Abhishek Bachchan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abhishek Bachchan
AbhishekBachchan.jpg
Perkahwinan Abhishek dan Aishwarya
Kelahiran 5 Februari 1976 (38 tahun)
Mumbai, Maharashtra, India
Pekerjaan Actor, Producer, Television presenter
Tahun aktif 2000–present
Pasangan Aishwarya Rai (2007–kini)
Anak 1
Ibu bapa Amitabh Bachchan
Jaya Bachchan

Abhishek Bachchan (Bahasa Hindi: अभिषेक बच्चन, dilahirkan pada 5 Februari 1976 di Mumbai, India merupakan seorang pelakon dan penerbit filem. Beliau adalah anak kepada pelakon India Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan dan berkahwin dengan pelakon dan bekas Miss World Aishwarya Rai.

Abhishek bersekolah di Sekolah Jamnabai Narsee, Sekolah Scotland Bombay di Mumbai, Sekolah Moden di Vasant Vihar, New Delhi dan Kolej Aiglon. Dia kemudiannya pergi ke Amerika Syarikat untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Boston.

Abhishek mula menceburi dalam bidang lakonan pada tahun 2000 dan mencapai kemasyuran pada tahun 2004.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2002, Bachchan mengumumkan pertunangan antara Abhishek dengan Karisma Kapoor tetapi pertunangan tersebut putus pada Januari 2003. Kemudian pada 14 Januari 2007 Bachchan mengumumkan tarikh pertunangan Abhishek dengan Aishwarya Rai.

Pada 20 April 2007, Abhishek Bachchan mengahwini Aishwarya Rai mengikut upacara tradisional Hindu.[1]. Perkahwinan ini diadakan secara tertutup di kediaman Bachchan, Prateeksha di Juhu, Mumbai.

Pada 16 November 2011, Aishwarya Rai melahirkan seorang anak perempuan dan isu ini telah menjadi hangat di seluruh dunia. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto palsu mengenai Aishwarya iaitu gambar Aishwarya bersama anaknya di hospital di Internet dan Facebook. Bachchan kemudian mengatakan bahawa foto Aishwarya bersama anaknya akan diedarkan di media sebaik sahaja menantunya kembali ke rumah daripada hospital.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], Abhishek Bachchan berkahwin

Pautan luar[sunting | sunting sumber]