Pelusios subniger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pelusios subniger
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Pelomedusidae
Genus: Pelusios
Spesies:
P. subniger
Nama binomial
Pelusios subniger
(Lacépède, 1788)

Pelusios subniger juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Hitam Afrika Timur atau Kura-kura Pan,[3] ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae, berasal dari timur dan tenggara Afrika.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini mempunyai cangkerang tinggi, licin, dengan panjang mencecah 5.1-7.9 in. Cangkerangnya berwarna coklat gelap, kelabu, atau hitam, biasanya berwarna kuning atau memiliki tanda hitam dan pucat. Plastron berengsel. Boleh jadi berwarna coklat, kelabu, hitam atau kuning. Rahang atasnya tumpul, dan licin. Kepala kura-kura dewasa satu warna. Mereka juga menarik kepala ke tepi seperti kura-kura pleurodira yang lain.[4] Spesies ini mungkin dikelirukan dengan Kura-kura Afrika Barat.

Dua subspesies dikenalpasti:[5]

  • P. s. subniger (Bonnaterre, 1789) - spesies tip
  • P. s. parietalis (Bour, 1983) - Kura-kura Lumpur Hitam Seychelles

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini ditemui di kawasan tropika dan subtropika berhampiran timur dan tenggara Afrika, iaitu merangkumi Zimbabwe, Madagascar serta Kepulauan Seychelles (P. s. parietalis di lokasi terbaharu). Terdapat juga populasi pedalaman di Pulau Mauritius, Guadeloupe, Kepualauan Glorieues, dan Diego Garcia.[6] Mendiami kawasan berair seperti tasik, lumpur dan sungai.[7]

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Mereka bersifat maun, menjadikan ikan, invertebrata dan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.[7] Boleh mencecah usia sehingga lebih 50 tahun. Kura-kura betina mampu menghasilkan 3-12 bijitelur pada musim bunga dan menanamnya di dalam lumpur dan mengambil masa hingga dua bulan untuk menetas. Berjemur sepanjang hari dan aktif pada waktu malam. Mereka mengorek tanah menanam diri bagi mengekalkan suhu badan.[8]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Populasi subspesies dikelaskan sebagai kurang membimbangkan oleh IUCN,[1] manakala subspesies dari Seychelles dianggap sangat-sangat terancam.[2][9]

Peliharaan[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini mudah dibela. tanki bersaiz 2 gelen air boleh digunakan. Tempat berenang dan ruang berjemur dengan lampu haba juga diperlukan. Mereka mudah mendapat penyakit kulit jika Ph air tidak memenuhi antara 6.0-6.5. Suhu perlulah dikekalkan 78-82 darjah Fahrenheit.[10] Mereka mudah dibela dan tidak agresif terhadap manusia, tetapi agresif terhadap kura-kura lain. Mereka boleh membunuh burung, tikus dan serangga berhampiran. Kura-kura ini jarang mendapat penyakit, namun ia elok diasingkan dengan haiwan belaan lain bagi mengelakkan penyakit berjangkit.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (2016). "Pelusios subniger". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2016: e.T41602A97386507. Dicapai pada 30 November 2016.
  2. ^ a b Gerlach, J. (2003). "Pelusios subniger ssp. parietalis". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN: e.T41604A10504742. Dicapai pada 30 November 2016.
  3. ^ Broadley, Donald G. (1973). "Provisional List of Vernacular Names for Rhodesian Reptiles and Amphibians". The Journal of the Herpetological Association of Africa. 10 (1). doi:10.1080/04416651.1973.9650652.
  4. ^ Branch, B (1998). Field Guide to Snakes and Other Reptiles of Southern Africa. Sanibel Island, Florida: Ralph Curtis Books Publishing. m/s. 399.
  5. ^ Turtle Taxonomy Working Group; Rhodin, A. G. J.; van Dijk, P. P.; Iverson, J. B.; Shaffer, H. B. (2010). "Turtles of the world, 2010 update: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution, and conservation status". Dalam Rhodin, A. G. J.; Pritchard, P. C. H.; van Dijk, P. P.; Saumure, R. A.; Buhlmann, K. A.; Iverson, J. B.; Mittermeier, R. A. (penyunting). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs. 5pages=000.85–000.164. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010.
  6. ^ Iverson, John B. (1992). A Checklist with Distribution Maps of the Turtles of the World. Richmond, Indiana: John B. Iverson. m/s. 283.
  7. ^ a b "East African Black Mud Turtle - Pelusios subniger subniger". Maryland Zoo.
  8. ^ "East African black mud turtle fact file". Wildscreen Arkive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-21. Dicapai pada 2018-09-16.
  9. ^ IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. "Pelusios subniger parietalis Bour 1983 – Seychelles Black Mud Turtle". IUCN Species Survival Commission.
  10. ^ "African Mud Turtle Pelusios subniger". Turtle Puddle.
  11. ^ "West African Mud Turtle Care Sheet". Reptile Magazine.