Wikipedia:Manual gaya penulisan/Tanda sengkang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wikipedia harus menggunakan peraturan-peraturan piawai untuk tanda sengkang. Bagaimanapun, sebilangan peranti Wiki automatik, baik pada waktu ini mahupun pada masa depan, memerlukan pemahaman tentang cara untuk mewakili tanda sengkang.

Tanda sengkang benar memberikan makna yang tidak serupa dengan tanda sengkang biasa (-) (selepas ini digelarkan tanda sengkang minus), dan sebilangan orang berasa bahawa penggunaannya menyebabkan teks lebih mudah dibaca. Bagaimanapun, tanda sengkang benar mungkin tidak dapat dipaparkan dengan tekal dalam semua pelayar. (Sila lihat halaman perbualan.)

Oleh sebab Wikipedia kini menggunakan UTF-8, tanda sengkang benar boleh dimasukkan secara langsung dalam tandaan. Umpamanya, untuk memasukkan sengkang em selepas kursor, anda boleh klik pada pautan "—" di bawah kotak penyuntingan. Sila lihat Bantuan:Askara khas.


Tanda-tanda sengkang dalam Wikipedia[sunting sumber]

Tanda sengkang minus (-), ialah tanda sengkang yang terpendek. Secara tradisi, sengkang ini dipergunakan untuk menandakan perkataan, mematahkan ayat, atau sebagai tanda minus. Atas alasan sejarah, tanda sengkang minus ialah askara tanda sengkang yang tunggal dalam papan kekunci. Tanda-tanda sengkang telah dilaksanakan dalam pelbagai cara yang tidak dapat dipaparkan dengan tekal oleh semua perisian, dan oleh itu, tanda sengkang minus telah digunakan sebagai ganti untuk semua tanda sengkang.

Tanda minus (−) telah direka bentuk supaya mempunyai lebar dan tinggi yang sama dengan tanda plus (+) atau tanda persamaan (=}, dan harus digunakan dalam persamaan bukan TeX atau untuk menandakan nombor negatif. Tanda ini didukung oleh hampir semua pelayar, dan boleh digunakan dalam Wikipedia. Entiti HTML − juga boleh digunakan.

Sengkang en[sunting sumber]

Sengkang en (–) adalah panjang sedikit berbanding tanda sengkang minus, dan panjangnya hampir setengah daripada tanda sengkang em. Tanda ini dugunakan untuk menunjukkan tempoh, umpamanya sewaktu anda menggantikan perkataan "ke" dalam julat tarikh. Tanda sengkang en antara nombor atau majmuk tidak mempunyai ruang di sekelilingnya: umpamanya, jadual waktu Kuala Lumpur–Jakarta, umur-umur 7–77. Bagaimanapun, sebilang penulis lebih suka membubuh ruang pada kedua-dua belahnya dalam julat yang kompleks: 1 Januari 200631 Disember 2006.

Sengkang en juga boleh digunakan sebagai tanda sengkang untuk adjektif majmuk yang terdiri daripada dua perkataan ataupun sebagai sepatah perkataan yang mempunyai tanda sengkang (umpamanya, tempoh pra–Perang Dunia II) dan tanda ini juga digunakan untuk adjektif majmuk untuk merujuk kepada orang berbilang supaya menjelaskan bahawa, sebagai contohnya, nama-nama dalam teorem Poincaré–Birkhoff–Witt theorem merujuk kepada tiga orang, sedangkan Konjektur Birch–Swinnerton-Dyer merujuk kepada dua orang (salah satunya dipanggil Swinnerton-Dyer). Panduan untuk Menggunakan Unit Sistem Antarabangsa (SI) mengesyorkan bahawa perkataan "ke" digunakan sebagai ganti untuk sengkang en, sewaktu julat angka boleh disalah anggap sebagai penolakan, umpamanya dalam julat unit. Sengkang en didukung oleh hampir semua pelayar, dan boleh digunakan dalam Wikipedia. Gunakanlah entiti HTML – (bukan bentuk angkanya, –; sila lihat di bawah) atau taipkan sengkang en secara langsung dalam papan kekunci anda, jika papan kekunci anda membenarkannya.

Sengkang em[sunting sumber]

Sengkang em (—) adalah dua kali lebih panjang berbanding sengkang en, dan lebih kurang sama panjang denga huruf M besar dalam mana-mana satu fon. Sengkang em digunakan dalam cara yang lebih kurang sama dengan tanda titik bertindih atau satu set tanda kurung: sengkang em boleh menunjukkan perubahan fikiran yang tiba-tiba, atau sewaktu tanda titik terlalu kuat dan koma terlalu lemah.

Sengkang em boleh mempunyai ruang pada kedua-dua belah ataupun tidak, bergantung kepada pilihan penulis atau peraturan gaya penulisan dalaman; sebilangan penulis lebih suka menggunakan sengkang en (dengan ruang) untuk menggantikan tanda kurung. Sengkang em kekadang disalahgunakan untuk mengasingkan butir-butir senarai daripada takrifnya. (Yang patut digunakan ialah tanda titik bertindih. Wikipedia juga mempunyai sintaks takrifan untuk takrif-takrif yang lebih baik berbanding penggunaan tanda titik bertindih. Sila lihat Wikipedia: Menyunting untuk perincian.)

Sengkang em didukung oleh hampir semua pelayar, dan boleh digunakan dalam Wikipedia. Gunakanlah entiti HTML — dan enjin MediaWiki akan menukarkan entiti itu menjadi entiti angka. Entiti-entiti angka, — dan —, harus dielakkan dalam teks wiki: hasilnya sama sahaja dengan hasil enjin MediaWiki, tetapi penggunaan entiti angka secara langsung menyusahkan penafsiran oleh penyunting-penyunting. Anda juga boleh menaipkan sengkang em secara langsung jika papan kekunci anda membenarkan.

Secara sejarah, tanda sengkang gandaan (--) telah digunakan untuk mewakili sengkang em kerana mesin taip dapat menyambungkan tanda sengkang tersebut dan menghasilkan sengkang em. Cara ini masih merupakan cara yang boleh diterima untuk mewakili sengkang em kerana cara ini tidak akan menyebabkan salah membaca antara pelantar atau dengan pengekodan bahasa yang berbeza-beza.

Lihat juga Sengkang (tanda baca) untuk lebih banyak jenis tanda sengkang dan perbincangan yang terperinci mengenai penggunaannya.

Sengkang yang tidak digunakan dalam Wikipedia[sunting sumber]

Sengkang angka ("") harus tidak digunakan dalam Wikipedia. Tanda ini lebih panjang sedikit berbanding sengkang minus, dan biasanya sama panjang dengan sengkang en. Lebar sengkang angka adalah sama dengan askara angka, dan digunakan untuk nombor telefon (umpamanya, 012‒3456‒7890) bagi menunjukkan nombor terhilang dalam data angka, dll. Tanda ini boleh ditaip dengan bentuk angka, ‒. Oleh sebab pelayar tidak mendukung tanda ini, gunakanlah sengkang minus dalam Wikipedia sebagai ganti.

Sengkang petikan ("―") harus tidak digunakan dalam Wikipedia. Tanda ini digunakan untuk memperkenalkan teks petikan. Oleh sebab tanda ini tidak didukung oleh hampir semua pelayar, gunakanlah sengkang em dalam Wikipedia sebagai ganti.

Yang berikut bukannya sengkang:

  • Makron ("¯") ialah tanda diakritik. Jangan gunakannya sebagai tanda sengkang.
  • Garis bawah ("_") ialah lagi satu tanda diakritik yang digunakan dalam sebilangan bahasa. Tanda ini juga digunakan sebagai ruang nyah pecah (non-breaking space) atau sebagai ganti untuk ruang dalam sebilangan sistem pengendalian komputer. Jangan gunakannya sebagai sengkang.

Garis panduan sengkang untuk penyunting Wikipedia[sunting sumber]

Untuk kepentingan Wikipedia:Wikicinta, penyunting-penyunting digalakkan menerima pilihan tanda sengkang pengguna yang lain, dan mengelakkan perubahan sesuatu gaya dengan sembarangan. Lima gaya sengkang yang berikut kini digunakan dalam Wikipedia:

  • Sengkang em tanpa ruang—seperti ini. Dimasukkan melalui — atau anda boleh menaipnya secara langsung jika papan kekunci anda membenarkan.
  • Sengkang em dengan ruang — seperti ini.
    • Sebilangan penyunting memasukkan ruang nyah pecah (nonbreaking space) sebelum tanda sengkang — melalui  — — untuk mengelakkan tanda sengkang termuncul pada permulaan garis.
  • Sengkang en dengan ruang – seperti ini. Dimasukkan melalui – atau anda boleh menaipnya secara langsung, jika papan kekunci anda membenarkan. (Nota: Sengkang en tanpa ruang boleh digunakan untuk menunjukkan julat angka, tetapi tanda sengkang ini harus tidak digunakan sebagai ganti untuk tanda kurung.)
    • Teknik untuk mematahkan garis,  –, juga digunakan di portal ini.
  • Sepasang tanda sengkang -- dengan ruang, ataupun tanpanya--seperti ini. Cara ini mudah ditaip, tetapi dianggap tidak cantik oleh sebilangan orang. Keburukan ini mungkin akan diatasi pada masa hadapan oleh perisian bot atau skrip penukaran automatik. Penyunting yang tidak suka menaip askara khas atau entiti HTML boleh menaip tanda sengkang melalui cara ini. Sepasang tanda sengkang adalah serupa dengan tanda sengkang em.
  • Tanda sengkang ruang tunggal - seperti ini. Ini dianggap sebagai tanda sengkang en yang serupa dengan gaya "mesin taip". Penggunaannya serupa sahaja dengan penggunaan tanda sengkang gandaan untuk tanda sengkang em di atas.

Sengkang dalam papan kekunci[sunting sumber]

Reka letak papan kekunci 101 Amerika Syarikat piawai tidak membekalkan kekunci yang khusus untuk memasukkan sengkang dan tanda baca tipografi yang tidak terdapat dalam ASCII. Bagaimanapun, sebilangan sistem pengendalian telah meluaskan piawai itu dan membenarkan pengguna mengubahsuaikan reka letak papan kekunci mereka. Banyak penyunting Wikipedia mendapati bahawa pengubahsuaian papan kekunci untuk memberikan askara-askara unikod tambahan adalah kaedah yang paling senang dan cekap untuk memasukkan sengkang dan tanda baca tipografi.

Macintosh[sunting sumber]

Sejak 1984, reka letak papan kekunci Amerika Syarikat dalam semua komputer Macintosh membenarkan pengguna menaip sengkang:

  • sengkang en: opsyen-sengkang
  • sengkang em: opsyen-syif-sengkang

Windows[sunting sumber]

Untuk Microsoft Windows, pelbagai askara khas boleh dimasukkan dengan menekan kekunci Alt sewaktu menaip susunan empat angka dalam papan kekunci angka. Angka-angka untuk tanda sengkang adalah seperti berikut:

  • sengkang en: alt-0-1-5-0
  • sengkang em: alt-0-1-5-1

Sistem Window X[sunting sumber]

Dalam versi X11 yang baru, anda boleh mendapat:

  • sengkang em (—) dengan menekan kekunci atur huruf (Compose key), diikuti oleh tiga sengkang minus (- - -), dan
  • sengkang en (–) dengan menekan kekunci atur huruf, diikuti oleh dua sengkang minus dan satu tanda titik (- - .).