Yukio Mishima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
三島 由紀夫
Yukio Mishima
Foto oleh Shirou Aoyama (1956)
Info kelahiran(1925-01-14)14 Januari 1925
Shinjuku, Tokyo
Kematian25 November 1970(1970-11-25) (umur 45)
Markas Besar Pasukan Pertahanan Diri Jepun, Tokyo
Nama penaYukio Mishima
PekerjaanNovelis
Pelakon drama
Penyair
Penulis
WarganegaraJepun
Pusat pendidikanUniversiti Tokyo
Tempoh1944–1970
AnakNoriko Tomita (anak perempuan), Iichiro Hiraoka (anak lelaki)


Yukio Mishima (三島 由紀夫, Mishima Yukio) ialah nama pena penulis serta penyair, dramawan, aktor, dan pelakon Jepun bernama asal Kimitake Hiraoka (平岡 公威, Hiraoka Kimitake, lahir di Shinjuku, Tokyo, 14 Januari 1925 – meninggal di Tokyo, 25 November 1970 pada umur 45 tahun). Beliau pernah tiga kali dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusastraan. Karya-karyanya tergolong dalam genre avant-garde yang menggabungkan estetika moden dan tradisional yang dikatakan menembusi batas-batas budaya dengan fokus terhadap kehomoseksualan, kematian dan perubahan politik.[4]

Selain itu, beliau juga aktif dalam kegiatan politik yang menjadikannya sebagai tokoh kontroversial hingga sekarang di Jepun.[5][6][7][8] Secara ideologi, Mishima ialah pendukung sayap kanan yang menyokong budaya dan semangat tradisional Jepun. Beliau menentang apa yang dilihatnya sebagai materialisme Barat, bersama-sama dengan amalan demokrasi, globalisme dan komunisme Jepun pascaperang, dan bimbang bahawa dengan menerapkan idea-idea ini akan menyebabkan bangsa Jepun akan kehilangan "pati nasional" mereka (kokutai) serta warisan budaya mereka (Shinto dan Yamato-damashii) lalu menjadi bangsa "tanpa akar".[9] Mishima membentuk sebuah gerakan militia, Tatenokai ("Persatuan Perisai") dengan tujuan mengembalikan kesucian dan martabat Maharaja Jepun.[10] Pada 25 November 1970, Mishima dan empat anggota militannya memasuki pangkalan tentera di pusat Tokyo, mengambil seorang komandan sebagai tebusan, dan berusaha memberi inspirasi kepada Pasukan Pertahanan Diri Jepun untuk bangkit dan menggulingkan Perlembagaan Jepun 1947, yang disebutnya sebagai "perlembagaan kekalahan".[10] Setelah ucapannya dan menjerit "Hidup Maharaja!", beliau melakukan seppuku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Waagenar, Dick, and Iwamoto, Yoshio (1975). "Yukio Mishima: Dialectics of Mind and Body". Contemporary Literature, Vol. 16, No. 1 (Winter, 1975), pp. 41-60
  2. ^ a b Yamanouchi,Hisaaki (1972). "Mishima Yukio and his Suicide". Modern Asian Studies, Vol. 6, No. 1 (1972), pp. 1-16
  3. ^ http://biblioklept.org/2011/09/24/william-t-vollmanns-favorite-contemporary-books/
  4. ^ "Yukio Mishima 1925-1970". Twentieth-Century Literary Criticism. Gale Cengage. Dicapai pada 2013-02-05.
  5. ^ Belsky, Beryl. "Yukio Mishima: The Turbulent Life Of A Conflicted Martyr". Culture Trip.
  6. ^ "Yukio Mishima – 'The Lost Samurai'". Japan Today.
  7. ^ Flanagan, Damian (November 21, 2015). "Yukio Mishima's enduring, unexpected influence". The Japan Times.
  8. ^ "Everyone in Japan Has Heard of Him". archive.nytimes.com.
  9. ^ Mishima, Yukio (1970). "問題提起 (一)(二)" [Pembentangan Masalah 1,2]. Constitutional Amendment Draft Study Group (dalam bahasa Jepun). dikumpul di complete36 2003, halaman 118–132
  10. ^ a b Mishima, Yukio (1970). "我が国の自主防衛について" [Berkenaan pertahanan diri di negara kita]. Lecture at the 3rd Shinsei Doshikai Youth Politics Workshop (dalam bahasa Jepun). collected in complete36 2003, halaman 319–347, complete41 2004