingkan dengan Wiki EN, nanti ada orang kata saya ni “menyokong orang barat”, tetapi sesekala kita perlu membandingkan yang baik kalau kita ni kurang baik! Jadi, boleh tak semua cerita – cerita tak berkaitan dengan rencana ini dihentikan? Tolong jadi orang dewasa. Ada masalah dengan saya, sila e-mail saya dan kita jumpa di luar. Di sini, sila cerita mengenai penulisan, pengetahuan dan juga belajar jadi orang dewasa! Apa yang saya tulis ini dah cukup membuang masa saya!

Don't bother to reply this! Use your own judgement and think what you have done wrong and FIX it !! - Jay 03:18, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih atas jawapan Yosri. Sebenarnya saya berasa bahawa laman Kedai Kopi merupakan wadah yang terbaik untuk meluahkan fikiran dan pendapat, bukan untuk menyekatnya. Tiadanya wadah yang lain dalam portal ini untuk meluahkan fikiran selain daripada laman Kedai Kopi. Penulis Wikipedia bukannya mesin. Mereka orang juga dan oleh sebab itu, mereka juga mempunyai perasaan yang kekadang boleh menghalang penyumbangan yang berterusan. Banyaknya penulis baru yang berpotensi di portal ini yang kemudian hilang sama sekali. Dari sudut pandangan saya, berdasarkan teori sumber manusia, ini adalah kerana tiadanya dukungan emosi dan motivasi, serta suasana kekitaan dalam portal ini. Penulis baru dibiarkan sahaja. Inilah tanggapan saya, ia mungkin benar, mungkin salah, tetapi ia tetap merupakan tanggapan saya yang jujur.

Tentang teguran Jay bahawa "gunakan masa yang anda gunakan untuk menulis panjang lebar di atas tu untuk membuat rencana", saya cuma boleh mengatakan bahawa penulisan rencana di portal ini bukannya suatu kewajipan. Kan Wikipedia ini portal usaha sukarela tanpa kewajipan? Jika ya, janganlah memerintah seolah-olah merupakan penyelia syarikat kepada pekerja berbayar.

Tentang “confession banyak ID”, saya bukannya membuat confession. Saya cuma menjawab tuduhan Emrrans tentang mengapa saya menggunakan nama id yang lain. Adakah perbuatan menjawab itu salah? Jika ya, saya dah buang masa kerana ketika itu, saya sedang menterjemahkan rencana bahasa pengaturcaraan BASIC saya yang malangnya tidak dapat disiapkan semalam (iaitu waktu subuh). Selain itu, pesanan itu semata-matanya ditujukan kepada para pengguna lama yang saya kenali, bukannya burung baru. Saya berasa bahawa saya terhutang mereka penjelasan (owe them an explanation) tentang mengapa saya kini tidak lagi aktif.

Jay mengatakan bahawa dia "bukan nak main abang-adik di sini", tetapi pada kelihatannya, dia benar-benar sedang berbuat apa yang dia mendakwa dia tidak buat apabila dia berkata lagi, Don't bother to reply this! Use your own judgement and think what you have done wrong and FIX it !! Question is, What are you? (not who, because I couldn't care less) How many articles have you actually contributed, compared to me to justify you telling me what do do? Why are you responding when you should be writing articles for this portal instead, as per your own advice. Wait until you catch up with some 30,000 edits before you open your big mouth, okay?

Jika saya tidak salah, nama id Jay mungkin juga merupakan sockpuppet, kalau bukannya Alistair, mungkin pengguna lain.... dan CATHERINEGOODHOPE mungkin berbatang, kalau bukannya Emrans, mungkin pengguna lain. Ini hanya merupakan perasaan saya, berdasarkan personaliti mereka. Walaupun Aeonitz pernah menyerang Catherinegoodhope tetapi Lokey juga pernah menyerang Emrans. Selain itu, sumbangan terakhir Alistair adalah pada 1 Oktober 2006, manakala sumbangan pertama Whjayg adalah pada 15 November 2006, iaitu cukup enam minggu kemudian. Sebelum itu, dia mungkin menyumbang secara tanpa nama. Time will tell, iaitu masa akan memberitahu, hehehe.*

Okay, dah buang banyak masa. Ini pesanan terakhir saya buat sementara sehingga saya kembali ke portal ini kelak.

* Ayat-ayat dalam warna merah merupakan semakan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 04:39, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]


Sekiranya anda jenis yang suka buat banyak ID, jangan samakan perbuatan anda dengan orang lain. - Jay 04:51, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Alamak tak bestlah macam ini. Jangan gaduh-gaduh. Kita di sini satu tujuan, membina pengkalan ilmu bebas. Kita reset dahulu.. Time out.... Setakat ini yang dimuskilkan tentang sock puppet. Oleh kerana sock puppet yang dipertikaikan itu bukanlah penyalah laku, kita abaikan dahulu masa ini. Sabar semua..... Yosri 06:08, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Alistair tu saya? Maaflah Yosri, saya sebenarnya malas nak tulis. Tetapi, lihatlah profail Alistair.. umur dia 21, berbangsa Cina. Saya 37 tahun, berbangsa Melayu. Saya siap gambar pulak lagi. Selebihnya, buatlah pertimbangan sendiri. Tak sangka sungguh betapa jahilnya Syarikat Pemunggahan Rencana dengan menggunakan jarak waktu 6 minggu itu untuk menuduh. Memang dah jenis suka bergaduh. "Time will tell?" Time just prove how stupid you are! - Jay 06:43, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Stupid? Saya tidak pernah mengatakan anda stupid. Tetapi saya memang stupid kalau saya boleh mempercayai bahawa gambar, umur, dan lain-lain tidak boleh dipalsukan. Sesungguhnya anda bersikap sebagai maharaja, tanpa memberikan peluang untuk orang lain menjawab. Hanya anda yang boleh cakap! Portal ini bapak kamu punya ke?

Saya hanya menujukan persoalan yang anda kemukakan. Siapakah yang "memang dah jenis suka bergaduh?" Orang yang panggil anda stupid, childish dan sebagainya, atau orang yang menujukan persoalan anda?

Nama id Whjayg didaftarkan di Wikipedia bahasa Inggeris pada 14 November 2006, iaitu sehari sebelum dia mendaftarkan nama id itu di Wikipedia bahasa Melayu pada 15 November 2006. Tetapi memandangkan kemahiran pengguna itu, ia seolah-olah seorang bayi yang sudah boleh berlari sebaik sahaja dilahirkan. Isn't it telling that Whjayg kemungkinan besar merupakan sockpuppet? (Sebenarnya seperti yang dikatakan oleh Yosri, menggunakan banyak nama id bukannya salah kecuali untuk niat jahat, walaupun tidak digalakkan.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:18, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]


Macam nilah, saya tak suka bertengkar, tapi saya agak marah tadi sebab awak kata saya ni pengguna lain, seperti Alistair. Sumpah dengan nama ALLAH, saya tidak pernah ada ID lain atau guna sockpuppet. Saya sepertimana yang ditulis dalam profail saya; berkerja sebagai Ketua jabatan IT di sebuah syarikat di PJ. Itu adalah gambar saya yang betul. Sebagai seorang IT, saya ada banyak buat blog, coding (dah kurang sekarang), website dan kerja-kerja berkaitan. Sekiranya anda hairan seperti yang anda katakan sebagai "seorang bayi yang sudah boleh berlari sebaik sahaja dilahirkan", saya ambil sebagai pujian. Terima kasih atas pujian anda. Sekiranya anda amat serius nak kenal siapa saya untuk memastikan gambar itu adalah saya dan kerja saya dsb, sila add XXXXXXXX dalam IM anda. Di situ, saya akan bagi nombor telefon saya atau kita boleh jumpa di pejabat saya.

Bila saya menulis di atas, saya sebenarnya nak minta agar kita semua tidak bertengkar atau buat banyak ID. Kita ni semua sukarela.. apa ID pun tak ada beza. Itu sahaja. Dalam profail saya, saya juga mengatakan bahawa saya bekas pelajar MRSM Balik Pulau (Batch 1983). 1983 ialah ID untuk pelajar tingkatan 1. Cuba kira, itulah umur saya. Saya tak nampak kenapa saya perlu palsukan umur, gambar, ID dsb. Oh ye.. lagi satu, "Jay" adalah nama dalam IC saya - Jay 07:50, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]


Humm... Panjang lebar penjelasannya. Dengan itu harap semua orang puas hati dan kita teruskan hidup kita. Saya juga berharap dengan pembabitan Jay, Wikipedia Bahasa Melayu akan dapat berkembang lebih lagi. Ini kerana sebelum ini saya mengelak memberikan perincian maklumat diri, kerana enggan menonjol. Mungkin saudara Jay akan dapat membantu mempromosi Wikipedia ini sebagaimana yang dilakukan di Wikipedia Indonesia. Di sana, pengasas Wikipedia mereka rajin memberi wawancara menyebabkan lebih dedahan dan dengan itu Wikipedia mereka lebih pantas berkembang. Syabas kepada semua yang telah menyumbang selama ini, kerana kedudukan kitapun masih top 50 Wikipedia. Cuma semoga lebih ramai penyumbang akan datang agar sentiasa lebih baik kedudukan kita. Yosri 08:02, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Bukan setakat konflik pendapat tetapi juga konflik penyuntingan, hehehe

Jika anda benar-benar bukan Alistair, saya minta maaf. Bagi saya, Alistair harus masih berada di portal ini kerana seorang yang mendakwa dan menegaskan hendak membangun portal bahasa Melayu demi kebanggaan bangsa Melayu harus tidak akan mengabaikan hasratnya.... kecuali dia cakap tak serupa bikin, perkataannya ketika menuduh saya.

Jika anda berasa marah, saya juga berasa marah kerana pesanan "Apakah tujuan anda menyertai WIKIPEDIA MS". Balasan pertama saya sebenarnya bertujuan terutamanya untuk Master2841, dan keduanya untuk Emrans, dan pengguna-pengguna lama yang telah saya kenali sejak November 2005 (walaupun saya mendaftarkan diri pada Ogos 2005, tetapi saya masih tidak begitu aktif ketika itu). Sebenarnya saya tidak bertujuan untuk menujukan pesanan itu kepada pengguna lain, tetapi oleh sebab halaman Kedai Kopi adalah halaman terbuka, sesiapa juga berhak masuk campur. Walaupun demikian, sesiapa yang memberikan pandangan mempunyai kewajipan moral untuk menjawab sebarang perkara yang dikemukakan. Selain itu, dia juga tidak boleh menghalang hak pengguna, khususnya mereka yang terbabit dalam pesanan, untuk mengutarakan pandangan.

Anda mungkin berasa marah kerana tidak tahu tentang konteks perhubungan saya dengan pengguna-pengguna lama yang lain. Konteks itu amat penting. Banyak air telah berlalu di bawah jambatan sejak penyertaan aktif saya di portal ini. Terdapat banyak perdebatan, pergaduhan dan sebagainya dalam tempoh satu tahun setengah yang lalu. Sebenarnya, kita bukan nak bergaduh, tetapi percanggahan pendapat yang dipegang teguh oleh masing-masing kekadang merosot menjadi pertengkaran. Banyaknya cadangan saya yang ditolak tetapi oleh sebab saya masih berpegang teguh pada pendapat itu, saya kini mempunyai peluang untuk mengujinya. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Hanya dengan mengujinya bahawa saya akan dapat tahu adakah cadangan-cadangan saya itu benar-benar tidak baik.

Okaylaaa, kita tamatkan perselisehan kita di sini dan kembali kepada kerja masing-masing. Seperti yang dikatakan oleh Yosri, saya juga berharap bahawa anda akan menjadi salah satu pengguna yang terutama dalam portal ini, apalagi dengan kemahiran pengkomputeran anda. — Syarikat Pemunggahan Rencana 08:44, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Penerangan jelas yang saya perlu kemukakan secara jujur

Bismillahirahmamnirrahim, sebenarnya begini, saya harap agar mana-mana penyelia di sini supaya jangan sekatkan alamat IP saya selepas saya tulis pesanan saya ini, InsyaAllah, perkara ini secara jujur merupakan pesanan berbentuk nasihat dan pengajaran, cuba anda sekalian semua fikir, apakah tujuan kita perlu bergaduh? saya amat sokong pendapat Sheikh Yosri. Apa yang saya tulis pesanan kali ini bukan untuk bergaduh, tetapi untuk pertahankan hak saya. Seperti orang Arab, dan ada masa yang betul mereka pertahan hak mereka, mereka jarang bergaduh, dan mereka amat berani, secara jujur, saya pernah hidup bersama dengan orang Arab di tempat BB Plaza, mereka amat baik dan berani, dan jika kalau ada pelbagai masalah, mereka akan katakan masalah mereka, mereka tidak akan simpan masalah mereka dalam hati. Jadi secara jujur sebab itulah Islam datang dari orang Arab kerana bukan mereka keras hati tetapi mereka ada sifat berani dan keazaman yang teramat kuat walaupun mereka jahiliah. Jadi saya minta maaf untuk berkata bahawa, kebanyakan orang Melayu jahil dan bodoh, manakala kebanyakan orang Cina penipu dan melampau, saya amat berharap kedua bangsa iaitu melayu dan cina berubah menjadi sebaik sifat Rasulullah S.A.W. Jadi Master2841, cuba anda fikir amat dalam, adakah Emrrans ini betul katanya tentang siapa SPR sebenarnya atau tidak, dan jangan lupa Master2841 bahawa saya telah membaca rencana sockpuppet dalam Wiki en, terima kasih atas link yang anda berikan, Master2841, dimana yang telah diberikan oleh reply pesanan anda semasa saya habis tulis pesanan saya semalam, jadi terima kasih (syukran), dan salah satu kelemahan kebanyakan orang Melayu mereka cepat percaya sesuatu perkara tanpa kaji selidik samada maklumat itu betul atau tidak. Saya pernah dengar pesanan kakak saya, masa itu ada orang di suatu shopping mall, dia kemungkinan kelihatan melakukan suatu perkara yang curiga, kemudian ada orang Melayu datang dan berkata dengan dia dalam bahasa Arab, dan kemudian sahabat saya iaitu Adel Al-Azani datang kepada orang melayu tersebut dan menegur dia, iaitu he's not arab ok, he's iranian. Jadi kita sebagai orang melayu fing outlah dengan teliti, jangan main ikut gunakan perasaan, itulah nasihat yang saya dengar dari ustaz Melayu saya semasa saya berada di sekolah menengah. Anda perlu ingat bahawa jangan ingat saya tak sunting di sini, saya tak tahu apa yang anda tulis, saya hampir tahu segala yang berada di sini melalui komputer yang saya ada di rumah. Jadi fikir betul-betul wahai pengguna wiki ms di sini, sesungguhnya secara jujur saya salahgunakan kuasa saya sebagai penyelia dengan nama Emrrans kerana disebabkan oleh kakak saya, faham? Kerana sebelum salahguna kuasa saya, kakak saya menegur saya iaitu, dalam wikipedia ada psycho, orang tak betul dan sebagainya, selepas itu saya menjadi takut dan akhirnya secara tak sengaja salahguna kuasa, tapi past is past, we all have to look to the future, tapi sekarang saya maafkan kesalahan kakak saya dan saya tak boleh salahkan kakak saya saya kerana dia kakak saya, dia mahukan yang terbaik untuk saya, saya cakap terus terang. Jadi fikirkanlah wahai pengguna di sini, Tuhan dah bagi kamu akal, jadi gunakanlah akal fikiran anda dengan betul. Jadi semua manusia, MasyaAllah, dijadikan sama hebat, saya hebat, yosri hebat, master2841 hebat, polar hebat, SPR hebat, Pm poon, Malekhanif hebat, Aurora hebat, Didie hebat, Che090572 hebat, Hafrul hebat, Edmundkh hebat, Whjayg hebat dan semua pengguna yang saya kenal di sini. Jadi situasi saya hampir seperti kisah Nabi Adam A.S dimana dia hidup bahagia di syurga bersama Hawa, dan sebelum ini baginda dinasihatkan oleh Allah S.W.T supaya jangan mengikut kata iblis dan juga jangan makan buah khuldi, beberapa lama kemudian di syurga, kemudian iblis memasang niat jahatnya, selepas itu dia datang kepada Nabi Adam A.S dan Hawa, mengatakan kepada mereka berdua, jika mereka makan buah khuldi ini, kecantikan mereka tidak akan lenyap buat selama-lamanya, tanpa berfikir panjang kemudian mereka pun mengikut kata iblis tersebut dan memakan buah khuldi tersebut, tidak lama kemudian mereka, Astarfirullahhalazim saya harus cakap benda ni, mereka berdua menjadi telanjang, kemudian mereka pun mencari perlindungan dari daun-daun pokok di syurga bagi tutup kemaluan mereka. Akibat dari perbuatan mereka berdua tersebut, Allah S.W.T ketahui perbuatan mereka, tapi anda sekalian perlu ingat sebelum Nabi Adam A.S dan Hawa melakukan kesalahan tersebut, Allah S.W.T nampak dan tahu, tetapi Allah S.W.T hanya diam, ini bagi menguji samada mereka tahu nasihat dariNya atau tidak, jadi selapas mereka berdua melakukan kesalahan tersebut, mereka berdua dikeluarkan dari syurga dan sampai ke bumi. Selepas akibat dari perbuatan mereka berdua, mereka berasa secara penuh kejujuran amat menyesal dengan perbuatan mereka, kalau anda hendak tahu, Nabi Adam A.S menangis kerana menyesal di bumi selama lebih kurang 200 tahun. Semoga kita ambil kisah ini sebagai pengajaran. Jadi secara jujur sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak atas kesalahan saya. Dan satu lagi yang perlu saya cakap saya amat terkejut dengan pesanan baru-baru sebelum ini dari polar di kedai kopi ini. Dia berkata dia tak mahu kenakan sekatan pada saya, adalah seperti berikut:

Saya rasa tidak perlu menyekat anda. Anda masih boleh memberikan sumbangan dengan akaun 'sockpuppet' anda itu (walaupun dahulu anda memang anti sockpuppet) daripada anda mencipta banyak lagi akaun lain... Polar 07:17, 23 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kemudian dia menyakitkan hati saya dengan balasan teguran yang diberikan, adalah seperti berikut:

Kita menyunting di sini hendaklah bekerjasama dan jangan sentiasa bertelagah terutama antara pengguna yang aktif dan penyelia juga. Ini akan membantutkan usaha kita dalam menaikkan nama Wiki ini. Saya harap sesiapa pun dapat faham dan janganlah diulang lagi perkara yang remeh-temeh yang tidak harus berlaku.

Kepada Aeon, saya harap, anda banyakkanlah berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan. Saya takkan menjamin yang anda akan mendapat balik jawatan penyelia setelah anda meletakkan jawatan tersebut sama seperti Emrrans. Apapun, marilah kita belajar dari sejarah kesilapan agar jangan diulangi kesilapan yang sama. Salam buat semua. :) Polar 14:22, 17 Jun 2007

Saya secara jujur berasa amat pecah hati dengan pesanan ini, walaupun anda, Polar kelihatan sayangkan saya, maafkanlah untuk katakan bahawa, anda belum sepenuhnya jujur, jadi, secara jujur apa yang perlu saya katakan bahawa kebanyakan orang Melayu, alim-alim kucing, apa maksud saya juga bukan sahaja kebanyakan orang Melayu pura-pura baik, dan juga tak suka konfrontasi, tetapi malahan dari siap umpatnya, mengumpat seseorang itu dari belakang dengan penuh kebencian. Saya juga pernah menghadapi situasi ini semasa saya salahguna kuasa saya dengan akaun lama iaitu Emrrans, saya cakap terus terang. Secara jujur dan terus terang saya katakan, nobody is perfect. Saya lihat yang benar-benar, Alhamdulillah, jujur ialah Sheikh Yosri, dia tidak pernah mengumpat saya dari belakang. Secara jujur juga saya kena katakan bahawa saya minta maaf banyak-banyak atas kesalahan saya dan jika sekiranya saya terkasar bahasa semasa saya berikan pesanan ini. Jadi beberapa pepatah melayu yang perlu saya berikan sebagai pengajaran yang untuk kita ingati:

Air mata jatuh ke dalam (berduka dalam diam)
Air surut kapar hilir bersama, air pasang (dalam kerja yang tak menguntungkan diajak bersama, bila untung diketepikan)
Akar terjumbai, tempat siamang berpegang (hendak tahu salah orang, dengan tutur katanya)
Anjing galak, babi berani (orang akan bergaduh kalau sama-sama garang)
Anjing menyalak bukit, bukit tak kan runtuh (orang baik, walau dicela, tetap baik; orang kecil melawan orang berkuasa)
Api padam, puntung berasap (sudah selesai tapi masih dipercakapkan)
Ayam hitam terbang malam; hinggap di pokok pandan, bergesek ada rupanya tiada (kejahatan yang susah dibuktikan kerana tidak ada bukti)
Baca hati (memahami niat orang)
Bagai ayam bertaji (orang lain yang susah, orang lain yang serba salah)
Bagai aur di atas bukit (memperlihatkan kekurangan diri; menyerahkan diri pada nasib)
Awal dibuat, akhir diingat (fikir masak-masak sebelum membuat sesuatu)
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak (kalau tidak berhati-hati, akhirnya menyesal)
Aku nampak olah, kelibat hang sudah kutahu (daripada tingkah laku, dapat dibaca motif sebenar)
Aku ada dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang (di depan mulut manis, di belakang lain cakapnya)
Akal Yahudi (pandai membuat strategi)
Akik disangka batu (orang mulia disangka hina)
Adakah duri dipertajam (bila berkonflik, jangan dikeruhkan lagi keadaan)

Jadi saya cakap terus terang, dan secara jujur saya katakan bahawa, saya kali ini tak sepenuhnya benci orang melayu seperti yang saya lakukan sebelum ini lebih teruk, semua bangsa ada kelebihannya yang tersendiri, orang Melayu pandai berkias, MasyaAllah, dan, orang cina pandai berbudaya, MasyaAllah. Jadi saya harap agar kita semua tanpa mengira apa jua bangsa menjadi sebaik Rasulullah S.A.W. Pengajaran yang saya dapat dari sahabat saya (kini abang ipar saya selepas berkahwin dengan kakak saya) Adel Al-Azani dari Yaman iaitu, its okay to make bad, the problem is if you continue. Jadi saya cakap terus terang, secara jujur, saya maafkan diri saya dan juga seluruh manusia. Saya ingin ikut contoh teladan Rasulullah S.A.W. dimana dia maafkan semua orang, anda semua perlu berbuat begitu dengan maafkan semua orang. Diharapkan agar pesanan saya kali ini membuahkan hasil dari pengguna di sini, InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 09:27, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Adakah benar bahawa dlm agama Islam, Orang Yahudi patut dibenci? Saya tak pernah tau perkara ini, walaupun saya pernah baca sebuah buku mengenali agama Islam, yg ditulis oleh seorang paderi Kristian dari Indonesia. Kalau Org Yahudi tidak "dilaknat oleh Allah" maka saya rasa Imran@Emrrans@Aeonimitz tak patut sengaja benci Org Yahudi. Apa? Lokey3310 juga Emrrans? Kalau Pengguna:Lokey3310 menyerang Pengguna:Emrrans, maka dia sengaja menyamarlah, kan? Tentang sekatan terhadapnya pula, saya rasa dia mencipta akaun Aeonimitz bukan untuk tujuan yg buruk, walaupun dia telah berbuat salah di bawah nama Emrrans atau Lokey3310. Tapi adakah anda semua pernah betul-betul baca laman pengguna saya? Rasanya anda semua patut dpt teka bangsa saya... --Edmund The King of The Woods! 12:44, 28 Jun 2007 (UTC)[balas]

Secara jujurnya saya nak menjawab soalan Edmund, ini cuma pendirian peribadi saya. Saya dibesarkan oleh keluarga islam dan mak saya amat kuat pegangannya. Saya nak minta maaf dengan mak saya sebab ada satu perkara yang saya tidak bersetuju dengan dia (nanti raya nanti saya akan salam dan mintak ampunlah) Dari kecil mak saya selalu bercerita mengenai betapa buruknya kaum yahudi termaksud mengulangi ungkapan “Yahudi orang yang dilaknat” dan juga mengajar saya untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan orang yahudi, termasuk berkawan dengan mereka. Sebagai budak kecil, saya mula membenci orang yahudi secara perlaha-lahan berdasarkan cerita mak saya. Tetapi bila saya dewasa, saya ubah pendirian saya. Orang yahudi yang saya benci ialah orang yang jahat – sama dengan semua orang lain yang jahat tak kiralah melayu. Jahat maksud saya ialah orang yang membunuh, merogol dan lain-lain beyond keampunan. Oleh itu, saya tidak membenci yahudi dan saya tak ada masalah berkawan dengan mereka. Ini hanyalah untuk menjawab soalan Edmund dari pandangan seorang islam. Di eropah, terdapat banyak perbincangan agama dibuat oleh kumpulan agama – Islam-Kristian-Yahudi dan mereka saling hormat menghormati. Jangan kaitkan mereka dengan Yahudi Zionist yang membunuh umat islam di Palestine lah.. yang itu saya memang benci! - Jay 03:09, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]


Sepatutnya kontroversi berkaitan agama sememangnya tak patut ada di laman web ilmiah ini. Walau bagaimanapun, apabila banyak persoalan yang timbul. Saya menasihatkan semua pengguna beragama Islam tidak terlalu terikut-ikut dengan apa yang dikatakan ini dan sedar dengan apa yang patut diikut dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. itu. Memang, kaum Yahudi di Israel amat jahat perlakuannya ke atas orang Islam. Mereka mendera, menghina, membunuh, memukul, dan banyak perlakuan kejam yang tak sanggup saya ungkapkan di sini lagi. Nauzubillah. Tapi, kita kena sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada dengan orang sekeliling. Memang di Eropah, kebanyakan artis Hollywood yang popular dan kacak juga jelita seiras wajah Arab itu beragama Yahudi. Jangan kata mereka itu tidak patut kita ambil perhatian semata-mata mereka tak tinggal di Israel dan berbahaya. Isyhhhh. Saya sebagai orang Islam mengingatkan semua umat Islam tidak terperangkap dan diserang dari belakang pada masa akan datang. Beringat-ingatlah pesanan ini dan memesan kepada generasi yang akan datang ye. Di Malaysia, warganegara Israel tak dibenarkan sama sekali masuk ke Malaysia oleh Kerajaan Malaysia! Tapi mereka(kaum Israel) pandai kerana mereka pergi ke negara lain terlebih dahulu sehingga menjadi warganegara sesuatu negara itu baru mereka datang ke Malaysia dengan gelaran Warganegara sesuatu. Macam mana nih? Di Pulau Pinang, ada sebuah jalan dan penempatan berkaitan kaum Yahudi yang pernah berniaga di sini tetapi sekarang nama jalannya ditukar kepada nama seorang tokoh untuk menghindarkan timbul sebarang kontroversi berkaitan perkauman pulak. - — Didie 12:39, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]