Adobe Systems
| Jenis | Awam (NASDAQ: ADBE) |
|---|---|
| Industri | Perisian komputer[1] |
| Ditubuhkan | Mountain View, California (1982) |
| Pengasas | Charles Geschke John Warnock |
| Ibu pejabat | San Jose, California, |
| Tempat dibekalkan | Seluruh dunia |
| Perancang utama | Charles Geschke, Pengasas John Warnock, Pengasas Shantanu Narayen, Presiden & CEO |
| Produk | Lihat List of Adobe products |
| Hasil | ▲ $ 3.579 bilion (2008)[2] |
| Pendapatan operasi | ▲ $ 1.028 bilion (2008)[2] |
| Pendapatan bersih | ▲ $ 871.8 juta (2008)[2] |
| Jumlah aset | ▲ $ 5.821 bilion (2008)[2] |
| Jumlah ekuiti | ▲ $ 4.410 bilion (2008)[2] |
| Pekerja | 7,173 (February 2009)[3] |
| Laman web | Adobe.com |
Adobe Systems Incorporated (disebut "a-do-bi" (NASDAQ: ADBE) ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini tertumpu pada perekaan keluaran perisian multimedia dan kreatif, di samping melibatkan diri dalam pembangunan perisian aplikasi Internet kaya.
Adobe diasaskan pada Disember 1982[3] oleh John Warnock dan Charles Geschke yang meninggalkan Xerox PARC untuk membangunkan dan menjual bahasa perihalan halaman PostScript. Pada tahun 1985, Apple Computer melesenkan PostScript untuk kegunaan keluaran mesin cetak LaserWriter yang membantu mencetuskan revolusi penerbitan meja. Nama syarikat Adobe berasal dari anak sungai Adobe yang mengalir di belakang rumah salah seorang pengasasnya di Los Altos, California.[3] Adobe membeli bekas pesaingnya, Macromedia, pada Disember 2005, lantas memperbaharui portfolio keluarannya dengan keluaran dan platform perisian baru seperti Adobe Flash dan Adobe Flex.
Tepat pada Februari 2009, Adobe Systems ada 7,173 orang kakitangan,[3] 40% daripada mereka bertugas di San Jose. Adobe juga menjalankan operasi pembangunan penting di Orlando, Florida; Seattle, Washington; San Francisco, California; Minneapolis, Minnesota; Newton, Massachusetts; San Luis Obispo, California (AS); Ottawa; Ontario (Kanada); Hamburg (Jerman); Noida dan Bangalore (India); Bucharest (Romania); dan Beijing (China).
Rujukan [sunting]
- ↑ Adobe - Company Overview - Hoover's
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Financial Tables". Adobe Systems Investor Relations. http://finance.yahoo.com/q/is?s=ADBE&annual. Capaian 2009-01-23.
- ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 "Adobe Fast Facts" (PDF). 2009-03-09. http://www.adobe.com/aboutadobe/pressroom/pdfs/fastfacts.pdf. Capaian 2009-04-04.
Pautan luar [sunting]
Media berkenaan Adobe Systems di Wikimedia Commons.- Adobe Systems Video and Audio on MarketWatch