KIL (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KIL
Poster-KIL.jpg
Pengarah Nik Amir Mustapha
Penerbit
  • Rewan Ishak
  • Nik Amir Mustapha
  • Jeremy Little
  • Anizan Sarif
  • Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penulis
  • Nik Amir Mustapha
  • Rewan Ishak
  • Khairulzaman Dzulkifly
Lakon layar oleh Nik Amir Mustapha
Dibintangi oleh
Muzik oleh Saiful Ridzuan
Sinematografi S. Y. Chong
Disunting oleh Rewan Ishak
Syarikat
produksi
Grand Brilliance
Flux Visual Lab
Pengedar Primeworks Studios
Mula ditayangkan
30 Mei 2013
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 150,000
Box office RM 510,000

KIL (merujuk kepada singkatan Akil dan perkataan kill) merupakan sebuah filem yang bercorak drama, romantik dan misteri yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan menampilkan dua pelakon utama iaitu Redza Minhat dan Cristina Suzanne. Mereka berdua telah pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini.[1] Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil (Redza Minhat), seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara (Cristina Suzanne). Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.[2] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.

Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan di Anugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik)[3] dan mengungguli Festival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasuk Filem Terbaik).[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Akil, sedang berehat di tingkat atas apartmennya

Seorang pemuda bernama Akil (Redza Minhat) menghadapi kemurungan serta cenderung untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri. Percubaannya untuk mati sentiasa gagal. Ketika dalam percubaan untuk terjun dari bangunan, dia telah berjaya menghalang seorang gadis (Juliana Evans) daripada membunuh diri kerana putus cinta.

Pada suatu hari, ketika sedang menghisap rokok di sebuah lorong, dia ternampak sehelai flyers yang mempromosi khidmat bunuh diri. Akil menelefon nombor tersebut dan bercakap dengan Salina (Dira Abu Zahar) yang akhirnya menemukan dirinya dengan sebuah agensi pembunuhan (Life Action Bureau - LAB). Setelah berbincang dengan konsultan LAB, Encik Harun (Harun Salim Bachik), dia mengupah agensi tersebut untuk membunuhnya dengan cara pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka olehnya. Dia tidak tahu akan siapa kontraktor LAB (pembunuh upahan) dan bila atau di mana dia akan mati.

Akil kembali meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga dia mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara (Cristina Suzanne).[5] Akil kerap bertemu dengan Zara sebelum dia menyedari dirinya diekori oleh seseorang (kontraktor LAB). Akil kemudiannya mendapat bonus pertama (selepas empat tahun bekerja) daripada bosnya. Akil membawa Zara menonton wayang cerita Dunia Tanpa Esok arahan Johan Iskandar (Hasnul Rahmat). Johan merupakan antara pelanggan LAB kerana tertekan hasil kegagalan perkahwinan dengan isterinya (Atilia Haron).

Zara sedang menerangkan sesuatu kepada Akil.

Akil semakin kerap mendapat gambar-gambar dia menjalani kehidupan seharian berserta nota-nota perangsang untuk meneruskan kehidupan. Akil juga semakin sedar akan kebahagiaan yang akan hadir sekirannya dia meneruskan kehidupan. Zara kemudiannya didedahkan sebagai kontraktor LAB untuk Johan. Keesokan harinya, Akil diculik untuk ditangkap gambar wajahnya sebelum dilepaskan. Akil pulang ke rumah dengan keadaan rumahnya yang lintang-pukang. Marah akan apa yang berlaku, Akil menelefon pejabat LAB untuk membatalkan kontrak pembunuhannya. Setelah Encik Harun mengatakan perbuatan tersebut sebagai mustahil, Akil cuba membuat laporan polis tetapi berdepan kesukaran untuk menjelaskannya kepada pihak polis.

Akil kemudian balik ke kampung untuk bertemu dengan Mak Cik Ros. Maknya telah terkorban dalam kemalangan suatu ketika dahulu dalam kenderaan yang dipandu Akil. Zara pula didedahkan mendapat buah pinggang daripada Raj, anak kepada Miss Jasmine (Anna James). Setelah pulang dari kampung, Akil terjumpa koleksi gambar-gambar mangsa Zara. Akil mula mengesyaki keikhlasan Zara berkawan dengannya dan hakikat bahawa Zara merupakan kontraktor LAB.

Setelah itu, Akil bertemu dengan Zara. Zara memberitahu bahawa dia memang bekerja di LAB tetapi menafikan dirinya seorang pembunuh. Mereka bertengkar seketika sebelum Akil menyuruh Zara untuk membunuhnya. Zara menampar Akil dan mengingatkan Akil bahawa dia mengambil kisah terhadap dirinya. Apabila pulang ke rumah, Akil bertemu dengan kontraktor LAB yang ditugaskan untuk membunuh dirinya (Encik Harun). Akil berkata dia mahu kehidupannya semula sebagai kata-kata terakhir ketika Encik Harun mengacukan pistol di kepalanya.

Zara cuba mencari maklumat mengenai kes Akil di koleksi maklumat LAB, tetapi terlambat untuk menghalang Encik Harun dari melaksanakan tugasnya.

Di dalam epilog, pistol Encik Harun merupakan pistol mainan. LAB pula sebenarnya bukan agensi pembunuhan tetapi sebuah NGO yang bertujuan untuk menghalang bunuh diri dari berlaku. Dengan mengetahui bahawa dirinya akan dibunuh, seseorang itu akan lebih menghargai kehidupannya. Encik Harun turut memberitahu Akil bahawa Zara memang seorang kontraktor LAB tetapi bukan untuk dirinya. Filem berakhir dengan Zara membelanja Akil aiskrim kerana berjaya meneka dengan tepat pekerjaanya.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha. Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak dan Jeremy Little pada mulanya, berhasrat untuk membuat projek KIL dengan kos produksi yang rendah. Nik Amir asalnya hanyalah berniat untuk menghasilkan filem ini atas dasar suka-suka dan minat filem. Kos produksi bagi filem ini turut–pada mulanya–dibiayai oleh Nik Amir sendiri. Mereka bertiga kemudian menubuhkan sebuah syarikat produksi, Flux Visual Lab dan ingin menjalankan penggambaran tanpa krew produksi yang lengkap. Tetapi selepas berjumpa S.Y Chong, seorang pengarah fotografi, mereka bersetuju untuk mencari dan menubuhkan satu pasukan produksi yang lengkap. Nik Amir & Rewan Ishak telah melakukan penyelidikan mengenai bunuh diri dan mereka memutuskan untuk menghasilkan satu cerita berdasarkan topik ini. Dalam proses mengembangkan cerita ini, mereka telah menyuntik elemen-elemen segar untuk menambahkan rasa bagi naskah ini. Selepas 2-3 bulan proses perbincangan, penulisan semula, skrip KIL telah berjaya disiapkan.

Pemilihan pelakon dilakukan dengan membentangkan idea mengenai projek ini kepada pelakon yang berpotensi tinggi. Pihak produksi kemudiannya membentangkan sinopsis dan skrip filem ini kepada Redza Minhat dan Christina Suzanne sebagai pelakon utama. Kedua-dua pelakon ini bersetuju untuk berlakon di dalam filem ini.

Pengembaraan filem ini dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh 11 hari pada bulan Mei 2011. Pengambaraan filem ini menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II.[6]

Pada tahun 2012, filem ini telah dibeli oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin. Filem ini kemudiannya melalui proses produksi yang lebih teliti dengan memasukkan kesan bunyi dan sebagainya.[7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Teaser pertama filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 12 April 2011. Trailer filem ini pula telah dimuat naik ke Youtube pada 14 Julai 2011. Tayangan perdana peringkat dunia bagi filem ini telah dilakukan di Marche du Film di Cannes pada Mei 2013.[8] Tayangan perdana di Malaysia pula telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 15 Mei 2013.[9][10]

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013 di 54 pawagam seluruh Malaysia. Selepas 32 hari tayangan, filem ini mengumpul kutipan sebanyak RM 510,000.[11]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "KIL tampil berbeza...satu pengalaman baru menonton filem hasil karya anak tempatan yang mempunyai visi tersendiri dalam industri".[12] Portal hiburan Beautifulnara.com pula memuji sinematografi filem ini dengan ulasan "Yang terbaik jua kami pernah tengok untuk filem Malaysia setakat ini".[13] Filem ini turut dipuji oleh portal perfileman Dramaticdurian.com dari segi sinematografi dan muzik tetapi kurang dari segi penceritaan filem. Portal komuniti, Kapasitor.net pula memberi 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "Ia sebuah filem melayu yang sudah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu yang biasa. Dan pembebasannya memberi satu kepuasan yang berlapis-lapis."[14] Filem ini mendapat rating 7.9 per 10 oleh laman web perfileman IMDb.[15]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

"Rapuh"
Single oleh Pesawat
daripada album Take Off
Dikeluarkan pada 15 Mei 2013 (Digital)
Format Muat turun digital
Dirakam pada 2013
Genre Indie Rock
Panjang 4:26 minit
Syarikat Pramugaru Music
Penulis Jipie
Penerbit Grand Brilliance

OST bagi filem ini ialah Rapuh yang dinyanyikan oleh Pesawat.[16] Video klip bagi lagu ini telah dimuat naik ke Youtube pada 15 Mei 2013 oleh Grand Brilliance. Soundtrack untuk filem ini telah dimuat naik ke Youtube oleh Rewan Ishak pada 4 Jun 2013. Terdapat tiga buah lagu lain yang muncul di dalam filem ini.

  • Seven Collar T-shirt - Lights
  • Bo - Lagu
  • Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Tayangan media[sunting | sunting sumber]

KIL disiarkan di televisyen buat julung kalinya oleh dua saluran pada hari yang sama iaitu 20 April 2014, mulai dengan di Astro Citra pada pukul 10 malam dan di Astro Mustika HD pada pukul 10.30 malam. Saksikan pada setiap hari 12 tengah hari di Disney XD. (Saluran 617 dan 637 HD)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Penerbit filem KIL, Tunku Iesta Tunku Alaudin mengangkat trofi Filem Terbaik FFM 26.
Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Fantastik Antarabangsa Porto Alegre 2014[17][18] Panorama Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Festival Filem Asia Tenggara 2014 Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Marché du Film 2013[19] Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Festival Filem Luang Prabang 2013[20] Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Festival Filem Asia Osaka 2014[21] Grand Prix Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 Australasian Film Competition Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Anugerah Skrin 2013 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Menang
Lakon Layar Terbaik Nik Amir Mustapha Menang
Pengarah Terbaik Menang
Pelakon Wanita Terbaik Cristina Suzanne. Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Redza Minhat. Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anne James. Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Harun Salim Bachik. Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Menang
Poster Terbaik Menang
Lakon Layar Terbaik Nik Amir Mustapha Menang
Pengarah Terbaik Menang
Pengarah Harapan Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Cristina Suzanne Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anne James Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Rewan Ishak Dicalonkan
Penyunting Terbaik Dicalonkan
Sinematografi Terbaik S.Y. Chong Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Mohsin Othman Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[22] Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Nik Amir Mustapha Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Redza Minhat. Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anne James. Menang
Sinematografi Terbaik S.Y. Chong Menang
Shout! Awards 2013 Breakthrough Local Feature Tengku Iesta Tengku Alaudin Menang
Best On-Screen Chemistry Redza Minhat & Cristina Suzanne Dicalonkan
Hot Guy Redza Minhat Dicalonkan
Hot Chick Cristina Suzanne Dicalonkan
Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[23] Pelakon Lelaki Terbaik Redza Minhat Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Nik Amir Mustapha Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KIL: About". Dicapai pada 22 April 2013. 
  2. ^ "Sinopsis Filem KIL, Trailer". Dicapai pada 2015-08-08. 
  3. ^ "Senarai Pemenang : Kategori Filem". Anugerah Skrin 2013. 29 November 2013. Dicapai pada 29 November 2013. 
  4. ^ "KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26". mStar. Dicapai pada 2 November 2014. 
  5. ^ "Filem: KIL Tampilkan Sinematografi Hebat". Rentak Media Network. 16 November 2011. Dicapai pada 22 April 2013. 
  6. ^ "FILEM KIL, KISAH MAUT YANG DIRANCANG". Dicapai pada 14 Mei 2013. 
  7. ^ "Dari Youtube ke Layar Perak". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Mei 2013. 
  8. ^ "Empat filem Malaysia ke Festival Filem Cannes". Astro Awani. Dicapai pada 14 Mei 2013. 
  9. ^ "Redza Minhat & Cristina Suzanne, Teraju Utama Filem KIL". Beautifulnara.com. Dicapai pada 16 Mei 2013. 
  10. ^ "Filem KIL Mulakan Tayangan Di Pawagam Hari Ini". Beautifulnara.com. Dicapai pada 30 Mei 2013. 
  11. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2013". FINAS. Dicapai pada 12 Ogos 2013. 
  12. ^ "Filem Minggu Ini: KIL". Rotikaya.com. Dicapai pada 4 Jun 2013. 
  13. ^ "Sinematografi Anggun Filem KIL". Beautifulnara.com. Dicapai pada 16 November 2011. 
  14. ^ "Review Filem "KIL" : pandanglah ke kanan". Dicapai pada 2015-08-08. 
  15. ^ (Inggeris) Kil (2013) - imdb
  16. ^ "Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL". Dicapai pada 27 Mei 2013. 
  17. ^ "KIL ditayangkan di Amerika Latin". Dicapai pada 2 Jun 2014. 
  18. ^ "Filem KIL Wakili Malaysia di Brazil dan Singapura" (PDF). Primeworks Studios. Dicapai pada 29 Mei 2014. 
  19. ^ "Nik Amir Nafi Sindir Wartawan Dalam KIL". Murai.com.my. Dicapai pada 5 Jun 2013. 
  20. ^ "Filem KIL & Sembunyi Ditayangkan di Festival Filem Luang Prabang 2013". Dicapai pada 6 Disember 2013. 
  21. ^ "Filem KIL Bertanding di Festival Filem Asia Osaka 2014". Dicapai pada 18 Mac 2014. 
  22. ^ "Anugerah MPFKL 2013". Dicapai pada 24 Oktober 2013. 
  23. ^ (Inggeris)"AIFFA 2015 NOMINATIONS". Dicapai pada 11 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]