Zaman Paleolitik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zaman ini merupakan sebahagian
Epok Pleistosen.

  Zaman Pleistosen

Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik Awal
Zaman Paleolitik Pertengahan
Zaman Paleolitik Akhir
  Zaman Holosen
Zaman Mesolitik atau Epipaleolitik  
Zaman Neolitik

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.

Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.

Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.

Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]