Ahmad Lutfi Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ahmad Lutfi Othman adalah Ketua Pengarang Harakah, sebuah akhbar dwi mingguan di Malaysia. Beliau memegang jawatan itu sejak 2006. Beliau juga merupakan seorang penulis buku politik. Banyak sekali buku politik yang ditulisnya sebelum 1998. Tetapi selepas itu tiada lagi kecuali kompilasi rencana 'Catatan Hujung'.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Jitra, Kedah. Anak sulungnya bernama Ahmad Luqman Hakim. Anak keduanya, Nurul Syafiqah, 11 tahun, meninggal dunia pada 1 Ramadan 2005 tanpa petanda penyakit serius.

Dipecat dari UTM[sunting | sunting sumber]

Ketika belajar di UTM (1985-1986), beliau dipecat kerana aktif dalam politik pelajar. Sepatutnya dia menghabiskan kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Ketika itu Naib Cancelor UTM ialah Tan Sri Ainuddin Abd Wahid. UTM terletak di Jalan gurney/ Jalan Semarak,Kuala Lumpur.

Pada 1985, lapan orang pelajar berpurdah telah dipecat. Ahmad Lutfi ketika itu menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM telah ditangkap pada 25 September 1989 .Ustaz Fadzil Mohd Noor telah disingkirkan. Pada 1985, mesyuarat antara Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan semua TNC universiti-universiti tempatan dan Dekan HEP Institut Teknologi MARA memutuskan untuk mengharamkam purdah di universiti. Rundingan dengan Abdullah berjaya meredakan isu itu . Namun Anwar yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran tidak melaksanakannya.[1]

Lutfi Othman yang dihantar Harakah sebagai pemberita meliputi demonstrasi itu telah ditahan di bawah ISA. Dia telah pergi ke Balai Polis Brickfield kerana menjamin seorang pelajar UM telah ditahan dan dihantar ke Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh.

Ketua Pengarang Harakah[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula sebagai pemberita Harakah yang ketika itu Zin Mahmud menjadi Pengarang Harakah. Zin Mahmud kini menjadi Pengarang Mingguan Malaysia.

Beliau meninggalkan Harakah,akhbar rasmi parti PAS dan menubuhkan syarikatpenerbitan sendiri 'Penerbitan Pemuda'. Syarikat ini menerbitkan beberapa buah hasil tulisan beliau. Apabila syarikat ini bangkrap, beliau kembali menjadi ketua pengarah Harakah. Buku beliau banyak menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan.

Pada 26 April 2010, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasti bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.[2]

Majalah Tamadun , Detik dan Wasilah[sunting | sunting sumber]

Pada 1990-an, beliau menulis pelbagai artikel di majalah Dunia Islam. Dia mempunyai kolum sendiri iaitu 'Catatan Hujung'.

Ketika Reformasi 1998, di mengeluarkan dan menerbitkan majalah 'Tamadun' yang bukan miliknya. Ketika bahang reformasi, dia berhenti daripada penerbitan Tamadun dan melancarkan majalah dwibulanan Detik dan bulanan remaja Wasilah. Faktor kesibukan menyelengggara majalah ini menyebabkan dia tidak lagi menulis buku. Majalah Tamadun pernah dicetak sehingga 150,000 naskah.

Detik diterbitkan sebulan sekali sejak November 1998 dan dua bulan sekali pada 1999 dan sempat 17 kali terbit sahaja, sebelum kerajaan mengharamkan majalah ini. Detik pernah menyiarkan wawancara dengan Anwar Ibrahim yang diseludup dari penjara. Ketika itu Detik dicetak 100,000 naskah. Detik hanya sempat bertahan selama setahun sebelum diharamkan oleh KDN.

Selepas Detik diharamkan , Lutfi Othman beralih kepada edisi tabloid tidak berkala dengan pelbagai nama sehingga 50 judul. Antaranya ialah Haraki kepada Alternatif, Reformasi, Memo.

Pentas politik[sunting | sunting sumber]

Lutfi Othman tidak pernah menyertai pilihan raya di Malaysia tetapi sentiasa berada di barisan hadapan parti PAS. Akhbar tabloid diedarkan satu demi satu semasa pilihan raya dan di laman web. Maklumat rasuah berkait dengan Menteri Besar Selangor ,Dr Mohamad Khir Toyo dipaparkan dalam akhbar tabloid. Sikap dan fakta yang dikemukakan bagai mewakili parti PAS dan PAS sendiri sendiri menerima bahananya.

SejaK 2001, dia jatuh sakit dan syarikat penerbitan terpaksa ditutup akibat karenah pengedar yang enggan dalam lambat membayar.Biasanya majalah dihantar dahulu dan bayaran dikutip kemudian.Jika tidak terjual bolehlah mengembalikan naskah yang tidak terjual, tetapi tiada juga.

Pada 2004 beliau kembali ke dunia kewartawanan , sebagai editor mingguan Siasah. Akhbar tabloid Siasah hidup sehingga kini tanpa 'gangguan' daripada Kementerian Dalam Negeri kerana keakraban Mohd Sayuti Omar dengan kepimpinan politik semasa.

Dia juga melancarkan 'Tabung Kebajikan Harakah' dan mencari mangsa tahanan ISA di seluruh negara termasuk ke Sabah . Antaranya beliau menemui keluarga Ahmad Shah Satray.[3] Lebih sejuta berjaya dikumpulkan daripada pembaca Harakah.[4]

Kumpulan Aktivis Media Independen[sunting | sunting sumber]

Ahmad Lutfi mengasaskan NGO media , Kumpulan Aktivis Media Independen atau singkatannya 'KAMI'. Beliau mengumpulkan pengamal media bagi mempromosikan kebebasan akhbar dan menyampaikan memo kepada Suhakam. Mereka berjaya bertemu dengan Naib Pengerusi Suhakam, Harun Hashim,Zainah Anwar, Hamdan Adnan dan Mehrun Siraj dan berdialog dengan 15 wakil KAMI di sebuah hotel bersebelahan PWTC.

Menang kes disaman Syabas[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Isu itu tentang kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah Nur Ahmad Kamal dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Fahdah adalah peguam Kerajaan Selangor.


Pada 9 November 2011, hakim-hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim) memutuskan Mahkamah Tinggi tidak silap dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah.[5]Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin .Fahdah diwakili peguam Tommy Thomas.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Mulai Februari 2006, menjadi Ketua Pengarang Harakah.Pada 2009, dia disahkan mengalami masalah jantung tersumbat dan memerlukan angioplasti dan pembedahan jantung segera dilakukan.Doktor pakar mengesahkan tiga saluran jantungnya tersumbat dan sudah 99 % tersumbat. [6] Dia menjalani dua rawatan angioplasti pada Disember 2009. Pembedahan pintasan jantung kali ketiga memerlukan kos RM50,000. Pembedahan dijayakan oleh Dr Mohd Zamrin Dimon, Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman , pakar bius Dr Joanna, Dr Hairulfaizi Haron, Dr Ishamuddin Ismail dan dua perfusionist, Yusof Hambali dan Zulkifli Zain. [7]

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

  • Selepas Mahathir, peluang PAS (1992)
  • Memo buat bakal PM ,Penerbitan Pemuda, 1993 - Buku ini mendedahkan rahsia pertelagahan antara kumpulan ustaz dengan bukan ustaz dalam ABIM. 'Ustaz ABIM' termasuklah Fadhil Noor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad. Siddiq Fadhil pula pro Anwar.
  • Anwar Lawan Ghafar ?, (1993)
  • Operasi nyah 2 (1993)
  • PAS zaman Anwar: memo buat bakal PM, (1993)
  • Anwar salah pilih (1993)
  • Mahathir khianati Melayu (1994)
  • Siapa dalang?: cerita di sebalik tabir (1994)
  • Bank Negara bankrap: siapa mangsakan siapa? (1994)
  • Buku bertemu ruas (1994)
  • Anwar-Mahathir krisis: Daim pencetus kontroversi baru (1994)
  • Wajah baru politik Malaysia (1995)
  • Mengapa perlu Anwar lawan Mahathir?(1995)
  • Realiti 2000, gugat PAS? (1995)
  • Selepas Mahathir, UMNO for sale (1996)
  • UMNO for sale! (1996)
  • Mampukah Tok Guru pertahan Kelantan?: implikasi Ku Li sertai Umno (1996)
  • Anwar terjerat? (1997)
  • Mufti lawan Mahathir? (1997)
  • Komplot bunuh Diana (1997)
  • Menyanggah fatwa-fatwa Mahathir (1998)
  • Misteri lebam mata Anwar terbongkar: Isu-isu politik Malaysia (1998)
  • Layakkah Anwar ketuai reformasi? (1998)
  • Skandal seks atau konspirasi politik (1998)
  • Siapa yang dibicarakan: Anwar, PM, ataupun Polis Cawangan Khas? (1998)
  • Dari Bukit Damansara ke penjara: pantang undur (1998)
  • Anwar boneka Barat? (1999)
  • Malaysia tanpa Anwar (1999)
  • Ku Li dijerat lagi (1999)
  • Puteri reformasi (1999)
  • Bagaimana Mahathir boleh ditumbangkan (1999)
  • Suara rakyat kuasa keramat (2000)

Rujukan[sunting | sunting sumber]