Yahya Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Yahya Abdul Razak adalah ahli politik UMNO/Perikatan dan pengerusi Gabungan Dewan Perniagaan Melayu Malaya. Beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Persekutuan semasa era British di Tanah Melayu. Yahya Abdul Razak adalah Pengerusi Kempen Pilihan raya UMNO cawangan Kuala Lumpur.

Pada Disember 1951, beliau bersama Omar Ong Yoke Lin mengemukakan idea agar UMNO dan MCA bergabung membentuk Perikatan. Kedua-dua parti utama itu perlu bekerjasama ke arah kerajaan sendiri.Mereka berdua pernah sama bersekolah di Victoria Institution. [1]


Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur yang diadakan pada bulan Februari 1952 menjadi perhatian umum kerana buat pertama kalinya terjalin Pakatan UMNO-MCA. Dalam pilihan raya tersebut, Dato' Yahya Razak, pengerusi jawatankuasa pilihan raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan H.S Lee, pengerusi MCA Selangor. UMNO-MCA itu membuahkan hasil apabila memenangi 9 dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Keseluruhannya pakatan UMNO-MCA memenangi 26 dari 37 kerusi Majlis Perbandaran di Tanah Melayu.

Pada 8 Februari 1959, isterinya Che Mimah binti Abdullah meninggal dunia di Hospital Klang dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tun Abdul Razak: a phenomenon in Malaysian politics : a political biography; by Paridah Abd. Samad - 1998
  2. ^ The Straits Times, 9 Februari 1959, Halaman 1; Isteri Kaunselor meninggal dunia