Ahlam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ahlam merupakan seorang penyanyi popular di Bahrain. Beliau telah mendapat kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu pada 1996.

Beliau berjaya menghasilkan 9 buah album dan amat popular di dunia Arab khususnya di rantau Teluk.

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan Awal

Ahlam Ali Shamsi dilahirkan pada 13 haribulan Februari 1969 di negara Bahrain.

Beliau mula menyanyi pada peringkat awal umurnya iaitu ketika di zaman kanak-kanak lagi. Beliau selalu membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan keraian di sekitar negara Teluk. Ketika inilah bakatnya telah diperhatikan oleh seorang komposer Kuwait bernama Anwar Abdullah

[sunting] Karier Sebagai Penyanyi

Kemudian beliau telah menandatangani sebuah kontrak dengan Funoon Al Emarat, sebuah syarikat rakaman di rantau Teluk. Anwar Abdullah telah membantu beliau dalam menerbitkan albumnya yang pertama berjudul Ahlam (Mimpi-mimpi).

Beliau sekarang di bawah naungan syarikat rakaman Rotana.

Beliau telah dinobatkan oleh Muhammad Abdo, seorang penyanyi popular Arab Saudi sebagai seorang yang mempunyai suara Khaliji (rantau Teluk) yang 100% tulin.

Ahlam merupakan antara artis yang terkaya di dunia Arab dan merupakan antara artis yang mendapat bayaran tinggi daripada Rotana.

[sunting] Kehidupan Peribadi

Ahlam telah berkahwin dengan seorang juara lumba kereta rally yang berasal dari Qatar, Mubarak Al Hajiri dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahid.

[sunting] Pautan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain