Yusof Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dato' Yusof Jusoh merupakan seorang usahawan bumiputera yang aktif dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluaran IBS (Industrialized Building System) di Malaysia.

Industrialized Building System[sunting | sunting sumber]

Industrialized Building System (IBS) ialah satu mekanisme pembangunan dimana komponen-komponen pembinaan dibina di dalam 'control environment',dan akan dipasang siap di tapak pembinaan. Antara projek-projek IBS yang telah dijalankan oleh Proven Holding ialah Projek Generasi Kedua Felda Palong, Negeri Sembilan dan Projek pangsapuri pelajar dan blok kedai pejabat di UniCiti Alam, Padang Besar, Perlis. Selain dari projek nasional, Proven Holding dibawah kepimpinan Dato' Yusof Jusoh telah berjaya menyiapkan satu projek pembangunan pusat membeli belah Titanium Square di Jakarta dan pangsapuri di Tangerang, Indonesia.[1]

Program CEO@Faculty[sunting | sunting sumber]

Di Majlis Malam Aspirasi Program CEO@Faculty

Dato' Yusof Jusoh merupakan salah seorang pegawai eksekutif yang telah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk terlibat dalam program CEO@Faculty ini. Program ini bermatlamat mewujudkan jaringan kerjasama antara industri dan universiti di Malaysia dalam bidang keusahawan, pentadbiran dan penyelidikan. Dato' Yusof dilantik sebagai Professor Adjun oleh Universiti Malaysia Perlis, dan telah dijemput untuk memberi ceramah dan menganjurkan bengkel IBS untuk pelajar-pelajar UniMAP.[2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Dato' Yusof Jusoh berkahwin dengan Datin Aishah Jelaini dan dikurniakan 2 orang anak, Intan Sofinas Yusof dan Vivy Sofinas Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan muda yang berjaya di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama Syarikat FashionValet.com, sebuah syarikat e-dagang yang menawarkan pelbagai label popular eksklusif di Asia dalam laman sesawang atas talian .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. https://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita-malay/812-pembangunan-kampus-uniciti-alam-unimap-tarik-minat-politeknik Retrieved 05/02/2018
  2. Laman Sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, https://www.mohe.gov.my Retrieved 05/02/2018
  3. Laman Sesawang Program CEO@Faculty, http://ceo.myain.my Retrieved 05/02/2018
  4. Dato' Yusof Jusoh, CEO@Faculty, http://ceo.myain.my/ceo/18 Retrieved 05/02/2018
  5. UniMAP anjurkan Bengkel IBS , http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/11445/1/Majlis%20Perasmian%20Bengkel%20IBS%20Proven.pdf Retrieved 05/02/2018