Abdul Ghani Baradar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Ghani Baradar
Lahir 1968 (umur 45–46)
Nama gelaran Mullah Baradar
Tempat lahir Weetmak, Daerah Deh Rahwod, Wilayah Orūzgān, Afghanistan
Kesetiaan Afghanistan Taliban
Pertempuran Perang Soviet di Afghanistan
Perang saudara di Afghanistan (1996–2001)
Perang Terhadap Keganasan:

Mullah Abdul Ghani Baradar atau 'Mullah Baradar Akhund' (Dari/Pashto: عبدالغنی برادر; lahir 1968) adalah seorang pemimpin dan pengasas bersama[1] Taliban, Afghanistan. Dia timbalan daripada Mullah Mohammed Omar dan pemimpin dari Quetta Shura. Abdul Ghani Baradar dipandang sebagai pemimpin de facto Taliban pada 2009. Beliau ditangkap di Pakistan pada 8 Februari 2010 ketika serangan dilancarkan.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Ghani Baradar lahir di Weetmak, daerah Rahwod Deh, wilayah Oruzgan.Dia adalah keturunan Durrani Pashtun daripada famili Popalzai. Baradar berjuang bersama Mujahidin Afghanistan selama Perang Soviet-Afghanistan dan kemudian dikendalikan sebuah madrasah di Maiwand, Wilayah Kandahar di bawah pimpinan bekas komander, Mohammad Omar. Pada 1994 dia membantu Omar dalam pergerakan Taliban.

Makumat perisikan Amerika Syarikat menyataka beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan Taliban. Selepas serangan 11 September di Amerika Syarikat, dan Amerika bertindak menceroboh Afghanistan dan Taliban berjaya digulingkan. Ekoran itu, Baradar berperang melawan AS-yang disokong oleh Perikatan Utara.

Apabila Hamid Karzai menjadi Presiden Afghanistan, Baradar tidak dapat menerimanya . Hamid Karzai tidak mendapat mandat sebenar rakyat Afghanistan, boneka Amerika dan pilihan raya yang tidak menepati standard antarabangsa.

Ditangkap[sunting | sunting sumber]

Beliau ditangkap dalam sebuah operasi gabungan oleh ISI dan CIA di bandar Baldia, Karachi, Pakistan pada 2007. ketika itu serangan udara dilancarkan di wilayah Helmand.

Hasil risikan , pada 8 Februari 2010, sekali lagi bekiau ditangkap di Madrasah Khuddamul Quran , 45 km di timur laut Karachi. Di sinilah , lokasi Mullah Omar. Ketika ini Operasi Moshtarak dilancarkan oleh tentera Afghanistan dengan dokongan unit tentera Amerika Syarikat.

Bagaimanapun,Menteri Dalam Negeri Pakistan Rehman Malik membantah laporan The New York Times. Tidak ada gabungan AS-Pakistan dsalam serangan itu. Negara Pakistan merupakan sebuah negara berdaulat dan kami tidak akan membiarkan sesiapa untuk datang melakukan operasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]