Nancy Ajram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nancy Ajram
نانسي عجرم
Latar belakang
Berasal dari Lubnan Beirut, Lebanon
Genre Muzik Arab, Muzik Timur Tengah
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1998 — sekarang
Laman web www.nancyajramonline.com

Nancy Ajram (نانسي عجرم) (dilahirkan pada 16 Mei 1983) adalah seorang penyanyi pop Arab dan penari Lubnan. Beliau amat dikenali dengan lagu-lagu seperti Akhasmak Ah (أخاصمك آه), Ya Salaam (يا سلام), Ah w Noss (آه ونص) dan Ya Tabtab w Dalla (يا طبطب يا دلع). Pada 23 Julai 2010, beliau dilantik menjadi Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berikutan pencapaian cemerlang dalam pelbagai kegiatan amal dan kebajikan.[1]


Beliau telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 jualan album di dunia Arab dan menjadikannya antara penyanyi Lubnan yang terkaya. Harta peribadinya, kebanyakkannya diperolehi daripada jualan album yang tinggi dan model dalam iklan-iklan komersial, adalah sebanyak USD $ 16,000,000.00. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 4,000,000 album di Lubnan dan tersenarai sebagai penyanyi wanita Lubnan ketiga yang paling berjaya menjual album dalam industri muzik Lubnan.

Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan hiburan Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan), sebuah pertandingan muzik di televisyen Lubnan pada pertengahan tahun 1990-an. Kemudian beliau menghadapi kegagalan untuk dua buah album yang dihasilkan seperti Mihtagaalak (محتاجالك)(Aku Perlukan Mu) pada tahun 1998 diikuti dengan album Sheel Oyounak Anni (شيل عيونك عني ) (Alihkan Matamu Dariku) pada tahun 2000.

Kemudiannya belia bangun semula dan kembali terkenal di dalam dunia hiburan Arab dengan album terbarunya Ya Salaam (ياسلام) (Wah Hebatnya!) pada tahun 2003 yang telah diterbitkan oleh penerbit Lubnan yang terkenal, iaitu Jiji Lamara. Pada tahun 2004, beliau telah berjaya lagi menghasilkan album yang berikutnya iaitu Ah w Noss (آه و نص) (Oh! Sudah Tentu).

Pada awal kurun ke-21, kejayaan Nancy Ajram di dalam dunia muzik telah membawa beliau kepada dunia pengiklanan berprofil tinggi seperti Coca-Cola dan Damas Jewellery. Album-album beliau yang berikutnya mempunyai lebih kepada ciri-ciri artistik.

Pada tahun 2007, Nancy Ajram telah mengeluarkan satu kenyataan di mana beliau belum lagi bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian pada karier beliau.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di kawasan kejiranan Kristian iaitu Ashrafiyeh (الأشرفية) yang terletak dalam bandaraya Beirut, Lubnan. Ibu bapanya adalah Nabil Ajram (نبيل عجرم) dan Rimonda Ajram (ريموندا عجرم) . Beliau mempunyai seorang adik perempuan iaitu Nadine Ajram (نادين عجرم) yang merupakan seorang pelakon dan abangnya Nabil Ajram (نبيل عجرم) merupakan seorang penyanyi.

Nancy Ajram tidak pernah menyatakan pegangan agama beliau kepada masyarakat umum dan ini telah memberikan pelbagai andaian dibuat terhadap pegangan agama beliau. Antara andaian-andaian yang dibuat terhadap kepercayaan beliau adalah beliau beragama Kristian Katolik Maronite, Kristian Ortodoks atau Islam Sunni.

Nancy Ajram telah pun berkahwin dengan Dr. Fadi Hashem, seorang doktor gigi pada 1 haribulan September 2008 di Cyprus. Ada khabar angin yang menyatakan bahawa perkahwinan itu terpaksa diadakan di Cyprus kerana perkahwinan antara dua agama yang berlainan (ada yang menyatakan Nancy Ajram beragama Kristian dan Fadi Hashem beragama Islam, dan ada juga yang menyatakan bahawa Nancy Ajram beragama Islam dan Fadi Hashem beragama Kristian) tidak diiktiraf di Lubnan.

Nancy Ajram telah melahirkan seorang anak perempuan pada 16 haribulan Mei 2009, iaitu pada harijadinya yang ke-26. Bayi tersebut telah diberikan nama Mila.

Pembabitan Awal Dalam Dunia Seni[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 12 tahun, beliau telah menyertai pertandingan Noujoum Al Mustaqbal dan telah memenangi pingat emas dalam kategori Tarab. Kemudiannya, Nancy telah menyambung pelajarannya di dalam bidang vokal dan teori muzik dengan beberapa orang guru muzik di Lubnan.

Walaupun, beliau masih di-bawah 18 tahun, Sindiket Artis-Artis Profesional di Lubnan menerimanya sebagai ahli kerana beliau mempunyai bakat yang luar biasa dan amat layak untuk digelar sebagai seorang artis profesional.

Nancy Ajram telah menghasil album-album Mihtaglak dan Sheel Oyounak Anni pada tahun 1998 dan 2000, tetapi kedua-dua album itu menemui kegagalan.

Karier Muzik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, albumnya yang ketiga Ya Salaam termasuk single Akhasmak Ah (Aku mengecewakanmu Mu) yang menjadi lagu hit dan terkenal dengan video klipnya yang provokatif. Di dalam video klip Akhasmak Ah beliau telah melakonkan watak seorang pelayan kafe yang menari dan menggoda kesemua pelanggannya yang 100% lelaki dengan berpakaian seksi. Dua lagi lagu daripada album tersebut iaitu Ya Salaam di mana beliau melakonkan watak seorang penghibur kabaret pada era 1930-an dan Yay, Sahr Oyounou (وسحر عيونو ) (Oh! Sihir Matanya) di mana beliau melakonkan watak seorang pendandan rambut di kota Beirut yang mencari cinta.

Pada tahun 2004, beliau telah menghasilkan albumnya yang keempat berjudul Ah w Noss,(ya,pasti!) di mana beliau telah menghasilkan beberapa video klip yang mendapat perhatian ramai. Salah sebuah daripada video klip beliau iaitu Ol Tany Keeda (قول تاني كده) (Katakanlah Sekali Lagi) telah mempromosi Coca-Cola setelah beliau menandatangani kontrak untuk mengendorskan jenama tersebut pada tahun 2005.

Beliau telah dipilih sebagai "Penyanyi Arab Terbaik oleh majalah Zahrat El Khalij (زهرات الخليج ) untuk tahun 2003 dan 2004 berturut-turut. Beliau juga telah dinobatkan sebagai personaliti yang paling berpengaruh di dunia Arab oleh majalah Newsweek (versi Bahasa Arab) pada tahun 2005.

Pada awal tahun, 2006 beliau telah mengeluarkan satu single yang bertajuk Inta Masry (انت مصري ) (Kamu Warga Mesir), yang kebetulan dikeluarkan semasa negara Mesir sedang menganjurkan pertandingan bolasepak Piala Negara-Negara Afrika. Klip video untuk lagu tersebut merupakan satu klip video yang amat unik di mana, penyanyi lagu tersebut (Nancy Ajram) tidak dipaparkan langsung di dalam klip video tersebut. Ia hanya menunjukkan warga Mesir daripada pelbagai golongan menyanyikan lagu tersebut secara lip-sync. Lagu tersebut berunsurkan patriotik negara Mesir.

Ya Tabtab w Dalla (Aku Tepuk dan Rosakkan) telah berjaya dikeluarkan pada bulan Februari, 2006. Klip video untuk lagu Ya Tabtab w Dalla telah diterbitkan oleh Nadine Labaki (نادين لبكي) sebelum album itu dipasarkan. Klip video itu bertemakan suasana karnival sarkas.

Ehsas Jdid (احساس جديد ) (Perasaan Baru), merupakan lagu yang paling sukses dalam album Ya Tabtab w Dalla'. Di dalam klip video lagu Ehsas Jdid', Nancy melakonkan watak seorang gadis yang amat kaya dan telah bertunang jatuh cinta kepada seorang pemuda miskin yang pekak. Lagu romantis ini memaparkan kebolehan Nancy Ajram menyanyi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dilaporkan pada masa kini beliau sedang berusaha untuk menghasilkan dua album sekaligus. Di mana salah satu album tersebut dikhususkan untuk golongan kanak-kanak.


Pada awal bulan Jun 2007, klip video untuk lagu Elli Kaan(Satu-satunya) daripada album Ya Tabtab w Dalla telah pun diterbitkan dan mempromosikan barang kemas terbaru Damas Jewellery. Nancy juga mempromosikan Coca-Cola melalui lagu El Haya El Hilwa (Kehidupan yang Manis). Promosi album Chakhbat Chakhabit telah pun disiarkan di saluran-saluran televisyen dunia Arab.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Di dalam satu temubual dengan stesen televisyen Lubnan, beliau telah membuat satu kenyataan yang kontoversi membabitkan agama, dengan menyatakan bahawa beliau amat layak untuk diberikan ganjaran pada masa akhirat. Terdapat khabar angin mengenai pemboikoitan konsert-konsertnya dilaporkan di internet. Tetapi khabar angin itu dibuktikan tidak berlaku. Bahkan, Nancy Ajram telah membuat persembahan di negara Bahrain pada Mei 2006 tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Kejayaan dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Nancy Ajram telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 album di dunia Arab.
  • Nancy Ajram memegang rekod sebagai penyanyi Arab termuda (semasa berumur 19 tahun) di mana single Akhasmak Ah dan album Ya Salaam pada waktu yang sana mendapat tempat pertama di dalam carta lagu Lubnan dan Mesir.
  • Anugerah Emas Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan) (1995)
  • Anugerah Murex D'or - Penyanyi Wanita Lubnan Terbaik (2003)
  • Anugerah Murex D'or - Video Klip Terbaik (2003)
  • Anugerah Muzik Arab - Penyanyi Wanita Arab Terbaik (2004)
  • Anugerah Murex D'or - Penyanyi Wanita Lubnan Terbaik (2004)
  • Newsweek - Personaliti Arab yang Paling Berpengaruh (2005)
  • Anugerah Murex D'or - Penyanyi Wanita Lubnan Terbaik (2006)
  • Anugerah Murex D'or - Video Klip Terbaik (2006)
  • Anugerah Muzik Timur Tengah (Mobinil) - Penyanyi Wanita Arab Terbaik (2007)
  • Survey Kol el Arab - Bintang Arab Terbaik (2007)
  • Anugerah World Music (Monte Carlo) - Jualan Album Terlaris Kategori Artis Timur Tengah (2008)

Nancy Ajram semasa Peperangan di antara Israel dan Hizbullah pada tahun 2006[sunting | sunting sumber]

Menurut laman web rasminya, Nancy Ajram amat sedih dan tiada mood untuk menyanyi semasa tentera Israel menyerang pelbagai lokasi di Lubnan. Dia juga telah menangguhkan kesemua konsert-konsertnya pada waktu itu melalui mesejnya yang bertarikh 14.07.2006.

Mesej Nancy Ajram[sunting | sunting sumber]

From Nancy Ajram Office:

Notice to all Nancy's fans:

Due to all the problems and conflicts happening in Lebanon, all the concerts of Nancy Ajram have been delayed.

Nancy is so sad, and she doesn't feel like singing while witnessing the destruction ravaging her country.


Terjemahan:

Dari pejabat Nancy Ajram:

Oleh kerana segala masalah dan konflik yang berlaku sekarang di Lubnan, semua konsert-konsert Nancy Ajram telah pun ditangguhkan.

Nancy berasa amat sedih dan beliau tidak berkeinginan untuk menyanyi ketika menyaksikan kemusnahan yang membinasakan negara beliau.


Aktiviti Nancy Ajram ketika Perang[sunting | sunting sumber]

Pada 8.08.2006, Nancy telah melawat pelarian-pelarian perang yang mendapat perlindungan di sekolah-sekolah sekitar bandar Kesrouan yang terletak di pergunungan Lubnan. Antara sekolah yang dilawatinya adalah Sekolah Kerajaan Sahel Alma.

Kemudiannya, pada 9.08.2006, Nancy telah melawat pelarian-pelarian perang Lubnan di Sekolah Kerajaan Antelias dan Sekolah Kerajaan Bourj Hammoud.

Pada hari yang berikutnya bertarikh 10.08.2006, Nancy telah melawat 110 buah keluarga pelarian perang di kawasan perbandaran New Shaileh termasuk Sekolah Kerajaan Zouk Masbeh.

Konsert Nancy Ajram di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Nancy Ajram akan mengadakan konsertnya di Bukit Kiara Equastrian Club pada 4 haribulan Ogos 2007 bersama 12 orang penyanyi-penyanyi Malaysia antaranya Mawi, Yasin, Betty Banafe, Waheeda dan Mohram. Konsert ini akan dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Persembahan Nancy Ajram buat pertama kali di Asia Tenggara ini dianjurkan oleh Smart Xs Consultant Sdn. Bhd. sempena Festival Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang akan diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 25 hingga 27 haribulan Oktober 2007.

Konsert dan Festival tersebut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Nancy bukan sahaja setuju untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan Dubai, bahkan merakamkan lagu tema festival tersebut ciptaan Yasin bersama-sama dengan artis-artis Malaysia.

Sesi bertemu dengan peminat akan diadakan di Bukit Bintang pada 3 haribulan Ogos 2007 diikuti majlis makan malam gala di Hotel Legend khusus untuk undangan khas.

Konsert sulung beliau di Malaysia tersebut telah ditunda ke 1 haribulan September 2007 berikutan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

konsert ini akhirnya tidak diadakan langsung kerana masalah pihak penganjur yang tidak professional.seluruh peminat nancy di malaysia berasa dukacita diatas ketidakprofessionalan pihak pengurusan syarikat penganjur

Konsert Nancy Ajram di Singapura[sunting | sunting sumber]

Nancy Ajram telah mengadakan konsert sulungnya di Singapura pada bulan Jun 2009 di Scotts Hotel Orchard Road, Singapura. Konsert sulungnya itu merupakan konsert khusus untuk undangan khas dan juga untuk mempromosikan albumnya yang bertajuk Betfaker Fi Eih pada waktu itu.

Konsert beliau dihadiri oleh media setempat dari Mediacorp dan Berita Harian. Ramai peminatnya dari Singapura dan seluruh pelusuk dunia serta para pengunjung dari negara Arab turut hadir di Konsert tersebut. Para undangan khas dari Persatuan Arab Singapura turut hadir.

Selepas konsertnya itu, Nancy Ajram mengunjungi pusat membeli-belah mewah di Orchard Road seperti Wisma Atria dan Ngee Ann City untuk bertemu dengan peminatnya yang hadir sekitar 100 000 orang. Hampir semua laluan di Orchard Road tutup buat sementara waktu diatas kesesakan yang tidak terkawal.

Beliau juga turut mengunjungi butik-butik mewah seperti Christian Louboutin, Chanel, Marc Jacobs, Prada dan Burberry Prorsum. Nancy Ajram amat berbesar hati diatas peminatnya dari Singapura yang hadir pada hari tersebut.

Album-Album[sunting | sunting sumber]

Mihtagaalak (1998)[sunting | sunting sumber]

  • Akid Ya Hayati Aktar
  • Ana Am Fakir Fik
  • Awal Sahra
  • El Hob Tayr
  • Mihtagaalak (محتاجالك) (Aku Perlukanmu)
  • Moudhech
  • Ya Wad Ya Tkil (يا واد يا تقيل)

Sheel Oyounak Anni (2000)[sunting | sunting sumber]

  • Al Yady (عاليادي)
  • Am Byesal Albi (عام بيسال قلبي)
  • Ananiyah (عنانية)
  • Kan Omri Ashra (كان عمري عشرة)
  • Moktanas Hayk (مقتنس حيك)
  • Rah Ellak Fik (راح اللك فيك)
  • Sheel Oyounak Anni (شيل عيونك عني) (Alihkan Matamu Dariku)

Ya Salaam (2003)[sunting | sunting sumber]

  • Ahla Jaw (احلى جو)
  • Akhasmak Ah (اخاصمك آه) (Ya! Aku Menyumpahimu)
  • Ashkara Albey (اشكر قلبي)
  • Eynan Tara (عينى ترا)
  • Inta (انت) (Kamu)
  • Inta w Bass (انت و بس)
  • Nasseto Garho (نسيته جرحه)
  • Ya Salaam (يا سلام) (Wah Hebatnya!)
  • Yay, w Sahr Oyounou (ياي وسحر عيونو) (Oh! Sihir Matanya)

Ah w Noss (2004)[sunting | sunting sumber]

  • Ah w Noss (آه و نص) (Oh! Sudah Tentu)
  • Ana Eih (أنا ايه) (Kenapa Denganku?)
  • Baddalaa Aleyk (بدلع عليك)
  • Gayin You'Oulouli (جايين يقولولي)
  • Hobbak Liya (حبك ليا) (Cintamu Untukku)
  • Inta Eih (انت اييه) (Kenapa Denganmu?)
  • La Teloum (لا تلوم)
  • Lawn Oyounak (لون عيونك) (Warna Matamu)
  • Oul Tany Kida (قول تاني كده) (Katakanlah Sekali Lagi)
  • Sana Wara Sana (سنة ورى سنة) (Tahun Demi Tahun)
  • Taala Ya (تعال ياه)

Ya Tabtab w Dalla (2006)[sunting | sunting sumber]

  • Ana Yally (انا يلي ) (Aku Satu-satunya)
  • A'oul Hansaaki (اقول هانساك ) (Aku Katakan, Lupakanlah Aku)
  • Ashtiki Menno (أشتكي منه ) (Salahkan Dia)
  • Ehsaas Jdid (أحساس جديد) (Perasaan Baru)
  • Elli Kaan (اللي كان ) (Satu-satunya)
  • Law Dallalouni (لو دللوني ) (Manjakan Aku)
  • Mo'gaba Moghruma (معجبة مغرمة ) (Aku Takjubkannya, Aku Sukakannya)
  • Moushtaka Leik (مشتاقة ليك ) (Aku Merinduimu)
  • Sabrak Alayya (صبرك عليا ) (Bersabarlah Denganku)
  • Ya Si El Sayyed (يا سي السيد ) (Tuanku)
  • Ya Tabtab w Dalla (يا اطبطب وادلع ) (Aku Tepuk dan Rosakkan)

Chakhbat Chakhabit (2007)[sunting | sunting sumber]

  • Asfour El Nounou (عصفور النونو) (Burung Merpati Si Nounou)
  • Chakhbat Chakhabit (شخبط شخابيط)(conteng-conteng(dinding))
  • Eid Melad (عيد ميلاد) (Hari Lahir)
  • Katkouta (كتكوتة)(Yang Menawan)
  • Killina (كلنا) (Setiap daripada Kita)
  • Risaala lil Alam (رسالة للعالم) (Surat Untuk Dunia)
  • Shater (شاطر) (Budak Baik)

Betfakkar fi Eih (2008)[sunting | sunting sumber]

  • Betfakkar fi Eih (Apa yang Kau Fikirkan)
  • Min Da Li Nsik (Siapa yang Melupakanmu)
  • Min Ghayri Ana (Siapa selainku)
  • Safer, Ana Rouhi Ma'ak (Pergi, Rohku Bersamamu)
  • Sahharny Sahhar" (Kejutkan Aku, Kejutkan Aku!)
  • Baldiyyat, Ana Menou (Bandar, Aku Darinya)
  • Zamaan Kan Endi Alb (Satu Ketika, Aku Memiliki Hati)
  • Lamset Id (Sentuhan Tangan)
  • Leyya Haq (Untukku Hak)
  • Ibn El Giraan (Anak Lelaki Jiran)
  • W Ana Beyn Ideik (Aku Di Antara Tanganmu)
  • Khaffef Allayya Shwayy (Berseronoklah Denganku)
  • Maashi Haddi (Berjalan di Sisiku)
  • Biteegy Seertak (Kau Telah Dinyatakan)

Klip Video (Youtube)[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]