Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Archive1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penilaian rencana[sunting sumber]

Assalamualaikum kepada para ahli Wikipedia. Saya ingin mencadangkan agar rencara dibuat penilaian, kerana dengan cara ini berupaya untuk mewujudkan peningkatan kualiti mahupun kuantiti rencana. Sistem penilaian ini membolehkan projek-projek yang terdapat untuk memantau kualiti rencana dalam kawasan subjek kita, dan memberi keutamaan kepada kerja-kerja pada artikel-artikel ini. Penilaian ini terutamanya bertujuan untuk kegunaan dalaman suatu projek itu, dan tidak semestinya bermakna apa-apa kedudukan rasmi dalam Wikipedia secara keseluruhannya.

Untuk keterangan secara lanjut, sila lihat pautan ini: WikiProjek Wikipedia (versi bahasa Inggeris)

Diharapkan agar ramai ahli Wikipedia, serta penyelia-penyelia dapat mempertimbangkannya. Tidak perlulah terlampau tergesa-gesa untuk mewujudkan perkara ini, kerana saya yakin sesuatu perkara perlu ada perbincangan dan perancangan yang rapi.

P.S: Ini cuma cadangan, jangan dianggap sebagai bebanan. Jika ada tersalah bahasa, saya memohon maaf di atas kesilapan sebelum ini.

Sekian, terima kasih. -- محمد حكيمي (bincang!) @ (sumbangan?) 12:37, 22 Januari 2015 (UTC)[balas]

@5662595lai: Ada penyelia dahulu telah melakukannya. Tetapi disebabkan kekurangan penyelia, perkara ini agak terbantut untuk dilakukan. Saya memang tengah menyelia perkara ini tetapi pada rencana berkaitan anime dan manga (atau komik dan animasi Malaysia) sahaja. Cth: Perbincangan:Fairy Tail yang saya lakukan dulu. Sekarang saya masih terkial-kial untuk buat rencana lain. Cuma kita kekurangan pengguna yang sedar pasal ni. Yelah kita tidaklah 100% karya sendiri. Kebanyakannya kita salin tampal je dari WBI. Mungkin sebab itu juga kita tak buat Penilaian. Nak buat boleh kita kena ada pengguna yg aktif dan sedar pasal ni. SNN95 18:10, 22 Januari 2015 (UTC)[balas]

Meminta bantuan untuk tolong menambah maklumat dalam laman "Starmedia Entertainment Sdn. Bhd."[sunting sumber]

Saya meminta tolong menambah maklumat yang lebih banyak dan betul dalam "Starmedia Entertainment Sdn. Bhd." Kerana maklumat tidak cukup. Robert Chai Kian Pau (bincang) 07:51, 31 Mac 2015 (UTC)[balas]

Meminta bantuan untuk mengemaskini atau menghapuskan laman "Musicmedia Sdn Bhd"[sunting sumber]

Saya meminta bantuan kepada penyelia untuk mengemaskini atau menghapuskan laman "Musicmedia Sdn Bhd". Kerana maklumat sudah lama. Robert Chai Kian Pau (bincang) 08:01, 31 Mac 2015 (UTC)[balas]

Saya telah mencalonkan artikel KIL (filem) sebagai artikel pilihan bulan Ogos. Saya mengharapkan sesiapa yang berada di Wikipedia:Kedai Kopi dapat memberi ulasan dan mengundi untuk artikel tersebut (sekiranya layak di dalam pemerhatian anda). Terima Kasih - Mrpresidentfaris (bincang) 03:53, 7 Ogos 2015 (UTC)[balas]