Victoria Institution

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Victoria Institution
Vicrest.jpg
Lokasi
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
Jenis Kerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah lelaki
Moto Scholar, Sportsman, Gentleman"
Ditubuhkan pada 14 Ogos 1893 (1893-08-14)
Guru Besar En. Kamarul Azman bin Md Arif
Gred Tingkatan 1 - Tingkatan 6
Kemasukan 800
Kampus Kampus besar sekolah, di hujung pusat bandar
Warna Biru laut & Biru Diraja (diambil selepas warna Universiti Oxford dan Universiti Cambridge)
Penggabungan Kementerian Pendidikan Malaysia
Singkatan V.I.
Laman web

Victoria Institution (VI), sebelum 2009 dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki (dan perempuan untuk tingkatan enam) di Kuala Lumpur, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1893, sekolah ini merupakan sekolah tertua di ibu negara.[1] Victoria Institution mempunyai 1,052 orang pelajar pada tahun 2009, iaitu 1,009 pelajar lelaki dan 43 pelajar perempuan (pra-universiti), serta mempunyai tenaga pengajar seramai 89 orang.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893. Ia berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri Kabinet terdahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.

Sekolah itu juga, merupakan sekolah menengah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu dan turut memainkan peranan dalam sejarah tanah air apabila digunakan oleh askar Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengumumkan bahawa ia akan dikenali semula sebagai Victoria Institution (VI) mulai 14 Februari 2009. Sekolah itu diangkat sebagai Warisan Kebangsaan kerana ia memenuhi kriteria berdasarkan Akta Warisan 2005.[3]

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Versi Inggeris Versi Melayu

Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School.
Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School
For their foresight and devotion,
Some who came across the ocean,
Some Malaysia's own sons,
All true Victorians.

Let us next remember here
All who passed through this our School.
Let us next remember here
All who passed through this our School,
Not one race but one in feeling
For a school to each appealing
That instruction be not all
Nor this School just roof and wall.

Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
In our work and in our leisure,
With such zeal and in such measure
That the new Victorians
Match with Old Victorians.
Lirik oleh:G. F. Jackson

Sanjungan didendangkan
Pengasas nan budiman
Sanjungan didendangkan
Pengasas nan budiman
Kerana jasa khidmat mulia
Yang mengharung samuderaya
Dan putera Malaysia
Kekal cita Victoria

Kenangan dilayangkan
Pada semua lepasan
Kenangan dilayangkan
Pada semua lepasan
Lain bangsa satu cita
Diingatkan pada semua
Ilmu zahir utama
Rohani pun setara

Ikrar pula lafazkan
Junjung sekolah pujaan
Ikrar pula lafazkan
Junjung sekolah pujaan
Dalam usaha gerak laku
Warisan lama dan baru
Bergandingan, bersatu
Hidup Victoria diaju
Lirik oleh: Zainab bt Yusop

Alumni[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria
Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
Telefon = 320782489
Fax = 320316854

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°08′19″N 101°42′08″E / 3.138607°N 101.702320°E / 3.138607; 101.702320