Wilayah Bamiyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi Bamiyan di Afghanistan

Wilayah Bamiyan (Parsi: بامیان) adalah salah satu dari 34 wilayah di Afghanistan. Wilayah ini terletak di tengah negara Afghanistan. Ibu kotanya juga bernama Bamiyan. Bandar Bamiyan adalah kota terbesar di daerah Hazarajat, Afghanistan, dan merupakan ibu kota kebudayaan etnik Hazara yang merupakan majoriti di daerah ini.

Bamiyan juga terkenal kerana pemandangan alam di kawasan lembah subur. Danau Band-i-Amir di barat Wilayah Bamiyan merupakan salah satu tarikan pelancongan bagi orang Afghanistan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dahulu, Afghanistan Tengah terletak secara strategik dan berkembang pesat kerana pengaruh Laluan Sutera. Banyak kafilah melintasi daerah ini yang berdagang antara Empayar Rom, China dan India. Bamiyan merupakan tempat istirehat bagi banyak pedagang dan pengembara. Di sinilah unsur-unsur seni Yunani, Parsi dan Buddhisme berpadu menjadi suatu gaya klasik yang unik dan disebut Seni Buddhisme-Yunani.

Di Bamiyan terletak tapak biara kuil Buddha. Banyak patung Buddha dipahat di tebing-tebing jurang menghadap kota Bamiyan. Dua patung utama ini, adalah patung Buddha yang berdiri dengan ketinggian 55 dan 37 meter, dan merupakan contoh-contoh terbesar patung Buddha yang dipahat di dunia. Kemungkinan besar patung-patung agama ini dibangun pada abad ke-4 dan abad ke-5 Masihi. Dalam sejarah Islam kuno, Nabi Ibrahim memusnahkan semua patung yang terdapat di Makkah kecuali satu. Semasa Nabi Muhammad menguasai Baitullah di Makkah, baginda juga memusnahkan semua patung berhala yang ada kerana telah mencemari tempat suci agama Islam itu. Selama beberapa tahun, patung-patung ini merupakan mercu tanda budaya dan disenaraikan oleh UNESCO dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada Mac 2001, rejim Taliban mengeluarkan fatwa agama bahawa patung-patung ini merupakan berhala dan memerintahkan untuk dihancurkan dengan senjata anti-udara dan bahan peledak lainnya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Gabenor Wilayah Bamiyan ialah Habiba Sarabi, gabenor wanita pertama Afghanistan yang dilantik pada tahun 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Wilayah di Afghanistan