Elseya irwini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elseya irwini
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
E. irwini
Nama binomial
Elseya irwini
Cann, 1997[1]

Elseya irwini juga dikenali sebagai Kura-kura Irwin ialah spesies kura-kura Australia. Kura-kura betinanya mempunyai warna pucat pada bahagian kepala dan warna kekuningan membaluti kepalanya seakan mahkota.[2]
Ia dinamakan sempena nama seorang zoologis dan selebriti TV, Steve Irwin.[3] Ayah Steve Irwin, Bob Irwin, tertangkap haiwan ini semasa mereka memancing sekitar tahun 1990. Mereka tidak pernah melihat spesies ini lalu Steve Irwin menangkap gambar haiwan ini dan diserahkan kepada pakar herpatologi, John Cann yang kemudiannya mengesahkan ianya penemuan spesies terbaharu ketika itu. Haiwan ini diketahui,[4] boleh bernafas melalui kloaka; lubang yang dilengkapi struktur seakan-akan insang yang terletak di bahagian duburnya dan seterusnya membolehkan haiwan ini berada di dalam air pada waktu yang lama.

Ancaman dan[sunting | sunting sumber]

Elseya irwini ialah haiwan yang menghadapi ancaman kepupusan disebabkan pembinaan Empangan Urannah di utara Queensland.[perlu rujukan]

Kerajaan tempatan Queensland mempunyai perancangan terhadap pelan tersebut, menyatakan “Perbelanjaan $5 billion dollar atas kemudahan infrstruktur utara Australia memberi laluan kepada pembinaan Empangan Urannah Dam; sebuah projek yang menjana peluang pekerjaan kepada masyarakat.”[5]

Haiwan ini hanya mendiami sekitar Sungai Broken-Bowen dan hilir Sungai Burdekin, tempat di mana empangan tersebut akan dibina.

Pakar Ekologi Dr. Ivan Lawler, dari Fakulti Bumi dan Sains Persekitaran Universiti James Cook, menyatakan bahawa terdapat 4,000 ke 5,000 ekor yang masih tinggal. Pengkaji dari universiti tersebut telah menangkap 82 ekor kura-kura ini di mana lima daripadanya adalah kura-kura muda. Hal ini menunjukkan terdapat ancaman terhadap spesies ini; di mana kura-kura yang lebih muda sangat sedikit untuk menggantikan generasi kura-kura tua yang akan mati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cann J. 1997. "Irwin's Turtle, Elseya irwini sp. nov." Monitor – J. Victorian Herp. Soc. 9 (1): 36-40.
  2. ^ http://www.jcu.edu.au/school/tbiol/zoology/herp/Elseyalatisternum.PDF#search=%22elseya%20irwini%22
  3. ^ Beolens B, Watkins M, Grayson M. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Elseya irwini, p. 130).
  4. ^ Rheodytes leukops — Fitzroy River Turtle, Fitzroy Tortoise, Fitzroy Turtle
  5. ^ "George Christensen - Federal Member for Dawson". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-18. Dicapai pada 2018-09-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]