Wu Zongyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Wu Zongyu.jpg
Wu Zongyu

Prof Wu Zongyu dinobat sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa. Beliau merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu , Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) di Beijing, China.

Beliau dilahirkan di Shanghai, China.

Menyintai Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Baginya, rakyat Malaysia] perlu mengagungkan budaya dan memartabatkan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan ekonomi kerana pengaruh bahasa itu semakin terserlah dari sehari kesehari. Tambahan pula bahasa Melayu boleh merapatkan hubungan dua negara seperti Indonesia dan Malaysia.

Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Melayu sempena majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),Melaka pada 13 Oktober 2011.

Beliau menerima RM50,000, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Watikah Penghargaan Negara. Beliau belajar bahasa Melayu dan mendekati jiwa bangsa Melayu kerana saya amat minat dengan budaya Melayu dan tamadun Melayu.

Wu diberi gelaran Laksamana Cheng Ho Kedua kerana peranannya dalam menjalin dua tamadun besar iaitu Melayu dan China dan merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan bahasa Melayu versi Tanah Melayu di China iaitu dengan menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di BFSU pada 1962. Beliau mengembangkan Pengajian Melayu di China dengan penubuhan dua Kursi Pengajian Melayu dan penubuhan program pascasiswazah di tujuh buah universiti di China.Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada majlis konvokesyen ke-50 Universiti Malaya pada 3 Oktober 2011.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]