Mullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Mullah (bahasa Parsi: ملا ) adalah salah suatu gelaran yang biasa diberikan kepada seorang Ulama yang beragama Islam. Gelaran ini berasal dari kata bahasa Arab Mawla atau Maula, yang dapat diertikan sebagai 'pemimpin' mahupun 'pelindung'. Di sebahagian besar wilayah di Iran, Turki, Asia Tengah dan anak semenanjung India, adalah hal yang umum untuk memberikan gelaran Mullah kepada pemimpin agama atau pengurus Masjid setempat.[1]

Lukisan para Mullah di hadapan seorang Raja Dinasti Safawi, Iran.

Dalam pemakaiannya di media massa, penyebutan serta penggunaan gelaran ini dapat mencerminkan penghormatan ke atas seseorang yang terpelajar di dalam bidang agama (pemakaian dalam dunia Islam); atau kecenderungan dalam mengetengahkan diri sebagai seorang yang fanatik dalam bidang agama (mengikut pandangan oleh sesetengah pihak yang mempelopori kepentingan dalam media massa Barat).[2]




Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Roy, Oliver, 1996. Failure of Political Islam, Harvard University Press, hlm 28-29. ISBN-13: 978-0674291416
  2. Taheri, Amir, 1985. Spirit of Allah, Hutchinson, hlm 53. ISBN-13: 978-0091603205