Yamaha Y135LC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Yamaha Y135LC
Y135lc.JPG
PengeluarYamaha
Juga dikenaliYamaha Spark 135, Yamaha Sniper, Yamaha Jupiter
Pengeluaran2005-sekarang
PendahuluYamaha Lagenda
KelasMoped, kapcai
Enjin135cc SOHC 4 injap 4 lejang sejukan air
Kuasa11.33 PS @ 8,500 rpm
Transmisi4 kelajuan
SuspensiDepan: Teleskopik
Belakang: Lengan ayun monoshock
Berat103 kg
Muatan bahan api4.0 l
BerkaitanYamaha Y125Z

Yamaha 135LC, juga dikenali sebagai Yamaha Spark 135 di Thailand, Yamaha Sniper di Filipina dan Yamaha Jupiter MX di Indonesia, merupakan sebuah motosikal kapcai dengan sesaran enjin kedua terbesar selepas Suzuki Raider 150. Digerakkan oleh enjin sejukan air 135cc 4 lejang, Y135LC direka khas oleh syarikat induk di Jepun untuk pasaran Asia Tenggara.

Pada tahun 2008, versi suntikan bahan api bagi Yamaha Spark 135 telah dilancarkan untuk pasaran Thailand, menjadikannya motosikal kapcai kedua yang menggunakan suntikan bahan api selepas Honda Wave 125i[1].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Kod model: T135
  • Enjin: SOHC 4 injap 4 lejang 135cc sejukan air
  • Susunan silinder: Silinder tunggal condong ke hadapan
  • Sesaran: 134.9 cc
  • Kuasa kuda: 8.45 kW (11.33 PS) @ 8,500 rpm
  • Kilasan: 11.65 Nm @ 5,500 rpm
  • Kelajuan maksimum: 138 km/j[2]
  • Lubang x lejang: 54.0 x 58.7 mm
  • Nisbah mampatan: 10.9 : 1
  • Transmisi: 4 kelajuan jaringan malar
  • Klac: Klac empar automatik basah, berbilang plat (model klac manual juga boleh didapati)
  • Sistem bahan api: Suntikan bahan api (2008 Yamaha Spark 135i di Thailand sahaja); karburetor Mikuni VM22 dengan pengesan kedudukan pendikit (negara lain)
  • Kerangka: Tiub keluli bentuk berlian
  • Gantungan hadapan: Teleskopik
  • Gantungan belakang: Monoshock
  • Brek hadapan: Cakera, omboh tunggal
  • Brek belakang: Gelendong
  • Berat kering: 103 kg
  • Muatan bahan api: 4.0 L

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  • DiASil (silinder aluminum tuangan) dengan pengaliran haba lebih baik bagi menyingkirkan haba berlebihan lebih cepat.
  • Omboh tempaan lebih ringan
  • Lengan jumpelang galas pengguling dengan kurang geseran daripada lengan jumpelang biasa.
  • Enjin 4 injap sejukan air - Konfigurasi enjin 4 injap menghasilkan kecekapan volumetrik lebih baik daripada motosikal kapcai 4 lejang lain yang rata-rata menggunakan rekaan 2 injap, membolehkan enjin menghasilkan kilasan lebih tinggi pada rpm lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sesaran enjin 135 mengehadkan keupayaan sistem sejukan udara sementara mengekalkan reka bentuk kapcai padat, maka sistem sejukan air dengan kecekapan sejukan lebih baik digunakan.
  • Suntikan bahan api (2008 Yamaha Spark 135i di Thailand sahaja) bagi keluaran asap lebih bersih serta lebih cekap daripada model berkaburetor.
  • Karburetor dengan pengesan kedudukan pendikit dan pam pemecut (negara lain) - Y135LC menggunakan karburetor Mikuni VM22 dengan pengesan kedudukan pendikit untuk pemasaan penyalaan lebih baik, serta pam pemecut bagi pecutan dan tindak balas permulaan lebik baik.
  • Penukar bermangkin - Walaupun kebanyakan motosikal kapcai mampu melepasi piawaian emisi yang ketat tanpa menggunakan penukar bermangkin, Yamaha mengambil inisiatif memasang penukar bermangkin bagi memenuhi piawaian emisi lebih ketat pada masa akan datang.
  • Rim sport dengan tayar tanpa tiub (piawaian bagi model di Malaysia sahaja)

Sejarah model[sunting | sunting sumber]

Yamaha Y135LC mula dikeluarkan pada tahun 2005 untuk pasaran Thai dan Indonesia sebelum dibawa masuk ke Malaysia pada Februari 2006. Y135LC telah direka oleh ibu pejabat Yamaha Motor Company di Jepun bagi pasaran Asean. Model ini sangat berjaya di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Untuk mempromosikan model Y135LC, Yamaha menganjurkan satu kembara jalanan Asean dikenali sebagai Yamaha Pan Asean Tour, sejauh 9,000 km di jalan raya Thailand, Malaysia, Singapura dan Filipina yang berakhir pada Mei 2006.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The 2008 Yamaha Spark 135i, with Fuel Injection - Motorcycle Thailand. Dicapai pada 11 Mei 2008.
  2. ^ "Yamaha 135LC Extreme Spirit", Roda-Roda, September 2007.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]