Acanthochelys macrocephala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Acanthochelys macrocephala
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Chelidae
Genus: Acanthochelys
Spesies:
A. macrocephala
Nama binomial
Acanthochelys macrocephala
(Rhodin, Mittermeier & McMorris, 1984)[2]
Sinonim[4]
  • Phrynops schoepffii Fitzinger in Siebenrock 1904:27 (nomen nudum)
  • Platemys macrocephala Rhodin, Mittermeier, and McMorris 1984:38[2]
  • Phrynops chacoensis Fritz and Pauler 1992:299[3]

Acanthochelys macrocephala juga dikenali sebagai Kura-kura Tanah lembap Kepala Besar atau Kura-kura Tanah Lembap ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae yang boleh ditemui di Argentina, Bolivia, Brazil, dan Paraguay.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini ialah spesies Acanthochelys terbesar di Amerika Selatan, ukuran panjangnya boleh mencapai sehingga 23.5 cm (9.3 in). Tempurungnya lebar, bujur dan sederhana panjang, dengan kedutan kecil memanjang sehingga ke vertebra kedua hingga keempat. Skut pertama dan kelima sangat lebar, manakala yang kedua hingga keempat pula lebih panjang, dengan yang kelimanya luas. Skut Vertebra dan pleuralnya berugosa (kedut) dengan berannuli. Marginal 1, 2, dan 8-10 lebih kembang dan bukannya bengkak, dan 3-7 biasanya lebih terlangkup. Tempurungnya lebih tinggi pada bahagian tengah dan luas pada bahagian hadapan iaitu pada marginal kelapan; bahagian belakang lebih bergerigi. Berwarna hitam hinggalah coklat kehitaman, atau coklat cair pada sesetengah spesies. Kura-kura muda mempunyai corak radiasi berwarna coklat muda pada bahagian cangkerang. Plastronnya luas dengan penghubungnya berwarna kuning. Terdapat pigmen gelap di sepanjang kedutan (kadangkala merangkumi seluruh skut, dan bukannya areola); Pigmen ini pudar apabila dewasa. Lobus hadapan lebih luas berbanding lobus belakang, yang mengandungi takukan dalam. Skut intergular lebih separuh panjang berbanding lobus hadapan. Formula plastralnya ialah: intergul > fem > abd > hum >an > gul > pect. Kepalanya sangat luas; dengan panjang karapas sekitar 4.4 kali lebar kepala timpanik, dan kura-kura betina yang lebih tua mempunyai kepala yang lebih besar. Berwarna kelabu atau coklat gelap di bahagian atas, kuning berkrim pada bahagian bawah. Bahagian belakang dan timpanum pada rahangnya berwarna kuning dan terdapat benjolan kelabu. Rahangnya berwarna kelabu kekuningan; irisnya coklat tan. Kepalanya diliputi oleh sisik-sisik besar. Terdapat dua barbel (sesungut) pada dagunya. Lehernya berkelabu coklat pada bahagian belakang, kuning di hadapan, dan mempunyai serakan tumpul, bertuberkel konikal pada permukaan dorsal. Kaki-kakinya berwarna kelabu di luar, kuning pada bahgian dalam, dan ditutupi oleh sisik besar. Tuberkel konikal besar wujud pada kedua-dua pehanya. kariotipnya ialah 2n = 48.[2] Kura-kura betina mempunyai tempurung yang besar dan lebih melengkung; manakala jantan mempunyai plastron yang panjang dan cengkung ke dalam serta ekor yang tebal.

Taburan habitat[sunting | sunting sumber]

A. macrocephala diketahui berasal dari kawasan saliran Rio Mamoré, di Bolivia tengah, iaitu kawasan tanah lembap dan kawasan rawa dari saliran Rio Paraguay di barat daya Mato Grosso, Brazil, hingga ke Chaco, Paraguay. Malah, kawasan habitatnya mungkin melebihi kawasan Bolivia.

Spesies ini mempunyai hubungan dengan spesies Acanthochelys radiolata; termasuklah Phrynops chacoensis.[3] yang mendiami kawasan lumpur, rawa, dan kawasan saliran perlahan.

Kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Proses membina sarang untuk bertelur bermula ketika penghujung musim hujan, iaitu pada bulan April–Mei, dan penetasan mungkin bermula antara bulan Disember dan Mac. Jumlah telur dalam satu sarang sekitar 4-8 biji, berwarna putih, bulat (28-32.5 x 25.8–31 mm; 11-20 g), dan keras (Cintra & Yamashita, 1989). Proses pengeraman mengambil masa selama enam bulan; Anak kura-kura yang baru menetas bersaiz (sekitar 3.8 mm) memiliki warna jingga kemerahan pada karapas, plastron, dan kedua-dua sisi lehernya. Mereka menjadikan siput sebagai sumber makanan.

Status[sunting | sunting sumber]

IUCN mengelaskan haiwan ini sebagai berisiko rendah: hampir terancam. Manakala populasi Chaco, yang disenaraikan secara berasingan iaitu Acanthochelys chacoensis, yang dianggap terancam.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (1996). "Acanthochelys macrocephala". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 1996: e.T74A97260015. doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T74A13072810.en. Dicapai pada 30 November 2017.
  2. ^ a b c Rhodin, A. G. J.;Mittermeier, R. A.;McMorris, J. R. 1984. Platemys macrocephala, a new species of chelid turtle from central Bolivia and the pantanal region of Brazil. Herpetologica 40 (1): 38-46
  3. ^ a b Fritz, U. and Pauler, I. 1992. Phrynops chacoensis spec. nov. (Reptilia, Chelidae), eine neue Krötenkopfschildkröte. Mitt. Zool. Mus. Berl. 68(2):299–307.
  4. ^ Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Rhodin, A.G.J., Shaffer, H.B., and Bour, R.]. 2014. Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. In: Rhodin, A.G.J., Pritchard, P.C.H., van Dijk, P.P., Saumure, R.A., Buhlmann, K.A., Iverson, J.B., and Mittermeier, R.A. (Eds.). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.