September 2007
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
September 2007 ialah bulan kesembilan untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 30 hari pada hari Ahad.
Cuti antarabangsa[sunting | sunting sumber]
|
Portal:Hal semasa[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 September - Haile Gebrselassie memecahkan rekod maraton dunia dengan masa 2:04:26 di Berlin.
- 30 September - Jerman menewaskan Brazil untuk memenangi Piala Dunia FIFA Wanita 2007 di Shanghai, China.
- 27 September - 1500 peguam dari Majlis Peguam Malaysia berarak secara aman ke Jabatan Perdana Menteri menuntut siasatan klip video hakim dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang bebas.
- 27 September - Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.
- 25 September - Yasuo Fukuda terpilih untuk menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (gambar) yang meletakkan jawatan.
- 24 September - Sami Buddha (gambar) menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500 %.
- 20 September - Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Utama, Petaling Jaya adalah mayat Nurin Jazlin Jazimin yang hilang sebulan lalu.
- 16 September - Sebuah kapal terbang terbabas di Phuket mengorbankan 89 penumpang.
- 12 September - Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- 11 September - Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista.
- 10 September - Pelari pecut dari Jamaica, Asafa Powell mencipta rekod lari 100 meter baru dengan 9.74 saat di Grand Prix IAAF di Rieti, Itali.
- 8 September - Tumpuan persidangan APEC di Sydney ialah pemanasan global.
- 6 September - Luciano Pavarotti , pemain tenor Itali telah meninggal dunia.
- 3 September - Taufan Felix (gambar) melanda Nicaragua sebagai taufan Kategori 5 dan mengakibatkan kematian 38 orang.
- 1 September - Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007.