Wushu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wushu
Wushu On The Street.jpg
Fokus Hybrid
Negara asal Republik Rakyat China China
Pengamal masyhur Susyana Tjhan, Lindswell Kwok, Jet Li, Donnie Yen, Jackie Chan, Wu Jing, Tony Jaa, Bruce Lee
Sukan Olimpik Tiada

Wushu (Tulisan Cina Tradisional: 武術; Tulisan Cina Ringkas: 武术; Pinyin: wǔshù) merupakan seni bela diri yang berasal dari negara China.[1] [2] Perkataan Wushu berasal daripada dua perkataan iaitu "Wu" yang bermaksud ilmu Perang dan "Shu" yang membawa makna Seni. Di negara China, wushu juga dikenali sebagai negara China, wushu juga dikenali sebagai "国术" (guóshù) yang bermaksud seni bela diri kebangsaan.

Terdapat beberapa variasi dalam wushu, termasuklah Nanquan, Changquan, Sanda, Taijiquan, dan penggunaan senjata seperti Dao (刀 atau pedang bermata tunggal), Jian (剑 atau pedang bermata ganda), Gun (棍 atau tongkat) dan Qiang (枪 atau lembing). [3][4][5]

Wushu lazimnya dipersembahkan dan dipertandingkan dalam bentuk "Taolu" (套路, tàolù), yakni sekumpulan pergerakan wushu yang digabungkan untuk membentuk sebuah rutin (sama dengan acara seni dalam silat). Taolu merangkumi pergerakan asas seperti tumbukan, cara berdiri (kuda-kuda), dan tendang serta pergerakan aerobatik seperti lompatan, tendangan yang melibatkan lompatan, dan imbangan.[4] Pergerakan Taolu adalah berdasarkan pergerakan seni bela diri tradisi Cina dan boleh diubah dalam acara pilihan (自选, zìxuǎn).[6]

Sanda (juga dikenali sebagai sanshou) merupakan cara pertinjuan moden yang melibatkan tumbukan, tendang dan gusti. Sanda telah merangkumi aspek-aspek bertinju dalam wushu dan biasanya pertandingan Sanda dijalankan bersama dengan pertandingan Taolu.[7]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Changquan (长拳)[sunting | sunting sumber]

Changquan merujuk kepada Taolu moden yang berasal dari bahagian utara China. Changquan telah merangkumi pergerakan yang berasal daripada Chaquan (查拳), Huaquan (华拳), Hongquan (洪拳), dan Shaolin quan (少林拳).[8] Gaya pergerakan bagi Changquan termasuk pergerakan yang menyeluruh, menendang, dan lompatan yang kompleks.[9] Peserta acara Changquan memerlukan imbangan, kelajuan, kekuatan, dan kelenturan yang baik, hal ini adalah kerana Changquan mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik yang sukar dilaksanakan.[10]

Nanquan (南拳)[sunting | sunting sumber]

Nanquan berasal daripada seni bela (拳; quán) dari bahagian selatan (南; nán) China, termasuk Hung Gar (洪家拳), Choy Li Fut (蔡李佛拳), and Wing Chun (咏春拳). Pergerakan Nanquan adalah lebih kuat dan mempunyai kuda-kuda yang rendah dan seimbang. [3] Kuasa tumbukan dalam Nanquan adalah berasal daripada kekuatan kaki dan pinggang. Pergerakan Nanquan juga akan disertai dengan teriakan yang pendek.[4]

Taijiquan (太极拳)[sunting | sunting sumber]

Pergerakan Dan Bian (单鞭) dalam Taijiquan

Taijiquan merupakan seni bela diri yang terkenal dengan kelembutan dan pergerakannya yang perlahan.[4] Warga emas menggunakan Taijiquan untuk kesihatan[11][12]. Selain itu, Taijiquan juga dipertandingkan dalam pelbagai acara. Taiji Taolu Kontemporari merupakan gabungan pergerakan yang berasal daripada gaya Yang (杨), Chen (陈), Wu (吴), Wu (武), dan Sun (孙).[13] Oleh kerana Taolu tersebut mempunyai pergerakan yang cantik, lompatan dan pergerakan akrobatik yang menguji keseimbangan, kelenturan dan kekuatan pelatih, Taolu juga dipertandingkan dalam pelbagai acara. [3] Terdapat juga pertandingan bagi Taijiquan tradisional.[14][14]

Senjata[sunting | sunting sumber]

Daoshu (刀术)[sunting | sunting sumber]

Dao

Dao merujuk kepada pedang bermata tunggal yang besar serta mempunyai mata yang melengkung. Dao banyak digunakan oleh tentera China yang berkuda dalam pertempuran pada zaman dahulu.[15] Oleh itu, pergerakan Daoshu mempunyai pergerakan menyerang dan mempertahan yang kuat.[4] [16] Daoshu yang dipertandingkan dalam pertandingan lazimnya merupakan Daoshu yang berasal daripada Changquan, oleh itu Daoshu juga dikenali sebagai Chang Dao (长刀, chángdāo). Gaya Daoshu adalah sama dengan gaya Changquan.[3]

Nandao (南刀)[sunting | sunting sumber]

Nandao merupakan Daoshu yang berasal daripada selatan China. Pergerakan Nandao adalah berdasarkan gaya dan pergerakan Nanquan. [4] Pedangnya adalah lebih besar dan mempunyai satu bilah yang berlengkung sahaja, saiznya yang besar juga menyebabkannya lebih berat berbanding dengan Dao yang biasa. Pergerakan Nandao besar, lebar dan pantas, di samping dengan jeritan yang pendek dan kuat.[3][17] Pergerakannya adalah lebih kuat dan ganas berbanding dengan Daoshu dan kuda-kudanya adalah lebih rendah dan seimbang. Dalam pertandingan tertentu, Nandao akan dipertandingkan bersama dengan Nangun[18], kadang-kala juga dipertandingkan bersama dengan Nanquan. Markah yang diperoleh dalam kedua-dua acara (atau ketiga-tiga acara[19]) akan ditambah untuk menentukan pemenang.

Jianshu (剑术)[sunting | sunting sumber]

Jianzhi

Jian merupakan sejenis pedang bermata ganda, bilahnya lurus dan matanya tajam. Pada zaman dahulu, Jian digunakan oleh bangsawan, putera dan kesateria. Jian banyak digunakan untuk menusuk, menebas dan memotong.[4] Gaya Jianshu adalah berdasarkan gaya Changquan dan pergerakannya adalah lebih pantas, ringan dan tangkas.[3][20] Apabila Jian dipegang oleh tangan kanan, jari pada tangan kiri akan membengkok (selain jari telunjuk dan jari tengah) dan membentuk satu pergerakan yang dikenali sebagai Jianzhi (剑指, jiànzhǐ) atau jari pedang.[21]

Taijijian (太极剑)[sunting | sunting sumber]

Taijijian ialah seni pedang yang berasal daripada pergerakan dan gaya Taijiquan, di samping mendapat pengaruh daripada Jianshu. Walaupun mempunyai pergerakan yang lembut dan perlahan, namun Taijijian juga mampu digunakan untuk menyerang. Seperti Taijiquan, Taijijian juga mempunyai gaya-gaya yang berbeza serta Taolu Kontemporari Taijijian. [14] Taijijian juga dipertandingkan dalam pelbagai pertandingan.

Gunshu (棍术)[sunting | sunting sumber]

Gun merupakan sebatang kayu yang panjang (setinggi dengan manusia). Bahagian bawahnya adalah lebih tebal berbanding dengan hulunya, namun begitu terdapat juga Gun yang mempunyai hujung yang sama tebal dalam Seni bela diri Cina tradisional. Gun biasanya diperbuat daripada rotan ataupun kayu daripada pokok Ligustrum lucidum.[22] Oleh sebab gaya dan pergerakan Gunshu adalah berasal daripada Changquan, maka Gunshu juga dikenali sebagai Chang Gun (长棍, chánggùn).[4] [3] Dalam Gunshu, terdapat beberapa cara memegang Gun dan akan berubah mengikut keadaan tertentu.[23]

Nangun (南棍)[sunting | sunting sumber]

Nangun merupakan Gunshu yang berasal daripada selatan China. Pergerakan Nangun juga berdasarkan gaya dan pergerakan Nanquan. Nangun biasanya adalah lebih tebal berbanding dengan Gun yang biasa. Kedua-dua hujung Nangun adalah sama tebal dan boleh dijadikan sebagai hulu. Pergerakan Nangun adalah lebih pantas dan biasanya di samping dengan teriakan.[3][4] Dalam pertandingan tertentu, Nangun akan dipertandingkan bersama dengan Nandao[18], kadang-kala juga dipertandingkan bersama dengan Nanquan. Markah yang diperoleh dalam kedua-dua acara (atau ketiga-tiga acara[19]) akan ditambah untuk menentukan pemenang.

Qiangshu (枪术)[sunting | sunting sumber]

Qiang atau lembing dikatakan sebagai "raja" dalam senjata Cina. Qiang mempunyai rambu merah pada bahagian di antara matanya dengan badannya. Fungsi rambu merah tersebut adalah untuk mengganggu penglihatan musuh semasa pertempuran, di samping mengelakkan darah daripada mengalir ke bahagian badan Qiang dan menyebabkannya licin dan melekat. Pergerakan Qiangshu adalah berdasarkan gaya dan pergerakan Changquan. Pergerakan utama Qiangshu ialah "拦" (lán) dan "拿" (ná) yang bermaksud menghalang serta 扎(zhā) yang bermaksud menujah.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF):

  • Kejohanan Wushu Dunia (World Wushu Championships)[24]
  • Kejohanan Wushu Belia Dunia (World Junior Wushu Championships)[25]
  • Piala Dunia Taolu (Taolu World Cup)[26]
  • Piala Dunia Sanda (Sanda World Cup)[27]
  • Kejohanan Kungfu Dunia (World Kungfu Championships)[28]
  • Kejohanan Taijiquan Dunia (World Taijiquan Championships)[29]

Wushu dalam temasya sukan antarabangsa:[30]

Pertandingan wushu dalam Malaysia:

  • Sukan Malaysia
  • Kejohanan Wushu KPM
  • Kejohanan Wushu Kebangsaan
  • Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (sebagai salah sebuah acara yang dipertandingkan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liu, Melinda. "Kung Fu Fighting For Fans". Newsweek. Dicapai pada 2020-06-12.
  2. ^ Wren, Christopher (11 September 1983). ""Of monks and martial arts"". New York Times. Dicapai pada 2020-06-12.
  3. ^ a b c d e f g h "Rules for International Wushu Taolu Competition" (PDF). International Wushu Federation. November 2005. Dicapai pada 2020-06-12.
  4. ^ a b c d e f g h i "Taolu". International Wushu Competition. Dicapai pada 2020-06-12.
  5. ^ "What is Wushu?". Harvard Wushu·哈佛武术队. Dicapai pada 2020-06-12.
  6. ^ Lee, Matthew (5 Jun 2015). "Compulsory vs. Optional Taolu". Jiayoowushu. Dicapai pada 2020-06-12.
  7. ^ "Sanda". International Wushu Competition. Dicapai pada 2020-06-12.
  8. ^ "Changquan". Dicapai pada 2020-06-12.
  9. ^ 国际武术联合会 (1 Jun 2013). 长拳 (dalam bahasa Cina). China: 人民体育. ISBN 9787500944300. Dicapai pada 2020-06-12.
  10. ^ http://www.360doc.com/content/12/0608/17/5832416_216894078.shtml
  11. ^ https://time.com/4758683/tai-chi-exercise/
  12. ^ https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/the-health-benefits-of-tai-chi
  13. ^ https://www.taichi.ca/about-what-is-tai-chi-taiji-quan-qi-gong-push-hands-yang-chen-wu-sun-hao-mississuaga-brampton-maple-vaughan-etobicoke-toronto/the-5-family-styles-of-tai-chi-taiji-quan-qi-gong-yang-chen-wu-sun-hao/
  14. ^ a b c https://news.cgtn.com/news/3d3d414d796b6a4e79457a6333566d54/index.html
  15. ^ Graff, David A. (2002), Medieval Chinese Warfare, 300-900, London: Routledge, ISBN 0-415-23955-9
  16. ^ 王玉龙,徐伟军 (1 Jun 2013). 刀术-第三套国际武术竞赛套路 (dalam bahasa Cina). China: 人民体育. ISBN 9787500944300. Dicapai pada 2020-06-12.
  17. ^ 人民体育出版社 (1 Jun 2013). 南刀 (dalam bahasa Cina). China: 人民体育. ISBN 9787500944300. Dicapai pada 2020-06-12.
  18. ^ a b https://www.nst.com.my/sports/others/2017/07/256562/wushu-exponent-diana-wants-memorable-sea-games-farewell
  19. ^ a b https://www.thestar.com.my/Sport/Other-Sport/2006/10/26/Wushu-Puis-baptism-of-fire/
  20. ^ 王玉龙,徐伟军 (1 Jun 2013). 剑术 (dalam bahasa Cina). China: 人民体育. ISBN 9787500944300. Dicapai pada 2020-06-12.
  21. ^ https://baike.baidu.com/item/%E5%89%91%E6%8C%87
  22. ^ https://news.cgtn.com/news/3d3d414d32516a4e79457a6333566d54/index.html
  23. ^ 學校體育運動會指導小組 (2011). 學校室內外運動的組織編排. 上 (dalam bahasa Cina). China: 遼海出版社.
  24. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-wushu-championships/
  25. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-junior-wushu-championships/
  26. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/taolu-world-cup/
  27. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/sanda-world-cup/
  28. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-kungfu-championships/
  29. ^ http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-taijiquan-championships/
  30. ^ http://www.iwuf.org/competitions/wushu-in-multi-sport-events/