Bangalore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 12°58′N 77°34′W / 12.97°U 77.56°B / 12.97; -77.56


Bangalore
India-locator-map-blank.svg
Red pog.svg
Bangalore
Koordinat 12° N 77° E
Keluasan
 - Ketinggian
476.66 km²
 - 920 m
Zon waktu IST (UTC+5:30)
Jumlah penduduk (2006)
 - Kepadatan

6,158,677 (ke-5)
 - 22,719/km²
Datuk Bandar Mumtaz Begum
Kod
 - Kod pos
 - Telefon
 - Kenderaan
 
 - 560 0xx
 - +91 (0)80
 - KA-01–KA-05; KA-41; KA-53

Bangalore (bahasa Kannada: ಬೆಂಗಳೂರು) ialah ibu negeri Karnataka. Terletak di Penara Mysore di bahagian barat daya Karnataka, Bangalore mempunyai jumlah penduduk metropolitan yang dianggarkan sebagai 6.1 juta (2006) dan oleh itu, merupakan bandar raya yang ketiga terbesar dan kawasan metropolitan yang kelima terbesar di India. Walaupun rujukan sejarah kepada bandar raya ini wujud sebelum 900 Masihi, sejarah tertulis untuk petempatan yang berterusan hanya wujud sejak 1537 ketika Kempe Gowda I, yang banyak orang menganggap sebagai arkitek Bangalore moden, membina sebuah kubu lumpur di bandar raya ini dan mengasaskannya sebagai sebuah provinsi Empayar Vijayanagara.

Pada 11 Disember 2005, kerajaan Karnataka mengumumkan bahawa ia telah menerima cadangan oleh pemenang Anugerah Jnanpith, UR Ananthamurthy, untuk menamakan semula Bangalore ke nama Kannadanya, Bengalūru, dan nama baru dijangka akan berkuat kuasa pada 1 November 2006. [1] (Sebilangan bandar raya India yang lain telah menggubal undang-undang tentang pertukaran nama yang serupa.) Bagaimanapun, selepas pertukaran pimpinan politik kerajaan negeri, kini tidaklah jelas adakah pertukaran nama yang dicadangkan akan dilaksanakan dalam rangka masa yang dirancangkan. [2]

Semasa Raj British, Bangalore berkembang sebagai suatu pusat pemerintahan jajahan di India Selatan. Pengasasan Kantonmen Bangalore menyebabkan penghijrahan sebilangan besar buruh-buruh Tamil, Telugu, dan India Utara untuk mengembangkan dan menyenggara infrakstruktur kantonmen ini. [3]

Selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, Bangalore berkembang menjadi hab perkilangan bagi industri berat sektor awam — khususnya, industri-industri ruang angkasa, angkasa lepas, dan pertahanan. Penubuhan dan kejayaan syarikat-syarikat teknologi tinggi di Bangalore selepas pelonggaran ekonomi India telah menyebabkan pertumbuhan industri teknologi maklumat India. Bangalore kini dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35% daripada eksport perisian India. [4] Sebagai tempat untuk kolej-kolej dan institusi-institusi penyelidikan yang masyhur, bandar raya ini mempunyai kadar kenal huruf yang kedua tertinggi antara bandar-bandar raya metropolitan India. Bagaimanapun, sebagai sebuah metropolis yang besar dan masih bertumbuh dalam dunia membangun, Bangalore masih menghadapi masalah-masalah seperti pencemaran udara, kesesakan lalu lintas, dan jenayah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Bangalore

Sebuah inskripsi yang ditemui dekat Begur mendedahkan bahawa daerah ini merupakan sebahagian Dinasti Ganga sehingga tahun 1004, dan dikenali sebagai Benga-val-oru, Bandaraya Pengawal di dalam Kannada lama. Dinasti Chola dari Tamil Nadu memerintah bandar raya ini dari tahun 1015 hingga tahun 1116 ketika pemerintahan bandar ini diambil alih oleh Empayar Hoysala.

Bangalore moden diasaskan oleh Kempe Gowda I yang ketika itu memerintah sebuah negeri lindungan di bawah Empayar Vijayanagara. Kempe Gowda I membina sebuah kubu lumpur berhampiran dengan Bangalore moden pada tahun 1537 dan merujuk kepada bandar baru itu sebagai gandu bhoomi, iaitu Tanah Pahlawan. [5] Di dalam kubu, bandar ini dibahagikan kepada pete (IPA: [peɪteɪ]) atau lokaliti-lokaliti. Bandar ini mempunyai dua batang jalan raya utama: Jalan Chickpete menganjur dari timur ke barat, sementara Jalan Dodpete menganjur dari utara ke selatan. Persimpangannya membentuk dataran Dodpete — pusat Bangalore. Pewaris Kempe Gowda, Kempe Gowda II, membina empat buah menara yang mashyur untuk menandakan sempadan Bangalore. [6] Semasa pemerintahan Vijayanagara, Bangalore juga dirujuk sebagai Devarāyanagara dan Kalyānapura ("Bandaraya Bertuah"). [7]

Setelah kejatuhan Empayar Vijayanagara, pemerintah Bangalore bertukar-tukar beberapa kali. Bangalore ditawan oleh ketua Maratha, Shahaji Bhonsle, sebelum diserang oleh Mughal. Bandar raya ini menjadi sebahagian Kemaharajaan Mysore apabila maharaja Mughal, Aurangzeb, memajakkan Bangalore kepada Chikkadeva Raya Wodeyar pada tahun 1689. Selepas kemangkatan Krishnaraja Wodeyar II pada tahun 1759, Haider Ali, Panglima Agung Tentera Mysore, mengisytiharkan diri sebagai pemerintah de facto Mysore. Kemaharajaan ini kemudian diwarisi oleh anak lelaki Haider Ali, Tipu Sultan, yang dikenali sebagai Harimau Mysore. Akhirnya, Bangalore digabungkan ke dalam Empayar Hindia Timur Inggeris selepas Tipu Sultan ditewaskan dan dibunuh dalam Perang Inggeris-Mysore Keempat (1799). Pihak British mengembalikan kawalan pentadbiran pete Bangalore kepada Maharaja Mysore, dan memilih hanya untuk mengekalkan kantonmen di bawah bidang kuasanya. Di bawah pemerintahan British, Bangalore digabungkan ke dalam Kepresidenan Madras, manakala Kemaharajaan Mysore memindahkan ibu kotanya dari bandar raya Mysore ke Bangalore pada tahun 1831. [8] Dua perkembangan yang utama semasa tempoh ini menyebabkan perkembangan Bangalore yang pesat — pemasangan sambungan-sambungan telegraf, serta penyambungan landasan kereta api ke Madras pada tahun 1864.

Pada abad ke-19, Bangalore pada dasarnya menjadi sebuah bandar raya kembar dengan:

  • pete yang mempunyai penduduk-penduduk yang lebih banyak merupakan orang Kannadiga; serta
  • Kantonmen Bangalore yang mempunyai penduduk-penduduk yang lebih banyak merupakan penghirah dari Tamil Nadu. [6]

Bangalore dilanda oleh wabak bubonik pada tahun 1898 yang mengurangkan bilangan penduduknya secara dramatik. Talian-talian telefon kemudian dipasang untuk membantu menyelaraskan operasi anti wabak, dan seorang pegawai kesihatan dilantik untuk bandar raya ini pada tahun 1898.

Padang Perbarisan Selatan dan Jalan MG merupakan mercu tanda sosial dan kebudayaan yang penting di Kantonmen Bangalore.

Pada tahun 1906, Bangalore menjadi bandar raya pertama di India untuk dibekalkan elektrik apabila sebuah loji kuasa hidroelektrik dibina di Shivanasamudra. Reputasi Bangalore sebagai "Bandar Taman India" bermula pada tahun 1927 dengan perayaan Jubli Perak pemerintahan Krishnaraja Wodeyar IV. Sebilangan projek seperti pembinaan taman, bangunan awam, dan hospital telah dijalankan untuk memperbaik bandar itu.

Selepas kemerdekaan India pada Ogos 1947, Bangalore diletakkan di bawah penguasaan Negeri Mysore. Penggajian sektor awam dan pendidikan memberikan peluang-peluang untuk orang Kannadigas dari bahagian-bahagian yang lain di dalam negeri untuk berhijrah ke bandar raya ini. Bangalore mengalami pertumbuhan yang pesat dalam dekad-dekad 194151 serta 197181 yang melihatkan ketibaan banyak pendatang dari Karnataka utara dan Kodagu. Menjelang tahun 1961, Bangalore telah menjadi bandar raya keenam terbesar di India, dengan jumlan penduduk sebanyak 1,207,000. [6]

Dalam dekad-dekad yang menyusul, pusat operasi perkilangan Bangalore terus berkembang dengan penubuhan syarikat-syarikat swasta seperti Syarikat Industri Motor (MICO; sebuah anak syarikat Robert Bosch GmbH) yang menubuhkan kilang-kilang di dalam bandar raya ini. Bangalore mengalami ledakan pasaran harta tanah pada dekad 1980-an dan 1990-an yang dicetuskan oleh pelabur-pelabur modal dari bahagian-bahagian lain di dalam negara yang menukar tapak-tapak tanah dan rumah-rumah banglo jajahan yang besar menjadi rumah-rumah pangsa berbilang tingkat. [9] Penubuhan syarikat-syarikat multinasional seperti Bank ANZ dan Citibank, serta rangkaian makanan segera antarabangsa seperti Pizza Hut dan Kentucky Fried Chicken (KFC) pada dekad 1990-an mengembangkan pelaburan asing di Bangalore secara berterusan. Bandar raya ini juga menyaksikan salah satu daripada peristiwa media yang terbesar apabila Bangalore menjadi tuan rumah untuk peraduan ratu cantik Miss Dunia pada tahun 1996. Peraduan ini ditonton oleh dua bilion orang di seluruh dunia. [10] Banyak daripada perkembangan-perkembangan ini menghadapi tentangan daripada kumpulan-kumpulan yang takut akan kehilangan identiti kebangsaan dan linguistik bandar raya ini. Bantahan-bantahan yang meluas telah diatur terhadap peraduan Miss Dunia oleh pertubuhan-pertubuhan wanita, dengan akibat penangkapan lebih kurang 1,000 pembantah. Pada tahun 1996, penindak-penindak cergas petani menyerang dan memusnahkan sebuah saluran keluar KFC di Bangalore dan menuduhnya kerana "mewakili tabiat makan barat yang tidak diperlukan di India". [11]

Pada sepanjang dekad 1990-an, kerajaan negeri mempromosikan projek-projek pemajuan berskala besar seperti pembinaan stadium-stadium sukan dan kompleks-kompleks rumah pangsa yang eksklusif yang membabitkan pemusnahan dan penempatan semula petempatan-petempatan yang lebih miskin ke tempat-tempat pinggiran yang lebih jauh. [9] Pada pertengahan 1990-an, ekonomi Bangalore bertambah beberapa kali ganda kerana ledakan perisian. Secara perbandingan, peluang-peluang penggajian dalam hampir semua sektor industri perkilangan merosot.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Keluar Bangalore, Masuk Bengaluru, Kolkata, Mumbai, dan Chennai". Times India. 2006. Kumpulan Times. 6 Disember 2005
  2. "Kabinet akan diperbesar pada hari Jumaat, Pertukaran Nama". Si Hindu. 2006. Kumpulan Hindu. 14 Februari 2006
  3. Destinasi: Bangalore. Dir. Jim Kerns. 2005
  4. Bangalore Hancur Musnah. Sunday Express. 2006. Indian Express Newspapers (Mumbai) Ltd. 5 Disember 2004
  5. Mengenai Bangalore: Sejarah. Pusat Pengajian IT dan Bioteknologi. 2006. Kerajaan Karnataka.
  6. 6.0 6.1 6.2 Vagale, Uday Kumar. Ruang awam di Bangalore: Unjuran-unjuran Kini dan Masa Depan. Perpustakaan dan Arkib Digit. 2006. Virginia Tech. 27 April 2004.
  7. K. Chandramouli. "Bandaraya Kacang Rebus". Si Hindu. 2006. Kumpulan Hindu. 25 Julai 2002
  8. "Mysore (ibu kota)". Ensiklopedia Britannica. Edisi 1911.
  9. 9.0 9.1 Benjamin, Solomon. "Penguasaan, suasana ekonomi, dan kemiskinan di Bangalore". Alam sekitar & Pembandaran, Jilid 12, No 1 2006. Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 1 April 2000.
  10. "Pertempungan Budaya Sejagat". Perkhidmatan Penyiaran Awam. 2006. Perbadanan Penyiaran Awam. Jan 2003.
  11. Reuters: McDonald merancang pengembangan walaupun ketakutan perang. Rediff.com. 2006. Rediff.com India Limited. 7 Nov. 2001

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Bangalore.

Koordinat: 12.9667° U 77.5833° T


Bandar raya metropolitan
BangaloreChennaiDelhiKolkataMumbai
Negeri dan wilayah India Ibu negeri India

AgartalaAizawlBangaloreBhopalBhubaneswarChandigarhChennai (Madras) • DamanDehradunDelhiDispurGandhinagarGangtokHyderabadImphalItanagarJaipurKavarattiKohimaKolkata (Calcutta) • LucknowMumbai (Bombay) • PanajiPatnaPondicherryPelabuhan BlairRaipurRanchiShillongShimlaSilvassaSrinagarThiruvananthapuram (Trivandrum)

Seal of Karnataka Negeri Karnataka


Topik-topik Karnataka | Sejarah | Politik | Tokoh Karnataka

Ibu kota Bangalore
Divisyen BangaloreBelgaumGulbargaMysore
Daerah BagalkotBangalore (bandar)Bangalore (luar bandar)BelgaumBellaryBidarBijapurChamarajanagarChikmagalurChitradurgaDakshina KannadaDavanagereDharwadGadagGulbargaHassanHaveriKodaguKoppalKolarMandyaMysoreRaichurShimogaTumkurUdupiUttara Kannada
Bandar raya yang melebihi sejuta penduduk di India
AgraAhmedabadAllahabadAmritsarAsansolBangaloreBhopalChennaiCoimbatoreDelhiDhanbadFaridabadHyderabadIndoreJabalpurJaipurJamshedpurKanpurKochiKolkataLucknowLudhianaMaduraiMeerutMumbaiNagpurNashikPatnaPuneRajkotSuratVadodaraVaranasiVijayawadaVisakhapatnam