1984 (iklan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari 1984 (iklan televisyen))
Lompat ke: pandu arah, cari
1984 (iklan)
Ad apple 1984.jpg
Pengarah Ridley Scott
Penerbit Fairbanks Films, New York
Pengarang Steve Hayden (penulis iklan)
Lee Clow (pengarah kreatif)
Brent Thomas (pengarah seni)
Lakonan Anya Major
David Graham
Sinematografi Adrian Biddle
Penyuntingan Pamela Power
Pengedar Apple Computer
Mula ditayang 31 Disember 1983 dan 22 Januari 1984 (hanya penyiaran televisyen siang)
Tempoh ditayang 60 saat
Negara Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan USD$900,000

1984 ialah iklan televisyen Amerika yang memperkenalkan komputer peribadi Macintosh. Diterbitkan oleh Chiat/Day, ditulis bersama-sama oleh Steve Hayden dan Lee Clow, dan diarahkan oleh Ridley Scott, iklan itu yang tidak pernah disiarkan lagi,[1] kini dianggap sebagai "peristiwa titik perubahan" [2] serta juga "mahakarya".[3] 1984 telah ditempatkan tinggi secara berterusan dalam senarai iklan paling terpengaruh dalam sejarah, dengan Advertising Age menamakannya sebagai Iklan Dekad 1980-an.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

1984 menggunakan wirawati tanpa nama (dilakonkan oleh Anya Major) untuk melambangkan kedatangan Macintosh sebagai cara untuk menyelamatkan umat manusia daripada "keakuran".[4] Macintosh dilambangkan oleh baju jiperak putih wirawati yang menonjolkan gambar komputer bergaya Picasso. Ketika wirawati itu dikejar oleh empat pengawal keselamatan (mungkinnya ejen daripada Polis Fikiran), dia meluru ke layar besar yang menampilkan seorang tokoh yang rupa dan perawakannya seolah-olah "Abang Besar" (David Graham). Tokoh itu yang sedang merayakan hari ulang tahun "Arahan Penyucian Maklumat" (diringkaskannya sebagai penamatan "fikiran bertentangan") memberitahu penonton bahawa "Penyatuan Fikiran merupakan senjata yang lebih berkuasa" daripada apa jua yang dapat ditawarkannya. Wirawati yang kini semakin rapat dengan layar, melemparkan penukulnya ke arah layar itu, tepat pada saat apabila Abang Besar mengumumkan, "Kita akan menang!" Di tengah-tengah huru-hara cahaya dan asap, layar itu hancur. Iklan itu mengakhiri dengan teks yang berbunyi: "Pada 24 Januari, Apple Computer akan memperkenalkan Macintosh. Dan anda akan mengetahui bahawa 1984 tidak akan menyerupai Nineteen Eighty-Four." Imej dalam iklan itu ialah kilasan kepada novel George Orwell, Nineteen Eighty-Four, yang memerikan masa depan distopia yang diperintah oleh seorang "Abang Besar" siaran.

Pertikaian dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Abang Besar dalam iklan 1984, dilakonkan oleh David Graham.

Steve Jobs dan John Sculley dari Apple Inc. sangat ghairah terhadap hasil akhir iklan 1984 sehingga membeli satu minit setengah masa pengiklanan dalam tayangan Super Bowl, rancangan televisyen yang paling banyak ditonton setiap tahun di Amerika. Namun, terkejut mereka apabila seluruh anggota Lembaga Pengarah tidak suka akan iklan itu.[1] Sungguhpun demikian, Steve Jobs masih menyokongnya. Steve Wozniak menontonnya dan menawarkan wang sendiri untuk menyiarkan iklan itu sekiranya lembaga enggan menyiarkannya.[5] Akhirnya, Chiat/Day berjaya menjual 30 daripada 60 saat iklan itu. Antara 90 saat yang telah ditempah, Chiat/Day berjaya menjual semula 30 saat kepada pengiklan yang lain.[1]

Dalam ucapan dasar Apple pada 1983, Jobs membuat komen yang berikut kepada penonton pilihan sebelum menayangkan pratonton iklan tersebut, "Sekarang 1984. IBM kelihatan mahu semua. Apple dianggap sebagai satu-satunya harapan untuk mencabar IBM... Akankah Big Blue menguasai seluruh industri komputer? Adakah George Orwell betul?" [6]

Apabila ditayangkan, penonton Super Bowl begitu terharu, dengan iklan itu mengumpulkan berjuta-juta dolar pengiklanan percuma sewaktu program berita menyiarkan semula iklan itu pada malam itu juga. Dengan pantasnya, iklan itu disanjungi sebagai suatu mahakarya oleh banyak orang dalam industri pengiklanan. 1984 kemudian menjadi lambang pengenalan Apple Computers dan ditonjolkan dalam perayaan hari ulang tahun ke-20 Macintosh pada 2004, dengan Apple mengeposkan semula versi baharu iklan itu dalam laman sesewangnya. Dalam versi kemas kini itu, sebuah iPod yang dilengkapkan dengan fon kepala pengenalan, ditambah pada wirawati secara digital.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Friedman, Ted (2005). "Electric Dreams: Computers in American Culture, Chapter 5:1984". New York University Press. http://www.tedfriedman.com/electricdreams/2005/02/apples_1984.php. Capaian 2008-05-10. 
  2. Apple's '1984' Super Bowl commercial still stands as watershed event
  3. Leopold, Todd (February 3, 2006). "Why 2006 isn't like '1984'". CNN. http://edition.cnn.com/2006/SHOWBIZ/02/02/eye.ent.commercials/. Capaian 2008-05-10. 
  4. Cellini, Adelia (January, 2004). "The Story Behind Apple's '1984' TV commercial: Big Brother at 20". MacWorld 21.1, page 18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. http://archive.is/lZd6g. Capaian 2008-05-09. 
  5. Hansen, Liane (01 February 2004). "A Look Back at Apple's Super Ad". NPR. http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=1627800. Capaian 2008-05-10. 
  6. 1983 Apple Keynote-The "1984" Ad Introduction
  7. The Apple Mac is 20

Pautan luar[sunting | sunting sumber]