Yasuhito Endo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yasuhito Endo
Yasuhito-Endo-Japan- 2010.jpg

Endo bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Jepun 2010
Maklumat peribadi
Nama penuh Yasuhito Endo[1]
Tarikh lahir (1980-01-28) 28 Januari 1980 (umur 37)
Tempat lahir Bandar Kagoshima,
Wilayah Kagoshima, Jepun
Ketinggian 178 cm (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Gamba Osaka
Nombor 7
Kerjaya remaja
1995–1997 Sekolah Tinggi Kagoshima Jitsugyo
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1998–1999 Yokohama Flügels 16 (1)
1999–2001 Kyoto Purple Sanga 53 (9)
2001– Gamba Osaka 447 (93)
Pasukan kebangsaan
1998–1999 Japan B-20 11 (1)
1999 Japan B-23 7 (0)
2002–2015[3] Jepun 152 (15)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 6 Disember 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Januari 2015

Yasuhito Endo (遠藤 保仁 Endō Yasuhito?, lahir 28 Januari 1980 di Kagoshima City, Wilayah Kagoshima) merupakan pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk kelab Liga J., Gamba Osaka.[4] Abangnya Akihiro, yang bersara pada tahun 2008, merupakan bekas pemain bola sepak professional, dan merupakan salah seorang pemain Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Jepun semasa Olimpik 1996. Beliau dianggap sebagai wira Gamba Osaka dan pasukan kebangsan Jepun kerana keupayaan hantaran bola, kepimpinan dan keupayaan menjaringkan gol. Beliau juga dikenali kerana ketepatan sepakan percuma. Beliau dihormati sebagai salah satu pemain tengah paling kreatif Jepun dan juga sebagai salah satu pemain bola sepak paling berbakat Jepun dalam generasinya, walaupun hanya bermain di liga domestik.

Karier[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, beliau menjadi pemain pertama Liga J. untuk dinamakan dalama Sebelas Terbaik Liga J. 9 kali. Pada tahun 2009, beliau dinamakan Pemain Terbaik Tahunan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.[5]

Pada tahun 2012, beliau melanjutkan rekodnya dan menjadi pemain Jepun pertama untuk dipilih sebagai Sebelas Terbaik Liga J. sepuluh kali berturut-turut di posisi tengah.[6]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Endō bermain ketika Piala Dunia Remaja FIFA 1999 dan Jepun mendapat tempat kedua, tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir. Sejak tahun 2002, Endō telah menjadi ahli pasukan senior kebangsaan, dan telah dipilih untuk skuad Jepun semasa Piala Dunia 2006 dan 2010.[7] Pada 24 Jun 2010, Endō menjaringkan gol sepakan percuma ketika menentang Denmark membolehkan Jepun menang 3–1 dan layak ke pusingan kedua Piala Dunia.[8] Pada 12 Oktober 2010, beliau menjadi pemain keempat untuk mendapat kap antarabangsa penuh ke-100 untuk Jepun ketika perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan. Pada 16 Oktober 2012, Endo menjadi pemain Jepun dengan kap terbanyak ketika perlawanan persahabatan menentang Brazil.[9] Perlawanan ini merupakan penampilan ke 123 nya untuk pasukan kebangsaan, mengatasi rekod Masami Ihara yang mempunyai 122 kap.[9]

ACL 2008
Endo bermain untuk Gamba Osaka pada tahun 2011

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Terbaik Dunia Mingguan Goal.com: Minggu #110.[10]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Yokohama Flügels
Gamba Osaka

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Bola Sepak terbaik di Asia: 2009
  • Pemain terbaik Liga Juara-Juara AFC: 2008
  • Pemain harapan J. League: 2014
  • Pemain terbaik Jepun: 2008
  • Kesebelasan terbaik J. League: 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2014, 2015

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Anime[sunting | sunting sumber]

Endo bersama-sama dengan Conan, Kengo Nakamura, Yasuyuki Konno, dan Seigo Narazaki telah menjadi seiyu dalam filem Detective Conan: The Eleventh Striker sebagai dirinya sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 16. Dicapai pada 20 April 2014. 
  2. ^ "National Team Squad". jfa.or.jp. Japan Football Association. Dicapai pada 15 January 2014. 
  3. ^ "ENDO Yasuhito". Japan National Football Team Database. 
  4. ^ (Jepun) Players | GAMBA OSAKA Official Site
  5. ^ "Japan's Yasuhito Endō Named AFC Player of the Year". Goal.com. 24 November 2009. Dicapai pada 24 November 2009. 
  6. ^ "J. League Awards 2012". J. League. 3 December 2012. Dicapai pada 12 December 2012. 
  7. ^ FIFA.com
  8. ^ Sheringham, Sam (24 June 2010). "Denmark 1–3 Japan". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 24 June 2010. 
  9. ^ a b "SOCCER/ Endo's Japan record ruined by Brazil thumping". Asahi Shimbun. 18 October 2012. Dicapai pada 26 December 2012. 
  10. ^ http://www.goal.com/en-gb/news/2931/go-global/2011/06/27/2550033/world-player-of-the-week-yasuhito-endo-gamba-osaka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]